|
~MERGED~ Parti Komunis Malaya/Komunis Malaya
[Copy link]
|
|
Reply #289 nodiman's post
Betul....
Penjajah hanya akan serahkan kuasa kepada golongan yang boleh teruskan agenda diorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Weh kena beza sosiolis dengan komunis! |
|
|
|
|
|
|
|
Ni hanyalah pandangan aku saja...
Seluruh rakyat harus berganding bahu dengan pihak kerajaan menggunakan seluruah saluran yang kita ada supaya pembunuh yang bernama Chin Peng ni tak balik lagi dah ke mari.
Biarkan dia menemui ajalnya di luar negara.Malah kalau boleh kita haramkan bangkainya daripada dibawak balik kerana dia tak pernah anggap Tanah Melayu ni sebagai negaranya.Takda pejuang yang akan sanggup bunuh orang yang setanahair dengannya atas nama perjuangan menuntut kemerdekaan.
Kalau kita benarkan jugak dia ni balik,aku rasa kita akan menghina nenek moyang dan sedara mara kita yang pernah jadi mangsa keganasan komunis pimpinan Chin Peng.
Aku mintak maaf kalau pandangan aku ni melampau. |
|
|
|
|
|
|
|
apa beza komunis marxist-leninist dgn mazhab mao tse tung?
dgr org cite, byk askar yg x puas hati dgn british zaman tu masuk dalam komunis melayu.. ada kisah kat chemor, sorang kapten dr renjer kene tembak btoi2 kat dahi, derang syak yang hanya bleh tembak cam tu hanya army jer..lg pun derang pernah jumpa pasukan askar melayu sembahyang jumaat kat sana, beberapa jam kemudian askar datang dan kata sumer tu komunis, bukan askar..jadi, ada pendapat mengatakan yang byk askar melayu yg x puas hati dgn british lari masuk sayap kiri...ada pendapat plak kata yang zaman tu memang tunku suruh askar masuk komunis jadi spy,chin peng suh abdullah cd /rashid maidin bunuh derang semua tapi dia x mau dan lahirlah rej. ke 10... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #291 alphawolf's post
Definisi '' Haluan Kiri '' baru ok |
|
|
|
|
|
|
|
Yang sokong komunis kononnya nak membebaskan negara ini dari penjajah Inggeris.... dan kononnya juga... komunis ini mewakili rakyat tempatan..... konon...
Tulislah semula sejarah sekalipun bahawa realitinya ialah komunis ini sebenarnya sebahagian dari penjajah juga..... nak menjadi penjajah..... dan bukan asing penjajah termasuk Inggeris sekalipun menggunakan anak watan sebagai satu model perjuangan mereka.... bahkan ramai pemimpin komunis bangsa cina dulu pon mengunakan nama samaran seperti Haji Yassin konon untuk membuktikan mendapat sokongan dari anak watan....
Jika Inggeris ialah penjajah yang nyata..... Komunis ialah penjajah dari negara China. Parti Komunis Malaya mendapat bantuan penuh dari China ketika dulu sehinggalah Almarhum Tun Razak mengadakan lawatan ke China pada awal 1970an.
Yang banyak 'berjuang' dalam komunis selain dari 3,4 orang melayu adalah pendatang asing. Bukan warga negara ini. Mereka ini yang cuba merampas kuasa dan menjadi pemerintah di negara ini.
Sejarah memang ditulis oleh mereka yang menang. Tidak siapapun yang mengatakan bahawa UMNO sebagai PELOPOR kemerdekaan. Kalau sejarah hanya menulis UMNO sebagai PELOPOR kemerdekaan, kita takkan kenal PKKM, API, AWAS dan 1001 macam nama dan tokoh di awal pasca kemerdekaan. Cuma, konsep dan corak UMNO sahaja akhirnya yang diterima oleh 2 pihak - Inggeris yang menjajah dan orang melayu itu sendiri.
Komunis merasakan mereka tertipu kerana Malaya tidak diserahkan kepada mereka selepas mereka menentang Jepun. Tetapi catatan sejarah juga mencatatkan bahawa mereka samasekali tidak memilih untuk menentang Jepun, tetapi menunggu Jepun kalah dan menggunakan senjata yang Inggeris berikan untuk menentang Inggeris semula. Mereka hanya keluar dari hutan untuk membunuh orang melayu yang dilihat tidak bekerjasama dengan komunis - termasuk Ketua Kampung dan guru agama.
Allahyarhamah Shamsiah Fakeh tidak akan jadi Presiden negara ini kalau komunis menang dulu. Allahyarham Rashid Maideen atau Abdullah CD pon tak mungkin. Jauh sekali Allahyarham Musa bin Ahmad - bekas Pengerusi yang tak de kuasa dalam PKM. Takkan ada DEB. Takkan ada istilah bumiputera. Takkan ada masjid. Takkan ada Petronas. Takkan ada Tabung Haji dan takkan ada 1001 macam perkara yang hari ini kita kutuk, kita keji dan kita caci.
