|
Kontrak mengarut - Abam Jed Jaidi vs Ankel David (Ankel David pengecut page 7)
[Copy link]
|
|
riehan posted on 21-10-2013 09:57 AM
kalo trbabas ..aku xtau lak ape cter..xkn smpai kne buang keje kot...kiki
mmg kena benti la dlm latihan..mmg tu syaratnya..klu yg smbung tu ko kena apply lainla..bukan snng tau nak dpt naik pgkt tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
suterabiru123 posted on 21-10-2013 10:04 AM
mmg kena benti la dlm latihan..mmg tu syaratnya..klu yg smbung tu ko kena apply lainla..bukan snng ...
oo yeker....so jge2 lah..jgn trbabas......kiki
|
|
|
|
|
|
|
|
riehan posted on 21-10-2013 10:11 AM
oo yeker....so jge2 lah..jgn trbabas......kiki
xdela meroyan mcm suhairil n wawatu duk salahkan org lain..tu semua ada di tgn kita pilih ngan x je...
Last edited by suterabiru123 on 21-10-2013 11:02 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
missdior posted on 18-10-2013 10:11 AM
aku suka jawapan & cara jawab intan ladyana, bernas, jelas, terang...DT bukan 'sejahat' itu & wpun d ...
bg aku senang je..
x boleh ikut kontrak, jgn sign!
dh buat salah, ngaku je, mintak maaf dgn pihak pengurusan
x payah panjang2 isu ni..
malu le kat bangsa lain..
masa mula2 nak keje, nak belakon, cina ni jgk la hampa pi sondol
dh jd lagu ni, salah dia.
dia org bisnes, otak dia pk untung je
lgpon dh terang2 dia kapir, mmg la dia x pk kahwin tu harus ke apa ke
otak dia pk, lu mao keje lu kena ikut peraturan wa
aku paling x suka kenyataan wawa kata dia takut dgn pihak pengurusan@david teoh
sbb tu dia rahsiakan
jgn jadi BONGGOKK bertingket-tingket!
takut kita org islam ni hanya pada Allah
hal2 duniawi ni boleh selesaikan kalau kita mahu dan nak selesaikan
boleh bwk berbincang!
|
|
|
|
|
|
|
|
~ dah ade ker nie?..
Tiada istilah ‘paksa’
AKMALIAH RAZAK
21 Oktober 2013
ISU kontrak artis nampaknya semakin menjadi perbincangan serius dalam industri tempatan.
Isu ini mula menjadi perhatian ekoran kisah pernikahan pasangan selebriti, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, dilakukan secara rahsia demi menghormati kontrak bersama syarikat produksi.
Walaupun Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Metrowealth International Group (MIG), tampil mendedahkan kontrak yang ditandatangani Wawa, namun Presiden Seniman tetap bertegas dengan pendiriannya.
Tetap menggesa MIG agar memansuhkan isi kandungan kontrak di klausa 4.3, Zed turut bertegas untuk membawa perkara ini ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
Menurut Zed, undang-undang seperti itu tidak perlu disertakan dalam kontrak kerana ianya boleh mengundang perkara yang sama berulang sekali gus mencabul hak asasi manusia.
Selain itu, Zed juga turut merancang untuk membawa perkara ini dalam mesyuarat bersama Persatuan Gabungan Karyawan Malaysia (Gafim) apabila dia mendakwa kontrak yang dibuat lebih memihak kepada golongan penerbit dan produksi manakala artis pula terus dimanipulasikan.
Bagaimanapun, tindakan Zed itu mendapat reaksi dari beberapa penggiat seni yang juga pemilik produksi tempatan.
Menurut pemilik syarikat produksi terkenal, KRU Studio, Edry Abdul Halim, menyifatkan kontrak yang dibuat adalah perjanjian dan persetujuan dua belah pihak.
Katanya, apa jua isi kontrak itu, ia bergantung kepada produksi tersebut yang merupakan ‘pelabur’ dan pengeluar modal.
“Konsepnya sama seperti urusan pinjaman bank. Adakah pemiutang itu yang perlu menetapkan isi perjanjian?
“Semuanya bergantung kepada produksi kerana syarikat yang keluarkan modal untuk artis. Perkara sebegini tidak perlu ditimbulkan kerana artis tidak dipaksa untuk menandatangani kontrak.
