|
RESEPI KENTANG PUTAR
.
Bahan-Bahan:
1.Kentang(ikut suka nak banyak mana)
2.Mentega/butter
3.Tepung gandum
4.Garam
5.Secukup rasa/serbuk hilal
6.Kiub pati ayam-1
7.Kicap(Qila suka kicap mudim, ikut tak kicap apa yang uolls suka)
8.Serbuk lada hitam
9.Air
.
Cara memasak:
(KENTANG)
1.Rebus kentang dengan air dan isi sedikit garam sehingga empuk.
*Bila dah empuk, tos kan dan boleh lenyek, air rebusan kentang jangan buang lagi, kalau kering sangat masa lenyek kentang tu boleh isi air rebusan kentang tu sikit.
*Dah siap lenyek boleh guna apa sahaja, senduk ke sudu ke bulatkan dia dan letak dalam bekas atau mangkuk.
(KUAH KENTANG PUTAR ALA KFC)
1.Cairkan mentega/butter, kalau kentang banyak boleh isi dalam 3 sudu mentega ataupun suku butter.
2.Lepas cairkan butter, masukkan satu sudu tepung gandum yang belum dicampur air dan gaulkan jangan biar hangus, sambil gaul letakkan serbuk lada hitam satu sudu kecil. API PERLAHAN JE YA!
3.Masukkan air(suka hati nak banyak mana, Qila suka banyak kuah sebab boleh cicah dengan ayam goreng), kacau sehingga sebati ya.
4.Lagi 3 susu tepung campurkan dengan air untuk pekatkan kuah dan masukkan dalam kuali kacau sehingga kuah jadi pekat. Kalau kuah dah pekat, tak payah tambah tepung dah.
5.Masukkan kiub pati ayam,garam dan secukup rasa. Then letakkan kicap sikit demi sikit sampai warna kuah jadi keperangan.
6.Rasa kuah anda, dah cukup rasanya sedap dah pekat macam KFC punya tu, dah boleh tutup api dan makanlah bersama kentang tadi dengan bahagianya. ????
.
P/s: Masak sehingga mendidih ya.
.
By NUR AQILA FATHIAH AZMAN |
|
|
|
|
|
|
|
Bila boring sgt. Jadila kek butter. ????
250 gm butter
1 cawan gula halus
2 cawan tepung naik sendiri
4 biji telur
1 sudu besar ovellet
1 penutup esen vanila
Pukul butter dan gula sampai agak putih
Pastu masukkan telur pukul sampai gebu (part ni penting kena mixer bg gebu)
Masukkan esen vanilla dan ovellet mix lagi.
Kemudian masukkan tepung sikit2 mix lg.
Tuang dalam loyang saiz 8 inci bakar suhu 180 (1 jam)
Kredit Resepi : nana syazana |
|
|
|
|
|
|
|
DONUT GEBUU ????????
.
Saya share resipi ye
(kredit kepada Sirap Limau)
Bahan A
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu manis
Secubit garam
1 sudu besar baking powder
Ramas bahan2 A sampai jadi seperti tekstur serbuk roti
Bahan B
1 1/2 cawan air suam
Sepekt yis mauripan
(campurkan keduanya. Tunggu dalam 5 minit)
Cara-cara
Masukkan Bahan B ke Bahan A sedikit demi sedikit. Tambahkan air jika doh masih belum sebati (air ni ikut kesesuaian ye. Kalau nak selamat jangan curah air semua, letak sikit2 sampai doh tak melekat kat tangan. Kalau tak cukup air tambah lagi sikit).
Kemudian biarkan doh berehat dengan tenang dan berkembang dengan jayanya dalam 40 minit hingga sejam. Nanti doh tu akan berkembang sekali ganda. Pastu dah boleh terap dengan acuan dan sedia untuk digoreng
Selamat mencuba
.
SUMBER: SITI HASMAH RAHMAN |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ikan Tenggiri Masak Cuka Bahan-bahan: - 2-3 ketul isi ikan
- 10 ulas bawang kecil (pilih ulas yang halus)
- 5 ulas bawang putih
- 6 biji cili padi
- 1 sudu biji sawi
- Sedikit halia
- 2 sudu cuka makan
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit minyak (untuk tumis)
Cara penyediaan: - Gaulkan ikan terlebih dahulu dengan sedikit kunyit dan garam.
- Kemudian goreng ikan tapi jangan sampai garing sangat.
- Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk. Apabila minyak panas, tumis biji sawi.
