UJIAN LISAN BAHASA MALAYSIA DARJAH ENAM
[size=100%][url=] [size=100%][size=100%][size=100%][/url][url=]TAJUK: SATU KELUARGA MENCARI ANAK[/url][url=] [size=100%][size=100%]Pada zaman dahulu, kononnya, ada satu keluarga yang sudah lama berumahtangga tetapi masih belum mendapat anak. Mereka berdua sangat ingin mempunyai anak. Pada suatu hari Si Suami pergi berburu dengan anjingnya di hutan. Apabila dia sampai di satu tempat yang berlalang, dia nampak seorang anak. Lelaki itu sangat gembira dan dia berkata, "Wah, saya dapat anak!" Jadi dia memeluk anak itu. Dia tidak pergi berburu lagi tetapi terus pulang pula. [size=100%][size=100%]Tergesa-gesa dia berjalan pulang, dan sewaktu hampir sampai ke rumahnya, jauh lagi Si Suami berseru menyuruh isterinya memasak bubur. Sebaik saja dia sampai di rumah, anak itu pun dimandikannya dan diberikannya pakaian. Betapa suka hati mereka berdua. Apabila bubur itu masak, mereka memberinya makan, tetapi anak itu tidak mahu makan. Kata Si Suami, "Cubalah engkau biar dia menyusu, mana tau dia mahu." Jadi Si Isteri itu pun menyusui anak itu. Anak itu kuat menyusu. Kata Si Isteri itu, "Hiduplah anak kita sebab dia kuat menyusu." [size=100%][size=100%]Anak itu pun menyusu, hingga perempuan itu tertidur dia masih tidak mabu berhenti. Si Suami curiga sebab sudah lama isterinya tidak sedar diri. Lelaki itu pergi membangunkan isterinya. Aduh, isterinya tidak ada lagi, badannya sudah keras, dia sudah mati, sebab anak itu bukan anak manusia tetapi adalah ibu pacat! Lelaki itu sangat marah sebab isterinya sudah mati. Lalu dia menetak anak itu dengan parangnya. Belum lagi parangnya menembus anak itu, maka darah pun memercik keluar, darah isterinya yang sudah dihisap oleh ibu pacat itu hingga ia kenyang. Si Suami sungguh menyesal, tetapi isterinya sudah mati. [size=100%][size=100%]Credit to: cerita Dongeng Kadazan Labuk-Kinabatangan,
Jabatan Muzium Sabah, 1979, m/s 25 [size=100%]
[size=100%][/url]
[size=100%]SOALAN [size=100%] [size=100%]1. Apakah cerita dongeng rakyat yang anda paling suka?
[size=100%]
[size=100%]Cerita mengenai Sang Kancil yang selalu memperdayakan binatang-binatang yang buas dan lebih kuat dari dia dan cerita mengenai sang kancil pernah dijadikan selingan dan sebagai pendidikan di TV1
[size=100%]2. Siapakah yang selalu menceritakan kisah dongeng rakyat kepada anda?
[size=100%]
[size=100%]Sudah menjadi kebiasaan bagi arwah ibu ana untuk membaca buku cerita yang berdasarkan cerita-cerita rakyat kepada kami adik beradik sebelum tidur dan juga melalui pertandingan bercerita di sekolah.p [size=100%]3. Cerita pengalaman anda atau kawan anda tentang pacat
[size=100%]
[size=100%]Perkara ini berlaku semasa ana pergi berkelah di Sg Tekala dan masa tue baru lepas hujan dan ana memang tak pernah rupa pacat atau sewaktu dengannya, jadi pada hari yang malang itu ada seekor binatang yang lembik berwarna hitam kelabu telah hinggap di betis ana dan bila ana tarik dia tak bergerak dan akhirnya ana menangis aje sampailah abang ana dtg dan bakar dgn rokok barulah pacat tu lepaskan gigitannya
[size=100%]4. Adakah anda geli dengan pacat? Kenapa?
[size=100%]
[size=100%]tentulah geli sebab pacat tue lembik dan licin lepas tue bila dia dah sedut darah jadi gelembung semacam
[size=100%]5. Buatkan 10 soalan berdasarkan kisah di atas untuk ditujukan kepada pelajar kelas ini. (Tidak melebihi 2 soalan untuk seorang pelajar boleh ditujukan.) [size=100%] [size=100%]
[size=100%]1. untuk TB [size=100%]Apakah yang akan TB lakukan apabila ada seekor pacat terlekat di badan TB? [size=100%]2. untuk chit_ana [size=100%]Pada pandangan ana untuk ibu-ibu yang berkerja adakah perlu mereka memberikan susu ibu kepada anak-anak mereka? [size=100%]3. untuk cik surie [size=100%]Berapa lama surie minum susu semasa kecil? Ingat lagi tak jenama susu tersebut?
[size=100%]4. untuk Adalia
[size=100%]Apabila Ada mempunyai anak sendiri, adakah Ada akan memberi susu ibu secara total? [size=100%]5. untuk Bini_Cantik [size=100%]Bagaimana Bini membuat giliran untuk memberi susu badan kepada anak kembar? [size=100%]6. untuk Anissa aka Ucu [size=100%]Adakah Ucu menyimpan susu ibu untuk baby ucu semasa ucu bekerja? Bilakah baby ucu minum susu formula? [size=100%]7. untuk Moyas [size=100%]Sekiranya Moyas tidak mempunyai anak setelah lama berkahwin, apakah yang akan Moyas lakukan? [size=100%]8. untuk Satu Sembilan [size=100%]Adakah satu sembilan akan mencari isteri lain jikalau isteri 1 9 tidak dapat memberikan zuriat? [size=100%]9. untuk Blue Purple [size=100%]Adakah seorang perempuan patut melakukan segala bentuk usaha hanya untuk mendapatkan zuriat untuk suaminya? [size=100%]10. untuk Unggu Merah [size=100%]Apakah UM gembira tatkala mendapati diri UM hamil dan apa yang UM lakukan sejurus menerima perkhabaran?
[size=100%]
[size=100%]35 markah [size=100%] [size=100%]hantar sebelum 9:00 pagi 24/10/11 [size=100%]jawab soalan ditujukan sebelum 11:00 pagi 24/10/11 |