CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mierrr

ujian/dugaan/bala

[Copy link]
Post time 13-9-2012 09:04 AM | Show all posts
malam semalam pun ana sesat jalan gak
kenkonon dr masjid negara nak masuk jalan belakang terus masuk ke lebuhraya arah ke seremban tapi entah mcm mana ana teramik jalan ke arah bangsar/damansara
bila dah tahu tersesat ana cuba cari jalan kuar tp tersalah amik jalan lagi
cuba bertenang supaya anak2 x panik, lps diam sejenak sambil baca alam nashrah dan berzikir brlah ana pusing balik dan amik jalan arah ke bangsar dgn pelan2 dan alhamdulillah sampai gak ke bandar baru bangi walau agak lewat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2012 09:07 AM | Show all posts
fatehana posted on 13-9-2012 09:04 AM
malam semalam pun ana sesat jalan gak
kenkonon dr masjid negara nak masuk jalan belakang terus masu ...

Sedihnya your signature....

dia meninggalkanku di hari anniversari kami   moga Allah melindunginya di sana

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 11:19 AM | Show all posts
fatehana posted on 13-9-2012 09:04 AM
malam semalam pun ana sesat jalan gak
kenkonon dr masjid negara nak masuk jalan belakang terus masu ...

itu yg terjadi kat saya that day / nite .... dah letih sangat pusing balik pergi balik office , buka puasa makan nasi , solat and i calm myself ...and i have to call my other friend to guide me thru phone sebab housemate tak nak ambil sebab kete dan dia tertidur, call banyak kali sebelum tu dia tak ambil sebab dia tengah charge phone kat bilik...

semua chaotic laaa that nite ....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 01:44 PM | Show all posts
sebak bace thread nih, rupa nya ramai org di laur sana yg di beri ujian and dugaan juga..aku juga tak terkecuali...berat and beban nya dugaan aku yg aku lalu sejak beberapa bulan kebelakangan nih......
aku telah melapas kan rezeki and peluang berkerja di tempat lain..aku sendiri tak tau napa aku lepas kan..nyesal pun ade..tp sebelum aku buat keputusan tolak peluang tu..aku dah doa buat solat istikarah and berat aku di tempat lama...jadi aku tolak peluang tu..
2 minggu lepas aku tolak..tempat aku bekerja nih..ade masalah pulak...matter of time je nak buang org...bila pikir..napa la aku bodohhh dgt tak amik peluang tu..even sampai hari ni..ketika ni aku ratap...and menyesal..nak nangis..dah tak boleh..tak kuar air mata aku...
Yallah, berat nya ujian mu...bodoh and hina nya hamba mu ini menolak rezeki Mu ari tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 09:32 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 13-9-2012 07:51 AM
well it's true ...

but......but not if mnm77 is an australian ( he might be  ahaksss).

salam

haha .. ..

wassalam


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2012 09:40 PM | Show all posts
khdn posted on 13-9-2012 01:44 PM
sebak bace thread nih, rupa nya ramai org di laur sana yg di beri ujian and dugaan juga..aku juga ta ...

salam

jangan macam tu
menyesali apa yang telah terjadi
sebenarnya
itu bukan rezeki khdn
apa yang kita dapat sekarang
itulah rezeki yang tuhan mahu beri pada kita
jadi bersyukurlah

sebab itu kita tak dapat
sebab bukan rezeki kita
jadi jangan marah pada takdir
jangan menyesali nasib
sebaliknya sentiasa bersyukur



mungin kita akan dikurniakan
yang lebih baik
dimasa akan datang

moga kita sabar dgn dugaan
dan berusaha agar mendapat
yang lebih baik

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2012 09:43 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 13-9-2012 07:53 AM
i sesat sebab tak tahu jalan pulang ke tempat baru...ended up kl sentral caught in the traffic jam ...

salam

iftar kat kereta .. eerrmm .. MasyAllah ..
oohh .. ya .. you shift new place .. i see ..
tapi selamat balik destinasi .. kira .. Alhamdulillah ..

wassalam


p/s ..
hope now you dah familiar aah ..
happy driving .. hehe
home sweet home ..

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 12:10 AM | Show all posts
NorAddin posted on 13-9-2012 09:43 PM
salam

iftar kat kereta .. eerrmm .. MasyAllah ..

i think  i am gonna move out  soon  yeahh yet again  ...hahaha...to somewhere more ...'habitable' this area too dodgy though
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2012 03:15 AM | Show all posts
dah panjang cerita neh... nak celah gak

Allah menduga, so berdoalah kepada-Nya dan gunakanlah
apa2 kekuatan yang Allah beri, jasad dan minda sebaiknya ..
Awaslah yg suka mencucuk2 kita semacam menguji kita
iaitu iblis...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 03:25 AM | Show all posts
mierrr posted on 13-9-2012 09:40 PM
salam

jangan macam tu

salam

good comment .. keep it up ..

