|
BORAK KOSONG, CHAT, GOSIP, LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOL. 18
[Copy link]
|
|
Kak-Leen replied at 8-10-2020 01:37 PM
Afternoon, Dila.
X habis lagi ya swapping process in Klang? Take care ya. Muah!
hi kak leen. Today xde, esok lusa ada. Tapi kan... kita rasa nak demam badan sakitt... hahahha but bukan covid.. penat kuak lentang weekend lepas ni... |
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 8-10-2020 10:12 AM
haa tu la pasal.. huhu mana yg seberang jln poskod shah alam boleh lagi.. mcm bukit rimau,berjaya ...
aha ye i tunggu depa email surat pastu kena pegi ipd shah alam ni mintak chop... esok la.. today wfh je. |
|
|
|
|
|
|
|
Dajal camne?
Ni dari bod sinun-
Baca kt fb, katanya ada menteri n darah biru...
|
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 8-10-2020 07:39 AM
Siapa 7 Menteri dan 6 Timbalan pun tak tahu semuanya...pelik tol...
smpi skrg tak dibagi tahu ke??
ee, hrp semua gol lah dgn covid ni..
dgn rakyat kena telus, sampai kat dia, semua kambus |
|
|
|
|
|
|
|
Ni dari bod sinun...kes scam...
Kronologi 1) 1, Oktober- Pasangan selebriti, Siti Sarah dan Shuib dipercayai dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini setelah disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram membabitkan perniagaan air yang dijalankan mereka.- Utusan Malaysia
2) Syarikat pengurusan Shuib Sepahtu mengesahkan pelakon dan pelawak itu memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini. Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohamad Rom berkata, hanya Shuib memberi keterangan kepada SPRM, manakala isterinya, Siti Sarah Raissuddin sekadar menemani suaminya- BHOnline
3)Pelakon kontroversi Fara Mendoza mengakui telah memberikan kerjasama kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram, malam tadi. Fara memberitahu perkara tersebut menerusi paparan Instagram (IG) Storynya sebaik sahaja selesai disoal siasat.
“Alhamdulillah, saya tak bersalah, syukur. Hari ini 1/10/2020 saya telah dipanggil hanya untuk memberi kerjasama,” tulisnya. Menerusi ruangan sama, Fara turut menyebut tentang kemewahannya di laman sosial IG yang menjadi pertikaian warganet.
“Akaun dibekukan, apa dosa saya? Rumah digeledah, HP (handphone) diserahkan. Semoga semuanya dipermudahkan.- Gempak
4) 2, Oktober- Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 36, menerusi perkongsian di laman Instagramnya sebentar tadi meluahkan rasa syukur apabila proses tersebut berjalan lancar.
“Alhamdulillah, syukur. Terima kasih pada semua yang mendoakan saya dan isteri. Saya dipanggil untuk membantu siasatan SPRM berkenaan AMLA.
“Terima kasih pada pihak SPRM kerana memberi layanan yang sangat baik pada saya sepanjang 23 jam siasatan".- SinarPlus
5) Lima individu termasuk seorang berpangkat Datuk telah dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan tahanan reman oleh SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya- MalaysiaGazettte
6) 3, Oktober- Dalam pada itu portal Utusan pula melaporkan SPRM kini sedang mengawasi pergerakan beberapa orang selebriti tanah air yang dikatakan mempunyai kaitan dengan individu terbabit.
“SPRM bagaimanapun belum memanggil kesemua mereka memandangkan siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Selain pasangan suami isteri selebriti, SPRM juga ada memanggil seorang usahawan kosmetik kelmarin untuk membantu siasatan,” katanya kepada Utusan.- BuzzKini
7) Akaun Facebook parodi Dato Addy Kana dihujani pengikut-pengikut media sosial yang ingin mendapatkan infomasi terkini mengenai suspek-suspek. Sebuah video sambutan Hari Jadi telah mendapat jumlah kongsi lebih 8,000.
