|
Reply 340# ariellin
slamat brpose |
|
|
|
|
|
|
|
betullah speku yg lain...
naim yg jd tengkujuh
amandaatika Post at 17-8-2010 06:17
ya betul... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 342# ariellin
harap2 jadila jodoh dorang.
suka dgn naim |
|
|
|
|
|
|
|
kalu dah jodoh terima jelah DIAN... |
|
|
|
|
|
|
|
mekasih airell...apa yg ju tuggu sgt si fazdwan tu blm tentu dia suka ju...lebih baik pilih org yg syg dan cinta kita lebih dari kita cinta dia... mcm naim syg si ju ni...harap2 adalah jodoh diaorg ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 344# ariellin
jemputlah...
tp dorang x buat rmh trbuka lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nampak Marshila bawak sebeban ubat untuk aku. Cepat-cepat aku selubungkan diri di dalam comforter kaler kuning cair ini. Aku diam masa dia goyang-goyangkan badan aku.
"Ju, bangunlah makan ubat. Kau tu demam lagi. Janganlah keras kepala sangat. Nanti kau yang tak makan ubat, aku yang kena marah dengan Papa", aku dengar Marshila membebel. Aku ajuk cakapnya. Dia tak nampak pun aku buat macam tu...
Agaknya sebab dia dah hilang sabar, dia tarik comforter tu. Ishh...
"Tak nak lah..pahit..", suara aku kedengaran serak. Peritnya.
"Pahit ke maung ke, kau kena habiskan ubat ni..", dia sua beberapa biji ubat kat mulut aku. Lepas tu dia hulurkan air masak. Nak tak nak aku terpaksa makan ubat-ubat tu semua.
"Pahit !!!", aku menjerit kecil. Lepas seketika, aku baring semula.
"Ju, aku rasa kau sorang aje kot yang demam lepas dirisik orang..", tawa kecilnya kedengaran. Dah start nak buat telenovela dengan aku la ni...
"Okey what Naim tu..oppss silap... Tengku Naim Najman Naufal bin Tengku Shah Rizman ", Marshila segera tutup mulutnya dengan kedua-dua belah tangan. Geram pulak aku dengan budak ni.
"Kau nak kena backhand dengan aku ke?",
"Ye lah..dari kau tunggu Fazdwan..Ni, cuba kau tengok, ada dia contact kau? Ada? Tak ada kan..? Entah-entah dia dah ikut makpak dia ke Brunei..sudahlah..", Marshila sengaja membakar hati aku yang tak menidakkan kebenaran itu.
Memang kami semua tahu, kedua orang tua Fazdwan berada di Brunei sebab ayah dia akauntan di syarikat minyak di sana. Bila difikirkan, ada logiknya..
"Tapi aku rindu dia..rindu nak tengok muka chinese look dia tu...", aku dah meratap sendu.
"Kau ni, yang depan mata pun, segak apa...kau ni demam terperanjat je. Dah lah..bangun. Aku ingat nak cari kerja part time. Nak ikut tak? Aku dah bagitahu mama, mama kata okey..",
Aku pandang Marshila yang kelihatan bersungguh-sungguh. Bagus jugak kepala otak budak ni.
"Kau nak kerja kat mana? Boleh lah aku join kau...aku ni pun hidup menumpang kat sini. Lagi satu, bulan depan aku plan nak balik Sungkai. Nak tengok rumah. Lepas tu aku plan nak carik penyewa..ye lah, at least dapat juga side income dari biar rumah tu kosong. Leh jugak tampung hidup aku kat KL ni. Teman aku, ye?",
"Boleh...tapi lepas tu, kita pergi driving school. Papa dah registerkan tuk kita berdua", dia senyum lebar sambil tunjuk peace kat aku. Comey !! Harus panjanglah langkah kaki budak Marshila ni..
"Ju, takkan kau tak ada hati sikit pun kat tengkujuh kau tu..?", Marshila bangkitkan semula soal tadi.
