CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Exoskeleton

Pengalaman budak2 nakal (Update 25/11/24)

[Copy link]
Post time 2-6-2019 11:07 AM | Show all posts
Exoskeleton replied at 2-6-2019 01:36 AM
Lepas je kena mandi bunga, dah wangi2 tu aku rasa macam serba salah pulak kalau nak pergi main bola. ...

adoi sami tu pon kemain pesan jgn lari sekali die yang lari dulu


yang hantu pon ingat bagi no, sekali tanya plak soalan gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-6-2019 11:34 AM | Show all posts
Edited by Exoskeleton at 27-5-2020 01:01 PM

Kenapa perasaan aku bercampur2 bila jumpa Pak Tahir? Aku bukan lah tak suka Pak Tahir ni, dia sempoi je orangnya tapi ada beberapa insiden dengan dia yang boleh buat aku jadi tak senang duduk.


Kisah 1 dengan Pak Tahir

Zaman aku habis SPM dulu, biasalah aku hari2 melepak dekat simpang atau warung dengan Leman dan Rashid. Jadi Pak Tahir ni biasa lah datang, bagi salam lepas tu pau rokok kitorang. 1 malam tu tengah kitorang melepak, dia datang borak2
Pak Tahir: Korang duduk sini tak seram ke?
Leman: Seram? kitorang bukannya lepak kat kubur
Pak Tahir: Hahaha…loyar buruk kau ye?
Tiba2 Pak Tahir ruap mata kitorang lepas sorang2 sambil baca ayat Al-Quran. Kami masing2 pun pelik lah…ingatkan dia nak ruqyah kami sebab selalu melepak kat tepi simpang jalan.
“Cuba korang dongak tengok atas tiang letrik tu”, kata Pak Tahir pada kami. Tiba2 aku tengok muka Leman dan Rashid pucat semacam. Aku macam serba salah…nanti kalau aku tengok atas tiang letrik tu, silap2 aku pun pucat.

Di sebalik Leman dan Rashid yang duduk di sebelah aku, seberang jalan utama tu ada masjid. Aku ternampak Pak Abu nak keluar dari masjid. Biar aku cerita dulu kebiasaannya Pak Abu ni kalau nak keluar masjid dia macam terintai2 dari pintu masjid, kadang masuk balik, jenguk ke luar balik tengok langit kanan kiri. Lepas tu berhambat lari sambil mengangkat hujung kain pelikatnya. Benda2 pelik yang dia buat ni dah biasa bagi orang2 kampung. Cuma kami pun tak tahu apahalnya dia buat macam tu. Siak masjid biasa buat muka lah juga, macam kau nak keluar ke tak? Aku nak kunci pintu ni.

Jadi berbalik pada situasi kami yang tengah lepak2 tadi, aku nampak Pak Abu berlari keluar dari masjid dan di belakangnya ada kaki hitam mengejar. Eh? Kaki? Aku pun tengok lagi ke atas…tingginya makhluk yang mengejar Pak Abu tu.
“Sekarang kau nampak la kan apa yang mengejar si Abu tu? Orang kampung ingat dia dah nak mereng praktis marathon malam2 lepas balik masjid”, Kata Pak Tahir sambil gelak2. Pak Tahir cerita benda tu orang buang, kemudian berkenan pada Pak Abu. Tapi Pak Abu tak nak benda2 macam tu.

Aku tengok balik muka di Leman dan Rashid masih lagi pucat, aku pun mendongak tengok ke atas tiang letrik tu. Alangkah terkejutnya aku bila tengok ada makhluk berkain putih kotor dan koyak rabak bergentayangan atas tiang letrik tu. Sebelum ni aku tak pernah lagi nampak benda2 macam ni jadi kaki aku berasa lemah, nak berlari balik pun tak boleh. Patutlah Leman dan Rashid masih lagi duduk di situ tak berlari ke rumah.

Pak Tahir kemudiannya meruap kembali mata kami dengan bacaan2nya kemudian dia tepuk belakang kami bertiga. Baharulah kami boleh bangun dan pulang ke rumah masing2 sambil kena bahan dengan Pak Tahir.


Kisah 2 dengan Pak Tahir

Lepas insiden kat simpang tu, kami sudah tak berani nak lepak2 dekat tepi simpang lagi walaupun dah tak boleh nampak makhluk2 tu. Kebiasaannya kami lepak di warung Pak Itam sambil bermain karom. Pak Tahir seperti kebiasaannya datang kepada kami dan mengepau rokok, sebulan juga lah orang tua tu membahan kami di warung Pak Itam tu. Sabarkan je lah...

