CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ariellin

~ Harum Subur Di Hati (BPR) ~ T.A.M.A.T ~

 Close [Copy link]
 Author| Post time 17-8-2010 12:48 PM | Show all posts
amboi... sukanya naim.. romantik sangat...smbg lagi ariel..ples...
bb_75 Post at 17-8-2010 11:11


aku berangan aku Ju...   jd aku ngh tersenyum smpul di depan PC   sabar yer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2010 12:50 PM | Show all posts
bilalah hati dian nak terbukak..klu aku dah lama cair dah...huhuh
bb_75 Post at 17-8-2010 11:31


sbb naim tu cargas kekdahnya..kalu aku pun, mau 1 yg mcm naim
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 12:50 PM | Show all posts
Reply 359# ariellin


bagilah jodoh dorang ni panjang
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 12:56 PM | Show all posts
thanks tuan rumah...
bnyak n3
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 12:56 PM | Show all posts
adoi... syoknya la dpt pakwe cam naim ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2010 12:57 PM | Show all posts
Reply  ariellin


bagilah jodoh dorang ni panjang
amandaatika Post at 17-8-2010 11:50



amin...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2010 01:22 PM | Show all posts
bestnya....romantika de amour.....
keras betul hati juwita ye...
lagi...lagi..lagi..dan lagi...........
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 02:38 PM | Show all posts
kelakar la si ju... tambah2 pula si naim yg xputus2 berusaha untuk tawan hati ju ni...bila la pintu hati ju terbuka nak menerima naim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2010 04:03 PM | Show all posts
Sekarang aku dah kerja.  Jadi kerani cabuk dekat  kilang buku di Seksyen 15, Shah Alam.  Aku dan Marshila duduk menyewa dekat area sini sebab Marshila sambung study di UiTM Shah Alam.   Pakcik Johan dengan Makcik Ros dah penat bagi aku motivasi suruh sambung study, tapi aku cakap, biarlah aku kerja dulu.  Lagipun, sampai bila aku nak mengharap belas ehsan orang lain.  

Duit sewa rumah di Sungkai pun, aku simpan dalam ASB.  Mana tahu, kalau satu hari nanti, pintu hati aku terbuka nak sambung study semula.  Tapi buat masa ni memang belum ada perancangan.  Takkan lah selamanya aku nak macam ni.

Lailawati dengan Shakira, kedua-duanya study di USM Penang.  Last aku jumpa diorang masa ambil result SPM kat Tunas Setia.

Aku cari jugak kelibat Fazdwan, tapi sampai ke sudah tak nampak batang hidung.  Dengarnya dia best student Tunas Setia.  Ingat nak wish dekat dia, tapi belum ada rezeki.  Entah-entah sekarang ni, dia dah study kat oversea.  Mana nak tau..dan sejak tu, aku dah putus harapan dengan dia.  Mungkin ada betulnya cakap Marshila, tak guna tunggu buah yang tak gugur..lepas dia cakap lagi, aku ni umpama pungguk yang rindukan bulan.  Dan macam-macam bunyi peribahasa lagi yang keluar.  

So, aku kuburkan semua harapan aku pada Fazdwan.  Aku buang semua surat pemberian dia.  Aku buang bintang-bintang kecil itu.  Biar macam mana remuk pun hati aku, mungkin ada benarnya yang dia tercipta bukan untuk aku.

Naim Najman?  Usah ditanya, ni, cincin yang berkilau-kilau dekat jari manis aku ni, dia yang bagi.  Maksud aku, Mak Engku yang sarungkan masa majlis merisik secara rasmi.  Kami belum bertunang pun.  Sebab semuanya tunggu kata putus dari aku.

Tapi kenapa ya, sejak kejadian dalam bas tu, hati aku selalu resah bila dengan si tengkujuh tu.  Dia memang soft spoken, lembut orangnya, romantis satu hal..tapi aku macam ada rasa sedikit rimas dengan tindak tanduk dia yang kadang kala agak berlebihan.

Dan  satu lagi, kami ni memang tak boleh jumpa.  Asal jumpa je, bercekau.  Dan selalunya akulah punca pertengkaran tu.  

Dulu masa mula-mula 'diikat', rasa macam tak best je, tapi sekarang ni, kadang-kadang aku saja cari masalah sebab teringin sangat nak tengok dia marah.  Geram gila sebab dia tak pernah marah.  Tension siot.

Cuma kadang-kadang aku tak nak jumpa dia, sebab takut tergoda.   Dia kalau pandang aku, macam nak telan aku hidup-hidup.  Biar kadang kala hati aku ni macam nak terbabas, aku control sedaya mungkin.  

Tak nak lah hidup dengan Naim Najman.  Sesak nafas !!

"Sayang...", baru teringat, dia dah terpacul depan aku.  Rimas betul.

"Nak apa?  Aku nak balik, tepi lah..", bila dia menghalang laluan aku.

