|
[BEST]kisah-kisah angker nona sari - UPDATE!
[Copy link]
|
|
KU RENTAP LANGSIR RUMAHMU
Oke last cerita sebelum aku tido. ni cerita makcik yang sama masa belajar di dungun dulu. masa ni dia tengah pregnant anak pertama. dia duduk satu perumahan dekat dungun tu dengan beberapa orang kawan dia lah. so masa mula-mula masuk rumah tu takda apa-apa yang pelik. bila dekat 2-3 bulan duduk situ baru lah segala-galanya bermula.
masa yang terkena ni makcik aku ingatkan just perasaan-perasaan biasa orang mengandung. so banyak la part-part diganggu tu diabaikan. macam tak ambil mudah. tapi bila dah terjadi satu kejadian ni baru lah masa tu dia kelam kabut nak solve benda yang kacau dia and roomate yang lain.
yang satu kejadian tu dia cerita, malam tu semua tengok tv. dalam satu rumah ada 4 orang termasuk makcik aku. yang tengok tv kat depan-depan tv tu 3 orang. makcik aku sorang-sorang duduk menyandar dekat sofa ruang tamu dan dekat pulak dengan sliding door. pregnant kan.. so menyandar la nak rehatkan pinggang. agak nye laa.. sebab aku pun tak pernah mengandung lagi. masa tengah syok-syok tengok tv tu sekali langsir kat sliding door tu tiba-tiba bergoyang. pikirnya angin dari kipas, tapi bila dia pandang betul-betul antara kipas dengan langsir tu memang tak da kebarangkalian langsung langsir tu boleh bergoyang macam tu.
1st tu makcik aku ignore kan. sebab dia pikir kipas lah. so kali kedua tengah leka-leka, langsir tu goyang lagi. makcik aku dah tak sedap dah masa tu. kalau jadi apa-apa konfem lah dia kene dulu. tengah sedap menyandar sekali entah apa makhluk yang keluar, sempat pulak dia nak melompat dengan perut tinggal tunggu masa je masa tu. then goyangan tu berlaku kali keduanya.. masa tu cepat-cepat dia toleh. memang nampak bergoyang la langsir tu. bukan bergoyang ditiup angin tapi bergoyang seperti digoyangkan sesuatu.
yang kali kedua ni lah makcik aku terus panggil kawan-kawan dia. korang bayangkan, bukan lewat manapun malam tu. baru pukul 9 malam. masing-masing baru lepas makan, lepak-lepak depan tv tengok berita. tiba-tiba disakat terang-terang dengan beraninya. masa bergoyang-goyang tu makcik aku panggil kawan-kawan dia suruh tengok langsir bergoyang sendiri. fyi, dorang tak da bela kucing ye. its forbidden. tuan rumah tak bagi. so bila kawan-kawan tu tengok langsir bergoyang tu, semua terdiam. sebab dorang memang dah maklum gangguan-gangguan kat dalam rumah tu.
masa semua dah terdiam tu, goyangan tu berhenti. semua macam suspen la. sebab boleh dikatakan masa makcik aku panggil tu memang langsir tu tengah bergoyang. sempatlah dorang tengok kan. tapi tiba-tiba berhenti. dah tu sume jadi suspen la. masa tu dorang tak perasan lagi yang volume tv tu macam makin mengecik suaranya. seolah-olah ada yang control volume pakai remote. makcik aku yang perasan. sebab last dia sempat dengar iklan lepas berita, pastu tiba-tiba makin kecik suaranya. belum sempat makcik aku bersuara pasal volume tv, tiba-tiba langsir sliding door kene rentap ko! macam ditarik dari dalam langsir.faham tak? tak lah tertanggal jatuh, tapi memang nampak sumpik kat dinding. jadi nya, rod langsir tu jadi senget. masa tu sume jerit serentak. memang terkejut gila kot. baru berkira-kira lepas ni jadi ape,terus saje langsir kena rentap tiba-tiba. tak sempat nak ready. makcik aku cakap sume jerit, teriak ''ya Allah! ya Allah! Ataghfirullah!'' depan mata kot dengan terang-terang lampu masa tu. macam tu pun boleh sakat ke. gila.