"Tak ada !! Full stop!!", dan sempat Blue Bear-Bear singgah ke badan Marshila. |
|
|
|
|
|
|
|
thanks tuan rumah..
smpai demam dian kena risik... |
|
|
|
|
|
|
|
Keadaan di stesen Puduraya sesak. Belum lagi segala macam bunyi bas yang kedengaran dari parking bas. Membingitkan telinga. Aku tengok jam di tangan, lagi tiga puluh minit masa untuk menaiki bas. Kaki ku goyangkan mengikut rentak lagu yang rancak berkumandang di stesen Puduraya.
Dengan beg yang aku pegang kemas, kepala tertinjau-tinjau mencari kelibat Marshila. Tadi dia cakap, dia nak beli jajan dengan air buat bekal dalam bas. Dah dekat lima belas minit, dia tak muncul-muncul. Entah kemana dia pergi..
Orang yang lalu lalang tak aku hiraukan. Diorang pun tak kisahkan aku. Semua ada destinasi dan arah tuju sendiri. Dan aku, setelah hampir dua bulan, baru berkesempatan menjenguk rumah tempat aku dibesarkan. Rindu menggamit..tiba-tiba rasa nak layan blues.
Tiba-tiba Marshila yang pakai gaun separas lutut bunga-bunga besar kaler hijau dengan rambut dilepas bebas, datang termengah-mengah dengan tangan kosong.
"Purse aku hilang", mukanya merah padam.
"Ha..!! tadi kan kau bawak", betul, aku ingat tu..dia bawak purse kaler pink sebab dia nak beli jajan.
"Aduh..aku dah cari, tak jumpa..", matanya dah bertakung. Alah...janganlah kau buat drama kat sini, Marshila. Aku mintak dia bertenang. Fikir dengan rasional.
"Mungkin tertinggal dekat kedai buku, agaknya..tadi aku singgah ke sana", dia juihkan bibirkan menunjukkan kedai buku di sudut paling hujung sebelah kiri stesen bas.
"Dah, kau pergi cepat sikit! Aku tunggu kau kat sini..", tak sempat aku nak bagi arahan, Marshila dah berlari ke sana. Aku nampak dia berkomunikasi dengan pekerja kedai buku itu. Kemudian, aku nampak dia tunjukkan purse kaler pink kesayangan dia pada aku. Alhamdulillah, hati ku mengucapkan syukur.
Saat kaki kami melangkah menuruni tangga stesen menuju ke parking bas di aras lower ground, tiba-tiba satu annoucement kedengaran.
"Perhatian kepada Dian Juwita dan Nur Marshila, sila naik ke aras 1 stesen sekarang. Diulangi...", kami berpandangan.
"Itu..bukan kita ke?",
"Kita lah tu..",
Marshila pusing kembali. Aku capai tangan dia,
"Entah-entah budak tengkujuh tu buat hal lagi..", aku suarakan kebimbangan.
"Tak kut, sebab mama dengan papa tak bagitahu dia pun. Maybe ada hal lain..cepatlah, takut nanti tertinggal bas pulak", tanganku ditarik oleh Marshila.
Dan, saat kaki mencecah di aras satu, di depan mata aku..beg yang dipegang Marshila juga terjatuh, itu tindakan refleks akibat terkejut. Terkedu.
"Blue Bear-Bear...", hati berbisik.
Naim Najman yang sedang tersenyum memeluk Blue Bear-Bear dan sebakul bunga ros kaler putih. Bukan sejambak tapi sebakul bunga !! Diulangi, sebakul !!
