setiap hari pn terfikir andai ini hari terakhir, tapi andai ini ramadan terakhir, aduhai sedihnya..bersedia? memang tak lah...dosa masih banyak, amal ibadah kurang sangat..hutang keliling pinggang, anak masih kecik wasiat tak buat lagi...
Dakwah Hingga Akhir Hayatnya, ‘Andai Ini Ramadhan Terakhir’ Jadi Tajuk Kuliah Terakhir Tuan Guru Abu Hassan Din Sebelum Pergi Menghadap Illahi Azmil
1 minggu lalu
2 minit bacaan
Awal pagi tadi negara dikejutkan dengan berita pemergian seorang ulama tersohor negara, Tuan Guru Ustaz Dato Abu Hassan Din Al Hafiz. PU Amin dalam entri terbaru Facebook beliau memuat naik beberapa keping gambar kuliah terakhir oleh Tuan Guru Dato Abu Hassan semalam yang berlangsung di Surau An-Nur Fasa 3A Bandar Seremban Selatan, Negeri Sembilan.
Kuliah Maghrib yang bertajuk ‘Andai Ini Ramadhan Terakhir’ bagaikan satu petanda bahawa itu adalah dakwah terakhir Tuan Guru Dato Abu Hassan Din sebelum pergi menghadap Illahi.
“Dakwah hingga akhir hayatnya . Beginilah sirah hidup seorang pejuang dan pendakwah agama . Sungguh hebatdan istimewa Para Ulama.” kata PU Amin.
Post time 13-5-2019 11:10 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tak tergambar dengan perasaan. Tak bersedia dan tak pernah bersedia, cuma didoakan pergi dalam keadaan baik dan tak susahkn sapa2. Ayah dah 3 kali ramadhan tak dak, sunyi.dulu masa ayah sihat dia lah yg busy buat persiapan utk ramadan. Masa i cuti semester tak ada makanan yg i tak daapt makan. Semua dia cari. Dia tau anak dia suka durian, dia akan beli dan sanggup tanam duriantu. I suka iar tebu dua tahun dia tanam tebu dan siap belikan mesin tebu lagi supaya i dapat makan dengan puas. Mak pun dah di hujung2 usia, dah ada alzhemeir sikit2, harap2 hati i kuat utk terima. Suka tak suka kena hadap. Pada usia2 dia yg mcm ni, kena belajar utk reda
Post time 19-5-2019 07:16 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Allahuakbar,andainya maut datang menjemput diriku,aku redha dgn ketentuan ini,cuma aku pinta biarlah pemergian diriku tak menyusahkan sesiapa baik ahli keluargaku sahabat handai sekelian,semoga Allah SWT mengampuni segala dosa2ku dan aku mengharapkan sudilah kiranya bacaan AlFatihah disedekahkan kpd diriku.
Post time 23-5-2019 12:02 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Andai ini Ramadan ku yang terakhir,
Pasti ku sujud kepadamu setiap malam dengan lebih kusyuk
Pasti ku banyakkan sedekah kepada yang berhak
Pasti ku tak alpa untuk berdoa setiap kali waktu afdal walaupun seketika
Buat kesejahteraan ibubapa, suami, anak-anak dan diri sendiri di dunia dan akhirat
Matilah kami dalam iman dan Islam
Ambilah kami dalam keadaan yang baik
Muliakan kami di dunia dan juga akhirat
Pilihlah kami sebagai penerima shafaat Nabi Muhammad SAW
Permudahkanlah hisap kami
Permudahkanlah perjalanan di titian sirat
Kumpullah kami, temulah kami disyurgamu
Lirik Lagu Mana Milik Kita - Rabbani
Video Lirik Lagu Mana Milik Kita - Rabbani Youtube
Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya
Post time 23-5-2019 04:51 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Setiap tahun terfikir. Bulan ramdhan ni bulan yg sgt lain dari bulan yg lain. Keindahannya..kemanisannya, tak terluah.
Bukan je terfikir ttg diri sendiri tp juga ttg org2 yg disayangi. Adakah ini ramadhan terakhir kita bersama2 org tersayang? Ajal Maut Jodoh dan Pertemuan semua ditanganNya.
Selalulah juga fikir, berapa lama lagi Allah izinkan utk sambut dan raikan ramadhan dgn org yg kita kenali. Adakah kita atau meraka yg dijemput Ilahi sblm ramadhan yg akan dtg berkunjung tiba?
Atau adakah ini ramadhan terakhir utk seluruh umat manusia?
Post time 24-5-2019 06:56 AMFrom the mobile phone|Show all posts
seribulan replied at 23-5-2019 04:34 PM
Terima kasih
Moh kita hayati lagu ni
Allahuakhbar... lagu ini memang penuh makna mendalam. Bila saya lalai; lewat2 kan solat, tertinggi suara dgn ibu, bila fikir amalan2 yang tidak seberapa, sedekah2 yang dilakukan, saya akan teringat lagu ini bait2 kata "hanya amalan yang dibawa";(
*salah satu lagu Rabbani yang sangat terkesan di dalam kehidupan saya selain lagu Pergi Tak Kembali, lagu Anak Soleh sekitar tahun 1998. Dulu2 sebelum pergi sekolah, NTV7 selalu mainkan lagu2 ikut tema (pop, rock, English, nasyid) sambil2 saya siap2 nak pergi sekolah saya tgk video klipnya menceritakan sebuah keluarga bahagia ibubapa & anak2. Malangnya ayahnya meninggal, saya sedih tgk video klipnya masatu arwah ayah saya tengok juga dia menung pandang saya dgn senyum kelat. Hari2 saya tunggu lagu ni, sampai satu ketika seminggu lepas tu ayah saya meninggal. Tak sangka lagu Anak Soleh macam kebetulan kisah dengan ayah meninggal. Sampai sekarang saya dengar lagu ni saya nangis, bait2 lirik "bila sampai waktu ajalnya...anak soleh sebagai harta"
Kalau ai tau ini ramadhan terakhir, benda pertama ai nak buat, langsaikan semua hutang. Jika tak mampu, ai minta bantuan suami atau family utk langsaikan seikhlas hati. Lol
Paling penting jika ai tau, mesti takde masa dgn forum or socmed..
Tp kalau xtau.. Sure neraka trmpat ai.. Terlalu banyak dosa. Hutang.. Benda lagha.. Nauzubillah....
Post time 24-5-2019 03:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
andai ini ramadhan yg terakhir, bersediakah aku?
plg terkesan memikirkan anakanda tercinta yg xbole berenggang dgn mamanya.. mcm mna la anak bertuah tu nk hadapi hidup tanpa mama
andai ini ramadan terakhir..allahu memang pasrah dah tapi bersedia? ...ilmu masih tak banyak, tak cukup untuk bekalan akhirat.
hutang masih banyak.. hutang dunia dan juga hutang akhirat. semoga kita mati dalam khusnul khatimah dan allah tutup aib aib kita. aamiin ya rabbal alamin