yang makcik aku ni tengah menyandar terus duduk tegak sebab terlalu terkejut. memang masa tu perasaan dia tak boleh cakap la. urut perut je dia masa tu sebab masa tu memang rasa nak protect je baby dalam perut. masa tu dia mampu baca-baca je. tengah semua jerit-jerit, soal menyoal, speku menspeku, tiba-tiba volume tv tu dari kecik jadik kuat serta merta. kuat sampai tahap max! lagi la dorang terkejut. terkejut tadi tak abis lagi. terkejut yang ini pulak. menjerit lagi masa tu. cepat-cepat member rumah dia capai remote dekat dengan tv tu, then tutup! terkejut sangat agak nya. masa ni memang semua dah kelam kabut lah. memang masing-masing meremang seram. dah la kawasan rumah tu orang tak berapa nak ada. kebanyakkan kejiranan kat situ bujang-bujang, ramai student. faham-fahamlah. sape je yang bole stay rumah lama-lama.
elok je semua dah kelam kabut, masa ni lah tiba-tiba dengar macam suara kucing tidak, suara budak nangis pun tidak. suara orang menjerit pun tidak, orang ketawa pun tidak. tapi nyaring sangat bunyik nya tapi kasar.. makcik aku cakap memang jelas sangat kedengaran dekat telinga masing-masing. bunyik perempuan jerit macam ''aaaaaarggggghhhhhhhaaaakkkkkkkkkkeeeeekkkkkkikkkkkkkkkkkkk.....!!!'' haa macam tu. sebab masa makcik aku ajuk jerit tu, aku mengimejin begitulah ejaan nya. sebab dari suara yang besar jadi macam makin kecik. macam bunyik orang kena cekik pun ada. aku dengar pun dah seram masa tu. elok je berbunyik atas bumbung rumah. memang makcik aku and kawan dia serentak pandang siling sebab memang bunyik tu betol-betol atas siling. masa tu makcik aku cakap semua diam, semua duduk rapat-rapat. nak nangis, jerit pun dah tak selera dah.
bunyik tu sekali je tu. then terus dengar macam orang lari-lari atas bumbung rumah. laju. memang rasa ada derapan kaki lari-lari atas bumbung. tak lama terus senyap. langsung senyap. masa tu makcik aku cakap semua ayat dia baca. semua surah lazim yang dia ingat, dia baca. ayat qursi, 3 qul segala jenis ayat dia baca. dia kata dia letak satu tangan kat dada, satu kat perut. then sambil tu dia recite ulang-ulang surah tu. kawan-kawan dia, dia tak sure la baca ke tak ke.. sebab dia just pikir keselamatan anak dia je. maybe masa tu lah agak nya benda tu panas sebab makcik aku cakap dia memang concerntrate a.k.a fokus dengan pembacaannya. lepas kejadian tu makcik aku cerita dia dengan roomate dia semua dalam keadaan takut, seram, bingung. semuanya berlaku dengan pantas. tiba-tiba je. elok-elok senang-senang depan tv, lepas makan, tak sempat feeling-feeling tiba-tiba je kena sakat. takda hint.
so lepas je dari gangguan tu, semua pakat tido luar secara berjemaah. memang takda gangguan la. semua lampu dalam rumah dibuka 24 jam sampai sebulan. dan bil api ketika itu adalah paling tinggi dorang kena tong tong bayar. nasib baik tuan rumah faham sbb dah diceritakan sebelum ni. aku pun tak tau apa pasal dorang tak pindah je. sebab ada gangguan yang lagi teruk dorang kena lepas tu. tak ape lah. esok-esok aku cerita. dah malam. ngantok.malam jumaat pulak tu..................................
sekian.. |
|
|
|
|
|
|
|
non.sari posted on 29-9-2013 10:03 PM
then telinga aku ni memang dapat tangkap apa yang berlaku di luar. aku dengar suara budak-budak keci ...
Ahkak non.sariayumustika ratu.
Ahahahahahahaahahah~
Aku ni siyes pentakut mcm memember mu ittew.
