Post time 23-11-2018 07:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
thanx cik nancy tag meols
meols tak berapa faham bahasa puitis tapi apa yang meols faham dari puisi ni ialah kita kena keluar dari zon selesa..jangan malu2 nak cuba sesuatu yang baru..perlu teroka ilmu baru, tempat baru, dunia baru supaya minda lebih terbuka dan tak tepu pada satu benda saja
Post time 23-11-2018 08:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
noor2 replied at 23-11-2018 06:17 PM
Wah...menakutkan akak baca ayat chico. ..tapi tu pemahaman chico....akak respek. .
Tapi bagi ak ...
Trima ksih kak..xde la, ni saya da 5 thun keje ngn cina (lain2 company tp bos cina) n saya nmpak cara org cina ni maju camne..maaf sbab ni apa yg saya perhatikan selama ni..mksud saya xsume bgsa amalkan cmni tapi apa yg pasti kaum lain amat suka bgsa melayu sbab jenis diam bila diherdik org atasan, xnak melawan, tunduk ikut telunjuk smpaikn kita lupa yg kita ni kaum pribumi kat negara ni..
**maaf ye momod kalu interpretasi saya ni berbaur perkauman
Post time 23-11-2018 09:18 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Berbicara tentang kurang ajar..
M.Nasir-Anak Anak Kita
Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini
Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri
Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Oder baru politikus usang
Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya
Anak-anak kitakah yang
tak tahu nak pulang Bila petang
kerana terlalu mabok
Main lastik Dan berpistolan
Pistol-pistolan
Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka
takkan sendiri lagi
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka
takkan dimomok lagi..Woo..wo..wo
Fikir..Selamatkah kita di
tangan tukang karut itu
Fikir..Selamatkah kita di
tangan dalang wayang itu
Fikir..Selamatkah kita di
tangan ahli koprat itu
Fikir..Selamatkah kita di
tangan doktor jiwa itu
Fikir..Selamatkah kita di
tangan pakar kitab itu
Fikir..Selamatkah kita di
tangan tuhan-tuhan itu
Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka
takkan sendiri lagi
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka
takkan dimomok lagi..woo.wo.wo
Ooo..anak anak kita...
Ooo..anak anak kita...
Ooo..anak anak kita..
Ooo..anak anak kita...
Post time 23-11-2018 10:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
"Kurang ajar banget suaranya!! " ---> komen komposer Ahmad Dhani kepada seorang peserta lelaki semasa audisi Indonesian Idol.
Tu pengertiannya....memuji a.k.a kagum
kurang ajar dalam konteks bahasa, agak kasar tapi bergantung juga pada intipati ayat tu berlandaskan apa..jika cth kurang ajar punya jantan! maybe sesuai..kurang ajar eh mak kau...haa sangatla biadap. So pemahaman dan penggunaan ayat tu yg penting
ok..ikut pemahaman i yg bukan jiwa sastera ni
dan pengalaman hidup i sendiri
i dpt seorang suami yg mengajar i jadi "kurang ajar' kepada keluarga sendiri
kerana suami i juga seorang yg "kurang ajar" kepada keluarga sendiri
to be spesifik keluarga disini refer kepada mak dan ayah la ok
why i ckp mcm tu??
sbb hubby bertekad untuk mengubah kehidupan kami berdua
agar tidak mewarisi kegagalan dalam keluarga msg2
hubby bertekad untuk membuktikan apa yg kami berdua buat adalah yg terbaik untuk kami
ayah hubby ku hanyalah seorang pegawai di tanah rancangan,
manakala ayah i pula hanyalah seorang petani
dimana keluarga kami hanya golongan yg cukup2 makan saja
hubby kecewa dgn keluarganya yg mempunyai sikap pilih kasih dlm adik beradik
anak sulong diagung2kan
tahap kecewa suami, bila mak bapak dia menyorokkan tawaran utk melanjutkan pelajaran dlm bidang arkitek
satu2nya cita2 yang terpendam yg diidam2kan.. alasan yg diberikan oleh keluarga beliau
alahhh..buat apa ko nk jd arkitek?? ko tgk bangunan sama ja binaan dia..mcm tu jugak
dgn hati luluh, sbb xde daya upaya utk memberontak belajarlah dlm bidang yg x diminati lgsg..
tp hikmah terbesarnya, beliau bertemu jodoh dgn i di sini hahhaha
hubby i mmg org yg berbakat besar dlm bidang seni, bab lukisan mmg tip top.
so kt universiti, dia menggunakan bakat dia utk cari income lebih..
buat design tshirt, jual tshirt, buat buku etc ..berguru dgn lecturer psl dunia printing etc..
kira hubby i mmg dh start bisnes time belajar.. sbb mak bapak xde duit nk bagi kt dia..
paling sadis bapak dia bg duit beratus nk cover abg dia kt uk, hubby i dpt rm15 ja.. dhla zmn tu loan mara n jpa lmbt giler dpt, itu pn ciput nk mampusss
perkara kedua yg keluarga dia halang, bila hubby i bertekad lps abis belajar, nk terus buat bisnes,
sekali lagi dpt kecaman dr keluarga, ko nk buat bisnes buat apa, mana ada kelurga kita yg kaya raya sbb buat bisnes
ko tgk abg long ko, keje jd engineer, gaji besar..