- Masukkan bawang kecil dan bawang putih.
- Masukkan 1/2 cawan air. Kemudian masukkan cuka, garam, gula dan cili padi.
- Biar sekejap dan angkat.
- Ikan tenggiri masak cuka sedia untuk dihidang!
|
|
|
|
|
|
|
|
Ikan Masak Kuah Pekat Bahan-bahan: - 1 ekor ikan merah
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- Lada hitam biji
- Pes asam jawa sesudu kecil
- Kicap mudim satu sudu
- Bawang besar, cili merah, cili padi hiris
- Garam secukup rasa
Cara penyediaan: - Goreng ikan.
- Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia dan lada hitam biji.
- Masukkan minyak dan tumis bahan tumbuk sampai wangi.
- Letak air sedikit.
- Biar kuah mendidih kemudian masukkan pes asam jawa, garam dan kicap. Kalau tak suka letak kicap, masukkan gula sedikit.
- Tutup api. Masukkan bawang besar, cili merah dan cili padi yang dihiris.
- Ikan masak kuah pekat siap untuk dihidang!
|
|
|
|
|
|
|
|
Ikan Percik Bahan-bahan perap ikan: - 5 ekor ikan kembung
- 2 batang serai*
- 5 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*
- 1 1/2 inci kunyit hidup*
Bahan-bahan untuk kuah percik: - 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 hiris nipis halia
- Secubit belacan
- 1/2 sudu besar serbuk ketumbar (disangai dan dikisar halus)
Cara penyediaan ikan: - Basuh ikan dengan bersih dan kelar.
- Untuk bahan bertanda ‘*’, hiris nipis dan masukkan dalam tabung pengisar.
- Kemudian, tambahkan 3/4 sudu besar garam dan 1 sudu kecil serbuk perasa Hilal.
- Kisar hingga lumat.
- Lumur rata bahan kisar pada ikan.
- Perap selama 20 minit.
Cara penyediaan kuah percik: - Kisar semua bahan sehingga lumat.
- Masukkan bahan kisar dalam periuk.
- Tambahkan sekali 6 senduk santan segera. (Beli dekat pasar. Pekat asli daripada buah kelapa)
- Tambahkan 1 senduk air kosong.
- Masuk 1 1/2 sudu besar cili kisar.
- Guna ciri kering saiz paling besar. Tak pedas dan warna pun merah cantik.
- Letak periuk atas dapur kemudian buka api perlahan.
- Perahkan sehiris limau nipis.
- Masukkan 2 1/2 sudu besar gula, 1/2 sudu besar garam dan secubit perencah Hilal. (Kuantiti rasa terpulang kepada cita rasa sendiri/masukkan sedikit demi sedikit untuk lebih selamat).
- Kacau kuah dengan api sederhana besar dan tutup api setelah kuah berbuih mendidih.
- Siap untuk kuah percik lazat tak terkata.
Cara penyediaan ikan percik: - Bakar ikan di atas bara api.
- Jangan bakar sehingga kering garing supaya isinya kekal juicy.
- Angkat seketika pemanggang ikan.
- Lapik pinggan di bawah. Sendukkan kuah percik dan lalukan pada badan ikan depan belakang.
- Letak semula pemanggang atas bara api untuk seketika. Balik-balikkan untuk bahagian atas dan bawah.
- Ulang dua kali untuk kuantiti kuah melekat lebih tebal.
- Ikan percik siap untuk dihidang!
|
|
|
|
|
|
|
|
Ikan Patin Masak Tempoyak Bahan-bahan: - Ikan patin
- Kunyit hidup
- Cili padi
- Tempoyak
- Garam
- Asam keping (kalau tempoyak sudah cukup masam, tak letak pun tak apa)
- 1 1/2 gelas air
- Daun kunyit (potong halus)
Cara penyediaan: - Tumbuk kunyit hidup dengan cili padi sampai lumat.
- Masukkan air dalam periuk dan masukkan bahan-bahan tumbuk tadi, biar mendidih. Masukkan tempoyak.
- Tunggu sampai mendidih. Kemudian, masukkan ikan.
- Kecilkan api, renehkan kuah dan tunggu sampai ikan masak.
- Masukkan daun kunyit.
- Kalau kuah sudah pekat, tutup api dan siap.