Sejarah ditulis sebagaimana rupapun akan mencatatkan bahawa komunis adalah penjajah era selepas Perang Dunia Kedua. Mereka berjaya di banyak negara. Perjuangan bersenjata mereka amat berjaya dibanyak negara - termasuk Afrika. Mereka yang mengambil kursus Kajian Startegik dan Perhubungan Antarabangsa akan memahami mengapa komunis begitu diterima di negara-negara miskin dan dijajah oleh kuasa barat - termasuk Albania. Sebagai contoh, Albania dulu adalah seorang negara muslim. Majoritinya umat Islam. Hari ini, Albania tidak dikenali sebagai muslim hanya kerana komunis. Mereka berjaya menggunakan kekerasan di banyak negara di dunia ini.
Kita hormati perjuangan tokoh-tokoh ini. Aku pernah berjumpa dengan Shamsiah bahkan dengan Rashid Maideen sendiri. Aku hormati mereka sebagai orang tua. Tetapi aku tidak pernah bersetuju dengan corak dan konsep perjuangan mereka. Aku jumpa beberapa penulis buku biografi mereka. Hanya buku Rashid Maideen sahaja yang kelihatan baik. Yang lain cuba mengagungkan komunis.
Orang melayu tersepit ketika itu tersepit. Disebalik sedang dijajah oleh Inggeris, pilihan yang ada ialah samada berkerjasama dengan Inggeris dan mendapatkan kemerdekaan atau menerima komunis sebagai penjajah baharu yang akan menghapuskan semuanya - termasuk bahasa, agama Islam dan raja-raja Melayu. Orang melayu berada dalam dilema terutama selepas pelancaran Malayan Union. Yang menggerakan dan PALING BERJAYA menubuhkan kesatuan melayu seluruh negeri ialah UMNO. Dalam masa itu, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) juga adalah ahli dalam Pekembar yang ditubuhkan untuk menghapuskan Malayan Union (dulu keahlian Pekembar berasaskan keahlian kesatuan negeri dan mereka diberikan dua wakil undi setiap kesatuan). Bangsa lain, terutama bangsa pendatang menerima dengan gembira Malayan Union kerana ialah menguntungkan mereka 100%.
Memilih bekerjasama dengan Inggeris dan menerima kemerdekaan kemudiannya lebih berharga dari memilih tunduk dan mengikut dan dijajah sekali lagi oleh komunis, oleh bangsa pendatang yang datang ke negara ini sebagai pelombong. Mereka yang mendakwa tidak mahu bekerjasama dengan kolonial sebagainya lebih selesa bekerjasama dengan bangsa pendatang yang akan menjajah negara ini.
Mereka yang lupa sejarah akan dihukum oleh sejarah itu sendiri. Mereka yang hebat ialah merek yang mencipta sejarah. Mereka yang bangang dan bodoh ialah cuba menafikan hakikat sejarah dan cuba mengubah sejarah selama ini.
Janganlah hendaknya dalam keghairahan mengubah sejarah kononnya, kita menghina datuk/ayah kita dulu yang berjuang bermatian memastikan negara ini ditentukan coraknya oleh anak bangsanya sendiri. Jangan kita lupa ada datuk/ayah kita dulu yang disiang dan disiat kulitnya hidup-hidup hanya kerana dia adalah Ketua Kampung dan guru agama.
Membaca 3,4 buah buku biografi dari bekas tokoh komunis tidak boleh menjadikan kita lebih tahu pasal komunis dari zaman datuk atau ayah kita sendiri.
[ Last edited by SangSaka at 1-11-2008 01:26 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jkkkj at 23-7-2008 10:31
Ni hanyalah pandangan aku saja...
Seluruh rakyat harus berganding bahu dengan pihak kerajaan menggunakan seluruah saluran yang kita ada supaya pembunuh yang bernama Chin Peng ni tak balik lagi ...
Beliau Juga Rakyat Tanah Melayu..Kenapa Kerajaan Begitu Kejam Tidak Membenarkan Beliau Kembali Ke Sitiawan..Untuk Menyembah Pusara IbuBapanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
derang nasionalis kiri lar...pernah dengar Bintang Pagi? |
|
|
|
|
|
|
|
aku sokong nasionalis kiri yg tak masuk PKM macam Pak Sako...
yang memang sahih terlibat PKM...tu lain punye citer
kena ingat yg dorang tak letak senjata sehingga 1989 walaupun Malaysia da merdeka lama |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by pedon at 3-7-2008 07:27 AM
Aku baru lepas tengok video 10 Tahun Sebelum Merdeka -Fahmireza... Mata aku baru terbukak...
Kalaulah UMNO tak tergedik |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #300 Dunhill.\ catat
aku rasa kenapa org skrg xkata penjajah british tu kejam...sebab british guna cara halus tetapi bandits komunis ni guna cara kasar dan kejam...betul x.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa cara british gunakan halus dan xberapa kejam selepas jepun kalah.....tetapi komunis guna cara yang amat kejam dengan cara seksa, rebus, tembak n sbgnya betul x... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #303 razhar\ catat
Kalu komrah-komrad PKM ini boleh baca 3,4 buah biografi geng-geng PKM dan merasakan diri mereka ini pakar PKM, kenapa lak derang tak nak baca komentar aku?
Kalau komrad komunis Singapork tu ada fakta cubalah balas satu demi satu. |
|
|
|
|
|
|
|
aku bljar sejarah semula |
|
|
|
|
|
|
|
tapi rejimen komunis melayu tu kejam ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Wajarkah seorang pembunuh seperti Chin Peng dianggap sebagai pejuang kemerdekaan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|