Aku..?? Malunya..semua orang di stesen Puduraya sekarang ni tengah tengok drama swasta yang tak disangka-sangka. '
"Kenapa lah kau ni tergamak buat aku macam ni !!!", semua rasa ini hanya berlegar-legar di pankreas aku !! |
|
|
|
|
|
|
|
wakakak dian dah naik menyampah
naim romantiknyer ...
suke tol ngan watak naim nih sikit pun x berputus asa..ttp nak memenangi hati dian wlpn dian terang2an menolak naim..... |
|
|
|
|
|
|
|
Naim Najman yang sedang tersenyum memeluk Blue Bear-Bear dan sebakul bunga ros kaler putih. Bukan sejambak tapi sebakul bunga !! Diulangi, sebakul !!
ariellin Post at 17-8-2010 11:16 AM
NAIM,
giler romantik dgn angau sangat2 kt ju... |
|
|
|
|
|
|
|
amboi... sukanya naim.. romantik sangat...smbg lagi ariel..ples... |
|
|
|
|
|
|
|
betui2 romantik la si naim ni... tp ju blum jatuh hati lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Budak perempuan bertocang dua rambutnya, dengan berbaju T kaler putih itu merenung aku garang. Aku buat tak tahu dengan pandangan dia. Sejak aku masuk ke perut bas ni, memang aku dah jadi bahan tontotan semua penumpang yang ada.
Tapi budak perempuan yang duduk sebaris dengan aku ni, sejak dari bas bergerak meninggalkan Kuala Lumpur, asyik tunjuk muka tak puas hati dengan aku. Aku peluk Blue Bear-Bear kuat-kuat sambil membalas renungan dia. Lepas tu, budak perempuan tu berbisik dengan perempuan di sebelahnya, mugnkin ibu dia.
Dan selang beberapa saat, kedengaran suara budak perempuan itu menangis. Semua penumpang kaget. Terpinga-pinga. Tertanya-aku. Aku juga begitu. Marshila pandang aku dan aku geleng kepala tanda tak tahu apa-apa.
"Adik nak patung tu...!! uwaaaaaaaaa", erk...
Ibu budak perempuan tu memeluk anaknya. Cuba memujuk tapi budak perempuan tu tetap menangis.
Aku? Rasa nak terjun dari bas. Jalan kaki ke Sungkai pun aku sanggup dari mendengar budak perempuan tu menjerit-jerit nak Blue Bear-Bear aku.
"Bagi je lah budak tu pegang sekejab..bising lah..nanti orang lain marah pulak..", Marshila suarakan pendapat.
Bagi pinjam? Blue Bear-Bear? Mana boleh ! Aku peluk erat Blue Bear-Bear dan budak perempuan tu masih tak henti-henti menangis. Ibunya pun dah habis daya nak memujuk.
"Dian Juwita, kau bukan suka pun dengan tengkujuh tu, bagi aje lah budak tu pinjam..", suara Marshila kedengaran geram.
"Walau pun aku tak suka dan takkan akan suka dengan budak sengal tu, aku tetap takkan bagi budak tu Blue Bear-Bear aku. Kau tahu harga dia ni berapa? Beratus tau tak..??", aku berbisik di telinga Marshila.
Dan bas tiba-tiba berhenti. Ishh..masalah apa lagi ni...semua penumpang termasuk aku menjengahkan kepala untuk mencari punca bas yang tiba-tiba berhenti di bahu lebuhraya.
"Rosak kut", suara penumpang di depan aku membuat spekulasi.
Kedengaran bunyi pintu bas dibuka. Dan...
"Dian Juwita sayang, saya hantar awak balik ...", hah !!!
Naim Najman yang tiba-tiba muncul depan mata membuatkan aku hampir pitam. Dia ahli sihir ke apa?? Ada menuntut ilmu magic dengan David Copperfield ke? Kat mana saja aku berada, dia tetapi muncul. Mujur muka dia sekarang dah nampak semenggah, kalau muka tak siap macam di Tunas Setia dulu, harus aku bagi penyepak sedas dua.
"Wei..jom lah turun, malu lah..", aku tersedar bila Marshila terlanggar aku. Dan aku masih berdiri menatap wajah Naim Najman yang sedang tersenyum manis menampakkan lesung pipinya.
Dup dap dup dap..kenapa tiba-tiba rasa lain macam kat dalam ni ye, suara dari hati.. |
|
|
|
|
|
|
|
bilalah hati dian nak terbukak..klu aku dah lama cair dah...huhuh |
|
|
|
|
|
|
|
... bertambah2 lemah semangat si DIAN nie... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|