- Ikan patin masak tempoyak siap untuk dihidang!
|
|
|
|
|
|
|
|
Ikan Kukus Sambal Thai Bahan-bahan: - Ikan siakap (lumur dengan garam kemudian kukus sampai masak)
- Bawang merah, halia, bawang putih dicincang halus
- Daun limau purut, cili dan bunga kantan (cili dan bunga kantan dihiris halus)
- 1 sudu sos tiram, 1 sudu sos tomato, 1 sudu sos cili, 1 sudu cili kisar, 1 sudu kicap manis dan sedikit sos ikan
- Air perahan limau
Cara penyediaan: - Tumis cili kisar hingga masak.
- Kemudian, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau.
- Kemudian, masukkan sos cili, tomato, tiram, kicap manis dan sos ikan. Kacau hingga naik bau.
- Masukkan bunga kantan, cili dan daun limau purut.
- Masukkan perasa dan masukkan air kukus ikan tadi dengan air perahan limau.
- Jika sambal sudah siap, tuang ke atas ikan.
- Ikan kukus sambal thai siap untuk dihidang!
Kini, anda berpeluang menvariasikan juadah anda ketika ramadhan ini. Tiada lagi menu yang sama setiap hari. Selamat Mencuba!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
????VIENNA BROWNIES
****************
120 gm butter
240 gm dark chocolate
270 gm gula halus
8 biji telur gred A
1 sudu besar nescafe larutkan dgn 1 sudu besar air panas
1 sudu teh esen vanilla
*220 gm tepung gandum
*60 gm serbuk koko
*1 sudu teh soda bikarbonat
80 ml fresh milk
Chocolate chips utk tabur diatas
Ayak bahan bertanda *
Bahan cream cheese :
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
60 gm tepung gandum
2 biji telur
80 ml air
1)Cairkan dark chocolate + butter.
2)Masukkan nescafe + susu + esen vanilla ke dlm adunan chocolate, kacau rata. Ketepikan.
3)Dalam bekas lain whisk gula + telur hingga sebati. Masukkan tepung dan kaup balikkan.
4)Satukan adunan tepung dgn adunan chocolate dan gaul rata. Ketepikan.
5)Utk cheese pulak, guna mixer pukul cream cheese + gula hingga berkrim. Kemudian Masukkan tepung + telur + air dan pukul sekejap lagi hingga semua sebati. Jgn over beat ya!
6)Masukkan separuh adunan chocolate dlm tray 10'' x 10''. Kemudian tuang adunan cheese perlahan-lahan. Finally Masukkan baki adunan chocolate tadi. Lorekkan ikut kreativiti dan tabur chocolate chips. Bakar 1 jam suhu 170 atau ikut kesesuaian oven.
kredit: dapur ciknad |
|
|
|
|
|
|
|
AYAM GORENG JUALAN
700g tepung gandum
1kg tepung beras
300g tepung ubi kayu
3 sudu teh serbuk lada putih
7 sudu makan stok ayam serbuk
7 sudu makan Ajinomoto
7 sudu makan garam (bole kurangkan)
(Ajinomoto & garam campur kisar dgn blender kering kasi halus)
Campur semua bahan dan kacau sehingga merata... Ok siap tepung ayam buatan sndri..
Saya akan campur tepung segera yg beli dan buatan sendiri...
Jom kita goreng ayam...
Ayam setelah dicuci bersih.. dalam keadaan basah2 tu pecahkan telor sebiji atau 2..tgk banyak mana ayam...
Taburkan sedikit tepung dlm ayam td BG memekatkan keadaan ayam..
Dalam bekas yg lain sediakan tepung ayam yg banyak untuk sadur ayam..
Ambil ayam td dan gaul dlm tepung td.. jgn nipis sngt..jgn tebal sngt...
Terus masukkan kedalam minyak yg banyak api sederhana..Siap....
Tips...
Tepung ayam tu MMG dia tulis tanpa telor tp nk sedap dan cantik letaklah telor....
Doakan sy dimurahkn rezeki yer...♥️
**Adunan tepung nie banyak dan boleh disimpan...
**Saya gunakan tepung segera yg jenama PUAS. Tp kalau nk mkn sendiri blh jer beli yg mahal sikit.
Kredit resepi & foto : yayar b awang noh |
|
|
|
|
|
|
|
NASI AYAM RINGKAS DAN SEDAP ????
1. Rebus ayam bersama garam secukupnya utk dapatkan sup & utk tanak nasi.
2. Planta, bawang putih & halia ditumbuk. Tumis sampai naik bau. Masukkan minyak bijan secukupnya (4 cup beras, minyak bijan dalam 1/2 sudu besar atau lebih). Boleh skip kalau x suka.
