TERKINI!!! Susulan sebuah pesawat pejuang Hawk 108 dikhuatiri hilang di persekitaran Utara Kuantan iaitu di sempadan Terengganu-Pahang. Dua juruterbang pesawat itu ditemui maut di kawasan hutan paya, Chukai, Kemaman pada pukul 2.30 petang tadi. Perkara itu disahkan Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang pada sidang media di Kuantan hari ini. Dua juruterbang itu ialah Mejar Hasri Zahari, 31 tahun dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39 tahun. Kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan memakai payung terjun, namun pesawat tersebut masih belum ditemui. Pesawat berkenaan dilaporkan berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan, Pahang pada 11 pagi tadi sebelum terputus hubungan setengah jam kemudian.
|