https://iiumc.com/peninggalann-arwah-iv-the-last-part/
Pembuatan Senjata merupakan warisan turun temurun keluarga aku. Keluarga aku dulu sangat mahir dalam membuat senjata. Seperti yang di mention oleh sesetengah readers. Senjata yang menjadi tumpuan kemahiran Keluarga aku adalah jenis Tharkul. Sebab dalam catatan ni, Moyang aku ada mention yang keluarga aku dulu memilih senjata yang senang di bawa dan mudah disorokkan untuk tujuan membunuh. Keluarga aku merupakan keluarga yang mempunyai Skuad Elit yang mahir menggunakan Tarkul. Dan Skuad Elit ini kerap di upah untuk membunuh Lanun2 dan juga penjenayah dalam negeri. Yang mengupah biasanya adalah pembesar2 dalam dan luar negeri. Keluarga aku cuba untuk menambah baik Tharkul untuk menjadi senjata yang lebih mudah untuk di reload dan lebih banyak tembakan dalam setiap reload. Kepala Keluarga ketika itu cuba untuk membuat senjata yang lebih efficient. Dan seterusnya, Dalam helaian ni juga, ada lukisan/blueprint yang menunjukkan Tharkul yang mempunyai revolver mechanism. Dan juga sehelai lukisan/blueprint Tharkul yang mempunyai more than one barrel. Aku tak pasti sama ada Moyang aku atau Kepala Keluarga dulu yang buat blueprint ni. Dalam helaian ni juga, ada catatan keluarga aku yang turut serta dalam satu peperangan pada awal 1800+. Dalam peperangan ni, keluarga aku cuba untuk membuat Meriam yang lebih besar dari sedia ada. Sebab Meriam waktu tu belum cukup power nak lawan musuh. Next helaian, Salah seorang Kepala Keluarga ada menghantar Skuadnya menyerang askar British. Kesan dari serangan ni, keluarga aku di halau keluar daerah dan juga negeri kemudiannya. Dalam catatan ni aku tak jumpa tentang Keturunan aku menolong/assist seorang pejuang tanah air. Aku jadi makin asyik membelek2 helaian kertas ni. Ada lukisan/blueprint untuk Cermin Rahsia yang aku ceria tadi. Hidden Drawer dan Rak Buku. Ada lagi blueprint lain. Ada catatan tahun 19XX, tentang gempuran ke atas Jepun. Berdasarkan dokumen2 yang aku perhatikan ni, Moyang aku merupakan salah seorang penggerak kepada salah satu persatuan yang anti penjajah. Macam yang aku cakap sebelum ni, Rumah Moyang aku sekarang ni bukanlah datang dengan percuma. Ada perjanjian antara Moyang aku dan pihak British yang mana aku tak boleh cerita dalam ni.
|