|
|
Recipe ikn pari masak pecel
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan pari kecik guna pari potong dalam 300 gram)
2 1/2 cawan santan pekat
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
5 inci ubi cekur*
20 biji cili padi kampung*
1 inci belacan, dibakar*(*ditumbuk halus)
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
2 helai daun cekur, hiris halus
Beberapa cili padi untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
Ikan pari dibersihkan, perap dengan jus limau nipis dan garam selama 10 minit, cuci dan toskan, lumur sedikit garam dan bakar hingga masak. Ketepikan.
Dalam periuk, satukan bahan tumbuk, asam gelugor dan didih kan, tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan pari dan masak dengan api sederhana hingga kuah pekat.
Masukkan hirisan daun cekur, dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan cili padi dan hidangkan segera bersama nasi hangat... Selamat mencuba...
|
|