Jadi satu malam tu Pak Tahir datang kepada aku yang tengah lepak2 di warung Pak Itam.
Pak Tahir: Jom tolong aku menggali kubur malam ni, waris mintak kebumi malam ni juga
Aku: … (dalam hati: dah kenapa orang tua ni?)
Pak Tahir: Aku dah tanya dah bapak kau tadi, dia cakap boleh
Aku: … (dalam hati: why dedi…why?)
Pak Tahir: Udah la melangut tu…Jom ikut aku (sambil menarik tangan aku naik motor cub bulat dia)

Perasaan aku kucar kacir masa tu, baru je sebulan insiden yang pada aku agak brutal jugalah disebabkan orang tua ni. Sekarang ni ke kubur pulak, malam2 pulak tu, biasa boleh je dia buat sendiri. Tengah fikiran aku melayang2, kami pun tiba di tanah perkuburan kampung.


Bersambung…


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2019 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
katana1 replied at 2-6-2019 03:36 AM
TT bila nak sambung

dah sambung dah...tapi lepas ni mungkin lambat sikit sebab aku nak balik kampung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2019 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
aynadys replied at 2-6-2019 10:52 AM
haha ok tuan tanah sebab aku bekas student ipt utara jugak

ooo...mcm tu. zaman bila tu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2019 12:13 PM | Show all posts
update tt, best2 cter tt.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2019 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap diteruskan hapdetnya tt oii.. Best cerita kamu ni.. Menghiburkan hati aku.. Selamat menyambut hari raya in advance la gitu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2019 01:37 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 2-6-2019 11:38 AM
ooo...mcm tu. zaman bila tu?

2004-2007..tua sudah
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2019 02:47 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 2-6-2019 11:34 AM
Kenapa perasaan aku bercampur2 bila jumpa Pak Tahir? Aku bukan lah tak suka Pak Tahir ni, dia sempoi ...

terima kasih TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-6-2019 04:20 PM | Show all posts

ooo...aku lg awal dr tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2019 04:22 PM | Show all posts
cmf_blanco replied at 2-6-2019 12:14 PM
Harap diteruskan hapdetnya tt oii.. Best cerita kamu ni.. Menghiburkan hati aku.. Selamat menyambut  ...

insyaAllah...ni tgh menanggung drive ke sana sini beli brg bsah nk msak raya
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2019 05:05 PM | Show all posts
akk tgg lah samb biar pun lambat
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2019 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 2-6-2019 04:22 PM
insyaAllah...ni tgh menanggung drive ke sana sini beli brg bsah nk msak raya

Hati2 driving dik..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2019 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik tt..tgh pk..tt ni usm ka uum ka uitm arau ka..unimap ka..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2019 10:31 PM | Show all posts
Edited by Exoskeleton at 27-5-2020 01:11 PM

“Kita gali dekat sini”, ujar Pak Tahir padaku. Pada detik dan waktu itu, aku pasang muka redha je la kena gali kubur malam2. Untuk menjaga pandangan mata aku, aku tunduk je la masa menggali kubur tu supaya takde la terpandang pada yang tak sepatutnya.

“Hai senyap je orang muda? Takkan cuak kot?”, tiba2 suara Pak Tahir memecah kesunyian malam.
“Kurang asam orang tua ni”, kataku di dalam hati.
“Kau tau tak, dalam 3 bulan lepas aku tengah korek kubur malam2 macam ni. Sekali ada pontianak mengilai kat pokok sana tu”, sambung Pak Tahir dengan nadanya yang lantang, tangannya pula menunjukkan pokok yang dimaksudkan.
Membuat aku berkata di dalam hati, “setan orang tua ni…eh, jangan sebut setan time2 ni”. Lalu aku pun beristighfar banyak2 dalam hati

Sedang kami sibuk2 menggali tu, kadang2 kan kita perasan kalau orang pandang kita lama2. Jadi aku pun automatik la toleh ke arah yang pandang aku tu. Sekali aku nampak kepala, betul2 terletak di tepi kubur yang kami gali tu. “Astagh…”, tak terkeluar perkataan yang seterusnya dari mulutku. Pak Tahir ketika itu masih menyanyi2 dengan riang ria. Sedang aku terus terpaku keras di situ, tiba2 kepala tu membuka matanya dan memandang tepat ke mataku.

“Mata…bertentang…kasihku mulai mendatang siang dan malam…”, nyanyian Pak Tahir ketika tu. Aku tak boleh lupa kekejaman orang tua tu menyanyikan lagu yang bersesuaian dengan keadaan masa tu.  Tiba2 Pak Tahir menghentikan nyanyiannya.
“Kau jangan kacau budak tu. Kami di sini cuma nak melaksanakan tanggungjawab kami. Pergi kau dari sini, kau tiada hak untuk menghalang kerja kami”, kata Pak Tahir dengan nada yang keras. Kepala itu pun terbang pergi dari situ dan baharulah aku boleh menggerakkan tubuhku. Maka jatuh terduduk lah aku sebab kakiku habis longlai dibuatnya.