"Jom kite goyang2 dulu... see my level?? Goyang2 dulu dgn hasil penat lelah kita kebas duit pencen orang2 tua. Duit simpanan orang2 muda...".- Dato Addy Kana (Facebook)
8) 4,Oktober- Akaun Instagram Viral Kini mendedahkan sekurang-kurangnya 10-15 artis tempatan disyaki terbabit dalam penyucian wang haram.- @Viral_Kini_
9) Pengacara TV Iesya Toh di dalam sebuah statusnya berkata, ada individu yang telah digertak dan menyeru supaya PDRM agar telus dan amanah menjalankan siasatan.- @Iesya Toh
10) 5, Oktober- Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi berkata, ramai pihak yang mahu menjadikan artis dan selebriti sebagai rakan kongsi tetapi dalam masa sama perlu menjaga keselamatan supaya tidak dipergunakan.
"Artis yang ingin menjalankan perniagaan perlu teliti dan siasat dahulu siapa rakan niaga atau pihak yang mahu suntik dana", katanya kepada Harian Metro.
11) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 750 akaun membabitkan nilai RM75 juta milik sindiket Macau Scam dan perjudian yang menggunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan 'mencuci' duit haram melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah. Menurut sumber, selain itu rumah dan kereta mewah milik lapan individu yang ditahan sebelum ini turut disita bagi membantu siasatan.-Harian Metro
12)Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunggu hasil siasatan dakwaan kegiatan pengubahan wang haram dilindungi pegawai atasannya. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata jika dakwaan itu benar, pihaknya sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengambil tindakan sewajarnya- BHOnline
13)6, Oktober-Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penglibatan pegawainya dalam pengubahan wang haram. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, beliau telah mengarahkan JIPS melakukan siasatan sementara menunggu laporan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ada kelibat pegawai polis dalam satu video sambutan hari lahir pasangan suami isteri bergelar Datuk yang ditahan SPRM bagi membantu siasatan penipuan pengubahan wang haram dan Macau Scam.-Kosmo
14)7, Oktober- Polis mengesahkan dua pegawai kanan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, bagaimanapun pihaknya masih belum mendapat laporan lengkap berhubung penahanan berkenaan. Harian Metro
15)Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 10 individu termasuk lapan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta merampas wang tunai RM100,000, berhubung siasatan kes kegiatan pengubahan wang haram hasil aktiviti judi dalam talian dan Macau Scam. Empat pegawai kanan terbabit masing-masing seorang berpangkat Asisten Komisioner (ACP), Superintendan, Deputi Superintendan dan Asisten Superintendan serta dua anggota berpangkat Lans Koperal ditahan sejak petang semalam hingga tengah hari tadi, manakala empat lagi ditahan petang tadi. Semua anggota terbabit bertugas di Bukit Aman dan Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Selangor- BHOnline
16)Koleksi kenderaan Macau Scam Malaysia yang dirampas SPRM mula tersebar di media sosial.
17)Terkini: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai senarai individu termasuk selebriti dan ahli perniagaan yang dikesan terbabit dalam aktiviti 'mencuci' wang sindiket Macau Scam. Ketua Pesuruhjaya, Datuk Seri Azam Baki, berkata individu terbabit diminta menghadirkan diri di SPRM, sebelum dipanggil untuk membantu siasatan.
"Saya tidak mahu membuat spekulasi siapa (selebriti) yang akan dipanggil tetapi sesiapa yang makan cili mesti terasa pedasnya."
