CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Puisiku: Tinta Hati Menitip Kata II

 Close [Copy link]
 Author| Post time 14-2-2012 05:24 PM | Show all posts
Jenayah bukan Indek

tidak pelik
berleluasa menjadi jelik
kerana hidup bertuhankan nafsu meterialistik
pegangan agama tak terdidik
rosak diri dikaburi duit
rasuah dan penipuan kredit
lesap jutaan ringgit
negara terhimpit
maruah diputar belit
kepercayaan masyarakat kian sedikit
sama-sama kita atasi jenayah indek
lapurkan kepada yang berwajib
bawa kemuka pengadilan yang terbabit
agar jadi pegajaran kepada yang tertarik.

CNM, 14/2/12, 17.23pm
BBB
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2012 07:08 PM | Show all posts
Sambutan hari kekasih

bukan sunnah rasul
nak kena sambut ke?
kekasih belum halal
berkasih sayang?
bukan dengan merayakan berduaan tanpa ikatan
yang mencelah syaitan
nafsu bertelanjang mengoda ke ranjang.

siapa punya idea ni?
menyuruh berkasih sayang
atau
merosakkan adat ketimuran
usah terikut ajaran bukan Islam
entah-entah merayakan kejatuhan Islam
cuba kamu selidikkan!

CNM, 14/2/12, 19.05pm
bb
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2012 09:11 PM | Show all posts
pilih untuk gagal

tiada siapa dipilih untuk gagal
semua ada peluang untuk tidak gagal
bezanya ada yang gagal
kerana diri sendiri memilih untuk gagal
walhal, tiada gagal
hanya kejayaan yang tertangguh.

CNM, 14/2/12, 21.10pm
bbb
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2012 10:41 PM | Show all posts
terkelu dan bisu

engkau tahu
semua tahu
apa yang bukan norma
namun ego yang membatu apikan rasa
menolak ajaran junjungan
ikut-ikutan iblis dan syaitan
terkelu dan bisu
dirantai keliru
sesat dalam cahaya
kebenaran dipersenda.

bukalah minda!

CNM, 14/2/12, 22.37pm
bbb
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2012 06:04 PM | Show all posts
Menggelupur

engkau sengaja
melacur kata
mula menggelupur
bagai tersiram air panas di dapur
seluruh tubuh terasa hancur
dibakar rasa tidak jujur
tahu diri terlanjur
terduduk muram ingatkan kubur
cukuplah bercakap dengan takbur
sebelum mati dalam kufur.

CNM, 15/2/12, 18.03pm
bbb
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2012 09:24 PM | Show all posts
terkelu dan bisu II

sudah malu
penat sendiri berlari ke hilir ke hulu
paruh patah mematuk batu
berhenti bercermin di tasik kelabu
nampak wajah sendiri haru biru
terpalit lumpur dari kubang palsu
bau hanyir menusuk-nusuk kalbu
akhirnya kembali ke sarang dengan najis penuh di saku.

CNM, 15/2/12, 21.20pm
bbb
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-2-2012 09:44 PM | Show all posts
jika kamu nampak

jika kamu nampak
landasan keretapi bengkok
apa kamu akan lakukan?
sedang beratus nyawa
dalam bahaya.

kalau aku
aku sedaya upaya
memberi isyarat
kepada pemandu
hentikan panduan.

sebelum tergelincir
ramai yang terkorban
buat kajian
betul ke landasan
atau bengkok membawa kemusnahan.

CNM, 15/2/12, 21.41pm
BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2012 09:59 PM | Show all posts
Si Celupar

berkata dalam samar
putar belit memang dia pakar
orang lain semua tak benar
dia tak rasa dia punca onar
sana sini cakap berdegar-degar
kemaluan sendiri terjojol keluar
tapi masih tak sedar
kain orang nak diselongkar
konon ada ular sawa berlingkar.

kelakar!!!

CNM, 12/2/12, 21.56pm
BBB
@poyo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2012 10:33 PM | Show all posts
Bantuan Rakyat 1 Malaysia

aku tengok macam ada yang tak kena
yang datang menuntut bawa kereta
tak nampak macam susah lagaknya
aduh!!!
buatlah sedikit kerja
cari yang betul-betul susah beri kepadanya
aku faham kenapa orang kata gula-gula pilihan raya.