Stiap kali baca citer hantu gini nyer pun pada siang hari,
malam hari kang mentakut terbayang bukan2 sorg2 smpai menyampah.
Huh Na'uzubillah jangan la terbukak hijab mcm dirimu.
Story lagi. Bia aku takut bila malam2 karang! Denk~
|
|
|
|
|
|
|
|
HAnaNAjima posted on 8-11-2013 08:53 AM
Trima kasih akak....SSSSSSAAAAAYYAAANNNNG AKK LAAH...
okey....
|
|
|
|
|
|
|
|
Aqill.Azrri posted on 7-11-2013 10:38 PM
@non.sari seram sejuk aku baca. best bangat deh!
haaa,,, gamba catty2 ni takpo..
aku suka.. banyak2 pun takpo...
|
|
|
|
|
|
|
|
Khusyuk & tawaddu' aku baca cite ahkaak
Kipidap!
|
|
|
|
|
|
|
|
non.sari posted on 7-11-2013 10:18 PM
assalammualaikum..
UNCLE TELENG
akak heran nape ler orang dr selatan suka noo ikut jalan jerangau jabor tu klu nak ke sini..Padahal jalan pantai molek2 ada.Sepanjang dok paka ni..amat jarang akak lalu jalan jerangau jabor klu nak balik kampung kat johor tu.Tak best tengok kelapa sawit aje..dh laa kampung pun kat pendalaman banyak pokok sawit..hehehe?.Tahun 2015 LPT siap maka dengan itu terpaksalah mengharungi perjalanan melihat kehijauan pokok2 sawit klu nak balik kg.
|
|
|
|
|
|
|
|
non.sari posted on 8-11-2013 10:37 PM
entah la kak.. jalan tu pun saya tak pernah lalu..
dapat cerita pun dari makcik yang kebe ...
akak dok sini dr thn 2000...jln blkg tu mungkin dekat bagi mereka sbb tak banyak kereta lalu...lori aje yg lalu situ..tapi klu lalu siang pun ..jln tu sunyi....akak selalu imejin mcm mana ambulan nak amik mangsa kemalangan sbb jauh dr hospital terdekat.Btw jln tu mmg sering berlaku kemalangan maut.
|
|
|
|
|
|
|
|
assalammualaikum..
ya ampuuunnnnn...lama nye tak bercerita hantu!! rinduuu..!! sibuk sangat lately.. sempat on forum je, tapi tak sempat nak share cerita..
sementara ada masa ni, nak cerita la sikit pengalaman aku and suami...
|
|
|
|
|
|
|
|
BALIK ASRAMA PAGI-PAGI BUTA TANPA KANTOI DENGAN WARDEN... hebat!
oke ni kisah aku dan suami ketika kami baru saja berkahwin. berlaku di daerah tempat aku menetap masa tu. masa tu baru balik dari gig. laki aku terlibat masa tu. so lepas gig setel, kitorang pun gerak balik malam tu jugak. gig setel dalam pukul 11 malam, itu pun kami tak tunggu sampai betol-betol abis. kami blah lepas band husband siap buat persembahan.
so malam tu sepanjang perjalanan balik alhamdulillah selamat. tak ada apa-apa yang datang rosakkan mood. lagipun tak larat nak layan sebab dah penat sangat. esok pulak kena kerja. so perjalanan balik kami hanya ditemani radio dan suara dj saje. nak berbual pun tak larat. kami diam je sepanjang perjalanan balik. pendek kata sepanjang kat hiway tu memang aman-aman saja. even lalu jalan dalam dengan hutan banat kiri kanan, kelapa sawit dan kereta yang selisih hanya 10-15km baru jumpa memang masih aman-aman saja. takda gangguan langsung.
tetapi cerita bermula bila kami dah nak sampai rumah. pun kena jugekkkk. masa tu tah apa mimpi suami aku ni bole nak lalu satu jalan yang kami jarang lalu dekat situ. pernah lah sekali dua lalu jalan tu. memang agak spooky la.. banyak rumah kuarters kerajaan yang paten-paten lama abandoned kat situ. ada la sederet dalam 10 bijik rumah. pulak tu pokok sebesar-besar pokok memang banyak kat situ. kira nya completelah ciri-ciri kawasan berhantu kat area situ. selang beberpa meter ada rumah banglo yang diduduki keluarga cina. even ada penghuni pun still nampak seram. macam mana la dorang hadap duduk dekat dengan kuarters lama yang dah terbiar ni.
