CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4869|Reply: 8

[Tempatan] Kurang dua jam tular, MARA panggil pelajar cemerlang duduki ujian khas MRSM esok

[Copy link]
Post time 15-10-2024 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 15-10-2024 07:04 PM

Oleh Nor Amalina Alias
Oktober 15, 2024 @ 5:55pm
[email protected]






BACHOK: Kisah sedih pelajar cemerlang, Nur Nasuha Nusi, 12, untuk menduduki peperiksaan khas Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mendapat perhatian Majlis Amanah Rakyat (MARA) kurang dua jam dipaparkan di media hari ini.

Kisah pelajar itu mendapat reaksi segera Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang memuat naik berita pelajar berkenaan di Facebooknya, sebentar tadi.



Asyraf Wajdi berkata, pihaknya sudah meminta MRSM Kuala Krai berhubung dengan ibu bapa pelajar itu dan menguruskan pengangkutan untuk Nur Nasuha menduduki ujian Kecenderungan MRSM (UKKM).


Katanya, dia sering menyebut berulang kali jangan jadikan kemiskinan ataupun kekangan kewangan sebagai penghalang untuk menyambung pengajian.


"MARA akan cuba sedaya upaya untuk membantu supaya tiada pelajar cemerlang yang tercicir. Maklumkan terus kepada saya jika ada kes-kes sebegini," tulisnya.

Asyraf Wajdi berkata, Bahagian Pendidikan Menengah MARA akan memberi tarikh baharu UKKM kepada calon yang memohon penukaran tarikh ujian atas pelbagai sebab yang akan dimaklumkan pada 23 Oktober ini.

Sementara itu, bapa Nur Nasuha, Mohd Nusi Mamat, 38, berterima kasih atas maklum balas segera Asyraf dan pihak MARA berhubung kisah anak keduanya itu.

"Saya sudah dihubungi guru daripada MRSM Kuala Krai petang tadi untuk mengambil anak menduduki ujian UKKM, esok.


"Selain tercapai tercapai hasrat menduduki ujian untuk ke MRSM, keluarga saya turut menerima kunjungan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan bakul makanan.

"Anak (Nasuha) sangat gembira dengan berita ini dan nampak tak sabar mahu menduduki ujian esok, saya berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan keadaan kami," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, kisah Nur Nasuha dari Kampung Lubuk Nibong,Pak Badol yang sedih kerana tercicir menduduki ujian UKKM ke MRSM kerana kemiskinan keluarga selepas bapanya, Nusi disahkan menghidap penyakit gastrik kronik sejak dua tahun lalu.

Keadaan kesihatan bapanya menyebabkan dia dan empat adik-beradik serta ibu, Nurul Izzati Nor, 31, yang sarat mengandung tujuh bulan hidup dalam keadaan daif dengan hanya mempunyai satu motosikal serta sering terputus bekalan makanan.









This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2024 07:07 PM | Show all posts
terima kasih MARA

semoga Nur Nasuha terus sukses
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
jauh2 tmpt exam wor srs tk paham mara tknak buat kt mana2 pusat or sek yg dekat
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
ank aku lom dpt lg kawn2 dia kt melaka
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts

Mudah2an lulus ujian ye. InsyaAllah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam pada si ayah sakit gastrik kronik sejak 2 tahun lalu..si ibu sedang hamil 7 bulan..anak ke lima..esok adik ni diterima masuk MRSM hah jenoh jugak nak siap itu ini..fulus mau kencang..kena la mintak bantuan lagi supaya anak tidak keciciran..lol..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2024 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk komen seperkara ja.
Dlm keadaan sakit kronik, hidup daif still dok tambah anak yach.
Adik yg p exam ukkm ni kalau dpt masuk mrsm sampai t5 la bapaknya harap org tolong mudahkn serba serbi urusan sekolah ank tu. Ank² lain lg. Haih.
Dek (sbb aku tua bganda²) .. Jgn tambah ank dh ya kalo mkn pn slalu xcukop. Ank tu amanah, tggungjwb & tanggungan kita. Sian kt budak lahir² hidup mengais.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2024 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga lulus & dapat masuk belajar mrsm & jadi pelajar cemerlang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2024 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
zaman skrg nak kena viral baru dpt peluang

udah2 la tu membiak
tumpukan pada yg ada ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.061389 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list