CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] Larang Guna Pembesar Sore Dimasjid Selain Azan di P.Pinang #341 Nabi Larang?

[Copy link]
Post time 2-10-2015 12:33 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 2-10-2015 12:27 PM
Doa ni boleh jer baca sendiri2 bahasa melayu pon Allah faham...

Imam baca kuat2 pon org lain t ...

beselah melayu..kalu tak menunjuk (dlm hal ni berdoa dan berwirid dgn lantang guna pembesar suara) nanti kureng islamik katanya...bersederhana je sudah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2015 12:33 PM | Show all posts
dizek replied at 2-10-2015 11:01 AM
masjid dah wujud di pulau pinang lebih
lama sebelum kedatangan francis light
dan imigran cina lagi ...

tiada kaitan dap,
sila dapatkan info dimana-mana, komplian datang dari org melayu sendiri tu bro..
jangan  hentam dap saja

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
aku harap sume masjid kat msia wat larangan ni..biar penuh skit masjid org dtg dgr ceramah..yg bantah terhina kulu kilir ni jenis melayu malas dtg masjid..harap dgr ceramah free sambil isap vape kat umah...puuuuiiii
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 12:41 PM | Show all posts
Kalau nak pertahankan sangat cara macam tu, cuba buka mp3 ceramah atau quran bila lepak kedai mamak, naik LRT, ziarah orang sakit kat hospital, ziarah orang mati dan mesyuarat. Buka full volume & bila orang tegur jawab la

"Masyaallah, anta tak suka dengar quran ka. anta nak halang ana berdakwah ka"?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 12:47 PM | Show all posts
dah ada yg tepek ke?

lantak le aku nak tepek lg sekali..


DrMAZA.com3 hrs · Edited ·




BACAAN SELAIN AZAN DI PEMBESAR SUARA PATUT DIHENTIKAN?
Soalan: Dato’ Dr MAZA, telah timbul bantahan sesetengah pihak terhadap bacaan kuat selain azan yang dilaungkan di masjid. Ia dikatakan mengganggu mereka yang berdekatan. Isu ini membawa kemarahan sesetengah umat Islam atas nama mempertahankan masjid. Apakah pandangan Dr MAZA tentang hal ini? – Nasir, Penang.
Jawapan: Saya sememangnya ingin mengulas sedikit tentang isu bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai ini. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;
1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.
2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh dipaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.
3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.
4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:
اعْتَكَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ، فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُونَ بِالْقِرَاءَةِ، فَكَشَفَ السِّتْرَ، وَقَالَ: «أَلَا إِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ، فَلَا يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا، وَلَا يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الْقِرَاءَةِ
“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.
5. Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis tadi dengan katanya: “Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid..dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini..boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml). Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.
6. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?
7. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.


Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 2-10-2015 12:33 PM
beselah melayu..kalu tak menunjuk (dlm hal ni berdoa dan berwirid dgn lantang guna pembesar suara) ...

Buat benda yg rasulullah saw n sahabah pon xbuat..

Pastu claim sendiri pejuang islam..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2015 12:55 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 2-10-2015 12:53 PM
Buat benda yg rasulullah saw n sahabah pon xbuat..

Pastu claim sendiri pejuang islam..

problem dgn masyarakat kita..yg penting luaran..kulit..surface mesti gah..lantang
sedangkan isinya hauk
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
arasham replied at 2-10-2015 12:33 PM
Masa ramadhan hari tu paling saya terganggu. Saya lepas isyak terus tidur, around pukul 2 saya ban ...

Kalu di tegur tu mau di kata kita  macam2...

Demi islam katanya....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2015 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mommymonster82 at 2-10-2015 01:01 PM
saladin780 replied at 2-10-2015 12:55 PM
problem dgn masyarakat kita..yg penting luaran..kulit..surface mesti gah..lantang
sedangkan  ...


Asalkan setahun sekali berarak untuk maulidur rasul.... tu tanda sayang n cinta nabi.. org lain yag xberarak tu xsyg nabi...setahun sekali tunjuk sayang Rasulullah..... lain2 hari  ikut nabi mana tak tahu ler...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 01:05 PM | Show all posts
dizek replied at 2-10-2015 12:15 PM
mengapa mesti sakit hati dengar wirid dan doa?

