|
[Politik]
"Hinanya kami mak bapa dia... mereka tidur hotel"
[Copy link]
|
|
ni kampung endah kat kanchong darat, banting ke?
Kampung tu memang selalu dapat anugerah kampung tercantik/terbersih...
|
|
|
|
|
|
|
|
ya betul...
sebagaimana kita mau anak2 kita independent bila beso nanti..
maca tu jugakla kita need to prepare ourselves to be independent bila tua nanti...
|
|
|
|
|
|
|
|
haishhhh ko nehhhhh...
adala....
tapi kampung laki aku tak la mcm cantik semua omah nak berbunga2 bagai ni...
more to bersih amat...
ntah aku pon tatau kesahihan berita ini...
dengo2 gitu je...
|
|
|
|
|
|
|
|
Mmg inilah yg I maksudkn dgn bebelan I sebelum ni...pembersih yg mmg membersihkan VS penggeli yg fefeeling pembersih (tapi tak bersihkan pon)
|
|
|
|
|
|
|
|
Kak Aman, I mmg pernah tengok dapo yang hampir2 macam ni.. geli geleman nak makan yang tuan rumah jamu...
Gambarannya, taik minyak yang dah keras tp berlendir melekat2 kat dinding dapo dengan stove, kat lantai bergumpal2 kain buruk lama alas kaki yang dah bertaik lalat berdaki, kain buruk atas meja, atas kitcen cabinet, sink penuh pinggan mangkuk dengan minyak berlendir2 bertakung, periuk belanga tak basuh ada sebelah periuk yang ada makanan... we're talking abt open house raya ok macam ni..
Memang stress nak makan kat rumah macam ni.. yang best tu tuan rumah kalau sembang bukan main lagi.. konon tak selesa solat rumah orang sebab tak suci takut solat tak diterima, konon jaga makan tanak makan di kedai yang orang bukan Islam masak, nak jaga kesucian, konon tak minum air rumah orang sebarang2 sebab takut air tak bersih.. hakikatnya rumah sendiri dah macam tempat orang asli berkubang..
|
|
|
|
|
|
|
|
tak ramai yang paham.. bila dengar ckp mcm ni mula la nak tuduh tak mengenang budi atau tak ajar anak berbudi..
I mmg tak boleh dengar alasan orang kawin sebab tua2 nanti nak ada anak jaga.. its like giving birth to your own slave.. lepas tu dah dictate anak ni nanti kerja apa, anak yang tu kerja apa... tak ada freedom anak2 buat pilihan sendiri semata2 nak penuhi ambitions ibu bapa yang selfish.. lebih baik lagi orang yang nak anak untuk tinggalkan legacy (biasa men yg nak legacy ni) berbanding dengan yang nak anak untuk mudahkan hidup dia bila tua..
Kalau anak nak jaga tu bonus la... sementara muda dan kuat kerja keraslah cari duit, jaga kesihatan, exercise, buat savings dan ambik insurance.. pleaselah jangan anggap anak tu insurance anda..
|
|
|
|
|
|
|
|
family aku mcm ni la. balik kg tido hotel. sebab umah atok aku takde jamban. ada bilik mandi je. tu pun takde pintu. pakai guni je.
atok aku dok sorang2, umah dekat dgn masjid. atok plak tok siak. so kalo dia nak berak kencing dia setel kat masjid je.
sampai skang aku pelik boleh hidup tak berjamban.
ada gak buat jamban dulu. tapi asik tenggelam dan ular biawak semua byk masuk berkuntum dalam mangkuk tu .then masa banjir bulan 12 aritu. tinggal mangkuk jamban je. |
|
|
|
|
|
|
|
Klu miskin pn..xperlu la jd pengotor..tebas la ape yg patut..kemas2 la ape yg patut.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia cenggini citer nya ....macam mana ekk..isu ni ada sikit complex but we need to have right perspective...
as parents, kita besarkan anak sebab itu tanggungjawab kita ..yg islam...sbb tuhan mmg suruh ko didik and besarkan anak ko jadi orang baik...
as anak pulak, sama juga, tanggungjawab menjaga mak bapak, keperluan etc terletak di bahu anak2...so mak bapak yg terabai mmg anak2 yg bertanggungjabwab....
so dedua ada responsibilities masing2...ujung2 lillahitaala juga lah hendaknya....as parents yg didik anak sebab nak harap anak ko jaga ko tua...tu dah silap...ko jaga sbb itu amanah ko..anak ko nak jadi malaikat pelesit setan tu bukan citer ko dah...