Ketika ditanya mengenai sejauh mana individu terbabit mengetahui pembabitan sindiket dalam perniagaan mereka, Azam menegaskan mustahil mereka tidak tahu kerana wang itu biasanya diserahkan dalam bentuk tunai.- BHOnline
|
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 8-10-2020 10:58 AM
Tara.. Susu tak ada.. Minum dulu kopi tanpa susu
ya Allah kopi!! jangan goda aku hahaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Lerr...moratorium rupanya...yg dpt balik duit...bulan ni kena mula potong balik...ingat pe le...
|
|
|
|
|
|
|
|
mrsjones replied at 8-10-2020 03:05 PM
ya Allah kopi!! jangan goda aku hahaaa
Hahahaha.. Mlm nanti goda lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Sian si kembar
Lemas dalam kereta: Nor Aqilah dibenarkan keluar hospital
MOHD ISKANDAR OTHMAN | 6 Oktober 2020
BUKIT MERTAJAM - Pelajar kolej yang terselamat daripada insiden keracunan gas karbon monoksida dalam sebuah kereta di tapak parkir stesen minyak pada 17 September lalu dibenarkan keluar daripada hospital pada petang ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, keadaan kesihatan Nor Aqilah Mohd Safwan, 21 semakin baik dan sudah boleh berjalan seperti biasa.
Menurutnya, mangsa telah menjalani pemeriksaan mata dan doktor mengesahkan keadaan matanya juga berada dalam keadaan baik, namun perlu terus mengambil ubat serta membuat pemeriksaan susulan.
"Tiada fisioterapi dilakukan kerana mangsa telah beransur pulih dan boleh berjalan macam biasa.
"Doktor beritahu, mungkin Nor Aqilah akan dibenarkan discaj petang ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sebelum ini, Nor Aqilah dilaporkan sudah sedar setelah dikomakan untuk tujuan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, mangsa masih di bawah pemantauan doktor dari masa ke masa.
Pada 17 September lalu, tiga daripada empat pelajar di sebuah kolej perubatan swasta di Batu Caves maut akibat keracunan karbon monoksida apabila mereka tertidur semasa berehat di dalam kereta dengan cermin tingkap tertutup.
Kesemua mangsa menaiki sebuah kereta jenis Honda Odyssey dikatakan berhenti di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah, Butterworth selepas pulang dari Pulau Jerejak di Bayan Baru, Pulau Pinang.
Mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani dan Gurun, Kedah.
Kesemua mangsa berhenti di stesen minyak itu pada jam 8.30 malam selepas Nor Aqilah yang memandu kereta tersebut memaklumkan dia pening dan muntah.
Empat sahabat itu ditemui tidak sedarkan diri di dalam kereta tersebut dengan keadaan enjin masih hidup oleh bapa Ayuni Shazwani Shabri kira-kira jam 12.30 tengah malam.
Dalam kejadian itu, Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie dan Nor Adilah Mohd Safwan meninggal dunia, manakala Nor Aqilah kritikal selepas kesemuanya yang berusia 21 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri.
Nor Adilah yang merupakan kembar kepada Nor Aqilah pada awalnya terselamat, namun meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak.
Sumber Sinar Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
Pentagon kena Covid...
New York: Panglima Tentera Amerika Syarikat (AS) bersama pemimpin tertinggi tentera kini menjalani proses kuaranting selepas Covid-19 dikesan menular di agensi keselamatan negara berkenaan.
Ketika Covid-19 sudah melepasi tembok Pentagon, Jabatan Pertahanan negara itu pada Selasa menegaskan tiada perubahan terhadap kesediaan operasi atau kemampuan misi Angkatan Bersenjata AS.
Presiden AS, Donald Trump disahkan positif Covid-19 minggu lalu dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Namun, selepas tiga hari dimasukkan ke hospital, Trump pulang ke Rumah Putih pada Isnin lalu.
Tidak lama selepas kepulangan Trump itu, Pentagon mengumumkan Ketua Angkatan Bersama termasuk Pengerusinya Jeneral Mark Milley diarahkan menjalani kuarantin.
Mereka disahkan negatif saringan Covid-19 namun perlu menjalani kuarantin selepas ada kontak dalam mesyuarat minggu lalu dengan Komander Tentera Laut, Laksamana Charles Ray yang disahkan positif.