Zikir dan doa tu antara kita dgn Allah tak perlu dikeraskan suara atau berdoa dan berwirid kuat2. Kalau awak semak dlm quran pun ada bebrapa ayat yg melarang kita menguatkan, mengeraskan suara dlm beribadah, sampaikan tak silap dlm satu ayat Allah umpamakan yg menguatkan suara itu seperti kaldai kalau tak silap saya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 01:18 PM | Show all posts
hi Pig Pork (PP).. the second singapork  dah sekrg ni.. hahahah bila negera islam but then negeri cam haram
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 01:22 PM | Show all posts
L211 replied at 2-10-2015 01:18 PM
hi Pig Pork (PP).. the second singapork  dah sekrg ni.. hahahah bila negera islam but then negeri ca ...

uols anti sunnah ka?
bertaubat la uols.. sblm mati kiok


Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:
اعْتَكَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ، فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُونَ بِالْقِرَاءَةِ، فَكَشَفَ السِّتْرَ، وَقَالَ: «أَلَا إِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ، فَلَا يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا، وَلَا يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الْقِرَاءَةِ
“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 01:28 PM | Show all posts
bila solat pon nak psg speaker bg aku x perlu laa

kena la tau ape guna nye solat guna speaker tu (smpai rumah jauh pon bleh dgr)

lain org, lain masa/cara beribadat nya

kalau betul nak ajak org ke masjid banyak cara lain lg...selain psg speaker masa solat/ceramah/wirid/doa

kdg2 rumah yg yg jarak 100m dr masjid tu agak kesian. mane la tau ade anak kecik

org keja syif ker

p/s: x kira lg ade yg berdoa kat FB/media sosial
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 01:29 PM | Show all posts
pasuoren replied at 1-10-2015 12:45 PM
bagus...
i setuju ngan u clar..

kannnn....

tp agak bodoh jugak nk suruh hadkan utk azan n iqamat saja..
sbb klu time kematian slalunya masjid akan umumkan supaya penduduk tahu.. juga ada sedikit bacaan2 utk tujuan bagitau juga..



Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 02:07 PM | Show all posts
arasham replied at 2-10-2015 01:05 PM
Zikir dan doa tu antara kita dgn Allah tak perlu dikeraskan suara atau berdoa dan berwirid kuat2.  ...

mengapa cadangan larangan
hanya bermula di pulau pinang?

dan mengapa baharu sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 02:24 PM | Show all posts
dizek replied at 2-10-2015 02:07 PM
mengapa cadangan larangan
hanya bermula di pulau pinang?

Perlis dah buat lama, bila MAZA naik jadi mufti ini first dia buat kalau tak silap..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2015 02:26 PM | Show all posts
arasham replied at 2-10-2015 02:24 PM
Perlis dah buat lama, bila MAZA naik jadi mufti ini first dia buat kalau tak silap..

keputusan bukan di tangan maza
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 02:31 PM | Show all posts
clarizsa replied at 2-10-2015 01:29 PM
kannnn....

tp agak bodoh jugak nk suruh hadkan utk azan n iqamat saja..

Bodohkah Rasulullah saw bila dia tegur sahabat yg tinggikan suara dalam masjid?

Apa bacaan yg guna untuk tujuan bagitau? Boleh bagi contoh-contoh bacaan?

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 02:34 PM | Show all posts
dizek replied at 2-10-2015 02:07 PM
mengapa cadangan larangan
hanya bermula di pulau pinang?

Pulau Pinang bukan yg awal buat larangan ni. Macam mana nak laksanakan masa dulu kalau masa sekarang pun masih tak mau terima petunjuk agama.
Mengapa banyak bertanya sedangkan dah diberikan keterangan dengan quran & hadis?

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2015 02:36 PM | Show all posts
sayap_angkasa replied at 2-10-2015 02:34 PM
Pulau Pinang bukan yg awal buat larangan ni. Macam mana nak laksanakan masa dulu kalau masa sekara ...

isu individualistik akan sentiasa bercanggah dengan isu2 kemasyarakatan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.203069 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list