|
aku suka sgt...mind blOwing.
mmg syOk sesekali layan citer genre cinta mcm ni...
anyway,puas hati...;-) |
|
|
|
|
|
|
|
satu kuarga ku hangkut tgk OR kat BIG Cinema tghari tadik....
bagi aku OR not bad..."genre filem ...
makwe_manja Post at 4-12-2011 21:17 
hahaha... betul2... cara mail berlari tu ya Allah! lawak giler!! nyah habis!!! {:4_241:}
n satu lagi scene di mana mike receiver tu obvious was kat belakang Azizah mahzan, time dia kat hospital nak halau izzah..... |
|
|
|
|
|
|
|
awat aku rasa cam tak dok feeling pun nak tgk mobie nie  |
|
|
|
|
|
|
|
baru balik tgk OR jgk.. em agk frust sbb biaseeeee sgtttt cite die....
cume fefeling time aaron nitiskn airmata..
pelakon yg best dlm cite ni cume aaron & pak dollah je haha...yg lain sume hampeh mampeh..
tak suke maya, xsesuai lngsung ngn watak izzah, puhleassss laaa....
1 lg yg frust, susah nk focus ms tgk sbb de org kampung mane ntah bwk anak2 kecik sume siap main2 jerit2 lg dlm wyg tu, sgt mengganggu ok... |
|
|
|
|
|
|
|
tak penah baca novel OR.tapi bila dah sampai org lelaki pon layan dan gigih bagi review bagai,mungkin best la kot citer neh |
|
|
|
|
|
|
|
-masa AARON menangis dan masa kenduri pemergian pak dolah ke MAKKAN(scene dalam bilik AARON pleuk MAYA, sweet)
ctsueraya Post at 4-12-2011 17:54 
motip? MAKKAH la sayang  |
|
|
|
|
|
|
|
UM dah pergi tengok semalam
perjalanan citer best...takde yg membosankan.....
lagi satu UM tertarik sangat dengan view dan rumah doranggg............ |
|
|
|
|
|
|
|
hohoh.. g tgk kt KLCC smlm dpt kejutan aaron aziz ngan maya karen dtg skali. hoho.. overall, muvi nih bez ah.. |
|
|
|
|
|
|
|
kak kiah pergi satu rombongan cik kiah dari opis mate lama wat reunion. mak ai....banjir lah panggung pavilionsemalam ngan kotorang...paling kelakar, ex boss kak kiah yang jantan macho, dtgdengan bini dia, dua laki bini dok nangus sambil saling berpelukan ala hariz dan izzah! ombak rindu buat kak kiah teringat kenangan lama..... |
|
|
|
|
|
|
|
ombak rindu best...
tp tak nangis pun...
sbb tahan airmata..
lg pun tgk wyg dgn my mom.....
heheeheb  |
|
|
|
|
|
|
|
jumaat lepas aku meeting kat penang..alang2 dah kat sana, sempat gak layan ombak rindu kat 1st avenue sebelum balik kl.. citer dia ok la..aaron aziz mmg hensem banget.. maya..hhmm ok la walaupun percakapan dia macam terbelit lidah.. tapi lisa..aduh..kayu la.. lagi satu aku tak paham kenapa kalau ada scene kena halau je mesti kena ada petir, guruh & hujan lebat??.. dah macam drama swata la pulak.. btw citer boleh tahan la..nanges gak la aku..hehe...
p/s: seronok betul keje gomen ek..especially yg pompuan2..penuh panggung.. tiap2 jumaat leh layan OR.. haha! |
|
|
|
|
|
|
|
i tengok OR last friday. i pegi dengan very low expectation, walaupun di sana sini org dok memperkatakan tentang bestnya filem ini.
ternyata, filem ni sangat bagus. i bagi 4/5 bintang. jalan cerita OK, pelakon2 mantap, sinematografi cantik banget.
AA memang berjaya menjiwai watak Hariz, emosinya sampai pada penonton. dan i berangan nak ada boifren/laki yang hensem macam dia 
MK pun sama, tengok muka je pun dah bleh rasa apa yang dia rasa. would be much better kalau dia boleh mengaji dengan sebutan yang betul makhrajnya.
LS: i tak berapa suka cara dia bercakap yg agak terjerit2 sentiasa (dibayangi elie suriati pulak). tapi maybe itulah kehendak skrip. overall, lakonan dia bagus. kita akan rasa sangat kesian kat dia towards the end tu.