aku tertanya-tanya jugak, jadah apa yang merasuk laki aku sampai malam-malam buta lalu kawasan ni. sempat lah aku tanye. alasan dia tak nak lalu area bandar, banyak traffic light kata nye.. iyelaaahh! layan je lah sebab mata pun dan ngantuk sangat.aku pun telan la alasan laki aku. bila dah lalu satu kawasan yang berdekatan dengan kuarters tu dan pokok-pokok besar bagak tu tetiba jantung ni dup dap dup dap tak semena-mena. aku ni dah penat, makanya malas lah nak memikir sangat perasaan gundah aku tu. bajet aku benda ni biasala, bila perasaan takut tiba-tiba datang bila lalu jalan macam ni.
masa tu aku memang pandang luar je. tapi pandang dengan pandangan kosong la. tak nak pikir apa-apa. sambil tu mulut membaca jugak ayat kursi. untuk mempertahankan diri. sambil tu jugak mata aku melilau ke arah tingkap sebelah driver. korang tau apa yang aku nampak? aku nampak sekumpulan pelajar sekolah bertudung labuh melalui denai kecik (mungkinlah sebab petang-petang memang nampak denai, track orang jogging) kat celah-celah pokok besar. kecik besar kecik besar mata aku tengok dorang. dalam hati ni berkata, berani nya ko dik malam-malam buta lalu sini. penampilan dorang yang masih segar dalam ingatan aku ni ialah,dorang bertudung labuh berwarna putih macam budak-budak sekolah agama tu, uniform sekolah dorang warna putih tapi kain gelap.maybe hitam, maybe dark green. semua jalan tunduk. dalam 10 orang ada kot.
masa dorang lalu ni, aku muncungkan mulut ke arah dorang dengan isyarat suruh laki aku pandang budak-budak sekolah tu. muncungkan mulut sebab malas nak angkat tangan. betapa malas dan penat nye aku masa tu kan.. laki aku pun pandang la ke tempat yang aku suruh pandang tu. dah pandang laki aku tengok aku, pastu berkerut, then pandang depan. tu je. yang tu aku tak pot sangat la kan. siap mulut ni membebel ''apa je lah budak-budak ni jalan malam-malam buta balik asrama. pompuan pulak tu. tak takut ke. kalau jumpa hantu, boleh baca-baca, ni kalo jumpa orang yang macam hantu kan ke naya!'' gitteww..membebel la aku dengan seadanya. tapi laki aku boleh menjawab ''amenda yang? apesal?''
so bila laki aku dah jawab macam tu aku diam la kan. sambil tu aku toleh lagi kat budak-budak tadi. dah takde dah. oke la kan. bila elok je kereta aku melepasi kawasan tu, serentak mata aku ni tengok jam dalam kereta. ohmaaaii!! mati-mati aku ingat masih malam lagi, rupa-rupanya jam menunjukkan pukul 3.20 pagi! aku terus telan liur. gulp! terus terpikir, dah tentu gerak dari KL tu pun dah pukul 11malam. masuk hiway, jumpa traffic light dah makan masa. takkan masih malam lagi kan. so benda apa yang aku nampak tadi? terus otak yang penat ni berputar. betol ke budak sekolah? ada ke budak sekolah jalan keluar pagi-pagi buta ni? kan duduk asrama, boleh ke keluar? ramai pulak tu, dah tu semua perempuan, tak kantoi ke dengan warden? lagi satu, ada ke asrama ke sekolah agama ke kat situ??? erkk!