yang anak2 pulak....ko jangan carik alasan ko tayah jaga mak bapak ko sbb mak bapak ko dulu becerai ke, tak penah ajar ko, tak ponah puji ko, antar ko kat org lain etc...itu pon salah...sbb tanggunjawab jaga parents tu tanggungjawab ko despite apa pon parents ko buat dulu2...
|
|
|
|
|
|
|
|
agreed with you ...balik pada hati , nak tak terima suami dan family suami tu yups sebab kalau hati ikhlas teriuma rumah dia tepi bendang hangat ka , bilik ayaq bawah horror ke tak jadi hal pun sangat ...sebab dah terdidik dengan ibu bapa sendir yg bila dah menikah ikut suami ikut suka nak raya tang mana pun...flexible dan bila open macam ni mak mertua dan bapa mertua pun mai rumah sama tidoq dah jadi macam adik beradik dah , macam ni yg best actually... rapport - building - well done.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 26-7-2015 06:19 AM
i doakan anak anak you adalah anak yg bijak yg dan anak anak yg bijak adalah anak anak yg ingat kat mana alam yg kekal.
dan u know when reading thsi thread then i know hikmahnya ada hadith - wanita dikahwini kerana 4 perkara , maka pilihlah ....yups.
i insaflah. Bukan senang ye tugas parents ni - nak menegur di kala anak berasa dia menongkat dunia, nak stay zuhud dengan ujian anak anak ayg allah katakan dah berupa perhiasan dunia, nak maintain hati supaya sabar dalam rezeki nikmat dunia pada anak anak berupa kejayaan ke , penghormatan ke etc, i guess secured parents yg boleh maintain critical balance bila nak tegur , bila nak let go bila nak kata dalam hati - anak anak ni ujian bagi ku.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nabi bersabda kepada sahabatnya sebanyak tiga kali:"Mahukah aku memberitahu kalian mengenai dosa besar?Mereka menjawab"Sudah tentu wahai Rasulullah.Nabi menjelaskan:Syirik kepada Allah,derhaka kepada ibubapa(pada masa itu Nabi duduk bersandar lalu menyambung)sumpah yang palsu.'(Riwayat Al Bukhari)
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Israa ayat 23:
Maksud:
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)".
Kelebihan berbakti kepada Ibu bapa:
1-Riwayat:Bahawa seorang laki-laki datang kepada Rasulullah SAW untuk membenarkan Rasulullah berperang bersamanya,maka sabda Rasulullah:
"Adakah kedua-dua ibu bapamu masih hidup?Dia menjawab,ya.Nabi bersabda:Maka kepada kedua-duanyalah hendaknya engkau berjihad"
2-Riwayat Imam Muslim,Nabi sabda:
"Tidak dapat anak membalas jasa bapanya,melainkan jika ia mendapatkannya menjadi hamba sahaya lalu dibelinya serta dimerdekakannya".
3-Jasa ibu kepada anaknya besar dan amat di tuntut anak berbakti kepada ibunya.Sebab dengan berbakti pada ibubapa di masukkan ke dalam syurga
Sabda Nabi:
"Syurga di bawah tapak kaki ibu".
4-Namun begitu tidak pula mengurangkan kelebihan seorang ayah.Nabi bersabda:
"Bapa merupakan pertengahan pintu syurga,oleh sebab itu peliharalah dia kalau engkau suka atau engkau persia-siakan pula ia?
5-Tindak tanduk manusia kepada Allah di ukur dengan perilaku kepada ibubapanya.Sabda Rasulullah SAW:
"Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa,dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa"
Menjaga ibubapa yang sudah tua bukan mudah.Bila usia ibubapa lanjut menyebabkan pergerakan mereka terbatas bahkan ada yang memerlukan bantuan dari anak.Ada sesetengah ibubapa yang sensitif,kuat terasa hati dan cerewet.
Ada sesetengah ibubapa yang kurang ingatan(lemah ingatan) menyebabkan anaknya hilang sabar.Namun begitu kesabaran anak menjaga ibubapa tidak sia-sia walaupun dalam berbagai suasana,sebenarnya anak-anak menempah tiket ke syurga kerana hendak masuk syurga penuh dengan ranjau dan kesukaran.
Siksa bagi anak derhaka kepada ibubapa:
Nabi mencela anak-anak yang mempunyai ibubapa yang sudah lanjut usia namun masih tidak dapat memasuki syurga.Sabdanya bermaksud:"Sungguh hina,sungguh hina,sungguh hina.Nabi di tanya;"Siapakah wahai Rasulullah?"Nabi menjawab;"Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua,samada salah seorang atau kedua-duanya kemudian dia tidak memasuki syurga."(Riwayat Muslim)
Berhati-hatilah bagi anak yang perrnah melukakan hati ibubapa mereka kerana ia haram di sisi Allah dan di hina di dunia dan akhirat. Dan Allah mempercepat balasan-Nya di dunia.