Bront: memang terbaekkkkk what more can i say.
kekurangan yg i nampak:
1. menda microphone receiver tu obvious sangat tersembul kat belakang MK masa kat scene kat sawah.
2. lepas 2 tahun kawin, kucing izzah yg nama comel tu dok besar tu je jugak. padahal kucing tu dia kutip masa hariz beli dia di awal2 cerita.
part yang paling kelakar:
1. pak dollah mengajuk cara suami datuk suffiah merayu minta anak dia.
2. mail berlari2 macam nyah. |
|
|
|
|
|
|
|
i tengok OR last friday. i pegi dengan very low expectation, walaupun di sana sini org dok memperkat ...
lady_cactuss Post at 5-12-2011 17:01 
part yg kelako tu sama laa dgn aku...beria2 pak dollah mengajuk percakapan suami datin tuh..time tu satu panggung gelak kaw kaw |
|
|
|
|
|
|
|
Wah nmpaknya mcm komen yang aku baca mengenai OR ni. Aku dah khatam baca novel ni 10 thn yg lepas. Well ini antara novel yg mmg aku suka beside DONIA karya Damya Aimal. (Tul ke ejaan mcm ni?). Tapi kalau nak compare antar OR dan LBS (Lagenda Budak Setan) jauh OR ni lagi baik. Ni aku nak komen sikit watak-watak dlm citer OR ni.
AA - Lakonan best sesuai sbg Haris (hensem, berkarisma, garang, ada lawak2 sikit)
MK - Ok je. Actually boleh cari pelakon lain yg lagi baik sbb watak Izzah ni sbg ustazah bg aku MK tak berapa sesuai. At least cari pelakon wanita yg pandai mengaji al-Quran. Kalau Tiz Zaqyah mungkin ok. Well anyway MK punya lakonan pun bagus jugak. Dia nmpak matured di samping AA.
LS- wow mmg kelas cuma kdg2 aku tgk minah ni mcm physco jer. Tp bila diganding dgn AA dan MK yang matured, LS nmpak jauh mcm budak2. Tp lakonan LS mmg mantap. Biasa LS ni agak kayu kalau berlakon filem mcm dlm citer LBS. Tp utk filem ni dia bagus pulak.
BP - watak mail mmg polos, baik dan tak mengecewakan.
AM-mmg sesuai lah sgnr Datuk Dufiyah. Gaya tak kesian slang omputeh dia tu.
Pak Dollah - Jd hero.. hahaha.. bg aku sbb pak dollah bongkarkan rahsia lah dia jd hero OR nih. he..he.. kalau pak dollah tak bongkarkan rahsia tu, smpai mati Haris takkan sedar diri. Mcm ibu dia tu jugaklah.
Ok itu komen utk para pelakon dan watak2. Skrg ni aku nak komen pasal adegan yg baik dan yang tak logik dlm citer OR ni.
Adegan yang ok / baik / menyentuh hati:
1) Masa Haris bernikah dgn Izzah dan bg hantaran jam tgn. Actually kelakor tp sgt simbolik.
2) Masa kenduri pak dollah nak naik haji. Masa Haris peluk izzah dlm bilik. Alamak sedih tul masa ni. Tersentuh hati aku lagi2 bila tgk AA menangis. Sedihnya. Tp xdelah aku smpai nangis. Banding tgk citer korea lagi sedih ooo. ngalir air mata.
3) Semua adegan romantik antara Izzah dan Haris lepas Haris rasa bersalah pukul Izzah sbb dia sangka yg Izzah pregnant.
4) Masa mail menyelam cari jam Izzah. Macho tul Mail. he..he..
5) MAsa Mila jumpa Izzah kat bendang. MAsa ni Mila nmpak baiknyer. xde maki2 hamun. Terima kenyataan mcm tak percaya pulak.
6) Masa Mail bawak Haris naik motor, AA duk tgk jer atas moto. Nmpak sgt mcm tak biasa naik motor ke atau kekok ke ntah. tgk mmg lawak ah.
4) Semua adegan LS mengamuk, maki hamun Haris bila Haris katatak nak kahwin dgn dia. Aku suke masa LS sebut SIAL kat Haris. Selambe jer. Real tul lakonan minah ni. Wah nmpak garang dan physco minah ni.
