perghhh teringat arwah ayah aku meninggal sakit jantung.. jantung gagal pam oksigen ke seluruh badan pastu kekurangan oksigen dalam otak sampai kena sawan.. ko nak kena macam tu ke dekk?
Permainan #PassOutChallenge Boleh Bawa Maut, Hentikan Segera
sumber : keratan dari video
Semalam tular sebuah video berdurasi 25 saat mengenai ‘permainan’ terkini pelajar di asrama yang dipanggil #PassOutChallenge atau menekan dada dan 'mati selama lima saat'.
Paparan video tersebut menyaksikan seorang remaja lelaki dipercayai pelajar sekolah menengah melakukan aksi menekan dada rakan sebayanya yang berdiri dan bersandar dinding.
Seorang lagi remaja lelaki lain kemudian turut menolak belakang badan rakannya bagi memberi kesan tolakan lebih kuat pada dada remaja yang sedang bersandar.
Selepas beberapa saat, remaja yang bersandar itu tiba-tiba rebah menyebabkan dua rakannya itu panik seketika sebelum ketiga-tiganya ketawa apabila remaja pertama tersedar daripada 'kematian'.
Permainan gila itu dikatakan berasal daripada media sosial dan online tersebut semakin popular di Malaysia selepas mencetuskan kebimbangan di kalangan ibu bapa di Indonesia sejak awal tahun ini.
Kegilaan terkini remaja itu telah mengundang kecaman pelbagai pihak dan meminta warden asrama memantau aktiviti anak-anak di asrama.
Antaranya termasuk Timbalan Ketua Kluster Pembangunan Sosial dan Kesejahteraan Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohd Taib Dora yang menyifatkan perkara tersebut sebagai kerja gila dan keterlaluan.
“Gurauan yang keterlaluan kerana mereka boleh mati sekiranya oksigen tidak sampai ke otaknya selama tujuh saat."
Selain boleh mengakibatkan kematian, Prof Datuk Dr Mohd Taib Dora menegaskan tindakan bodoh itu juga boleh menyebabkan remaja terbabit lumpuh akibat serangan strok.
"Apabila dada kita ditekan, ia menghentikan fungsi jantung yang menghantar oksigen ke otak seterusnya menyebabkan kematian," katanya.
Pada March 2016, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di Carolina Selatan, ditemui maut di rumahnya selepas bermain permainan cabaran ‘pass out challenge’.
‘Pass-out-challenge’ adalah permainan yang memerlukan pemainnya mencekik leher atau menekan dada dengan tujuan untuk menjadi khayal kerana kekurangan oksigen.- CARI
aku baca satu komen kat facebook ada sorang ni dulu time belajar kat asrama dia pun pernah buat macam ni. katanya rasa macam lama sangat dia pengsan. padahal sekejap je. tak tahulah dia bercakap benar atau cuma sekadar kak hasanah berbicara.