“Lily, ibu ada berita gembira nak sampaikan pada Lily ni.”
Kata Puan Sabariah kepada anak angkatnya di suatu pagi.
Dia gembira kerana anak angkatnya telah pulih dari segala trauma yang dialaminya. Mujurlah doktor Hashim merangkap doktor keluarganya sering melakukan pemantauan ke atas gadis malangitu. Setelah hampir tiga bulan dirawat, doktor Hashim akhirnya berpuas hati dengan tahap kesihatan Lily Dayana.
“Amboi gembira semacam saja Lily tengok ibu ni? Agaknya, apa berita baik yang ibu nak bagi tahu Lily ni? Teruja pula Lily nak dengar. Apa dia ibu?”
Apalah yang membuatkan ibu angkat aku ni gembira sangat. Berseri-seri ku lihat wajahnya hari ini.
“Begini Lily, dua minggu lagi anak ibu yang belajar di Sabah tu nak balik. Dia dah habis belajar. Sebab tu yang ibu seronok sangat. Tiga tahun ibu tak jumpa dia Lily. Mesti Lily ingat anak tunggal ibu yang pernah ibu ceritakan pada Lily. Alah, masa Lily baru datang sini? Ingat tak??”
Patutlah seronok sangat ibu aku ni. Sebenarnya aku hampir terlupa akan anak tunggal ibu tu. Agaknya kerana aku sibuk dengan ‘hal’ aku sejak dari mula aku tinggal dengannya dan disebabkan itu jugalah aku tidak pernah ambil pusing akan hal anak lelaki tunggalnya itu. Nama dia pun aku dah lupa. Ibu ada sebut dulu...apa entah nama anak ibu? Kalau jawab tak ingat, kecil pula hati ibu aku ni. Pandai-pandailah kau Lily Dayana. “Oh…ingat ibu. Ye ke dia dah nak balik? Alhamdulillah, bertambah meriahlah rumah ni nanti ibu.”
Terpaksalah aku mengaku. Rasa bersalah mula bertandang di hati. Aku menggaru kepala berlapikkan tudung. Kaca mata ku betulkan letaknya. Aku memang bertudung ketika berada di rumah. Aku perlu tahu batasan aku sebagai seorang muslimah kerana dalam rumah ini ada orang lelaki yang bukan muhrimku. Kalau dahulu aku hanya mengambil mudah akan perkara ini, tetapi tidak lagi sekarang.
“Mestilah. Tambahan pula, anak perempuan ibu pun ada sama. Mesti dia suka bila jumpa kamu nanti. Tapi Lily, abang Adli kamu tu tak tahu lagi bahawa sekarang dia ada adik perempuan. Sengaja ibu nak buat kejutan padanya nanti.”
Hah..dah dapat. Adli namanya. Tapi, biar betul ibu angkat aku ni? Tak dapat nak bayangkan macam mana agaknya reaksi lelaki itu nanti. Biarlah, malas nak fikirkan mengenainya. Asal hati ayah dan ibu angkatnya gembira sudahlah. Tapi, kalau dah ibu dan ayahnya baik…anaknya pun mesti baik juga kan???
Last edited by wipers81 on 28-8-2013 11:21 AM
|