Edited by maklukpenggoda at 21-12-2024 02:09 PM
Terlebih Buat Macam Rumah Sendiri....
SEORANG pencipta kandungan, Ankit Kumar sedang dalam perjalanan ke Bangkok apabila dia melihat sekumpulan warganegara India yang menjadikan penerbangan Thai AirAsia ke Thailand tersebut seperti rumah bapak mereka.
Dia melihat kumpulan itu antaranya bersembang sambil separa berdiri atas kerusi...bersembang di lorong penumpang penerbangan berjalan...makan-minum seperti pagi Deepavali dan sebagainya.
Krew penerbangan dikatakan berulang kali meminta mereka agar duduk tetapi tidak diendahkan.
Ankit telah merakam kejadian itu dan diviralkan.
Ankit berkata, kelompok ini berperangai macam sedang menaiki keretapi dan bukannya kapal terbang yang masih berada di udara.
Antara benda yang dibangkitkan netizen ialah ini merupakan kelompok masyarakat India yang kaya dan mungkin juga terpelajar... justeru mengapa mereka bersikap macam orang tak sekolah?
Warga netizen juga mengutuk sikap segilintir pelancong India yang poyo semacam bila berkunjung ke negara lain. -MYNEWSHUB |