“Hai…takkan kau nak tido dalam ni pulak? Hek eleehhhh…”, kata Pak Tahir kepadaku.
Kalau bukanlah Pak Tahir ni lebih tua dan lebih kuat dari aku, pasti aku dah seligi2kan dahi dia. Pak Tahir perlahan2 menuangkan air kopi di dalam bekas thermosnya ke dalam penutupnya dan kemudiannya membacakan ayat2 serta doa sebelum diberikan kepadaku untuk diminum.

Baharulah aku mampu untuk berdiri semula perlahan2, tetapi Pak Tahir menyuruh aku duduk di tepi kubur saja.
“Kau terkejut lagi tu, duduklah rileks dulu…Benda ni biasalah…setiap manusia melakukan kesilapan. Minta pertolongan pada yang tak sepatutnya, tu lah sebab waris arwah minta tolong selesaikan hal ni, malam ni jugak”, terang Pak Tahir kepadaku sambil tangannya membuat isyarat meh rokok sebatang.

Kerja kami selesai tanpa ada apa2 insiden dan jenazah pula selamat dikebumikan serta ditalkinkan. Ketika kami beransur pulang, dari jauh aku nampak kelibat bertubuh seperti seorang lelaki melambai2kan tangannya. Terus meremang bulu romaku melihatnya.


Kisah 3 dengan Pak Tahir

Kisah kali ni tak melibatkan hantu atau jin, tapi pada aku pengalaman nyaris2 yang ngeri juga lah dan terjadi ketika aku cuti semester pertama. Aku seperti kebiasaannya melepaskan rindu makan nasi lemak di warung Pak Itam sambil melihat Leman dan Rashid bermain karom. Pak Tahir dengan mengada2nya menutup mataku dari belakang sambil berkata, “tekalah siapa”.

Aku dengan malas nak melayan keponakan yang melanda tu pun membalas, “janganlah Pak Tahir…aku nak makan ni”. Pak Tahir ketawa berdekah2 dan kemudiannya duduk di sebelah aku dan dengan selambanya mengambil sebatang rokok dari kotak rokokku.

“Korang jomlah ikut aku”, katanya sambil menyalakan rokok
“Pergi mana Pak Tahir? Gali ku…”, belum sempat aku habiskan pertanyaan, aku melihat Leman dan Rashid dah berlari jauh dari warung Pak Itam.
“Bertuah punya member…”, kataku di dalam hati.
“Hah…shisho peginya. Ada merentas desa ke pun? Tapi eloklah…scrambler aku tu pun boleh naik 2 orang je. Kau teman aku pergi menuba udang galah kat hutan jom”, sambung Pak Tahir

Perasaan aku bukan main gumbira+hati berbunga2 lagi apabila Pak Tahir ajak buat projek best. Kenapa best? Dalam hutan tu ada laluan air, airnya bersih dan dikelilingi pokok buah2an menjadi makanan ikan dan udang galah di situ. Disebabkan udang galah tu makan buah2 yang jatuh ke sungai, maka isinya manis dan tak ada buaya di situ melainkan Pak Tahir. Tuba yang dimaksudkan pula resepi special Pak Tahir yang menggunakan bahan2 alami untuk membuatkan udang galah tu mabuk seketika. Mabuk2 pun penyepit dia tu sakit jugak kalau terkena.

“Eh…sekejap. Bila pulak Pak Tahir ada scrambler?”, tanyaku kehairanan
“Ni lah scramblernya…hahaha”, jawap Pak Tahir kepadaku sambil menunjukkan motor cub bulat dia.
Tak kuasa lah aku nak melayan orang tua ni


Bersambung…


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2019 07:00 AM | Show all posts
Edited by Exoskeleton at 27-5-2020 01:19 PM

Perjalanan mengambil masa hampir sejam meredah laluan kecil di hutan dengan menaiki motor dan ditambah pula lebih kurang setengah jam berjalan kaki meredah semak samun. Secara tiba2 Pak Tahir berhenti dan bertanya kepadaku, “kau ada bau macam bau badan kambing tak?”
Aku terkejut dengan soalan dari Pak Tahir tu. “Ada juga macam bau kambing…ada kambing ke dalam hutan macam ni? Tapi bau nimbah (kumbahan) pun ada juga ni”, jawapku kembali.
“Ooo…betul la tu. Aku nak pastikan dengan kau je”, kata Pak Tahir kepadaku.

