|
aku pn sbb terpakse je tgk
jup aku bg ko bca sinopsis je
cite The Conjuring ni dari cerita sebenar ye. Cerita ni udah 20 tahun ok! Pengkaji antu2 waktu tu Edward Warren Miney, (1926-2006) dan wife dia Lorraine Rita Moran (masih idup sekarang) dorang ni terkenal sebab banyak kumpul kes antu2 ni...dan sebelum cite The Conjuring, holiwud buat cite The Amityville Horror house tu dari kes dorang ni la. Wife die ni boleh tengok antu! Pasangan ni memang ada haunted museum tu
Tapi pengarah dikatakan macam tak cukup bukti sangat, sebab cite ni kajian 20 tahun yang lalu. Tak cukup bukti sangat. Maka pengarah ni campur 2 cerita ya!
kisah Annabelle dolls + Farmhouse
Ok aku cerita pasai Farmhouse tu dulu...sebab cite conjuring part 1 ni banyak cerita pasai umah ber antu tu je!!! Mayb,Pasai patung tu dalam The Conjuring Part 2...next change!
Carolyn Perron (mak kene rasuk tu)
Muke mase zaman sekarang ,dan Muke mase mudo2
Ini la the real mother yang kene rasuk antu tu...haaa muke die trauma habis!
bukan la rumah besa bertingkat macam dalam muvie. Haaa ni la FARMHOUSE. Umah ni dah 300 tahun
family dikatakan, kene kacau ni bertahan sampai 10 tahun baru pindah! mase terdesak beli rumah ni bisnes bapak die tak bagus...bile orang jual murah smpai 200 ekar...sape taknak! haa beli! sebelum seller tu blah laju2 dia cakap ngan ayah budak tu,"...leave the lights on at night."...pasang lampu ye malam2...haa nak kasik hint ,tak nakseram aa tuu!Lagi satu, dalam ceita muvee ini, dorang kene ganggu setiap pagi pukul 3.07 kan??? True story, Perron Family kene kacau pukul 5.15 pagi!Rumah ni banyak makan nyawa sebenarnye, tercatat 8 generasi pernah duduk umah tu sebelum family mereka pindah masuk, 2 kes bunuh diri (gantung diri), satu kes kene racun, rogol dan bunuh budak 11 tahun, dua kes mati lemas, luar rumah tu ade 4 orang mati dalam keadaan frozen. Ini yang tercatat bile zaman dah moden tapi rumah ni dah 300 tahun. Asalnya rumah tu milik suspected witch Bathsheba Sherman. Dia ni orang suspek jer die ni ahli sihir sebab die dah anak 4 orang pastu semua meninggal tak sampai umur 4 tahun. Pelik kematian semua kematian anak dia ade jahitan jarum kait tu tertampal kat kepala anak2 dia...so last2 die beranak umur 37 tahun...so ade sorang je anak lelaki yang survive ok....Last2 dia ni mati disyakki penyakit "TB colour" aka tuberculosis.Ape kaitan ahli sihir ni dengan Carolyn Perron (mak kene rasuk tu)??Satu hari die baring atas sofa umah die tetibe badan die kejang....pastu tetibe ada lebam2 kat betis dia. Memang semetri bulat macam kesan jahit jarum knitting tu! So lepas Pasangan Ed ngan Lorraine ni cerita kes Bathsheba Sherman baru la dia tahu kaitan roh tak aman ni lah yang buat pasai.Anak2 dia semua kene kacau, anak kepada Carolyn ni siap buat buku ok!!!!Daughter Andrea Perron, author of House of Darkness House of Light, siap ade version 1 n version 2.Dalam masa penghasilan buku dia ni ramai pegi test umah dia...memang semua kene kacau even siang2 pon! kalau nak tahu, Andrea ni dalam muvie The Conjuring die kene tarik rambut pastu melayang2 tu haaaaa.