"Jom, saya belanja awak makan", dia pegang tangan aku. Hadiahkan aku senyuman manis dia yang bak madu tu.

"Tak nak, duit aku cukup-cukup aje sampai hujung bulan ni", aku bagitahu dia.  

Betul lah, dah tolak duit sewa rumah, duit tambang bas, duit LRT lagi, duit makan lagi, duit bil elektrik, memang paras-paras hidung aje.

"Kan saya dah cakap, biar saya tanggung awak..", dia berbicara lembut.  Aku hayunkan langkah kaki menuju ke bus stop.  Pandang jam di tangan.  Sekejab lagi sampai lah ni...

"Kau ingat aku hadap sangat dengan duit kau tu..", aku bahasakan dia.  

"Saya tahu tapi awakkan intan payung saya..jom saya hantar awak balik rumah..",

"Tak nak..", dan aku terus menahan bas yang tiba.  Keluarkan duit syiling dari beg kecil dan bayar tambang.   Naim Najman, anak pak engku bertuah yang seorang ni  turut sama naik.  Dan seperti biasa, aku juga yang kena bayar duit tambang dia. Dia mana ada duit syiling.  Takkan nak bayar tambang bas pakai gold card dia tu.  Jadi, macam manalah duit aku tak susut dengan cepat kalau terpaksa menanggung tambang bas dia setiap hari.  

Nak marah pun dah lali.  Dah naik muak sebab dia tetap akan mengekor aku setiap kali aku pergi dan balik kerja. Kereta dia yang sporty tu dia park molek-molek dekat kilang aku, buat macam kilang bapak dia sendiri.  Lepas dia rasa aku dah selamat masuk dalam kilang, baru dia akan bergegas ke office pak engku kat Kelang.  Macam tu jugak time balik rumah.  Bila aku dah siap kunci gate, barulah dia balik dengan supir dia yang memang dah stand by kat depan rumah aku ni.  

Aku tunggu jugak dia angkat bendera putih dan mengaku dia give up, tapi nampak gayanya dia belum surrender lagi.  Sedih siot nasib aku !!
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 04:10 PM | Show all posts
kelakolah pulak NAIM nie...
terima jelah JUWITA...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 08:38 PM | Show all posts
thanks..4 de n3
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 08:38 PM | Show all posts
alahai dian...
jgnlah ganas2...
jual mahal sungguh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2010 10:13 PM | Show all posts
Aku dapat rasakan macam ada yang tak kena dengan Marshila sejak dua tiga minggu ni.  Dia diam tak banyak cakap.  Sepatah aku tanya, belum tentu dia jawab.  Lepas tu, dia tak ada buat lawak bodoh dia. Dan yang paling pelik, dia tak pergi kuliah sepanjang tempoh tu.  Tak keluar kemana-mana.  Dia ni ada masalah ke?  

"Shila, aku nak tanya sikit boleh?", aku peluk Blue Bear-Bear sambil memandang Marshila yang masih leka mengadap laptopnya.  Entah apa yang dia godek, aku kurang periksa. Tapi aku tau fikirannya bukan di sini.  Entah kemana dia dah pergi sekarang ni..

"Shila, kau dengar tak ni?", aku tanya lagi bila dia masih diam.

"Emm.."

"La...takkan tu je.  Kau ada problem ye?..Aku tanya sebab....",

Dan dia alihkan pandangannya.

"Aku okey lah, tak ada apa-apa..", dia genggam tangan aku.  Suaranya ada sedikit getar. Betul ke ni?  Gaya macam dia tipu aku..

"Jangan nak bohong aku, Shila.  Kita kenal bukan sehari dua.  Dah bertahun tau tak..kalau ada masalah, cerita lah.  Tak ada masalah yang tak boleh selesai..",

Habis sahaja ayat aku, Marshila terus menangis.  Aku terpinga-pinga.

"Kau kenapa?  Shuhhh...okey, aku tak paksa..tapi kalau kau rasa nak cerita dan dah ready, kau bagitahu aku, ye?", aku usap belakang badannya perlahan.

"Aku kena....kena", dia tak habiskan ayatnya.  Kemudian menangis lagi.

"Kau kena apa?", takkan lah...

"IShh..kau buat aku risaulah..okey, aku promise, aku tak tanya lagi..", sebenarnya aku macam memang rasa tak sedap hati dengan tingkah laku Marshila..tapi mungkin dia perlukan ruang untuk mentnteramkan jiwa dan mindanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2010 10:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by ariellin at 18-8-2010 07:46

Tepat jam enam setengah petang, aku keluar dari office.  Pelik ! Tak nampak kelibat Naim arini.  Pagi tadi pun dia tak ada.  Petang ni, aku dah nak ke bus stop, dia tak ada jugak.  Dia kemana?

Dia sakit ke?  Demam kut?  Tapi Mak Engku tak ada telefon pun.  Nak telefon ke tak nak?  Aku berkira-kira.  Emm,..telefon je lah. Bukan rugi pun.  Cuma tanya dia pergi mana, tu je.

