2010/05/19
LONDON: England akhirnya akan menjuarai Piala Dunia selepas 44 tahun menanti dalam derita!
Hakikat itu diterjemahkan menerusi perkiraan secara matematik penganalisa kuantitatif J P Morgan yang mengumumkan hasil penyelidikan mereka menjelang Piala Dunia 11 Jun hingga 11 Julai ini.
Mereka meramalkan juara Eropah, Sepanyol akan muncul naib juara dengan Belanda memenangi perlawanan penentuan tempat ketiga.
Agensi itu turut meramal pasukan ranking nombor satu dunia, Brazil akan terkandas di Afrika Selatan kerana mempunyai laluan yang sukar untuk ke final, berbanding pasukan pencabar lain.
Analisis kuantitatif J P Morgan menggunakan maklumat seperti ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), keputusan masa lalu dan Petunjuk Kekuatan Pasukan J P Morgan untuk mendapatkan jawapan secara matematik bagi meramalkan keputusan perlawanan.
Begitupun, mereka memberi amaran ‘laporan itu tidak harus dipandang serius’ dan ia hanya satu latihan bagi memberi penjelasan mudah mengenai teknik kuantitatif dan terhadap satu rangka kerja masalah’.
England kali terakhir menjuarai kejohanan itu pada 1966 dan dalam ranking rasmi terbaru Fifa, skuad The Three Lions itu berada di tangga kelapan manakala Sepanyol di tangga kedua. – Reuters