dah penat otak ni berfikir, baru terpikir tanya laki aku, samada dia nampak ke apa yang aku nampak tadi. budak sekolah? perempuan? tudung labuh? ramai? nampak?? laki aku geleng.. dia pun cakap, dia ingat yang aku suruh dia tengok tadi, rumah-rumah kat situ. memang lah laki aku berkerut, sebab tak tau motip apa aku suruh dia pandang rumah tu. masa dengar aku membebel, lagi la dia tak faham. aku tak puas hati, aku tanya lagi. sek men agama ******* kat mane? dia jawab bukan kat sini. kat belah sana. sambil tunjuk arah ke depan. ye betol! takda kat sini. sebab sekolah men agama tersebut pun aku sendiri penah ke sana. dan memang bukan kat sini. jauh berkilometer dari sini. so....bila dah begitu, aku terus turunkan seat perlahan-lahan and pejam mata. lorr! aku nampak hantu ke tadi??
sekian....
|
|
|
|
|
|
|
|
ABANG NIZAM OH ABANG NIZAM...
oke cerita ni berlaku di ofis lama aku dulu. ofis aku ni kira ofis baru. pernah jugak la masa aku mula-mula berpindah dari ofis lama ke ofis baru ni, selalu dengar keluh kesah dari guard yang menjaga ofis baru aku. macam-macam kisah seram duka dan duka (takda suka ye..) dari mulut-mulut guard ni. kebetulan semua guard yang jaga india, so bila esok sampai ofis memang nampak lah segala bekas kemenyan, colok siap something macam tasbih dekat meja guard. bila tanya, dorang cakap ''malam tadi saya susah.. hantu banyak kacau sama saya. saya nak tido pun susah. dia tarik sama rambut saya. malam tadi itu bini saya ada teman juga. pun kene kaco sama. dia peluk bini saya sampai dia mahu tumbang, so saya bawak ini suma (sambil tunjuk atas meja) untuk sembayang. halau itu hantu. pun tak bole! itu hantu banyaakkk degil'' aiyoo! sangat kasihan juga....
bila dengar macam tu ada la sikit rasa simpati. so hal-hal kena kacau ni akhirnya dah lali. tengok guard pun macam pasrah. bos aku pun ada remind kat guard tu, kalau bole kurangkan bawak segala peralatan sembahyang dia ke ofis, suruh bawak tasbih dia je. nak tak nak kena lah ikut.
so part aku plak, aritu aku kena stay up sampai hampir senja. sepanjang aku kerja ni memang aku jarang stay up sampai malam. sebab dari ofis ke rumah aku lebih kurang hampir 40km jugak. jauh kan... kalo dah stay up sampai malam, pukul baper aku nak sampai rumah. dulu sebelum kawen boleh la.. lepas kawen ni kalo stay up sampai malam selalu kene sindir dengan laki aku. siap pesan, pegi keja jangan lupa bawak baju lebih. towel, syampu and berus gigi jangan lupa bawak. setel keja malam tak yah balik rumah. tido ofis terus. gittew! kejam kaannn...
oke sambung. tapi aritu memang banyak report kena setel. biasa lah.. akhir bulan. sume nak on time.
masa tu jam dah menunjukkan pukul 6.45 petang. bila tengok jam dah nak senja, aku terus siap-siap nak berkemas. memang masa tu aku sorang je yang tinggal dalam ofis tu. yang lain sume dah balik. paten aku ni kan, dari dulu lagi. kalo dah buat keje sampai petang, aku memang malas nak bangun petik suis bukak lampu. melainkan ada yang tolong petikkan. heheh.. aku punya ofis bukan automatik bila petang or malam auto on suis dia, suma manual. so oleh kerana malas, aku rela buat keje bergelap, hanya bantuan cahaya pc saja yang menerangi hidupku. tengah-tengah siap berkemas dalam kelam tu, tetiba telefon berbunyik. sekali bos aku daa.. dia kata email aku bagi tu aku tak attach report sekali. bila cek-cek, betol. aku lupa nak attach report dalam format excel. terpaksa on pc balik.