Aku meraba-raba beg yang disandang untuk ambil telefon Nokia 3310 aku.  Ishh, mana pulak pergi telefon ni.  Sedang leka meraba handbag, ada suara menyapa aku.

"Ju...", langkah kaki terhenti tiba-tiba.  Suara dia.  Aku menoleh ke belakang.  

Berkerut dahi aku.  Siapa ye?  Macam mana dia tau nama aku?  Dan saat dia mengerdipkan mata, Fazdwan!!

Betul ke Fazdwan ni?  Sebab dia ikat rambut jadi aku tak berapa nak cam tadi.  Dia tersenyum memandang aku.  Confirm memang dia.  Dia yang aku tunggu-tunggu selama ni.  Dia dambaan hati.

"Sihat?", ritma suara masih sama.  Sama macam dulu-dulu.

"Ju..??", ya, itu memang dia.  

"Juwita..",

"Ha...a...apa? awak tanya apa?",

"Saya tanya awak sihat?  Lama tak jumpa.  Semakin cantik", pujian dia berikan pada aku.  Aku cantik ke?  Naim tak pernah cakap aku cantik.  Yang selalu dia sebut Dian Juwita sayang, Dian Juwita intan payung, Dian Juwita manja...uwekkkk, kalau boleh terbelahak, aku terbelahak aje depan anak tengku tu.

"Macam mana tau saya kerja kat sini?", aku tanya tiba-tiba sebab itu soalan yang terlintas di kepala otak aku ni sekarang.  Pelik ni, Sekejab dia hilang, lepas tu dia timbul balik terus berdiri depan aku dengan gaya yang paling segak.  Wangi pulak tu.  Naim Najman pun wangi tapi yang dihadapan aku ni lagi wangi walaupun rasanya kuat lagi bau wangi Naim Najman tu.

"Saya skodeng..", dia ketawa menunjukkan barisan giginya yang putih bersih.   Naim Najman kalau ketawa, lesung pipit yang jelas kelihatan.   

"Skodeng?", aku tanya dia.  Berkerut-kerut dahi.

"Tak lah..joking.  Jom, saya belanja makan.  Nak?", aduh..makan lagi !  Apsal mesti makan?  Naim Najman kalau nak ajak aku keluar pun, mesti nak pergi makan.  

"Juwita...hei...ingat sapa?",

"Ha...tak ada sapa..emmm sekejab, saya buat call dulu", aku bergerak jauh sedikit dari Fazdwan.  Cuba dail nombor telefon Naim Najman.  Dah banyak kali cuba tapi masih tak ada jawapan.  Ishh...gasaklah, bukan laki aku pun.

"Jom...",

Dalam kereta, hanya suara deejay dari radio yang kedengaran.  Fazdwan di sebelah aku lihat tenang dalam pemanduannya.  Kalau Naim, sekejab-sekejab pandang muka aku.  Sekejab-sekejab toleh tengok aku.  Rimas betul.

"Juwita tak sambung study ke?  Dengarnya result pun gempak..", dia mulakan bicara.  

"Emmm.. nanti dulu kut.  Awak pun tahu kan...", aku rendahkan nada suara.

"Ya, sorry..",

"Tak apa.  Dah biasa pun.  Eh, dulu masa ambil result, awak tak ada, kenapa? Kami semua nak wish sebab awak best student, anyway saya wish sekarang, congratulation !!", aku tepuk tangan dan dia tergelak besar.

"La..kenapa..?",

"Cute..", dia tertahan-tahan tawanya.  Membuatkan aku rasa pipi merona merah.  

Leka berbual, aku buang pandangan ke luar tingkap kereta.  Ehh !!

"Fazdwan, kita nak makan kat mana ni?", memang laluan ni sunyi.  Yang ada hanya pokok-pokok besar di sepanjang jalan.  

Aku rasa tak sedap hati lah..dan aku nampak dari sisi yang Fazdwan sedang tersenyum lebar.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 10:43 PM | Show all posts
alah si lemb fadzwan dah balik
NAIM sila tingkatkan keromantikan anda...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 08:38 AM | Show all posts
lps nie mesti makin best...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-8-2010 08:54 AM | Show all posts
bestnya....romantika de amour.....
keras betul hati juwita ye...
lagi...lagi..lagi..dan lagi...... ...
merahsilver Post at 17-8-2010 12:22


keras kerak nasi..curah air paip, lembut lah ia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2010 08:58 AM | Show all posts
lps nie mesti makin best...
shahrinas Post at 18-8-2010 07:38



shahrinas, aku dah edit entry td...hope u like it
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 09:21 AM | Show all posts
alahai mana lh fadwan nk bawa dian tu pergi....
siap senyum lebar lagik tu ade makne ker
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 09:26 AM | Show all posts
assalamualaikum & monin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.058700 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list