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 03:28 AM | Show all posts
dinsmann posted on 14-9-2012 03:15 AM
dah panjang cerita neh... nak celah gak

Allah menduga, so berdoalah kepada-Nya dan gunakanlah

salam

Awaslah yg suka mencucuk2 kita semacam menguji kita
iaitu iblis...
nasehat yang berguna .. insyAllah .. alhamdulillah ..

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 06:37 AM | Show all posts
don't let several problems and test given by ALLAH made you forget millions, even billions other blessings, bounties, and nikmah that are already given to us.be grateful.most of us forget about that.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 06:42 AM | Show all posts
dari ALLAH kita datang dan kepada ALLAH kita akan kembali. in between tu cuma pinjaman saja. camne kita manage. camne kita punya point of view tentang kehidupan. adakah sempit dimana kita punya view cuma berpusing2 pada dunia dan segala carut marutnya, atau pandangan kita lebih luas iaitu kita memikirkan apa selepas kehidupan ni? yang bijak adalah memikirkan dua2nya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 06:59 AM | Show all posts
kadang sedih tgk sesetengah dari kita bila ditimpa sedikit ujian, mungkin lebih berat dari orang lain, sudah terkeluar kata2 yang boleh menggelincirkan iman seperti kata2 yang menunjukkan mereka sudah pesimis pada ALLAH. padahal mereka lupa dalam pada seratus ujian yang ALLAH bagi, BERJUTA2 nikmat lain ALLAH tak lupa untuk turunkan pada mereka. ada yang siap boleh berforum lagi. artinya masih ada kesenangan dalam hidup. sedangkan berjuta2 yang lain dalam dunia ditimpa dengan ujian yang berganda2 berat dari mereka tapi tetap redha dan bersangka baik pada ALLAH lagi.

saya pernah lihat satu orang ni dalam tv indonesia,perempuan umur dalam 40an,suami dah meninggal, bekerja mencari sampah yang boleh diguna ulang untuk dijual. ada anak satu sekolah rendah. mereka makan pun kadang2 ade kadang2 takde.kalau ade cuma nasi kosong dan tahu goreng atau ikan masin. rumah takde elektrik. anak dia malam2 belajar guna pelita je. baju sekolah dah buruk sangat tapi dia pakai je. dan banyak lagi lah kesusahan dia yang penat kalau saya nak taip kat sini. TAPI, dalam pada ditimpa kesusahan, dia tetap tak tinggal solat, tetap ucap ALHAMDULILLAH dan bersyukur pada ALLAH dan masih lagi boleh tersenyum ikhlas.

agak2 forumer dalam ni punya masalah ade tak yang lagi berat dari contoh yang saya bagi ni? malulah dengan diri sendiri kalau ujian tak seberapa tapi sudah pesimis pada tuhan. apatah lagi nanti akan tiba hari dimana kita semua akan menghadap DIA???????????

p/s - ucaplah astaghfirullah dan alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 06:59 AM | Show all posts
kadang sedih tgk sesetengah dari kita bila ditimpa sedikit ujian, mungkin lebih berat dari orang lain, sudah terkeluar kata2 yang boleh menggelincirkan iman seperti kata2 yang menunjukkan mereka sudah pesimis pada ALLAH. padahal mereka lupa dalam pada seratus ujian yang ALLAH bagi, BERJUTA2 nikmat lain ALLAH tak lupa untuk turunkan pada mereka. ada yang siap boleh berforum lagi. artinya masih ada kesenangan dalam hidup. sedangkan berjuta2 yang lain dalam dunia ditimpa dengan ujian yang berganda2 berat dari mereka tapi tetap redha dan bersangka baik pada ALLAH lagi.

saya pernah lihat satu orang ni dalam tv indonesia,perempuan umur dalam 40an,suami dah meninggal, bekerja mencari sampah yang boleh diguna ulang untuk dijual. ada anak satu sekolah rendah. mereka makan pun kadang2 ade kadang2 takde.kalau ade cuma nasi kosong dan tahu goreng atau ikan masin. rumah takde elektrik. anak dia malam2 belajar guna pelita je. baju sekolah dah buruk sangat tapi dia pakai je. dan banyak lagi lah kesusahan dia yang penat kalau saya nak taip kat sini. TAPI, dalam pada ditimpa kesusahan, dia tetap tak tinggal solat, tetap ucap ALHAMDULILLAH dan bersyukur pada ALLAH dan masih lagi boleh tersenyum ikhlas.