hari makin gelap. masa ni memang tak nak fikir apa-apa, fikir keja setel then nak balik je. tengah nak email tu, tetiba dengar bunyik sensor yang menandakan ada orang naik ke ofis atas. so aku lega sikit lah. at least ada yang datang teman aku kejap. oh ye, kadang-kadang ada staff maintenance yang balik lambat sebab buat kerja luar. selalunya setiap hari akan ada staff yang balik lambat. tengah leka-leka tu, aku sempat la jugak pandang pintu ofis. opocot! terkejut ahkak dik! aku nampak staff bernama abang nizam tercegat lama dekat pintu tu pandang direct ke meja aku, means pandang aku lah senang citer. aku terus la jerit kat dia, tak la kuat. just jerit-jerit terkejut. ''ya Allah bang! terkejut saya. apesal lah tercegat kat situ. apesal tak masuk terus. baru balik ke? bang, bukak kan sekali suis lampu ea.. malas lah nak ke sana.'' pinta aku sambil tersengeh. tapi masa tu yang aku ingat, abang nizam tu memang tak balas apa-apa, tapi dia sengih je lah. tu pun nampak la warna putih kat muka dia yang aku bajet dia tengah sengeh.
tapi yang aku hangin tu, dia boleh masuk je tanpa bukak suis. menonong je lalu then terus masuk bilik air. siap dihempas pintu bilik air tu. Bammm!! terkejut tadi tak habis, dia buat lagi pulak. so aku jadi pelik lah. apesal nak angin tiba-tiba, suruh bukak suis lampu je, banyak mane la tenaga kena pakai. so aku yang kebetulan tengah berdiri, terus ke suis lampu then on lampu. maka terang benderang la suasana ofis tu. so report pun dah email, sume dah setel. aku terus pegi ke meja untuk off pc dan bersiap-siap balik. laki aku pun dah mesej tanye aku bila nak balik. tengah siap-siap tu terdengarlah bunyik riuh kat tingkat bawah. bunyik riuh tu biasa menandakan budak-budak maintenance dah balik ke ofis untuk punch card. semakin lega lah aku masa tu. bersyukur tak kena gangguan macam guard yang menjaga ofis ni.
elok je aku bukak pintu aku nampak abang nizam, ye... abang nizam. the real abang nizam sedang bergelak ketawa bergurau senda dengan staf-staf yang lain sambil naik tangga ofis. aku macam blur. sebab bila 'abang nizam' tadi masuk bilik air, memang takda pun kelibat 'abang nizam' keluar bilik air. nampak abang nizam yang real tu terus aku tenung dia. masa tu aku pikir, ni betol ke apa yang aku pandang ni. nampak dia dah nak selisih dengan tempat aku diri, terus aku tanya ''abang baru balik ke? tadi bukan ke abang dah balik then terus masuk toilet?'' tanya aku nak kan kepastian. dia jawab ''abang baru je balik sari.. dengan nazri ni. arini kene pegi JB, meeting dengan bos! lepak!'' jawab abang nizam itu. so aku tak puas hati terus masuk ofis balik, then pegi ke toilet tempat 'abg nizam' tadi masuk. aku tolak pintu tu. memang tak berkunci dan kosong. ahh sudah..
masa tu baru aku ingat, semua supervisor kena ke jb untuk meeting. termasuk lah abang nizam yang juga supervisor kawasan. thats why bos tadi beriya-iya mintak report sebab esok final presentation untuk meeting arini.. arghhh!! terkene jugak aku!
sekian..
|
|
|
|
|
|
|
|
tumpang cerita ya kak non sari.. dulu2 I dari johor selalu jugak travel ke kelantan terengganu.. dan selalunya akan beusaha takada atas jalan waktu malam. Tapi hari tu entah kenapa lambat pulak sampai..
masa tu dekat kawasan highway jerangau jabor. yang kelilingnya hutan. gelap gelita tanpa lampu jalan. lepas tol, hanya tiga kereta je. mitsubishi merah, kereta kami dan saga hitam. punyalah berderau masa tu warna kereta pun ingat sampai sekrang. hahaha
ayah drive macam biasa. masa tu kami naik avanza. ibu ayah dekat depan. along belakang ayah. I belakang ibu. adik pula selesa badak konker seat belakang tu sensorang.adik duduk belakang I.
tengah syok berjalan tu tetiba perasan kereta mitsubishi tu macam brek emejensi dan kelam kabut. masa tu kalau tak salah ada dua lane. kami semua ikut lane kiri walaupun boleh tahan laju. tetiba mitsubishi tu brek pastu mengelak ke kanan. duduk lane kanan dan pecut..