“Jika mereka tidak setuju, mereka tidak perlu tandatangan. Kalau bawa ke muka pengadilan sekalipun, mereka tidak boleh mempertikaikan isi kontrak kerana ia adalah persetujuan bersama,” katanya yang mengakui campur tangan banyak pihak boleh menimbulkan kerumitan.
Tambah Edry, walaupun 99 peratus kontrak berpihak kepada syarikat, artis baru tidak boleh bertindak sedemikian setelah berjaya mencipta nama.
“Saya sarankan, sebelum tandatangan kontrak, rujuk dahulu kepada mereka yang berpengalaman. Jangan terus tandatangan sahaja.
“Mereka perlu membaca kesemua isi kandungan agar tidak berlaku masalah di kemudian hari seperti ini.
“Sebaiknya, artis baru itu jangan tandatangan kontrak dalam jangka masa yang panjang. Tandatangan untuk setahun dahulu, jika serasi dengan produksi itu, mereka boleh sambung dan sambung lagi,” katanya yang enggan mendedahkan kontrak syarikatnya.
Pun begitu, Edry memberitahu dalam kontrak KRU Studio, soal disiplin dan tingkah laku artis juga turut diambil kira dan perlu dipatuhi dalam kontrak.
Itu hak penerbit: Ahmad Idham
“ Apa jua isi kontrak itu, ia adalah hak penerbit!,” tegas pemilik syarikat produksi Excellent Pictures Sdn Bhd, Ahmad Idham Ahmad Nadzri berhubung isu kontrak ini.
Menurut Idham, sepanjang tempoh bekerjasama dengan artis dalam industri, dia tidak pernah merasakan kontrak yang dibuat bersifat berat sebelah.
“Tak ada kontrak yang tak adil. Walaupun tak semua penerbit menyediakan kontrak yang selaras, namun ianya lebih kurang sama.
“Pun begitu, kontrak bukanlah Al-Quran yang tidak boleh diubah. Sekiranya artis itu tidak bersetuju dengan kontrak yang ada, mereka boleh berbincang mengenai perkara itu.
“Artis juga kena baca dan fahami isi kandungan kontrak. Mereka boleh tandatangan kontrak itu asalkan ia tidak melanggar hak asasi manusia,” katanya .
Tak larang hubungan: Datin Zaiton Mohd Jiwa
Menurut pemilik syarikat produksi, Global Station, Datin Zaiton Mohd Jiwa, dia tidak pernah memaksa golongan artis menandatangani kontrak yang dibuat.
Katanya, sebelum menandatangani kontrak, Zaiton atau lebih mesra disapa Kak Ton ini memberitahu artis perlu mengkaji dan selidik isi kontrak terlebih dahulu.
“Kak Ton tak pernah paksa artis bersetuju dengan kontrak yang disediakan. Sekiranya ada terma yang tidak dipersetujui, kita boleh berbincang.
“Sekiranya perkara itu boleh diubah, Kak Ton akan pertimbangkan. Namun, dalam kontrak Kak Ton, tak ada larangan dalam perhubungan setiap artis.
“Lagipun, Kak Ton tak pernah terfikir nak masukkan perkara sebegini dalam kontrak.
Pun begitu, setiap produksi berlainan cara dan kontrak juga berbeza,” katanya yang berkali-kali berpesan kepada artis baru agar membaca dan memahami isi kontrak terlebih dahulu.
Tambah Kak Ton, sepanjang berada dalam industri, dia telah melalui perkara yang melibatkan disiplin artis.
“Kalau boleh, Kak Ton cuba untuk elak daripada memikirkan disiplin artis dan artis bermasalah.
“Ia boleh mengganggu perjalanan produksi dan tak bagus untuk ‘teamwork’,” katanya.
credit to : sinarharianonline Last edited by katakau on 21-10-2013 11:50 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
tapibukanaku posted on 21-10-2013 10:20 AM
uols ni tau..abam jed dulu sekolah kat St.John
ada dip science comp kat upm, then sambung degree ...
tp bodo bertingkek2 gak kan...huhuhu... |
|
|
|
|
|
|
|
Wajarkah Pengurusan Letak Syarat Tak Benar Kahwin, Bercinta?
Setiap artis yang bernaung di bawah syarikat pengurusan perlu mempersetujui dengan segala syarat yang diletakkan dalam kontrak yang ditandatangani mereka. Namun, semuanya berbalik pada pilihan seseorang artis itu sendiri sama ada untuk menghormati bulat-bulat apa yang dipersetujui atau berbincang semula dengan pihak pengurusan jika timbul sesuatu isu yang memerlukan mereka melanggar kontrak tersebut.
