|
Ampun Tuanku.
Tapi sedarlah bahawa kezaliman terang dan nyata berlaku dalam tanah jajahan Tuanku. Rakyat disaman kiri dan kanan. Parking kereta misalnya, sehari bayar rm 4.50, tapi saman sampai rm 80. Namun, ada kawasan yang penguasa tuanku tidak dapat sampai, walaupun kawasan itu hanyalah sejengkal dari kawasan2 Melayu Islam.
Peniaga2 kecil diroboh kedai mereka, walaupun berkali2 minta lesen, minta keizinan untuk berniaga di kawasan yg tidak lansung menganggu lalu lintas. Ada yang didenda sampai RM 1000. Sekali lagi, ini bukan masalah langgar peraturan, tapi kezaliman hukuman.
Cukai tanah, cukai pintu, bayar parking, bayar tol, bayar cukai kenderaan, bayar bil bayar bermacam2. Tambah lagi dengan saman2, ini bukan keadilan, tapi kezaliman secara terang2an.
Selagor, antara negeri yg terakhir mengangkat SOP masjid dan surau. Walaupun telah di angkat, ada qariah yg masih menggunakan sistem cop nama untuk solat Jumaat. Berapa ramai orang2 soleh yg terpaksa berpatah balik sedangkan jam 12:30 dah terpacak depan pintu masjid? Apakah namanya ini kalau bukan mengekslusifkan agama?
Tengoklah laman2 Majlis agama Selangor, tiada garis panduan yg betul tentang SOP. Akhirnya, apa yg terjadi rumah2 Allah dijadikan rumah2 mahkluk. Lahir ulil amri selain Tuanku.
Sekarang, makin ramai orang yg rosak akidah. Mungkin kifarah kepada rakyat selangor. Mungkin kita kena beristigfar. Wallahualam |
|