agak2 forumer dalam ni punya masalah ade tak yang lagi berat dari contoh yang saya bagi ni? malulah dengan diri sendiri kalau ujian tak seberapa tapi sudah pesimis pada tuhan. apatah lagi nanti akan tiba hari dimana kita semua akan menghadap DIA???????????

p/s - ucaplah astaghfirullah dan alhamdulillah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2012 07:29 AM | Show all posts
unhas posted on 14-9-2012 06:59 AM
kadang sedih tgk sesetengah dari kita bila ditimpa sedikit ujian, mungkin lebih berat dari orang lai ...

salam

ya Allah
bagusnya kisah ini
untuk dijadikan panduan
terkedu baca
rupanya ada org
yang sangat bersih hatinya
tak merungut

jauh beza dgn kita
terutama diri i
terasa begitu malu
sebab tak mampu nak atasi ujian
padahal apa yang Allah beri
jauh lebih nikmat

nikmatnya
kita masih ada keje
masih lengkap anggota badan
masih boleh berjalan
masih boleh melihat
masih boleh memegang untuk melakukan kerja
dan masih belum terkena penyakit2 merbahaya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2012 12:22 PM | Show all posts
mierrr posted on 13-9-2012 09:40 PM
salam

jangan macam tu

thanks mierr
for the advise and words..i paham ade hikmah di balik semua ni..tp just sometimes tu ade terbit rase ralat la...but apa2 pun life has to on and doa to Allah that akan tunjuk jalan esok hari.. insyallah amin..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 02:08 PM | Show all posts
pinjam dari bod Peristiwa Dunia... http://mforum4.cari.com.my/forum ... &extra=page%3D2
-----------------------------------

Sebuah Renungan, Masihkah Kamu Mengeluh Setelah Melihat Gambar-gambar ini?



                     Jika anda merasa pekerjaan anda sangatlah berat, bagaimana dengan dia??




Bila Anda merasa gaji anda sangat sedikit, bagaimana dengan anak yg malang ini??




Jika Kamu merasa belajar adalah sebuah beban, contohlah semangat dia..




Jika kamu sempat merasa putus asa, ingatlah orang ini!





Layakkah kita mengeluh tentang makanan di saat ia sedang membayangkan makan happy meal?





Jika Kamu merasa hidup Kamu sangat menderita, apakah Kamu juga merasakan penderitaan seperti orang ini??






Jika Kamu merasa hidup Kamu tidak adil, bagaimana dengan dia??




Tidakah merasa bersalah kita masih selalu tidak mendengarkan bahkan melawan ibu kita?




Di saat kita kecil dimanja dan di sayang, manjakah mereka??



Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 02:14 PM | Show all posts
Ingat lah firman Allah Taala...

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,


إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.



Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 02:19 PM | Show all posts
SIAPAKAH YANG MENYAHUT RINTIHAN DERITA INSAN?
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)

Insan itu insan. Terdedah kepada kesusahan dan kesakitan. Terdedah kepada dukacita dan sengsara. Sehebat mana pun dia. Sebesar mana pun pangkatnya. Insan bukan tuhan untuk kebal dari panahan sengsara dan duka. Jika tidak menimpa pada hartanya, menimpa pada tubuhnya. Jika tidak pada tubuhnya, menimpa pada maruahnya. Jika tidak pada maruahnya, pada perasaannya yang derita disebabkan pelbagai punca. Mungkin kehilangan orang yang dicinta, atau dikhianati oleh orang disayangi. Segala mungkin. Itulah hakikat kehidupan insan dan itulah hakikat kehidupan setiap makhluk.

Apabila insan ditimpa derita, dikepung oleh sengsara, dihambat oleh duka, dia akan berusaha mencari tempat bergantung. Mencari dahan berpaut. Mencari teduhan untuk berlindung. Jiwa dan fikirannya melayang dan meraba; kepada siapakah hendak aku mengadu? Siapakah yang boleh menolong daku? Siapakah yang mampu untuk mengeluarkan aku dari kemudaratan ini?



- Gambar Hiasan
Jiwa Hambar
Bagi jiwa insani yang renggang dari Tuhan, jiwa insan yang hambar dari kemanisan iman dan hubungan ruhi dengan ilahi, dia akan terus terbayang penolong itu temannya atau orang besar, atau orang berharta, atau orang berkebolehan yang dirasa dapat membantunya. Jika dia sakit, pertama yang terbayang dalam fikirannya wajah para pengubatnya. Jika dia kesesakan harta, dia terbayang sumber-sumber yang boleh dia dapatkan wang. Jika ditindas, dia terbayang wajah mereka yang berkuasa yang dia rasa dapat membantunya. Demikian seterusnya.


