CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-LTS

Bukan Kerana Didera, Kematian Mohamad Thaqif Berpunca Kencing Tikus

[Copy link]
Post time 10-7-2017 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu orang bela kucing....kucing je yg resistant dengan kencing tikus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2017 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang ni pon kes dera di Johor.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
adk iols dlu disyaki kncg tikus jgk.. smpai doc bgtau trime sgala kmungkinan.. Alhamdulillah Allah msh pjgkn umo adk iols..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 10-7-2017 06:03 PM
Aku suka pengakhiran begini dan juga how the case developed.

Ia sedikit sebanyak menginsafkan cik ...

Well said. Sangat setuju.

Banyak iktibar boleh diambil dari semua segi.

Alfatihah thaqif.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
sabbath_shalom replied at 10-7-2017 08:10 PM
Sebab tu orang bela kucing....kucing je yg resistant dengan kencing tikus.

Mksd u? Mcm mne
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadi macam ada temubual kat tv3 pasal kes nikan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2017 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
What the fishhhh
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
kucing tikus boleh JD gangrene ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2017 12:29 AM | Show all posts
kucing zaman skrg pemalas
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadi perlu beli kneepad kah?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 12:55 AM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 10-7-2017 08:09 PM
Allah terima ke sujud nampak bontot berkerak macam tu sis?

berapa optical zoom ko pakai sampai nampak kerak?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
pichee replied at 10-7-2017 11:12 PM
Mksd u? Mcm mne

Kucing tak boleh terkena jangkitan Leptopirosis kalau dia makan tikus yg ada kuman itu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 03:45 AM | Show all posts
so yang kata die didera warden tu based on saksi ke?
kenapa laporan forensik ambil masa terlalu lama sedangkan kes macamni patut bagi priority?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 03:54 AM | Show all posts
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/07/243738/belum-dapat-laporan-rasmi

KELUARGA pelajar Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi, 11, yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada 26 April lalu masih menunggu laporan penuh perubatan berkaitan punca kematian anaknya.

Bapa kanak-kanak itu, Mohd Gadaffi Md Karim berkata, sehingga kini tiada laporan diterima daripada pihak hospital meskipun kematian anaknya itu berlaku hampir tiga bulan lalu.

"Sudah hampir tiga bulan Allahyarham Mohamad Thaqif Amin meninggal dunia dan sehingga kini tiada laporan diterima mengenai punca kematiannya itu.

"Sebaliknya kami menerima laporan berkenaan dari pihak ketiga hari ini dan masih terkejut dengan perkara itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan perubatan dikeluarkan terhadap kematian anaknya yang dikatakan berpunca daripada kencing tikus ketika ditemui di rumahnya di Taman Bukit Tiram, Ulu Tiram, hari ini.

Menurutnya, sebelum ini keluarga berkenaan juga melantik peguam pemerhati bagi mendapatkan laporan penuh perubatan arwah anaknya itu.

Isterinya, Felda Wani Ahmad, 40, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai keputusan laporan perubatan membabitkan anaknya itu.

"Kenapa mereka tidak memberitahu kami terlebih dahulu, sebab dia anak kami.

"Sekarang keadaan bertambah keliru dan hanya dimaklumkan selepas lebih dua bulan berlalu baru diisytiharkan," katanya yang juga guru sains Sekolah Kebangsan Taman Bukit Tiram.

Katanya, biasanya laporan penyakit berkaitan kencing tikus hanya boleh diketahui dalam tempoh singkat, sebaliknya berbeza dengan keadaan dilalui anaknya itu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 06:04 AM | Show all posts
Sekolah ‘tak pasti’ dari mana Thaqif dijangkiti penyakit kencing tikus

PETALING JAYA: Madrasah Tahfiz Al-Jauhar (MTAJ) “tidak dapat menjawab” laporan Kementerian Kesihatan hari ini yang mendapati kematian bekas pelajarnya Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi pada April lalu berpunca daripada leptospirosis atau jangkitan kencing tikus.

Pengetua MTAJ, Mohammad Afdhaluddin Ismail memberitahu FMT ia kerana Thaqif dimasukkan hospital 21 hari selepas berhenti daripada madrasah itu.

Afdhaluddin berkata beliau tidak pasti bila Thaqif dijangkiti, dan boleh jadi “hari ini kena, 2 hari kemudian dia bermasalah dan pergi hospital”.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan Thaqif dijangkiti dari kawasan madrasah.

“Wallahu a’lam (Tuhan Maha Mengetahui),” katanya dihubungi FMT hari ini.

Thaqif, dimasukkan di wad rawatan rapi di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pada 19 April selepas dakwaan dipukul dengan paip getah oleh seorang pembantu warden asrama MTAJ di Kampung Lukut, Kota Tinggi, Johor.

Kedua-dua belah kaki Thaqif dipotong selepas mengalami pembekuan darah, sementara tangan kirinya dijadualkan dipotong sebelum kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir.

Laporan bedah siasat hari ini merumuskan leptospirosis atau kencing tikus dan bukannya trauma daripada pukulan, sebagai punca Thaqif mendapat jangkitan pada kulit dan darah sebelum meninggal dunia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sampel tisu dan darah Thaqif diambil pada hari sama pelajar itu meninggal dunia pada 26 April lalu.