Jangan kerana perbuatan anak menyebabkan mendoakan keburukan terhadap anak.Nabi pernah bersabda:
Tiga jenis doa yang pasti akan dikabulkan tanpa diragui lagi,doa orang yang dizalimi,doa orang yang sedang dalam perjalanan(musafir)dan doa orang tua ke atas anaknya.'-Riwayat Imam Al-Tirmizi.
Allah berfirman, Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula...(al-Ahqaf: 15)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 26-7-2015 06:59 AM
u know what is the real issue dalam konteks thread ni
Seorang wanita yang lebih tua dari saya yang berjemaah solat, berbual lepas solat ketika saya berada di motor untuk balik. Saya bertanya tentang sambutan raya dan hal anak tunggalnya. Air mukanya berubah.
Katanya, "Dia sampai balik pagi raya dengan anak bini. Katanya tak cuti dan jalan jem."
"Takpalah, asal dia balik. Petang raya, dia kata nak pi rumah mentua dan tidok di sana, di Kg Tongplu, dekat Pedu. Saya tak kata apa. Tapi masa depa nak naik kereta, cucu saya bertanya mak dia, kita nak tidor di hotel semalam ka? Mak dan bapa dia diam tetapi saya sempat melihat menantu saya membeliak mata pada anaknya."
Sampai disini dia berhenti bercakap. Dia tunduk dan mula mengesat air mata dengan hujung telekong yg masih dipakai. Saya faham anaknya sebenarnya bermalam di hotel dan pagi itu baru balik ke rumah orang tuanya. Kes pecah tembelang.
"Hinanya kami mak bapa dia. Bapa yg membesaqkan dia, yang mendodoikan dia dalam kain sentung, menepuk hingga lena dlm kelambu takut digigit nyamuk. Hinanya emak dia yang dia gonggong susunya hingga bertahun, disuap nasi hingga membesaq, hinakah kami yang beri dia sekolah dengan titik peluh kami."
"Saya tahu, depa jijik tegok dapor saya, jijik bilik ayaq dan jambannya, jijik bilik tidur yang panas bertilam kabu. Tapi depa tak sedaq mereka membesaq dengan keadaan itu, tapi hari ini depa pandang jijik. Itu sebab depa tak mau tidok rumah ibubapa sendiri, mereka tidok hotel. Bukan tak ada tempat dirumah tu, kerana dia anak tunggal. Tergamak dia." Kesedihannya makin berlarutan.
a) anak tu dikatakan berjaya - tapi tak dinyatakan apa inisiatif dia untuk mengurangkan ketidakselesaan isteri + anak? terhadap rumah mak pak dia yg dikatakan uzur, dapoq jijik ( ni kata org tua tu ) , bilik ayaq jijik ? tilam kabu ( which is soo rare sekarang , sedaptau tilam kabu )
b) anak lelaki menyedari yg wife tu menipu (dan pada saya implying yg dia juga sedar dia bersubahat atau in theknow of this crap - within his conscious mind - anak ini memilih untuk menipu instead of berbuat sesuatu secara efektif untuk menangani masalah keadaan rumah ibu bapa dia yg tak selesa atau 'kotor ' itu
- so pada u justified ke - anak yg menipu ibu bapanya - katanya nak pi rumah so and so walhal nak dok hotel? ini anak soleh ? ini anak yg berpemikran urban?
- mana integrity?
c ) tak dinyatakan dalam artcile itu apa anak ini dah buat - sebelum balik raya kot kot tolong upah cleaner ke vacuum, cuci , tenyeh lantai dapoq , gonyoh tilam , tenyeh genyeh memana patut ?
d) mak ni bukan jenih cerita tapi DITANYA PENULIS - so bukan jenis cerita tapi mom ni sedih.
instead menipu dan bersubahatan menipu dan he is okay with that sinful act ? gosh.
so - allah tahu dia menipu mak ayah dia.
hmm...
so hal ni bukan pengotoq versus pembersih sangat tapi segala isu yg berkaitan dengan problem solving which i think that the son had failed miserably to the BOOT
simple.
lagi satu susahlah bila dapat menantu yg ta tahu hukum agama ni pun payah jugak - at least tegur hubby tu tak boleh buat your mom and dad lagu tu dosa, shall we help them out - kalau jenih lagu ni lainlah , ni tidak menipu jugak.