3. Beras yg kita dah cuci dan tos tadi, masukkan dalam bahan tumis, kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan air rebusan ayam secukupnya utk tanak nasi.
4. Untuk ayam putih tu, boleh rebus separuh masak & bila nasi dah hampir masak, boleh juga letak ayam dan stim kan bersama nasi sehingga nasi & ayam masak.
5. Untuk ayam kicap mcm biasa ade 2 versi, boleh rebus bersama kicap, sos tiram, madu lepas tu tos & goreng. Atau boleh rebus dulu kemudian perap dengan kicap.
6. Goreng secukupnya, jgn lama sangat nanti keras pulak.
7. Untuk kicap & cili boleh sesuaikan selera masing².
Kredit: Dani Shoppe's |
|
|
|
|
|
|
|
Resepi Ayam Masak Hitam ????????
.
Bahan bahan:
1/2 ekor ayam
10 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Halia besar ibu jari
1 biji tomato ???? potong potong suka hati(buat hiasan)
1 biji bawang besar potong suka hati (buat hiasan)
kicap manis secukup rasa(saya guna kicap kipas udang)
Rempah untuk menumis (pelaga, bunga lawang, kayu manis)
Cara Memasak Ayam Masak Hitam:
#1:kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia
#2: ayam potong sederhana gaulkan dgn serbuk kunyit dan garam sikit dan goreng separuh masak
#3: panaskan minyak dalam kuali dan masukan rempah tumis dan bahan kisar no#1 biar sehingga pecah minyak.
#4: masukan ayam goreng tadi tambahkan kicap manis secukupnya. kemudian tambahkan air 1/2 cawan dan tutuptudung periuk dan biar sehingga mendidih.
#5: masukan gula, garam secukup rasa, tomato, dan bawang besar dan apabila kuah dah pekat matikan api dan siap untuk dihidangkaan.
Daging pon sedap masak macam ni......
Kredit:Khairul Ghazali |
|
|
|
|
|
|
|
Sexy ciken grill is doneeee. ????
Ayam seksi tumpang lalu kejap. Tayah p kenny rogers dh kome.. Jimatt poket????
Resepi
Ayam sekor2 atau potong 4. Nk seksi biarkan dia sekor2.
Bahan A
biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam knorr
2 sudu serbuk lada hitam
1 senduk kecil sos black pepper (dalam botol)- brand apa-apa je.
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
100ml air
Semua bahan di atas kita kisarkan dia
Bahan B
sudu madu
3 sudu butter
2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano
Perap sejam atau lebih. Kemudian bakar suhu 200 selama sejam.
Kredit: Nurul Aini Mohamed Ali |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Resepi Udang Goreng Kunyit Ala Mat RockBahan-bahan- Udang
- Serbuk kunyit dan garam
- Bawang merah
- Kacang buncis
- Lobak
- Lada merah
- Kicap manis
Cara buat udang goreng kunyit- Gaul udang dengan serbuk kunyit dan garam.
- Hiris bawang merah dan sayuran.
- Panaskan kuali dan goreng udang. Tolak udang ke tepi kuali, besarkan api sedikit dan masukkan bawang merah dan kacau.
- Masukkan kacang buncis, lobak dan lada merah.
- Kacau sehingga masak, tambah kicap manis sedikit.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mamanoni at 18-11-2024 01:01 PM
Resepi Udang Goreng Kunyit Style RizalmanBahan-bahan- Udang
- 4 biji bawang merah
- 3 biji bawang putih
- 1 biji bawang holland
- 4-5 sudu sos tomato
- Kacang peas
- Cili merah/ hijau
- Daun bawang
- 1 sudu gula
Cara buat udang goreng kunyit- Gaul udang dengan serbuk kunyit dan garam dan perap sebentar.
- Hiris bawang merah, bawang putih dan hiris bulat bawang Holland.
- Panaskan minyak, goreng udang yang diperap tadi. Goreng udang sehingga masak dan garing. Ketepikan.
- Guna minyak dan kuali yang sama, tumis bwang merah dan bawang putih hingga keperangan. Masukkan bawang holland dan cili.
- Masukkan sos tomato, kacang peas dan udang. Perasakan dengan gula.
