CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: robotech

Edisi Malaysiana - 13 Jenama Tempatan Terkenal Malaysia yang Anda Tak Tahu

[Copy link]
Post time 27-7-2018 05:39 PM | Show all posts
Ok good info. Mati2 ingat sushi king japan punya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2018 02:01 PM | Show all posts
huehue replied at 10-10-2017 12:48 PM
Mengapa TT hati tisu sangat?  Reporter cari rileks je tahan maki ulang ulang thread

Taklah. Takde masa nak buka forum. Sibuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2018 02:03 PM | Show all posts
kucen_miang replied at 12-10-2017 09:33 AM
nama jer robot tp kuat sentap

Tak sentap, tapi memang betul takde masa nak layan forum. Jika singgah pun banyak pegi LYN atau Carigold, itupun lurking je. Kerja sibuk. Insya Allah sambung lagi tered ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2018 02:53 PM | Show all posts
6. CAROTINO



Dipasarkan lebih 30 negara luar termasuk Amerika Utara, Eropah, Afrika dan Timur Tengah, kita pasti tak menyangka minyak sawit kemerahan unik ini dibuat sepenuhnya di Malaysia. Jenama ini menghasilkan banyak produk makaanan penggunna seperti mentega ghee, minyak masak dan minyak salad, produk industri, dll. Sejak memenangi pingat emas di 22nd International Exhibition of Inventions bertempat di Geneva, jenama Carotino berterusan memperbaiki mutu produk keluaran mereka dengan teknologi terkini " state-of-the-art" dan penyelidikan kelas pertama dengan kemudahan fasiliti pembangunan yang bertaraf dunia. Pastinya Carotino jenama Malaysia  yang boleh dibanggakan!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2018 03:03 PM | Show all posts
7. GOOD MAID



Jenama barangan pencuci rumah ini bermula pada tahun 1988 hanya dengan 4 produk sahaja. Kini ia memiliki pelbagai jenis barangan pencucu kepada pengguna termasuklah produk pencuci mesra alam dan barangan jagaan peribadi. Jenama ini turut mengilangkan bahan bekalan untuk kegunaan industri. Apabila jenama ini meneroka pasaran global, syarikat ini diambil alih oleh Saraya  Global Japan pada 2014 dan masih beroperasi di kilang produksi seluas 5 ekar di Senawang, menghasilkan dan menyediakan produk Good Maid ke serata negara luar di seluruh pelusuk dunia!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2018 03:10 PM | Show all posts
8. THE MANHATTAN FISH MARKET



Diinspirasikan dari pasar Fulton Fish yang terkenal di Manhattan, rangkaian restoran makanan laut berstail Americana ini ditubuhkan oleh dua orang rakyat Malaysia iaitu George Ang dan Dr. Jeffrey Goh. Pertama kali dilancarkan di Singapura, mereka berdua berhadapan pellbagai kritikan dari warga tenpatan pada awal penubuhan restoran itu. Nasib menyebelahi mereka apabila mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan restoran mereka sehingga dalam masa yang singkat, rangkaian restoran makanan laut ini berkembang ke 67 buah restoran di seluruh Asia dan Timur Tengah. Kini hidangan makanan lautnya yang unik terdapat di negara Qatar, Oman, Bangladesh, Japan, Sri Lanka, India, dan juga Myanmar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-8-2018 03:18 PM | Show all posts
9. BRITISHINDIA



Anda pastinya salah seorang yang menyangka syarikat BritishIndia adalah sebahagian dari Kompeni India Timur (East India Company) yang wujud pada abad ke 16. Dengan jenama pakaian yang berinspirasi budaya kolonial British, ia ditubuhkan oleh Pat Liew pada tahun 1994. Diinspirasikan dari budaya pemakaian dan adat era kolonial British, jenama tempatan ini merupakan jenama pakaian yang terkemuka di Asia dan memiliki lebih dari 40 pusat jualan di Malaysia, Singapura, Thailand, dan Filipina.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2018 03:28 PM | Show all posts
10. JIMMY CHOO