.....nanti aku sambung ceita pasai ANNABELLE DOLL pulak
okay ak sambong balik
Annabelle Doll dalam ceita,The Conjuring dikaitkan sebagai anak patung dalam kaca yang menyeramkan, namun Annabelle yang sebenar hanyalah sebuah anak patung Raggedy Ann..Annabelle adalah hadiah harijadi yang diberikan kepada seorang student jururawat bernama Donna oleh ibunya. Tidak lama selepas Annabelle diberikan kepada Donna, Donna mula curiga yang Annabelle boleh berpindah, bergerak dalam apartmen ini dengan sendiri. Donna dan rakan sebiliknya, Angie sering mengalami kejadian yang aneh setiap kali mereka pulang ke rumah, mereka sering ternampak anak patung itu akan terbaring di atas katil dalam kedudukan yang berbeza. Memula patung ni silang kaki (perghhh), pastu silang tangan kepit ke ketiak, kekadang bersilang ke atas...(dapat bayang x antu ni macam model?). Berdiri, berlutut, dorang ni ade la try, macam mane patung nak berlutut ni...try2 patung tak leh stand...jatuh2...ade juga satu hari jumpe dia bersandar pada kerusi kat meja makan. Pastu dah tahan sangat, sebelum keluar die letak atas kerusi panjang...macam couch tu. Balik rumah patung tu atas katil siap tutup pintu lagik! Ade satu hari, dia jumpa ade kertas tulisan macam budak2 la Lama kelamaan anak patung itu mula meninggalkan mesej. Mesej yang ditinggalkan ditulis dengan pensil crayon pada kertas minyak. Mereka sedar yang mereka tidak penah memiliki sehelai kertas minyak, jadi asal-usulnya adalah seperti misteri sebagai mesej sendiri. Nota-nota yang biasanya ditinggalkan berkata ...die tulis "HELP US" ada gak kertas die tulis "HELP LOU"
Gadis-gadis itu mula takot,enta2 ada orang cuba membuat gurauan atau penipuan. Mereka berpendapat bahawa mungkin seseorang cuba menipu dan menceroboh kediaman mereka, namun mereka tadak bukti pecah masuk.
Akhirnya, gadis-gadis itu menghubungi medium untuk bercakap dengan anak patung itu. Anak patung itu berkata bahawa dia adalah seorang gadis kecil yang telah meninggal dunia di atas tapak apartment itu.,orang medium tu cerita yang patung ni kene hantu Annabelle Higgins. Dia seorang budak yang menginap kat kawasan apartment....mayb dulu tempat die main2 la. Dia dijumpai mati betul2 kat bilik apartment die. So disebabkan dia suka ngan Donna dan Angie so dia masuk dalam patung tu!. Pas dengar cite sedih tu, si Donna ni kasi la die stay dalam patung tu Selepas mendengar kisah ini, gadis-gadis itu menghubungi paranormal pakar, Ed dan Lorraine Warren. The Warrens percaya cerita tentang seorang anak gadis yang meninggal itu adalah tipu muslihat untuk mendapatkan simpati daripada kedua orang gadis itu, Annabelle sebenarnya dimiliki oleh iblis. Kepercayaan Warrens ini telah disahkan apabila teman Angie telah diserang secara fizikal oleh beberapa semangat ghaib dalam apartmen itu dan serangan itu meninggalkan beberapa tanda-tanda yang mendalam di dada Lou.Lou. Mungkin boyfen Donna atau Angie atau memang besfren dorang. Lou ni memang tak berapa nak minat dengan patung2 ni, sebelum ni Lou ni gelak2 la kat Donna..."wat de hell ko dah tue kot main patung" haaaa macam tu kot!
Setelah itu, seorang paderi telah dipanggil untuk melakukan upacara halau setan . Proses itu telah berjaya dan Warren telah menawarkan untuk membawa pulang Annabelle dengan mereka. Dalam perjalanan pulang, Annabelle telah menyebabkan keta yang dipandu oleh Ed membelok dan terbabas dari jalan raya sehingga menyebabkan The Warrens hampir terbunuh. The Warrens dosed patung itu ke dalam Air Suci. Tidak lama selepas itu, Annabelle mula menjadi aktif di rumah Warrens dan mereka terpaksa menpindahkan patung itu ke Muzium Occult mereka di Monroe, Connecticut. Mereka menyimpan laman web yang mendokumenkan pengalaman ---disini http://www.edandlorrainwarren.com/
Boleh la korang melawat Warren Occult Museum kat Moodus, US.
|
|