|
Dulu kat Melesia aku selalu layan Library Shah Alam kat depan golf course, memang class gile, bukan dari segi gah rekabentuk (itu satu jugak la) tapi dari segi servis, harap sekarang pun masih cam tu jugak.....dulu aku memang tak beli buku kat melesia, mahal, tak terbeli....tapi sekarang...tempat aku ni syurga buku, pesta buku secondhand sepanjang tahun dari east coast ke west coast carik je la, sini kebanyakan library akan buat "purge" (jual buku lama) dua tiga kali dalam setahun.....aku akan datang hari terakhir, biasa diorang buat macam 5 dollar per box, isilah sampai muat mana satu box/bag yg diorang bagi, 5 dollar je...pas tu library sini dia ada bookstore sepanjang tahun i.e. buku2 yg diorang dah x nak circulate boleh public beli, bukan buku2 lama pun, buku dua tiga tahun lepas cam tu.....
Untuk library2 kat tanah air tercinta yang sendu dan muram macam masuk crypt dan catacomb, ni aku ada cadangan:
1. STOP BUAT REKOD2 BODOH SEPERTI MEMBUAT PYRAMID TERBESAR DARI BUKU, ITU BUKU UNTUK DIBACA BUKAN UNTUK BUAT REKOD BODOH SEPERTI BUAT PYRAMID DARI BUKU.
2. Duit xde?Peruntukan xde? bak sini aku bagi cadangan, kat US ni, negara yang melahirkan bintang2 porno ni, library diorang dapoat budget dari Municipality utk county dimana terletaknya library tersebut......DAN dari DONATION ORANG RAMAI......donation ni bukan singgit dua, although klu orang2 biasa cam aku ni nak bagi donation USD 10 ke berapa pun diterima jugak, biasa donation ni ribu2, dan nama2 orang yang donate ni biasanya diorang letak kat satu dinding,,,ade cam tajuk friends of X library...pernah gi zoo tak? kan ke kat depan kandang tu ade tulis nama sape2 yang donate untuk bagi makan menantang ni...haaaa...cam tu la lebih kurang...
3. Bukak 2nd hand bookstore dalam library tu, buku2 yang dah dua tiga tahun atau dah ada edisi baru tolak ke book store ni, jual.
4. Pesta buku mesti buat tiap2 tahun kat library tu, setahun sekali ke, setahun dua kali ...jadi orang tau, bulan oktober je library daerah ni ade buat book sale tiap2 tahun...
4. Malaysia kurang buku? Buku mahal? ade fesbuk tu pandai2 la contact dengan library kat US kat Europe kat Jepun...mintak diorang derma buku yg diorang tak nak lagi....
5. aktiviti library ni bukan sekadar tempat pinjam buku...pegilah klik website library kat overseas tengok aktiviti ape diorang ade buat...kat county aku penuh ada aktiviti untuk sebulan tiap2 hari...semua boleh tengok kat kalendar dalam website, sampai nak ajar mak2 baru beranak camne nak menetekkan bayi pun ade, belajar bahasa asing pun ade, panggil penulis utk sesi2 santai pun ade, tayangan wayang pun ade, ceramah pasal hobby pasal arts pun ade...pendek kata, jangan jumud la, cari la idea2 dlm internet...
anyway klu public library tak dapat mengubah halatuju perkhidmatan library kt melesia, ape kata pihak2 private pulak seperti Karangkraf yang buat library swasta dengan pelbagai perkhidmatan (of course lah caj akan dikenakan kepada pengunjung, sebab ini perniagaan), tapi library ni tak terhad kepada penerbitan karangkraf je, buat mcm library shah alam, tapi swasta...just my two cents....
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|