- Bila bawang holland dah layu, masukkan daun bawang. Siap.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mamanoni at 18-11-2024 12:59 PM
Resepi Udang Goreng Kunyit Cili Padi
Bahan-bahan- 1/2 udang (lumur kunyit dan garam)
- 4 biji bawang merah kecil (tumbuk/kisar)
- 3 biji bawang putih (tumbuk/kisar)
- Sedikit air asam
- 1/2 cawan air
- Cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing)
- 3 biji cili merah
- 1 biji bawang merah besar (potong bulat)
- Garam dan gula secukup rasa
Cara buat udang goreng kunyit- Goreng udang separuh masak
- Tumis bahan tumbuk/kisar sehingga naik bau dan kering sedikit.
- Tambah air sedikit dan air asam. Biarkan mendidih dan masukkan bawang besar.
- Perasakan dengan garam dan gula. Gaul sekata dalam 2 minit dan boleh dihidang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mamanoni at 18-11-2024 01:03 PM
Kalau lauk-lauk masak sos ni kebanyakannya semua belajar masak lepas kawin sebab keluarga mertua suka masak macam ni. Ikan masak sos, ayam masak sos. Sampai je dekat aku, telur rebus masak sos pun boleh
Semalam buat ikan bawal putih masak sos. Anak-anak pun makan lauk ni. Meh aku share resepi.
Mula-mula goreng ikan dulu bersama kunyit dan garam
1. Hiris 2 biji bawang besar sederhana, 6 ulas bawang putih dan halia sebesar ibu jari.
2. Tumis semua bahan hiris dan masukkan 2 batang serai diketuk dan setengah biji tomato dihiris.
3. Masukkan 3 sudu cili kisar, tumis sampai pecah minyak.
4. Masukkan 3 sudu besar sos cili, 1 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar sos tomato.
5. Masukkan ikan dan hirisan bawang holland.
Biarkan tumisan sebati bersama ikan.
Tutup api.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Resepi Durian Crepe
Bahan-bahan
Beberapa ulas isi durian
Non-dairy whipping cream
1/2 cawan susu full cream*
3/4 cawan air*
3 sb tepung gandum*
3 sb tepung ubi*
1 1/2 sb tepung jagung*
1 sk pewarna kuning*
1 biji telur dan 1 biji kuning telur*
Secubit garam*
1 sk esen vanila*
1 sb gula halus*
1 sb minyak masak*
Cara buat durian crepe
Mix whipping cream sehingga kental (tidak jatuh jika terlangkupkan mangkuk)
Panaskan susu full cream sehingga suam sahaja.
Whisk semua bahan bertanda * sehingga sebati.
Biarkan adunan crepe selama 10 minit.
Panaskan minyak di dalam kuali, lenggang sekejap.
Bila kulit dah sejuk, boleh letakkan whipping cream dan isi durian. Lipat dan sejukkan selama beberapa jam.
Sumber: Farah Fatin Amira Musa dari Masak Apa Hari Ni
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Resepi Durian Crepe SimpleBahan-bahan- 100g tepung gandum
- 3 biji telur gred A
- 1 tin susu cair
- 1 sk esen vanila
- Secubit garam
- Pewarna kuning
- 1/2 cawan air (bergantung pada kepekatan adunan)
[size=16.604px]Bahan-bahan inti Cara buat durian crepe- Campur semua bahan dan putar menggunakan mixer atau blender.
- Tapiskan adunan.
- Guna kuali non stick untuk masak crepe, dan masak seperti biasa.
- Mix whipping cream sehingga kental.
- Letak whipping cream dan isi ke durian di atas crepe. Lipat dan sejukkan sebelum dimakan.
Sumber: Nish Aziz Masak Apa Hari ni
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Resepi Sirap Bandung Soda Float
========================
Bahan-bahan:
- 1/4 cawan ibu sirap
- gula (dilarutkan dalam sedikit air panas ) -kadar gula mengikut citarasa masing-masing
- 3/4 tin susu cair
- 3/4 jug kuib ais
- 1/2 tin ice cream soda
.
Cara membuatnya:
1. Satukan ibu sirap, air gula, susu cair dan ice cream soda, kacau rata dan masukkan kiub ais.
2. Biarkan kiub air mencair. Tidak perlu tambah air kerana ini akan mengurangkan rasa lemak sirap bandung.
Resipi diatas tu menghasilkan 1 jug sirap bandung soda. Kalau nak masak dulu gula sirap ros pun ok, tambah daun pandan dalam sirap ros yang kita masak tadi untuk menambah keharumannya.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|