TT, ai pernah baca psl lagenda manusia immortal tp nama dia Comte (Count) de Saint Germain. Dia dikatakan seorg ahli freemason dan alchemist pada pertengahan abad ke 18 - mampu menukar logam biasa kpd emas dan berlian. si Comte mungkin juga tahu resepi awet muda dan panjang umur, sbb menurut cerita org2 yg pernah berjumpa dgn nya sebelum kematian Comte, dia kelihatan segak dan muda wpun dah mencapai umur 70an. Comte fasih pelbagai bahasa, hebat melukis dan pandai bermain mcm2 jenis alat muzik. Meninggal dunia pd penghujung 1780an, tp masih timbul cerita org ramai pernah berjumpa dan berbual dgn Comte hingga awal abad ke 20. Khabarnya dia pernah mengetuai freemason di Amerika Selatan pd 1930an.
Org2 yg tak kenal Comte pelik kenapa setiap kali bercerita, dia suka mengenang semula zaman2 lampau, yg beratus2 thn sebelumnya. Satu lg, org tak pernah nampak dia makan. Pada thn 1970an seorg penyanyi dan pelakon Perancis, Richard Chanfray mengaku dia adalah Comte dlm satu rancangan tv negara tu dan siap tunjuk bagaimana dia berjaya mengubah seketul besi kpd emas dgn menggunakan camping stove. Namun tak lama kemudian pd thn 1983, Chanfray bunuh diri dgn menelan barbiturates dan menyedut hos ekzos keta. Dia bunuh diri bersama skandalnya, Paula Loos - kekunun "Baroness" jutawan, padahal scammer (mungkin mcm Chanfray jua ) Masa tuh Richard Chanfray tgh berkapel dgn penyanyi superstar Perancis kelahiran Mesir, Dalida. Dalida nih pun ada kisah menarik yg tersendiri. Anyhoo... ada yg kata mayat Chanfray tak dijumpai, hanya nota bunuh diri. Latest, ada rumours bertebaran bhw bbrp hikers yg pernah mendaki sebuah gunung di California bertembung dgn seorg lelaki misteri tp friendly, menyerupai Comte/Chanfray. Dia buka cerita psl Nero dan Dante mcm kawan2 lama sebegitu.
Comte dan Richard Chanfray
part tukar logam biasa kpd emas oleh Chanfray start dari min 1:00