Namun, wajarkah jika pihak pengurusan meletakkan syarat tidak dibenarkan bercinta atau berkahwin dalam kontrak yang disediakan? Ikuti komen dan pandangan beberapa orang artis yang sempat GUA tanyakan mengenai isu ini.
Johan As'ari
Pada pandangan saya, bila bersentuh bab cinta dan kahwin ini, ia adalah soal hati. Soal hati bukan kuasa kita sebagai manusia. Manusia sewajarnya bersifat tawaduk sesama manusia dengan membenarkan segalanya berlaku dalam keadaan yang harmoni serta berfikiran positif kerana membina masjid adalah suatu perkara yang di sukai Allah SWT. Wallahu'alam.
Adibah Noor
Bagi saya, syarat itu tidak logik. Nak lawan takdir ke? Lainlah kalau memang dah ada dua hingga tiga filem yang dah PASTI nak shoot dalam satu jangkamasa yang dah PASTI, itu bolehlah nak rancang bila nak kahwin. Tapi kalau ikat dan gantung, menonong saja tunggu memanjang, dah tak adil kan?
Afdlin Shauki
Sebagai seorang beragama Islam, saya tak setuju kerana jodoh adalah ketentuan Allah SWT. Tapi saya faham yang ianya adalah salah satu kehendak sesebuah syarikat yang akan melabur dalam masa depan seseorang artis agar dia tak kehilangan peminat. Praktis ini banyak di jalankan di barat, tapi di sana bayarannya adalah setimpal dengan permintaan. Di Malaysia saya rasa tak perlu rasanya. Sebagai artis kalau tak setuju, jangan sain kontrak sebegitu. Pilihannya tetap di tangan kita. Siapa kata kita tak boleh popular selepas berkeluarga, tengok saja Aaron Aziz.
Memey Suhaiza
Bagi saya ada baik dan buruk namun semua ini boleh dianggap situasi menang-menang. Mungkin baik untuk pihak pengurusan menjaga prestasi atau nama baik artis itu sendiri. Jadi, artis lebih dikenali dengan kerjaya serta pencapaian semata-mata. Tapi secara peribadi mungkin agak kurang adil pada artis sebab bercinta atau berkahwin itu hak peribadi. Apapun terpulang kepada individu untuk mencapai kesepakatan. Berbincang terlebih dulu sebelum bersetuju dengan segala syarat yang ditetapkan untuk kebaikan masa depan bersama baik pihak pengurusan mahupun artis itu sendiri.
Hairi Safwan
Bagi saya itu satu konsep perniagaan dan 'target' syarikat untuk memastikan seorang anak seni itu terus berjaya, menjadi idola dan memberi keuntungan kepada syarikat. Bagi kita sebagai orang Islam, bila dah berumur 18 tahun jika mendapat keizinan ibu bapa dah memang boleh berkahwin. Apapun, terletak pada anak seni itu sendiri jika ingin berkahwin. Kalau boleh jangan ada apa-apa kontrak yang menyentuh soal peribadi kita. Saya tidak salahkan mana-mana pihak dan masing-masing ada hak untuk memilih.
Yasmin Hani
Saya rasa itu dah masuk hak peribadi. Sesiapa sahaja patut ada hak dan kebebasan mencari cinta dan kebahagiaan. Kalau kata tak boleh keluar sampai lewat malam untuk elakkan gosip liar, okay lagi, macam ibu bapa kita juga risaukan anaknya. Tapi mana pula ada ibu bapa tak bagi anak mereka berkahwin atau bercinta? Lagipun, bukankah publisiti itu bagus untuk seseorang artis?
Last edited by tapibukanaku on 21-10-2013 06:49 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
David Teo Dakwa Zed Zaidi Gila Glamor
Industri hiburan tanahair masih kecoh dengan isu pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang terpaksa menyembunyikan perkahwinan mereka kerana menghormati kontrak dengan MiG dan juga takut pada Ketua Pegawai Eksekutif-nya, David Teo.
Isu itu mendapat perhatian presiden Seniman, Zed Zaidi. Menerusi akaun Twitternya, Zed menulis bahawa syarat tidak boleh bercinta di dalam kontrak melanggar hak peribadi seseorang dan ia seharusnya dimansuhkan.
Berkesempatan bertemu David baru-baru ini, penerbit tersebut mendakwa Zed sebagai seorang yang gila glamor serta kacang yang lupakan kulitnya kerana mengeluarkan kenyataan sebelum usul periksa.