Pak Tahir kemudiannya mengambil beberapa helai daun dan ranting kayu, dia membacakan sesuatu sebelum mematahkan ranting tersebut. “Sekarang kita patah balik ke motor”, ujarnya.
Aku pun hairan… “apa dah jadi? Tertinggal barang ke?”, tanyaku sendirian. Bila kami dah sampai motor barulah Pak Tahir menerangkan apa yang ditanyanya tadi.

“Tadi aku tanya tu, sebab aku syak ade pak belang. Tu lah aku tanya kau, sama tak dengan apa yang aku bau. Badannya bau macam kambing dan bau mulutnya pula seperti nimbah. Tu antara petunjuk atau petanda yang pak belang tu ada berdekatan. Bukannya dah kena gigit leher baru tau ada pak belang. Hahaha”, terangnya kepadaku. Kakiku terus lembik mendengarkan penjelasan Pak Tahir tu.

“Hah…ni lah sebabnya aku suruh kita patah balik dulu, kalau tak jenuh la aku mengheret kau ke motor. Jom kita balik dulu…tak ada lah tu rezeki kita hari ni”, jelasnya lagi. Kami pun pulang ke rumah masing2 dan keesokan harinya aku mendengar cerita dari Leman yang tok penghulu beritahu ada orang kampung ternampak kelibat pak belang sewaktu pergi memikat burung. Betul2 berhampiran dengan kawasan yang kami berhenti dan berpatah balik.

*Berbalik kepada waktu Pak Tahir menghampiri aku, Leman dan Rashid di warung Pak Tahir.
“Pak Tahir sihat ke?”, tanyaku kepadanya selepas aku melihatnya lain dari kebiasaannya. Biasanya waktu2 macam ni dia dah mula membahan kami sambil mengepau rokok. Sudah lebih kurang 10 minit Pak Tahir duduk di sebelahku, raut mukanya seperti sedih tetapi tidak dapat baginya untuk menceritakan kepada aku.

Tiba2 Pak Tahir menghulurkan tangannya untuk bersalaman denganku, aku menyambut salamnya itu lalu dia berkata, “aku nak mintak maaf kat kamu kalau selama ni aku ada terlebih gurau, terkasar bahasa, kalau2 tersinggung pula perasaan kamu. Halalkan makan minum aku, rokok yang aku pau tu.”
Aku kehairanan tapi mengiyakan lah juga sambil meminta perkara yang sama kepadanya. Seterusnya dia bangun dan bersalaman dengan Leman dan Rashid yang sedang bermain karom. Kemudiannya dia bersalaman dengan Pak Itam sambil bercakap perkara yang sama juga.

Selesai bersalaman dengan semua yang ada di warung, Pak Tahir pun beredar pulang ke rumah. Beberapa hari kemudian, Pak Tahir meninggal dunia ketika selesai menunaikan solat subuh berjemaah dengan semua anak2 dan cucu2nya. Anak2 Pak Tahir pada awalnya berasa agak hairan kerana ayah mereka beriya2 menyuruh mereka pulang pada hujung minggu itu.

Tinggal beberapa hari cuti semetesterku hampir tamat, ayah menghantarku ke stesen kereta api untuk pulang semula ke kampus. Perasaanku ketika tu agak hambar, mungkin juga masih sedih dengan pemergian Pak Tahir dan Epoi pula tidak lagi meneruskan pelajarannya walaupun telah di tahun akhir. Tetapi kenangan kenakalan kami semasa di kampus dan juga di dalam kereta api, kekal segar dalam ingatan.


Tamatlah kisah ketika aku belajar di utara tanah air.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2019 07:02 AM | Show all posts
awaynepian replied at 2-6-2019 07:53 PM
Menarik tt..tgh pk..tt ni usm ka uum ka uitm arau ka..unimap ka..

bukan usm...dulu dlm kereta api selalu kacau awek2 usm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2019 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
"Pak Tahir kemudiannya mengambil beberapa helai daun dan ranting kayu, dia membacakan sesuatu sebelum mematahkan ranting tersebut." Apa motif arwah ambik daun & ranting tu? Cara nak halau pak belang ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2019 09:57 AM | Show all posts
soretos replied at 3-6-2019 08:29 AM
"ak Tahir kemudiannya mengambil beberapa helai daun dan ranting kayu, dia membacakan sesuatu sebelu ...

entah...aku pun x pasti. dulu2 x sempat nk tanya dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 10:23 AM | Show all posts
MissVixen replied at 1-6-2019 11:18 AM
Merangkak terbalik, kepala pusing2. Macam hantu dalam komik jepun. Aku dah terbayang2 dah.

Weyhh sama. dia bleh cite detail plakkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2019 10:53 AM | Show all posts
best...dalam seram ada kelako...mengekek2 aku gelak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.072703 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list