I rasa macam eh pesal pulak ni? kalau ayah drive malam I memang suka teman. jadi tukang baca signboard. hehe. I cuma mampu "ehh?" je.
tapi I leka tengok handphone sambil relaks2 nak hilangkan pening kepala. ayah masih di lane kiri. tetiba ibu menjrit "bang! bang! orang!" sambil tepuk2 tangan my dad suruh elak. Masa tu meremanggg gila i tell you!
i terus pokes tengok depan sebab nak tau. Guess what? tetengah hutan kiri kanan takda lampu jalan tu tetiba ada a guy yang kurus melidii tapi pakai baju besar.. kiranya dia size s tapi pakai baju xl. giteww.. dia buat action macam nak tahan kitaorang suruh berhenti. tapi dari apa yang i perati dia bukan tahan suruh stop tapi lebih kepada mengibai ngibaikan tangan suruh kiteorang ketepi masuk gaung/hutan? Macam bagi arahan situ situ..
dan memandangkan i duduk belakang ibu, i can see his face. alhamdulilah lengkapp. kalau x, memang i pengsan terkencing dalam keta tu sebab i penakut ya hamat. haha. muka dia putih macam chinese.. tapi pucat dan takda ekspresi. baju dia yang besar tu pulak warna putih tapi dah lusuh so dia jadi kaler krim kuning gitew.. dapatlah i perati sebab ayah macam terselow sebab nak tengok apa kot. lepastu baru supppp berdesup larikan diri.
sambil tu i cuba jugak tengok kot-kot ada motor dia ke tepi jalan tapi i tak nampak sebab gelap. and i have no idea what happen dengan saga belakang kiteorang tu sebab i tak berani nak tengok belakang. seramm.. masih terbayang bayang lagi macam mana semangatnya he mengibau tangan suruh kiteorg terjun ke hutan sana tu.. dahlah gelap takda lampu jalan apetah lagi rumah. hanya hutan je. orang ke tidak? wallahualam.. |
|
|
|
|
|
|
|
sambal_kicap posted on 17-12-2013 10:22 PM
tumpang cerita ya kak non sari.. dulu2 I dari johor selalu jugak travel ke kelantan terengganu.. dan ...
Wah! Melampau... Disuruhnya awak semua masuk gaung?
ini kot yang always happen kat sesetengah driver yg eksiden ngeri smpai masuk gaung..
ade gangguan yang tak semena-mena mcm ni..fuhh..
Akak mmg tak penah lalu jalan tu, tapi selalu dgr ttg jalan tu..
nasib baik semua selamat... Harap2 saga hitam tu pun slamat kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
ngeri cheq baca cerita hampa..
kesimpulannya baca benang hampa waktu siang ja,malam dak la..hihii
la ni asrama pulak kosong,org balik sbb study week..memang dakkk laaa~~ Last edited by nr5450 on 18-12-2013 04:38 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
nr5450 posted on 18-12-2013 04:32 PM
ngeri cheq baca cerita hampa..
kesimpulannya baca benang hampa waktu siang ja,malam dak la..hihii ...
Saya yg recall balik citer-citer ni pun kdg2 seram jugak..
time menaip pun kdg2 meremang je segala bulu2 badan ni..
mcm diperhatikan je..
Yelah, kite cakap pasal die, tu yg die eksaited nak dtg teman tu.. Kikikki
|
|
|
|
|
|
|
|
non.sari posted on 18-12-2013 05:50 PM
Saya yg recall balik citer-citer ni pun kdg2 seram jugak..
time menaip pun kdg2 meremang je segal ...
wahhhh,serammmmmnyaaaa....*tetiba naik buu roma cheq~*
|
|
|
|
|
|
|
|
hadoyai puan non.sari....lu punya cerita banyak seram....sekarang gua takut mau tidur....
hahahuha |
|
|
|
|
|
|
| |
|