“Saya menafikan perjanjian kontrak tersebut melanggar hak asasi manusia. Klausa 4.3 menjelaskan seseorang artis itu bersetuju membujang sepanjang kontrak tersebut. Namun jika bertemu jodoh, mereka harus mengumumkan pada pihak pengurusan dan kita anggap ia sah. Tiada apa yang perlu dipertikaikan. Bagi saya, hanya orang yang tak sedar diri saja yang akan perbesarkan isu ini,” kata David.
Tambahnya, dia menerima surat daripada pihak Seniman pada Jumaat lepas meminta satu salinan kontrak untuk dinilai. Namun dia mempertikaikan kenapa Zed hanya meminta salinan kontrak setelah mengeluarkan kenyataan.
“Saya baru menerima surat menerusi emel daripada pihak Seniman untuk meminta satu salinan kontrak. Ini menunjukkan dia mengeluarkan kenyataan tanpa membaca isi kontrak tersebut. Saya rasa tak adil dia membuat tuduhan tak berasas. Sebelum menyindir ‘rumahtangga’ orang, lebih baik dia jaga ‘rumahtangga’ sendiri,” luah David, menjelaskan dia hanya akan beri salinan kontrak tersebut kepada yang layak saja.
Jelas David, setiap isi kontrak yang MiG sediakan adalah untuk kebaikan artis itu sendiri dan ia ditulis dengan jelas berdasarkan pengalaman MiG menguruskan artis.
“Ada beberapa sebab kontrak ini ditulis. Antaranya adalah untuk mengelakkan seseorang artis daripada terlibat dengan kontroversi. Seseorang artis juga seharusnya menjaga imej dan membawa namanya dengan baik. Seseorang artis harus menjaga nama baik sendiri, keluarga dan syarikat agar dihormati masyarakat. Artis dan krew produksi dilarang menjalinkan cinta lokasi kerana bimbang berlakunya maksiat. Saya harap masyarakat faham kesungguhan saya untuk menghasilkan modal insan yang berjaya. Saya mahu artis saya bukan hanya menjadi seorang pelakon tapi juga sebagai usahawan yang berjaya,” ujar David.
Sementara itu, David berkongsi Wawa Zainal ada menghubunginya untuk meminta maaf beberapa minit sebelum menjalankan majlis sidang media merungkai segala persoalan tentang statusnya.
“Wawa hubungi saya untuk meminta maaf, 15 minit sebelum majlis sidang media itu. Bagi saya, tuan punya badan baik-baik saja dengan saya tapi orang lain pula yang lebih-lebih,” kata David.
|
|
|
|
|
|
|
|
david teo ada betolnya.. budak budak melayu yang baru nak jadi artis ni ni mudah sangat bercinta..berkapel kapel la konon kesana kemari.. bila time hapal skrip asyik lupa sebab asyik pegang henpon,,
|
|
|
|
|
|
|
|
dino posted on 18-10-2013 02:06 PM
bg jed jaidi job jd hero senyap la die
Tu lah. Die terkenang kenangan lama sembilu hetty sarlene lettew.
Eh aku tertanya-tanya. jed jaidi boleh berlakonkan? xde terikat dgn kontrak utk jawatan dia skg? sbb x pnh dah tgk dia berlakon. |
|
|
|
|
|
|
|
cik_penguin posted on 22-10-2013 10:54 AM
Tu lah. Die terkenang kenangan lama sembilu hetty sarlene lettew.
Eh aku tertanya-tanya. jed ...
skrg job die meroyan... cari glamer.... cari fund tuk seniman...
sbb tu david teo sound... time mintak derma pandai plak jumpa merayu bagai.... stok tak kenang budi.....
|
|
|
|
|
|
|
|
suterabiru123 posted on 21-10-2013 11:00 AM
xdela meroyan mcm suhairil n wawatu duk salahkan org lain..tu semua ada di tgn kita pilih ngan x j ...
aah..wat kputusan kne lah bgus.....
|
|
|
|
|
|
|
|
riehan posted on 23-10-2013 08:25 AM
aah..wat kputusan kne lah bgus.....