5) MAsa Pak Dollah bongkarkan rahsia pasal Haris anak angkat Datuk Sufiyah. Tersentap Datuk Sufiyah dan Mila lebih2 lagi. Tu yg smpai terkeluar perkataan SIAL pd laki sendirik pulak tu. Smpai aku dgn member siap buat lawak akta Pak Dollah hero dlm citer ni.
Ada byk lagi tp tak larat lah nak komen sume.
Adegan yang kelakar / tak logik /boring :
1) Ikut novel Izzah tinggal di apartmen tp dlm citer ni rumah kat area sawah padi. ehem.. mcmmana tu.
2) Rumah datuk sufiyah pun kat area sawah padi, tp kenapa office kat KL. Haris ni naik heli gi office ke?
3) kenapa tiba2 ada Cameron Highland? Business Datuk Sufiyah ni proses teh ke? Patut Cameron tu tak payah ada pun takpe.
4) Masa LS jumpa Izzah bg tau masa kecik dia dan Haris selalu main di Cameron. Bila besar selalu tgk wayang. tp yg lawak nyer siap tunjuk tiket wayang. Cuma tak logik kalau org kaya mestilah tgk wayang yg high class. tp tiket wayang yg Mila tunjuk ialah tiket wayang biasa jer.
5) masa kat hospital bila Haris dah sedarkan diri. Tiba2 Datul Sufiyah boleh cabut alat bantuan pernafasan dan matikan suis. Panggillah doktor ke nurse ke. Pastu suntinglah adegan Haris dah sedar. Rasanya xde hospital mcm tu kan. Mesti Doktor ataupun nurse dah dtg.
6) Masa MK jumpa LS kat bendang. Tiba2 tup2 nmpak mic kat belakang baju MK. Kantoi....
7) Baju2 kurung MY kenapa kain satin nipis. Patut sbb org kmpng gunalah baju kurung kain cotton. Baru nmpak sesuai.
8) Masa Datuk Sufiyah halau Izzah takkan lah Izzah tak mampu nak beli hp sendiri smpai HP pun kena rampas. melampau jugak. Pastu kereta VIva pun nak ambik jugak ke. Kata org kaye. sedekahkan je lah. Takkan Haris tak bg bini dia pape kete. takkan VIVA pun kete kompeni jugak kot.
Oklah aku bg 3 bintang utk citer OR ni. Aku tak berapa suka citer cintan cintun yg melayan perasaan sgt ni. Aku lg suke AA dlm KL Gangster banding OR ni. tp utk org yg bercinta dan suami isteri mungkin suka citer ni. Bg aku Novel paling sesuai adaptasi jd drama compare to movie. Sbb movie masa terhad, so byk citer yg tergantung dan lari dr novel yg sebenar. Patut izzah smbung belajar embik engineering kalau tak silap. dan pak Toha dtg dan ugut izzah. tp ye lah kan movie masa terhad. Anyway karya Osman Ali tak mengecewakan. Aku suke citer Osman Ali ialah citer CUN. jln yg simple, scene yg cantik dan kelakar.
Utk mereka2 yg belum menonton OR ni, pergilah tgk. Sokonglah industri filem Malaysia.
Tak sabar nak tunggu KL Gangster 2. KAlau AA ada aku tgk. Kalau xde mintak maap. he..he.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nak komen gak, ak tgk kt the curve full house msa hari sabtu malam ahad, org siap tepuk tangan lgi pas hbs cerita... tpi ak tgk mcm x ada feeling pun siap leh main msg+makan popcorn, member yg temankan ak tu tgk dgn penuh perasaan, mcm dia nanges jer..
part ak suka masa hariz nak ehm3 dgn izah tu, pastu izah berdoa trs hariz x jadi and hisap rokok, satu panggung gelak.... |
|
|
|
|
|
|
|
lagu untuk kamu tuh hafiz nyanyi ke??? ingat pompuan --- maya karin ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku paling menyampah bila scene belum habis dah gelap pastu masuk scene lain...teruknya editing...
Lagi satu sepatotnya Izzah duk apartment and rumah Hariz kat KL tp nape dalam filem kat area sawah padi plak???
Watak Mak Hajar bini Pak Taha tu sepatotnya jahat gak kan?
And anak Izzah gugur or terselamat ek?
Anyway, lakonan AA, MK, LS, & Bront memant terbaik.
Aku rasa Ombak Rindu ni better wat drama bersiri and semua scene penting ada...baru ngam.  |
|
|
|
|
|
|
| |
|