|
[Tempatan]
Si Kitol is real? YDPA dukacita takoyaki durhaka - UPDATE #518 : Anwar menghadap
[Copy link]
|
|
YDPA sudah dukacita,
individu yg berkaitan , kenalah letak jawatan . |
|
|
|
|
|
|
|
Agong dukacita Ordinan Darurat batal tapi belum dapat perkenan
https://www.utusan.com.my/terkin ... lum-dapat-perkenan/
Oleh MOHD. FADHLI MOHD. SULAIMAN
29 Julai 2021, 12:22 pm
AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan dibuat di Parlimen bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan.
Datuk Pengelola Bijaya Istana Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, ini sedangkan, pembatalan semua Ordinan Darurat belum mendapat perkenan daripada Seri Paduka.
Beliau berkata, Seri Paduka turut berdukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dipersetujui sebelum ini dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai lalu berkenaan cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan tidak dilaksanakan.
“Seri Paduka menegaskan bahawa dalam pemerintahan Raja Berperlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen bertunjangkan prinsip keluhuran Perlembagaan, semua pihak perlu mematuhi kedaulatan undnag-undang.
“Perkara 150 (2B) dibawa dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan kuasa penggubalan dan pembatalan Ordinan-ordinan Darurat terletak pada Seri Paduka.
“Justeru, Seri Paduka menegaskan bahawa kenyataan Menteri di Parlimen adalah tidak tepat dan telah mengelirukan semua ahli Dewan Rakyat,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
rupanya YDPA specifically bagitau dekat takiyuddin yang baginda nak ordinan darurat itu dibahaskan dan undian harus dibuat sama ada nak sambung atau tak
pepandai pulak si takiyuddin tu batalkan suka2
ketara sangat mempergunakan darurat untuk kepentingan politik
harap2 dorang ni dihukum bunuh lah |
|
|
|
|
|
|
|
Parlimen kecoh. ‘Derhaka’ ‘letak jawatan’ bergema dalam Dewan
https://www.utusan.com.my/terkin ... ergema-dalam-dewan/
Oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI
29 Julai 2021, 12:51 pm
BEBERAPA ahli Parlimen bangun menyatakan pandangan susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berdukacita dengan pengumuman pembatalan darurat di Parlimen.
PETALING JAYA: Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berdukacita dengan pengumuman pembatalan darurat di Parlimen.
Perkara tersebut bermula selepas Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) mencelah dan membaca kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara.
“Kita bukan sampai kepada krisis tetapi penghinaan dan penipuan kepada Seri Paduka Baginda,” katanya dalam mesyuarat khas Dewan Rakyat di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Aik! bila menteri membelakangi ketua raja/Agong, disetujui lain dilaksanakan laih = derhaka, masih tak cukup panas ke. Ini hal negara wei, rukun kedua Rukun Negara, bukan gosip murahan, bukan fitnah, U boleh anggap bukan berita panas? Ini berita menggelegak dah. Belum pernah Agong ikut membantah penyataan menteri di Dewan Parlimen pulak tu. Aduh! sekelepuk kena dah. Menteri.....happy tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Agong dukacita: Ketua pembangkang tuntut PM letak jawatan
https://www.utusan.com.my/terkin ... t-pm-letak-jawatan/
Oleh ASLINDA NASIR
29 Julai 2021, 12:30 pm
ANWAR IBRAHIM
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan susulan kenyataan dikeluarkan Istana Negara berhubung isu Proklamasi Darurat.
“Ini menunjukkan Kabinet yang diketuai Tan Sri Muhyiddin melanggar Perlembagaan menghina instusi raja Perlembagaan termasuk menteri di Jabatan Perdana Menteri mengelirukan Dewan.
“Oleh yang demikian, kita menuntut Perdana Menteri meletak jawatan,” ujarnya hari ini.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dengan pengumuman pembatalan darurat di Parlimen.
Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsudddin dalam satu kenyataan hari ini.
“Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat pada 26 Julai, 2021 lalu bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Baginda sepanjang tempoh darurat walhal belum lagi diperkenan baginda,” katanya. – UTUSAN ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
maafkan dia mak.. tadi masa mula2 bangkem bukak thread ni cuma ada tajuk dan link fesbuk je
sebab tu la dia kata takde pape.. bukan sebab isu ni yang takde ape2
|
|
|
|
|
|
|
|
Pasar malam semakin riuh gegak gempita.. moga ada keputusan mengejut dan terkejut |
|
|
|
|
|
|
|
ini bukan tentang si taki tu derhaka jer
oleh kerana pembatalan ordinan darurat TIDAK SAH kerana tiada perkenan Agong, maka parlimen perlu membahas dan buat undian sama ada nak sambung atau batal ordinan darurat nih
kalau KERAjaan PN kalah undian, ini bermaksud muhyiddin TIADA MAJORITI dan usul undi tidak percaya boleh dibuat |
|
|
|
|
|
|
|
wow...habislah kerajaan tebuk atap. i-cirit lagila nampak gaya |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak bahaskan. Kerajaan kena lah menyokong untuk darurat di panjangkan. kena bawa hujah hujah kenapa darurat diperlukan dan dipanjangkan. Surely 1 point pun mereka xboleh pikir kenapa perlukan daruat selain untuk pertahankan muhyiddin sebagai pm dan semua menteri boleh terus merompak harta negara.
|
|
|
|
|
|
|
|
Habislah abah |
|
|
|
|
|
|
|
Saya pun pertama2 dengar berita ni iala mll siaran langsung laporan Parlimen bila DSAI membacakan watikah yg diterbitkan drp Istana Neg. Saya percaya, rakyat pasti teruja menunggu2 apa perlanjutannya keadaan spt ini yg saat ini sidang parlimen ditangguhkan dn disambung semula petang nanti. What will it be?
Sbg rakyat, bila ada isu negara yg panas dn gawat begitu, seharusnya jgn gopoh menyebut ape2, menilai seolah2 berita penderhakaan kpd perlembagaan dn raja sbg isu kecil. This is a national issue. Boleh dimaafkan dn ghalat kerana kita ada rakyat yg rendah pemikirannya begitu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Habislah Takiyuddin. Tapi mesti atas arahan Muhyiddin kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Xder sapa2 nk komen topup popkon ke goreng kacang ker dlm ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
tunggu je lah press stetmen PMO.. abah mc lg |
|
|
|
|
|
|
|
Syabas forummer sporting update thread dengan relevant news articles.
Kalau dapat kat wartawan Cari gila glamer dia akan buka benang baru, kekadang dua hari lewat.
|
|
|
|
|
|
|
|
bau2 pru makin dekat ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by akusukaq at 29-7-2021 01:22 PM
Dah lah negara dan rakyat dah makin tenat , nak tempah bagi nazak ke plk. Sebaik nya selesaikan dgn cara aman dan bijaksana, demi kepentingan bersama |
|
|
|
|
|
|
| |
|