Terpulang pada kita..kalu kita pk masa depan menda2 camni xkan terjadi... So hawa n suhairil ni pk masa depan dgn kawin..hikhik |
|
|
|
|
|
|
|
suterabiru123 posted on 23-10-2013 08:33 AM
Terpulang pada kita..kalu kita pk masa depan menda2 camni xkan terjadi... So hawa n suhairil ni pk ...
hampeh............hahha
|
|
|
|
|
|
|
|
Zed Zaidi Anggap David Teo Pengecut
“Kenapa takut nak jumpa jika tak buat salah?” Itu persoalan Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi terhadap sikap penerbit David Teo yang seolah-olah berdolak-dalik apabila diminta untuk berjumpa bagi menyelesaikan masalah berhubung isu kontrak yang disediakan syarikat pengurusan miliknya, Metrowealth (MIG).
Sebelum ini, Zed Zaidi pernah mengeluarkan kenyataan di media dengan mengatakan syarat yang dikenakan MIG di mana artis di bawah naungannnya tidak boleh bercinta adalah tidak berasas. Zed turut menegaskan bahawa syarat sebegitu seharusnya dimansuhkan kerana ia melanggar hak asasi manusia.
“Saya ada menghantar surat pada 18 Oktober lalu untuk berjumpa dengan David Teo bagi membincangkan mengenai aduan daripada Wawa Zainal dan Aeril Zafril yang mengadu mereka tidak dibenarkan berkahwin selain tidak pernah mendapat salinan kontrak dari syarikat pengurusan mereka.
Apabila ahli mengadu, saya sebagai Presiden hanya menjalankan tanggungjawab saya saja. Kenapa dia perlu melenting jika tidak buat salah. Saya hanya mahu duduk berbincang dan menyelesaikan masalah ini dengan dia. Dia ada cakap yang dia dah bagi salinan kontrak tapi mana buktinya sebab tuan punya badan cakap mereka tak dapat pun,” ujar Zed ketika dihubungi GUA.
“Kami ada menghantar surat kedua kelmarin memandangkan sehingga saat ini, kami masih belum dapat berjumpa dengan dia. David memberi banyak alasan antaranya sibuk dengan perkahwinan Diana Amir serta promosi filem Highland Tower. Saya pelik, Anugerah Profima dan acara yang ada media boleh saja dia pergi dan tak sibuk, tapi apabila nak ajak berbincang mengenai isu ini, asyik bagi alasan sibuk saja.
Kalau boleh kita nak selesaikan masalah ini terus sebab itu kita nak duduk berbincang. Bila dia macam berdolak-dalik, tak nak berjumpa, dari situ orang dah boleh nilai. Bagi saya, dia tidak perlu takut jika tak buat salah. Nak jumpa Perdana Menteri lagi senang daripada nak jumpa dia,” sindir Zed sambil menjawab kenyataan David kononnya dia gila glamor dan tak sedar diri.
“Saya hanya mampu ketawa bila dia cakap saya gila glamor. Saya tidak perlu glamor kerana orang dah kenal saya pun. Dia juga cakap saya tak sedar diri kononnya bila nak minta sumbangan boleh saja datang ke pejabatnya. Sepanjang Seniman di bawah kepimpinan saya, kami tidak pernah minta sumbangan dari MIG, tidak tahulah jika pucuk pimpinan sebelum ini,” kata Zed yang menolak untuk berjumpa dengan David di pejabat MIG.
“Kalau boleh saya tidak mahu berjumpa di pejabatnya kerana nanti dia cakap kita nak ambil sumbangan pula. Sebab itu saya lebih selesa berjumpa di mana-mana tempat seperti hotel atau sebagainya,” jelas Zed lagi sambil berharap agar David Teo dapat berjumpa dengan pihaknya sebelum sebarang tindakan susulan diambil.
“Kita beri masa kepada dia sehingga minggu hadapan. Jika dia masih tidak mahu berjumpa juga, Biro Aduan Seniman akan buat satu laporan sebelum dirujuk kepada Suhakam. Kemudian kami akan buat satu sidang akhbar mengenai perkara ini. Kami juga mempunyai perancangan untuk mengadakan taklimat kepada artis Malaysia dan minta mereka bawa salinan kontrak mereka. Di situ, kami akan mengadakan dialog dan mereka boleh menyuarakan apa yang mereka mahu dalam kontrak mereka supaya perkara sebegini tidak berulang lagi pada masa hadapan,” ujar Zed Zaidi.
|
|
|
|
|
|
|
|
aeril & wawa x matang lagi...budak2 masih ada perasaan takut...itulah, sapa suruh main sorok2..kalau berterus terang je kan senang |
|
|
|
|
|
|
| |
|