awak lebeh mengetahui nya ..
allah tidak mengubah nasib sesorang itu
melainkan sesorang itu mengubahnya sendiri ..
lirik lagu pun bagus untuk jadikan panduan dan pendoman
Manusia semuanya
Tiada lepas siksa
Suka dan duka silih berganti
Sudah takdirNya Yang Maha Suci
Tetapi manusia
Seharusnya berusaha
Bahagia tak akan datang sendiri
Jika manusia tiada cari
Oo oo oo oo oo
Sekarang sudah aman
Oo oo oo oo oo
Hidup tiada ketakutan
Masanya sudah tiba
Tersisih dari noda
Luput dari perangkap durjana
Lepas bebas dari sangkar bahaya
salam
p/s ..
agar kamu bersabar d'dalam mengubah nasib kamu
kepada kebaikan yang membawa kemanfaatan kesejahteraan kamu dan keluarga kamu
insyAllah .. aamiin
Post time 19-8-2021 12:59 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Agama itu nasihat.
Awal agama mengenal Allah.
Nakkan hidup ini dalam keadaan diri benar2 beragama, makanya, kenali DIA yang menciptakan semua perkara berlaku. Beribadatlah kerana Allah sepanjang waktu (dalam apa jua yang dilakukan), sepertimana diri sendiri melihat Allah (menerusi apa yang diciptakan-Nya), ataupun cukuplah tahu, Allah melihat diri-mu.
Allah s.w.t datangkan ujian-Nya, makanya ikutlah cara-cara yang dianjurkan-Nya.
Jika sedih, maka mengadulah kepada Allah. Jika marah, maka mengadukanlah kemarahan yang dimaksudkan itu kepada Allah.
Allah s.w.t Maha Mendengar. Allah s.w.t itu Maha Adil. Adilnya Allah, atas apa yang berlaku kepada diri kita yang diuji-Nya, samaada mendekatkan diri kita mengenal Allah atau sebaliknya.
Pilihan itu ada pada Kita. Kita hanya mampu merancang, dan tiap yang ingin dirancangkan itu disusuli ucapan "Insya'allah". Sedangkan, Allah s.w.t itulah Pencipta yang menciptakan.
Post time 19-8-2021 01:14 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Stay strong sis. Time will heal..
Walau kita berusaha dekat dgn tuhan.. Kadangkala belum di izinkan utk kita benar2 redha. Rasa pahit dan luka tu sangat2 mendalam sampai kita rasa tak mampu nak berlapang dada dengan solat dan zikir.
Yela...kita manusia..terima je kelemahan kita. Biarkan...biar masa yang tentukan. Jangan lupa, setiap kali lps solat doa kan kebinasaan si dia! Hihihi Nampak mcm jahat kan... Tp itu yg i buat. Hati i nampaknya makin kuat dgn cara itu. Biar tuhan balas! Lama-lama redha datang perlahan-lahan
Oh ya, cari sokongan keluarga,adik beradik saudara mara kawan rapat mahupun jiran. Mereka sangat membantu kita physically and emotionally
Author|Post time 19-8-2021 11:07 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Untuk semua yang banyak memberi nasihat yg sgt berguna terima kasih diucapkan.
In sha allah saya rasa dah tenang sikit sekarang...tak lah terlalu piki kehilangan suami tapi lebih pada kehilangan emak tapi apa jadi pun kena terima hakikat dan sakit sangat rupanya rindu pd yg telah tiada...rindu yg tiada penghujung.
Tapi apa pun kena kuat demi anak2...
Salam TT,
kita ambik ikhtibar dari kisah Nabi Musa as dan Nabi Khidir as dalam surah al-kahfi
yg Nabi Khidir as bunuh anak kecil tu..
kita nampak zalim, kejam sebab kita tafsir direct apa yg kita nampak..
hakikatnya, Allah yg mengizinkan perkara tu berlaku, dia dibunuh sbb kalau dia hidup dia akan membawa mak ayah dia yg mukmin tu kepada kekafiran..
so u kena pandang hikmah dari perkara yg berlaku tu.. kenapa Allah izinkan ia berlaku...
kenapa sampai talak 3, bukan 1 bukan 2...
mungkin bermaksud, kalau bekas suami TT rujuk, ia tak membawa kebaikan pun pada TT, malah mungkin membawa kpd keburukan...
dah.... TT positif2 saja ya... exercise2 sikit regang2 badan... borak2 ngan anak2... spend time dgn diorang... cari hobi baru ke...
hari2 sedekah al-fatihah utk arwah mak TT lepas subuh, sebelum tido...
zikir2 bila start nak fikir bukan2...
sibuk2 kan diri.....
Author|Post time 19-8-2021 09:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
lipsofanangel replied at 19-8-2021 12:59 PM
Salam TT,
kita ambik ikhtibar dari kisah Nabi Musa as dan Nabi Khidir as dalam surah al-kahfi
...
Waalaikumsalam....
Terima kasih atas nasihat yg sangat berguna...maknanya saya tak silap tempat minta nasihat...maybe kalau kat tempat lain kecaman demi kecaman yg diterima.
Alhamdulillah memang sekarang saya rasa lebih tenang bersama anak2 dan anak2 pun mulai semakin rapat dgn saya sebab sudah tiada lagi perkongsian kasih....betul juga byk hikmahnya perceraian ini dan moga tiada lagi jodoh selepas ini
Post time 22-8-2021 07:27 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tak tau nak nasihat apa..cuma daku doakan TT terus kuat untuk anak2..dugaan sentiasa dtg silih ganti,kuatkan iman,kesabaran. Hidup lah dgn tenang dan gembira,inshaallah mendung akan berlalu..
Sinar pelangi akan menjelma jua seiring dgn peredaran masa.
Jgn lupa mengadu dan meminta lah pada allah yg maha kuasa.
Semoga u gembira dan bahagia bersama dgn anak2..
Post time 25-8-2021 12:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
i pon taktau nak ckap macam mane.. .. cume i boleh cakap time will heal, & kalau boleh jgn kerap sgt persoalkn kenape aku kena mcm2 ni.. yakinlh semua suratan yg Allah tentukan berserta hikmahNya, tinggal kite mmpu mcari hikmah disebalik ujianNya atau tidak saje, berdoalah kepada Allah agar ditunjukkan jalan..selalulah jua semat dalam hati bahawa Allah tidak akan menguji hambaNya diluar batasan hamba itu sendiri, sesungguhNya Allah maha mengetahui.. ubatilah kesedihan hati dengan solat dan sabar, i pon jauh dari hamba yang baik, percayalah apa yg i tulis ni pn untuk diri i jgk..