gosh...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 26-7-2015 07:29 AM
have you been abroad before?
alahai tak payah kagum sangat pun
because depa sama jugak
kita nampak satu = adakah ia representative? really ? check again
kat my place mostly mat salleh dan immigranst acdemic
toilet dicuci oleh cleaner dari India
okay first of all ada ketika ( banyak ketika jugaklah as in > 4 times ) terdapat lelehan darah menses tepi toilet seat tak berbasuh, air besar tak flush , tersekat dengan kertas kesat yg salah digunakan - actually kertas kesat ada 2 jenis - satu kesat tangan wipe something lepas basuh tangan kat sink di luar toilet ; yg kasar teksturnya dan satu jenis lagi dalam toilet tu sendiri tersedia gunanya tissue ni yg nak lap / kesat area down below - so minah mana guna kertas yg pertama - tersekat habis ,i pun tatau
satu lagi hancing bau toilet - bau hancing kotoq. so i guess R&R kita kalau kena bayaq tol untuk maintain toilet kat highway tu i halalkan duit sesangatlah ...because u need money to maintain the hygiene and sanitation.
dan cleaner tu bila i panggil untuk buat report tandas tersumbat cakap dia tak faham kenapa laa negaradunia pertama ni teruk sangattak tau flush hahaha
anyway bukan semua mat saleh bersih tau - may be you tak pernah expose to every strata of my salleh ? dari social class 5 ampai 1?
u tengok rumah city council kat area say, like st matthews tu kat midlands ( i tatau ade ke tak lagi kawsan tu ) haaa u knwo rumah macam kotoq ya amat - bau kusam hapak, anjing mai jilat i, bulu anjing kat sofa, sofa bau hapak dengan udara lembap , bulu anjing, rumah sepah dan karpet berdebu berbulu kotoq actually ...depends golongan mana yg you pi - kalau area mayfair , belgravia , hampstead may be lain dari say ...idunno slum ? area??
so u know tak payah dok puji mat salleh = as in all tu baguh sangat , know when to make an inform judgement
tu belum lagi student muntah kat self catered accomodation epas mabuk - dan tak cuci sink
teruk tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
rakan i ada yg dok hotel sebab rumah mertua penuh bilik ipaq duai dok ada...hehehe bila i tanya iftar hotel u makan ape then jawapannya
hoihhhh melampau ni ...i kata why not , dia kata balik aihhhh...no tu melampau ...i dok hotel letak badan dan barang je the rest of my time mertua laa
both professionals tapi alhamdulillah sedar diri. bless them dan agama wise alhamdulillah. dedua dah haji and hajjah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by noor2 at 26-7-2015 07:22 AM
Kena dengar penjelasan anak juga. Kadang2 orang tua suka menokok tambah untuk mendapat simpati.....kesian anak jadi bahan kutukan.
|
|
|
|
|
|
|
|
exactly...kan? alang alang dok hotel satu gang bawak lah parents dok Marriott ke what not kan? if dok kat marriott kan? that's a good idea.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman aku ramai ipar duai time remaja dlu time raya mmng penuh umah..nasibla abg aku kawen ngan semua kakak ipar agak pemalas dan mostly sebok jaga anak2 dia. Diorg tk amik pot kebersihan dan apa jua keje umah..aku ni la ngan kakak yg buat keje smua msak memasak dan kemas mengemas smua adik2 ni yg buat. Mak aku tk pernah komplen pon..tp ada time aku marah jugak akak ipar yg pandai mengendeng dapo bila semua dh terhidang. masing2 ada tanggungjawab baik menantu atau anak..mcm skrg aku plak jdi menantu ada tnggungjawab dia jgak. Mak metua aku tu pon pandai mengadu domba kt jiran2 citer buruk2 pasal anak..tp aku bahasakan jugak..toksahla asik mengadu kt org..padahal benda tu xdela teruk manapun. Jiran pulak jenis menambah soal mcm2.
Dan skrg bru aku fhm..ada buruk baik kenapa kakak ipar aku tu sebok sgt jga anak2 dia..satu supaya dia nmpk sebok hal sdnri jadi tkpayah susah buat keje umah kedua memang dia jenis jga anak2..sekarang anak2 dia semua elok2 perangai dan dia bukan jenis pemalas punya kakak ipar tp kt umah dia sndri je..kt umah mak dulu haram dia nk buat keje semua..mcm2 la peel manusia ni.
Tk abis lagi isu ni..msalah dunia ni:zz |
|
|
|
|
|
|
| |
|