CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: marine_admiral

[Tempatan] Nurul Izzah: Klinik 1Malaysia taraf dunia ketiga

[Copy link]
Post time 11-10-2013 12:21 AM | Show all posts
kwn ada g, dia bg panadol utk sakit dada. bole ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2013 09:15 PM | Show all posts
MP: Klinik 1Malaysia jangan hanya beri panadol

  MP Bukit Katil Shamsul Iskandar Mat Akin berkata kerajaan perlu menaiktaraf klinik 1Malaysia dengan perkhidmatan lain agar tidak hanya dianggap sebagai “klinik panadol” semata-mata.

Menurutnya klinik 1Malaysia hanya mempunyai seorang pegawai penolong pegawai perubatan yang hanya memeriksa demam dan selsema.

Sepatutnya, klinik berkenaan dilengkapi kemudahan untuk mengesan wabak berbahaya seperti demam denggi.

Beliau memberi alasan, ramai pengidap demam denggi di kawasannya yang terpaksa berulang-alik ke klinik tersebut tetapi wabak denggi itu tidak dikesan – sehinggalah pesakit tersebut meninggal dunia.

"Klinik 1 Malaysia pada saya, saya boleh panggil klinik panadol. Kalau sakit, pergi klinik 1Malaysia, dapat panadol... Tetapi (bagaimana untuk) kes lain?

"Di kawasan saya, ada (pengidap) wabak denggi ramai yang telah mati. Ada klinik satu Malaysia. Demam pergi klinik, dapat panadol, pergi lagi dapat panadol. Hari ketiga tak datang dah, sebab dah meninggal... Kesannya besar.

"Klinik pada nama sahaja, (selepas ini) nak tambah lagi 50 klinik. Tapi tidak ada kelengkapan mencukupi apatah lagi klinik ini bagi (kumpulan) miskin bandar yang tidak mampu nak pergi kesihatan yang jauh, tak mampu," katanya.

Katanya, klinik 1Malaysia yang terletak dalam kawasan berisiko tinggi penularan wabak denggi perlu dinaiktaraf untuk mengesannya.

"Oleh itu saya ingin mencadangkan supaya ada ujian (kesan) denggi segera di kawasan ada wabak... Kalau itu perkara yang baik, apa salahnya, untuk rakyat," katanya

Shamsul Iskandar yang juga ketua Pemuda PKR (AMK) berkata demikian bagi membahas Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat petang ini.
http://www.malaysiakini.com/news/245401




Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 09:51 PM | Show all posts
klinik gomen nurse di mmg kerek2...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 10:31 PM | Show all posts
Al-Patih posted on 30-10-2013 09:15 PM
MP: Klinik 1Malaysia jangan hanya beri panadol

  MP Bukit Katil Shamsul Iskandar Mat Akin berkata ...

Volehlah cik samsol sedekah satu mesin FBC katk klinik bukit katil tu kalau mau kesan dengue segera...atau, apa kata sedekahkan dengue rapid test yg kosnya rm8 utk sorang pesakit...bolehkan bang samsollllll
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2013 06:23 PM | Show all posts
jasmeen posted on 30-10-2013 10:31 PM
Volehlah cik samsol sedekah satu mesin FBC katk klinik bukit katil tu kalau mau kesan dengue seger ...

dah email kat dia ...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2013 06:38 PM | Show all posts
jasmeen posted on 30-10-2013 10:31 PM
Volehlah cik samsol sedekah satu mesin FBC katk klinik bukit katil tu kalau mau kesan dengue seger ...

lepas tu sape2 jek yg demam hatta baru sejam pun kena buat rapid test... iyelah mane tau kot2 denggi kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2013 10:43 PM | Show all posts
Al-Patih posted on 31-10-2013 06:23 PM
dah email kat dia ...

Thank u...bang samsol ni mesti sangat mementingkan rakyat kan....apa lah sangat mesin fbc and rapid dengue test tu kan....
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2013 10:46 PM | Show all posts
xdielzx posted on 31-10-2013 06:38 PM
lepas tu sape2 jek yg demam hatta baru sejam pun kena buat rapid test... iyelah mane tau kot2 deng ...

Oh no...kena ikut cpg management of dengue kkm...mahal kot dengue rapid test tu, tak silap kat sini rm8 setiap satu...kalau sehari ada 100 orang demam...kalau sebulan.....so kena ikut cpg criteria sapa yg suspected dengue...kalau x , mau bangkrap kkm ni
Last edited by jasmeen on 31-10-2013 10:48 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2013 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Klinik ni mmg tak boleh pakai sbb hanya ada ubat demam n batuk
So cikai
Investment kemain berjuta
Kaya kat kroni je
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 05:15 AM | Show all posts
jasmeen posted on 31-10-2013 10:43 PM
Thank u...bang samsol ni mesti sangat mementingkan rakyat kan....apa lah sangat mesin fbc and rapi ...

betui ..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 08:45 AM | Show all posts
jasmeen posted on 31-10-2013 10:46 PM
Oh no...kena ikut cpg management of dengue kkm...mahal kot dengue rapid test tu, tak silap kat sin ...

bang samsol kata kawasan dia mme byk denggi... "ramai pesakit denggi ulang alik ke klinik tp dpt panadol je, hari ketiga da tak pegi sbb da mati"
oleh itu bang samsol harus sponsor rapid test supaya semua org dapat disaring
lagi penting rapid test dari buat gotong royong bersihkan kawasan hoccay!

tbh, patient and public education sangat penting dlm hal ni.. ade je buat kempen tp kurang efektif la. iklan kat tb da lama takde pasal denggi ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 08:50 AM | Show all posts
banyak jugak pelaburan lebur untuk klinik 1 Malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 09:04 AM | Show all posts
tekanan bekerja di hospital kerajaan dan swasta berbeza... kire boleh jangka la mcm mana layanan nurse2 kat ctuh.. yelah yg mampu g spital swasta org yg berduit.. ade insurans.. yg g gomen nie.. dtg dari pelusuk negeri..
tp walau mcm mana pun.. bile spital swasta tak mampu nk buat ape2.. dorg tolak juga pesakit gi gomen..
jdk jgn la kondem sgt spital gomen ni..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.049206 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list