Afdhaluddin berkata pihaknya belum mendapat laporan KKM, tetapi berkata pegawai KKM ada mengunjungi madrasah itu selepas kejadian tersebut.

FMT

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 06:16 AM From the mobile phone | Show all posts
jasmeen replied at 10-7-2017 11:47 PM
Tadi macam ada temubual kat tv3 pasal kes nikan

ade you, diorg call mak thaqif ni, mak die mcm x puas hati sbb die xtau psl laporan bedah siasat melalui media and query kenape xde sorg dr pihak hospital yg mklum kan die.. huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2017 06:20 AM | Show all posts
FMT


PETALING JAYA: Ibu kepada pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi menolak laporan bedah siasat diumumkan hari ini yang merumuskan anaknya meninggal dunia akibat jangkitan leptospirosis atau kencing tikus.

Ibu Thaqif, Felda Wani Ahmad yang kecewa dengan keputusan bedah siasat itu, mempersoalkan pihak hospital kenapa perlu memotong kaki anaknya jika betul Thaqif dijangkiti kencing tikus yang boleh dikesan dengan awal.

“Secara logik, kalau kencing tikus, kenapa nak potong kaki? Saya nak tanya kenapa nak potong kaki anak saya kalau kencing tikus. Kencing tikus mesti kesan awal. Paling lewat 1 atau 2 minggu, macam kes di Kelantan baru-baru ini.

“Saya ni cikgu, tidak payah manipulasi yang bukan-bukan. Saya memang terkilan. Daripada arwah (Thaqif) masuk hospital, doktor kata tak tahu kuman apa. Ini tiba-tiba beritahu kencing tikus, tak masuk akal. Saya tidak boleh terima,” katanya kepada FMT.

Thaqif dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pada 19 April lalu selepas pembantu warden asrama Madrasah Tahfiz Al-Jauhar di Kampung Lukut, Kota Tinggi didakwa memukulnya dengan paip getah.

Kedua-dua kaki pelajar berusia 11 tahun itu dipotong selepas mengalami pembekuan darah, sementara tangan kirinya dijadualkan dipotong sebelum kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir.

Kubur pelajar itu digali semula pada 18 Mei lalu sambil disaksikan ahli keluarga, polis dan perwakilan mahkamah, bagi membolehkan sampel kaki Thaqif diambil untuk tujuan siasatan.

Hari ini, laporan bedah siasat merumuskan leptospirosis atau kencing tikus, bukannya trauma akibat pukulan sebagai punca Thaqif mendapat jangkitan pada kulit dan darah sebelum meninggal dunia pada 26 April lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu diperolehi berdasarkan bedah siasat pada hari sama pelajar itu meninggal dunia April lalu menggunakan sampel tisu dan darah yang dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan dan Jabatan Kimia.

Mengulas lanjut, Felda Wani turut kecewa dengan Kementerian Kesihatan yang didakwa tidak memaklumkan secara terus hasil bedah siasat Thaqif kepadanya.

“Saya terkilan sangat, kita keluarga tidak tahu. Kami hanya dapat tahu daripada wartawan hari ini mengenai apa yang ketua pengarah kesihatan beritahu.

“Kalau nak beritahu wartawan tak ada masalah, tetapi terkilan tak beritahu kami. Masa nak potong kaki, tangan, tentang perubatan pandai pula telefon keluarga.

Kenapa nak umum hasil keputusan itu tanpa beritahu kami. Sekurang-kurangnya telefon. Saya terkilan dan terperanjat,” katanya yang sudah menghubungi peguam untuk mendapatkan laporan penuh hasil bedah siasat Thaqif.

“Sekarang dah rujuk peguam dan peguam akan buat surat minta laporan perubatan penuh.

Nak tahu dari awal sebelum potong kaki,” katanya.

Pengetua Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Mohammad Afdhaluddin Ismail memberitahu FMT, pihaknya “tidak dapat menjawab” laporan Kementerian Kesihatan hari ini yang mendapati kematian Thaqif berpunca daripada jangkitan kencing tikus kerana beliau dimasukkan ke hospital 21 hari selepas berhenti sekolah.
Afdhaluddin berkata, beliau tidak pasti bila Thaqif dijangkiti, dan boleh jadi “hari ini kena, 2 hari kemudian dia bermasalah dan pergi hospital”.
Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan Thaqif dijangkiti dari kawasan madrasah.

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Jap cmne pihak hospital xblh detect kencing tikus masa kt hospital
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 11-7-2017 07:33 AM
Jap cmne pihak hospital xblh detect kencing tikus masa kt hospital

Tak sempat... Masuk hospital seminggu jer dah meninggal... Makcik aku dulu pun meninggal selepas seminggu kat hospital juga... Lepas meninggal baru keluar result kena kencing tikus... Kaki dia pun bengkak2 juga seingat aku..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 08:07 AM | Show all posts
Banyaklah yang kena minta maaf dengan ustaz warden tu . Sedap sangat tuduh. Buat ibu Thaqif kalau dah tak boleh redho atau tak puas hati saman jelah pihak berkaitan. Dah keputusan tak memihak ..Kalau  beranggapan pakar-pakar ni bodoh atau khilaf susahlah. Sebab semua kena dibuktikan. Bukan pakai hentam je. Bagi aku Redhalah pada Qadha dan Qadar. Adalah hikmah tersermbunyi tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.117455 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list