Kaum Negrito terbahagi kepada 6 suku, iaitu Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq dan Bateq. Kensiu Orang Kensiu tinggal di kawasan pinggir di daerah Baling, Kedah. Satu ketika dahulu Orang Kensiu suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan pembangunan kepada rakyat, kini Orang Kensiu sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum. Hanya terdapat sebuah perkampungan Orang Kensiu di daerah Baling, negeri Kedah iaitu Kampong Lubuk Legong. Pada masa ini kampung Lubuk Legong telah di lengkapi dengan kemudahan bekalan api letrik, bekalan air dan lain-lain prasarana seperti Balairaya dan Pusat Bimbingan Kanak-kanak. Punca pendapat utama adalah hasil tanaman Getah yang di bangunkan oleh RISDA dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli. Sehingga kini terdapat 39 keluarga seramai 204 orang. Kintak Orang Kintak tinggal di kawasan pinggir di daerah Gerik, Hulu Perak. Satu ketika dahulu Orang Kintak suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan pembangunan kepada rakyat, kini Orang Kintak sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum. Terdapat sebuah perkampungan Orang Kintak terdiri dari 25 keluarga yang berjumlah 112 orang Lanoh Orang Lanoh tinggal di kawasan pedalaman daerah Hulu Perak negeri Perak. Satu ketika dahulu Orang Lanoh suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Bateq sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum. Kini terdapat 3 buah perkampungan yang berjumlah 359 orang. Jahai Suku bangsa Jahai merupakan satu daripada Suku Kaum Negrito iaitu suku kaum yang terkecil berbanding dengan kaum Senoi dan Proto-Malay (Melayu Asli). Mereka tinggal di Perak, terutama di kawasan Hulu Perak iaitu Banun, Sungai Tiang dan Persisiran Empangan Temenggor. Di Kelantan pula, mereka bertumpu di Sungai Rual dan Jeli di Hulu Kelantan. Pada amnya rupa paras orang Jahai seakan-akan Orang Habsyi atau Negro di Afrika, Kaum Andaman dan Aeta di Filipina. Kebanyakannya tinggal di kuala sungai dan persisiran tasik. Rumah mereka berbentuk pisang sesikat yang dibina daripada buluh dan beratapkan daun bertam dan tepus. Suku bangsa Jahai suka membuat rumah yang ringkas kerana mereka mengamalkan cara hidup berpindah-randah. Mereka berpindah dari satu tempat ke satu tempat apabila berlaku kematian, penyakit ganjil, perbalahan kecil, kerana keperluan makanan dan pertambahan penduduk. Kini, amalan berpindah-randah semakin kurang diamalkan kereana mereka telah menerima bantuan daripada agensi kerajaan. Mendriq Orang Mendriq tinggal di kawasan pedalaman Kelantan. Satu ketika dahulu Orang Mendriq suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Mendriq sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum. Sebuah perkampungan Orang Mendriq di daerah Gua Musang terdiri 14 keluarga yang berjumlah 82 orang. Bateq Orang Bateq tinggal di kawasan pedalaman utara Pahang, kawasan barat Terengganu dan selatan Kelantan. Satu ketika dahulu Orang Bateq suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Bateq sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum. Negeri Pahang terdapat 7 buah kampung, 5 buah kampung di daerah Lipis, 2 buah kampung di daerah Jerantut yang berjumlah 100 keluarga seramai 550 orang. Negeri Kelantan terdapat 4 buah kampung di Pos Lebir yang penduduknya 84 keluarga berjumlah 413 orang. Di negeri Terengganu terdapat 12 keluarga seramai 41 orang.
|