so segala kecaman tersebut menjadikan hubby i anak yg "kurang ajar"
dipendekkan cerita, awal2 bisnes baru merangkak, ada duit sikit, hubby i hulur la pada mak dia..pernah hulur rm50, tu diaaa,
hebohla senatero dunia, hubby i miskin,,sbb mampu bg rm50 saja
now alhamdulillah, dgn semangat cekal hubby i, rezeki dimurahkan.. skrg mampu la bg mak dia and mak i tiap2 bulan 1500-2000
ada lebih pernah la dpt bg 5k sebulan pd both family
ujung thn ni insya allah ada rezeki nk bg mak dia n mak i at least 10k sorang..
sejak hubby dh berjaya, dgn bangganya mak dia boleh canang, hubby i lah anak kesayangan dia bla bla
tapi bukan itu tujuan dan harapan hubby
hubby i nk tunjuk, kalau buat bisnes dgn cara betul, insya allah boleh berjaya
now, pakcik2 and sepupu sepapat ramai mintak nasihat dr hubby
hubby i ckp kalaulah dr dulu nenenk moyang kita dh berniaga, mesti keluarga kita kaya raya kann
i salute hubby i, sbbb dia cekal, segala caci maki hinaan mak dia, dia telan.. ayah dia jenis x byk bunyi
tp xde dendam dlm hati dia..bila dh berjaya dia x lupakan mak dia..
dan dia bangga sbb dpt buktikan apa yg dia buat tu berjaya
kenapa hubby i "kurang ajar"??
sbb dia x mau mewarisi kemiskinan keluarga dia..yg buat keluarga dia kucar kacir
and dia sgt berbangga sbb dia menggunakan kelebihan dia dlm seni utk berjaya..
i pulak.. knp suami i ajar i jadi "kurang ajar'??
sbb dia lemas dgn keluarga i yg sentiasa memikirkan apa org kata
apa pakcik makcik ckp kalau i buat itu, buat ini
i x salahkan keluarga i sbb selama ni hidup kelurga i ditentukan oleh "adik beradik" diornag aka pakcik makcik i yg kunun2nya ustaz ustazah
ikutkan i dah lama memberontak sbb diorang musnahkan hidup adik i, tentukan adik i dan arahkan ayah i utk masukkan adik i ke sek aliran agama
adik i x minat, mintak ditukarkan sek biasa, bapak i x pndi nk uruskan tukar sekolah bagai, i plak baru form 3, duduk asrama, mana tau apa2.
alasan paling keparat dr mulut nuraka pakcik i, kalau x sekolah agama, nanti nk jadi apa?? jd setan
end up adik i nekad berenti sekolah, lari dr sekolah.. x amik srp bagai..huhuh..kelulusan drjh 6 saja..skrg. kelija pun cukup2 mk..
dendam kesumat adik i pd pakcik nuraka smpi skrg
dulu ayah i ada peluang dpt offer masuk tanah rancangan, jadi peneroka, tp pakcik i halang dgn alasan sapa nk jaga atuk i??
byk yg hubby i buat pd i, keluarga i x bulih terima..
ayat paling win, nanti pakcil tu ckp bla2 bla..
mmg pantang besar la hubby i
ada insiden yg agak tragik berlaku..agak tegang juga awal2 tu
but now everything jd baik..dulu mak i mmg x ngam dgn hubby i, sbb dia rasa hubby i hasut i mcm2..
butt now, everything dh jd better..sbb mak i dulu termakan kata2 makcik2 i yg belum ada menantu
tapi lps makcik2 i ada menantu, hadap peel anak menantu, baru diam semua
Kesimpulannya yang i paham
konsep "kurang ajar" di sini ialah keluar dr zon kebiasaan masing2
berani bertekad untuk berubah
bertekad untuk mengubah nasib keluarga masing2
jangan mewarisi kemiskinan keluarga kita
Post time 24-11-2018 08:05 AMFrom the mobile phone|Show all posts
chicozinn replied at 23-11-2018 08:07 PM
Trima ksih kak..xde la, ni saya da 5 thun keje ngn cina (lain2 company tp bos cina) n saya nmpak c ...
Oh..tak apa chico. ..tu pandangan masing2...pandangan chico pun ada kebenarannya. ....pada kaka setiap pendapat adalah betul mengikut pengalaman sebenar dan pandangan masing2.....
Post time 24-11-2018 11:35 AMFrom the mobile phone|Show all posts
KILL_NANCY replied at 24-11-2018 02:03 AM
terima kasih awanearisu.lagu menggamit memori dan ya memang ada bait2 puisi Usman Awang ini ada di ...
Terima kasih juga TT. Kita baru tahu sebahagian dari lirik lagu ini merupakan inspirasi daripada karya Usman Awang.
Dan benang ini membuatkan kita faham akhirnya mesej yang cuba disampaikan. Dah lama terfikir apa maksud tersirat tentang sifat kurang ajar yang M Nasir ingin sampaikan.
Post time 24-11-2018 04:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Yang saya faham, kurang ajar yang dimaksudkan ialah berani menegakkan hak atau menyuarakan pendapat
Contoh, kadang2 suatu kebenaran atau pendapat, walaupun menyakitkan, tak sedap didengar atau kedengaran kurang ajar mungkin menjadi pendapat yang berguna untuk menambah baik sesuatu keadaan atau perkara
Ada orang yang malu untuk menyuarakan pendapat kerana risau dianggap biadap, kurang ajar atau melawan arus. Kesannya, tidak ada perubahan positif yang boleh dilakukan walaupun hakikatnya kita tidak bersetuju dengan sesuatu perkara. Terpaksa berdiam diri kerana malu untuk dilabel sebagai kurang ajar