Siapa yang tak pernah mendengar jenama fesyen kelas atasan ini yang popular di kalangan golongan elit, artis, selebriti dan bangsawan seperti Princess Diana, Michelle Obama, Madonna, dan Halle Berry? Tapi tahukah anda pengasa jenama ini tidak lain tidak bukan anak kelahiran Pulau Pinang iaitu Datuk Jimmy Choo? Jenama ini diasaskan oleh Datuk Jimmy Choo dan anak saudaranya, Sandra Choi pada 1996, dan dengan rekabentuk desain-nya yang unik berjaya menarik perhatian majalah fesyen antarabangsa Vogue pada akhir 1990an. Selepas itu semua menjadi pemangkin sejarah perkembangan populariti jenama ini menjadi terkenal di seluruh dunia dalam masa yang singkat dan menjadi salah satu jenama fesyen kelas atasan di dunia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2018 03:35 PM | Show all posts
11. SHANGRI-LA HOTELS & RESORTS



Walaupun dikenali sebagai rangkaian hotel mewah yang berpusat di Hong Kong, ia telah diasaskan oleh tidak lain tidak bukan iaitu Tan Sri Robert Kuok, jutawan billionair kelahiran Johor yang juga salah seorang yang terkaya di dunia. Rangkaian hotel terkemuka ini bermula di Singapura pada 1971  dan kini berkembang dengan rangkaian hotel dan pusat peranginan yang bertebaran di lokasi eksotik di seluruh  Asia, Eropah, Australia, Amerika Utara dan Timur Tengah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2018 03:55 PM | Show all posts
12. BONIA



Apabila kita terfikir jenama ini, pastinya kita teringatkan barangan kulit yang bermutu tinggi dan penuh kesenian dari Itali yang digilai kaum wanita samada di Malaysia dan serata dunia. Tapi pernahkah terlintas di minda anda bahawa jenama yang terkenal di peringkat antarabangsa ini adalah berasal dari Malaysia? Kebanyakannya mungkin tak percaya. Tetapi produk barangan fesyen mewah ini diasaskan oleh Chiang Sang Sem seorang rakyat Malaysia di Singapura pada 1974. Kini, jenama ini memiliki lebih dari 700 pusat jualan dan 70 butik di seluruh Asia!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2018 04:01 PM | Show all posts
13. APPETON



Masihkah anda ingat ketika kita masih kanak2, ibu2 sering memberikan kita supplemen Appeton untuk kekal sihat? Jenama ini masih popular di kalangan rakyat Malaysia sehingga kini, namun terlalu sedikit di kalangan rakyat Malaysia tahu bahawa jenama farmaseutikal ini adalah produk tempatan. Appeton dimiliki oleh Kotra Pharma yang ditubuhkan pada 1982 dan berpusat di Melaka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2018 04:08 PM | Show all posts
Edited by robotech at 1-8-2018 04:57 PM



Jenama2 yang dinyatakan ini bukan sahaja memberi kita kejutan mengenai asal usulnya sebagai jenama Malaysiana, tetapi ada juga jenama2 terkemuka yang turut diperkenalkan oleh rakyat Malaysia seperti Parkson, Larrie, Padini, Beryl, Fipper, Vochelle, Lewré, Getha, DK-Schweizer, Secret Recipe, 1901 Hotdog, dan Voir.

Kebanyakan jenama2 ini bermula dengan usahawan2 yang kreatif dan berdaya saing, jadi jika anda memiliki idea yang bernas dan segala keperluan untuk menjayakannya, teruskan usaha anda ke hadapan dan majulah dengan sedaya kemampuan anda yang terbaik! Siapa tahu anda akan menjadi salah seorang pengasas jenama "Made in Malaysia" yang terkenal di peringkat antarabangsa!

Terjemahan BI ke BM: Robotech

Sumber: https://ringgitplus.com/

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2018 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
wowww.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2018 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Silkygirl kalau tak silap jenama Malaysia juga
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2018 11:48 AM | Show all posts
terima kasih tt  skrg baru tahu
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2018 02:03 PM | Show all posts
patutlh tak sedap marrybrown buatan malaysia.
citrasa malaysia yang di baratkan rasanya tak
terbanding dengan resepi uncle slokam kfc
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2018 01:55 PM | Show all posts
pada aku bonia tu still mahal
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2018 07:28 AM | Show all posts
lagi.....sepatutnya dah banyak barang malaysia terkenal di merata dunia....
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.060895 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list