"Semua sudah disahkan negatif dan tidak mengalami sebarang simptom," kata kenyataan rasmi. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-10-2020 04:32 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Buritan replied at 8-10-2020 01:55 PM
Tak tau laa.... sedih tengok mesia skrg ni
Katanya ada kes di sekolah di Pekan. Cikgu lagi. Bawa dari Damansara. Company tgh buat contact tracing ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-10-2020 04:33 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Buritan replied at 8-10-2020 01:56 PM
Emm mmg doa byk byk..
In syaa Allah, doa anak2 ni Allah makbulkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Polis kini boleh keluarkan kompaun Covid-19 serta-merta
https://www.malaysiakini.com/news/545630
Hariz Mohd
Diterbitkan Hari ini 6:21 pm
Dikemaskini Hari ini 6:44 pm
Bermula hari ini polis berpangkat Inspektor dan ke atas boleh mengeluarkan kompaun terhadap individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) serta-merta, tanpa perlu membawa mereka ke balai polis.
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob mengumumkan demikian pada sidang media secara maya di kediamannya menerusi Facebook rasmi Kementerian Pertahanan hari ini.
"Untuk meringankan beban kerja peasukan polis, Jabatan Peguam Negara telah mengizinkan pihak polis untuk mengeluarkan kompaun di tempat kejadian kepada mana-mana individu yang didapati melanggar prosedur operasi standard.
"Mana-mana pegawai polis berpangkat Inspektor dan ke atas boleh mengeluarkan kompaun serta-merta di tempat kejadian," katanya.
Sebelum ini, polis harus membawa individu yang melanggar prosedur di bawah PKPP ke balai polis sebelum notis kompaun dapat dikeluarkan terhadap mereka.
Baru-baru ini, beberapa individu yang ditangkap kerana didakwa melanggar SOP telah mengemukakan aduan di media sosial mengenai cara polis menangani kes mereka.
Mereka mendakwa pihak berkuasa mendedahkan para suspek kepada risiko jangkitan Covid-19 kerana dibawa menggunakan kenderaan polis dalam kumpulan besar serta terpaksa menunggu di balai polis tanpa penjarakan fizikal.
Mengenai kurantin wajib, Ismail Sabri berkata dari 24 Julai sehingga semalam, seramai 42,526 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.
“Daripada jumlah itu, seramai 9,522 individu sedang menjalani kuarantin wajib di 66 Hotel dan 13 premis lain, termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta.
"Seramai 106 individu dibawa ke hospital untuk rawatan, manakala 32,898 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang ke rumah,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-10-2020 04:36 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
seribulan replied at 8-10-2020 02:00 PM
Oh...tahniah...mlm ni nak kuar dgn kakak...shopping, JJCM & jumpa adik
Wah... Meriah hidup! Kitorng banyak jumpa dalam videocall je sejak MCO. Dpt jumpa irl x habis jari tangan kanan. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-10-2020 04:38 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
seribulan replied at 8-10-2020 02:01 PM
Adakah satu kategori derang ni...larikkk
Mungkin juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Leen replied at 8-10-2020 03:36 PM
Wah... Meriah hidup! Kitorng banyak jumpa dalam videocall je sejak MCO. Dpt jumpa irl x habis jar ...
Dok ngap asam laksa, chicken wing & ayo barli panas |
|
|
|
|
|
|
|
hohoho...sama tapi tak serupa
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-10-2020 04:40 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
seribulan replied at 8-10-2020 04:35 PM
Polis kini boleh keluarkan kompaun Covid-19 serta-merta
Harap mereka telus dlm mengeluarkan compound kpd pesalah2. Jgn hulur bawah buku compound sudah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg kayangan kayangan jgn tutup mata...tu pi ushar Migha nuh...
|
|
|
|
|
|
|
|
Anwar granted audience with king on Oct 13, urges M'sians to remain calm
Anwar Ibrahim has revealed that he has been granted an audience with the Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah on Oct 13.
Expressing his gratitude to His Majesty, the opposition leader said he would present documentation of the “strong and convincing” support for him to form the federal government.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|