CNM, 15/2/112, 22.31pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2012 06:36 AM | Show all posts
Salam sejahtera ke atas kamu teman
bangkitlah bertebaran
mencari rezeki di bumi Tuhan
gandakan amalan kebajikan
dalam usaha mecari keredhaan
moga tergolong kita dalam kalangan
yang mendapat kejayaan
di dunia dan akhirat tanpa sesalan.

CNM, 16/2/12, 6.35am
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2012 04:06 PM | Show all posts
kudis dan berkudis

ada yang berwajah malaikat tapi berhati iblis
bercakap tentang kudis
di khalayak yang tiada kudis
sadis
dia tak perasan hatinya berkudis
dianggap orang lain berkudis
dasar pengikut iblis.

CNM, 16/2/12, 16.05pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2012 04:52 PM | Show all posts
celik

kau celik
aku pun celik
kau nampak
aku pun nampak
kau nak bertekak
aku pun boleh bertekak
kau anggap orang lain macam sampah
aku anggap orang lain ada maruah.

itu beza kau dan aku.

CNM, 16/2/12, 16.49 pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2012 06:39 AM | Show all posts
Salam Selamat Pagi

Mari teman ucapkan syukur kepada Ilahi
diberi satu lagi hari
pabila mentari muncul lagi
ditemani melodi burung-burung menyanyi
melata kita mencari rezeki
semoga dilimpahkan keberkatan ke atas diri
jadi insan yang tak rugi
demi masa yang Allah telah berjanji
kecuali
golongan yang menepati
perintah Yang Maha Menguasai.

CNM, 18/7/12, 6.38am
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2012 06:52 AM | Show all posts
Sekadar

dijenguk kepala
sekadar menghamburkan muntah
yang diri sendiri rasa jijik
apakah kamu tidak melihat?
wahai orang yang budiman
di tepi jendela itu
ada karung untuk kamu
memuntahkan segala darah dan nanah kebencian
usah kotori laman yang damai
dengan kotoran kata-katamu.

CNM, 18/2/12, 6.52am
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2012 07:08 AM | Show all posts
Ada Sinar

Sedari
ada sinar
yang berkerdipan
menunggu kamu menggapai di puncak
hanya anak-anak tangga berliku
perlu kamu langkahi
dengan berwaspada dan bijak
agar tak terjerumus
ke jurang kegagalan
terperosok ke lembah kehinaan.

CNM, 18/2/12, 7.07am
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2012 07:13 AM | Show all posts
Yang Benar

usah dipinar-pinar
ia bagai batuan hampar
keras memejal tak luluh dikekar
selebihnya betulkan diri yang memutar
segala apa yang benar
demi menutup cakar-cakar
yang kamu lontar
dalam sedar kamu tahu kamu tidak benar.

jangan buat onar!
nanti dibakar.

CNM, 18/2/12, 7.12am
BBB
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2012 04:28 PM | Show all posts
Bau

ada manusia
merasa dirinya wangi
tetapi suka menghidu bau busuk
lalu dijaja tentang kebusukan
dia lupa
diri dia juga berpeluh
diri dia juga berkentut
diri dia juga ada lubang dubur
sama seperti orang lain.

busuk!

CNM, 18/2/12, 16.27pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2012 09:15 PM | Show all posts


Langit Jingga

Apabila langit merona jingga
hati mula berbicara
mengenang pahala dosa
apakah amalan seharian diredha
yang masih leka
tidakkah terasa hidup sia-sia
yang masih alpa
tidakkah ingin kembali patut kepada-Nya
kerana setiap kali langit merona jingga
sehari lagi usia telah tiada
dan kita semakin hampir kepada hari penamat nyawa.

CNM, 18/2/12, 21.10pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2012 05:28 PM | Show all posts
Kalau Memandu

usah laju-laju
kerana maut menunggu
isteri akan jadi balu
anak-anak menangis tak berlagu
sendu.

biar lambat
asal selamat
tiada surat saman dicatat
hati tak kelat
senyum terlihat.

CNM, 19/2/12, 16.53pm
BBB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2012 05:28 PM | Show all posts


Belalang Kunyit

Kutemui belalang kunyit
kalau banyak sedap digoreng kunyit
nak tangkap tak sulit
cari pohon-pohon sama wana kulit
pasti ada terselit.

CNM, 19/2/12, 17.11pm
BBB
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.054041 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list