Jiwa, jantung hatinya sentiasa tersangkut dalam alam makhluk. Tergantung dengan yang lemah sepertinya. Berpaut pada yang rapuh kerana disangkakan kukuh. Lalu Allah pun membiarkannya bersama dunianya yang goyah dan harapan sentiasa terdedah kepada kehancuran. Dia terlupa bahawa betapa ramai pesakit yang gagal diubati. Dia terlupa bahawa betapa ramai yang dikhianati oleh orang yang dipercayai. Dia alpa bahawa betapa ramai yang berkuasa gagal menyelamatkan diri sendiri. Bahkan dia lupa betapa ramai yang berharta, berkuasa dan ternama, Allah kepung hidup mereka dengan pelbagai sengsara. Pergantungan yang sangat lemah. Allah mengingatkan manusia tentang hal ini dengan firmanNya: (maksudnya)
“Wahai manusia, diberikan untuk kamu satu perumpamaan, maka dengarlah mengenainya; sesungguhnya mereka yang kamu seru selain dari Allah itu, tidak sama sekali dapat menciptakan seekor lalat pun walaupun mereka berpakat untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat menyelamatkan kembali. (maka) lemahlah yang meminta (untuk ditunai hajatnya), dan lemahlah yang diminta (untuk menunaikan hajat)”. (Surah al-Hajj: ayat 73).
Demikian perumpamaan yang Allah berikan, gambaran kepada mereka yang bergantung dan menyeru selain Allah dalam mengharapkan pertolongan.


Jiwa Mukmin
Adapun jiwa yang bergantung dengan Allah, setiap kali dia ditimpa kesusahan perkara yang pertama dan pantas menerpa ke jantung sanubarinya ialah pertolongan Allah; harapan dan pergantungan kepada Allah, doa, sujud, solat, rintihan di kesunyian malam, istighfar dan seumpamanya yang membolehkan Allah mendengar rintihannya. Teringatlah dia akan firman Allah yang menggambarkan keagungan kekuasaanNya: (maksudnya)


“Siapakah yang dapat menyahut orang yang dalam kemudaratan, tatkala dia berdoa kepadaNya, serta Dia menghilang keburukan?!”. (Surah al-Naml: ayat 62).


Demi sesungguhnya, tiada siapa yang dapat menyahutnya melainkan Allah S.W.T. Keyakinan dan keimanan yang mendalam inilah yang menjadikan doa insan yang bergantung dengan Allah itu pantas diterima. Allah mengeluarkan insan dari kesusahan dengan pelbagai cara dan rupa yang dikehendakiNya. Jarak antara bumi dan langit amat jauh. Masih tidak dapat dihitung oleh manusia. Namun, jaraknya menjadi begitu dekat disebabkan doa yang mustajab dari hamba yang kesusahan. Dengan seruan ‘Ya Allah! Tolonglah daku!’ maka pantas ia sampai ke langit dan pertolongan Allah pun datang dengan cara dan kehendakNya.


Tidak Menolak Ikhtiar
Bukanlah bererti insan yang bergantung kepada Allah itu menolak pertolongan makhluk dan tidak berikhtiar dalam menyelesaikan masalah. Namun, segala ikhtiar dan usaha itu dilakukan dalam naungan jiwa dan ruh yang sentiasa bergantung dan menyeru Allah. Pertolongan makhluk hanya ‘sebab’ yang berlaku atas kehidupan duniawi, hakikatnya daripada Allah S.W.T. Al-Hafiz Ibnu Kathir (meninggal 774H) dalam tafsirnya, menyebut riwayat dari Wahab bin Munabbih (tabi’i, seorang yahudi yang telah menganut Islam) pernah berkata:


“Aku pernah membaca dalam kitab terdahulu, bahawa Allah berfirman: “Demi kemuliaanKU, seandainya segala langit dan sesiapa yang ada padanya, bumi dan sesiapa yang ada padanya melakukan rencana jahat terhadap orang yang berpegang denganKU, sesungguhnya AKU akan jadikan untuknya di celahan itu jalan keluar. Sesiapa yang tidak berpegang denganKu, maka sesungguhnya AKU boleh tenggelamkannya ke dalam bumi di bawah kedua kakinya, AKU jadikan dia di awangan (tiada pergantungan) dan AKU biarkan dia kepada dirinya”. (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, 10/422. Saudi: Dar ‘Alam al-Kutub).Maksudnya, dalam pelbagai cara Allah boleh menolong hamba yang merintih kepadaNya, dan juga dalam pelbagai cara Allah boleh menjatuhkan hamba yang berpaling dari memanggil kebesaranNya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.382512 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list