|
Originally posted by rianna at 10-10-2004 10:35 AM:
siapa yg rasanya dah cukup segalanya tu cukup seru, sukup umur, duit apa lgi kawen ler....
Betul tu...:ah:
Sema org nak kahwin... tapi tu la... cepat ngan lambat je..
Me, dah pegi kursus kahwin pun relax lagi ni...:kant:
Sijil pun nak expired dah...:lol |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Pe4RL at 10-10-2004 11:02 AM:
Sattttt.......... satttttttt
amik notebook satttttttt
buleh refresh pasai MUNAKAHAT........
penting tuhhhh.... USTAZ aku katerr
:lol
Hek ellehh...
Bab munakahat tu sapa yg tak suka dengar...
Lebih2 lagi kalo ustaz tu bukak citer tak bertapis..:lol |
|
|
|
|
|
|
|
Seorg pergi kpd Umar b Al-Khathab ra. utk mengeluh (mengadu) keadaan isterinya, maka ketika sampai di muka pintu rumah Umar, ia mendengar Umi Khaltsum isteri Umar sedang membantah kpd Umar.
Maka org itu berkata: Saya akan mengeluh ttg keberanian isteriku, membantah perintahku, tiba2 Umar sendiri juga menghadapi keadaan itu.
Maka ia nak balik, tiba2 di panggil oleh Umar ra. dan ditanya, maka jawabnya: "Saya dtg ke mari utk mengeluh ttg keberanian isteriku, tiba2 saya mendengar isterimu juga spt isteriku, maka saya akan balik.
Umar ra. berkata : Aku memaafkan pdnya krn beberapa hak yg harus aku tanggung:
1. Krn dia menjadi dinding bgku dr api neraka.
2. Dia menjaga rumahku jika aku keluar, dan menjaga hartaku.
3. Dia menjadi tukang cuci pakaianku.
4. Dia menjadi ibu anak2ku dan
5. Dia tukang masak makananku
Maka org itu pun berkata: "Isteriku juga begitu, apa yg anda maafkannya aku pun akan memaafkan isterinya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Perkara yg harus diketahui,
Berilah isteri haknya sbg seorg isteri, bukan spt budak belia (hamba) atau sbg babu dan bukan juga dianggap sbg boneka.
Wajib suami memberi izin dan kesempatan kpd isterinya utk ziarah mengunjungi keluarganya (ayah, ibu dan kerabat karib) |
|
|
|
|
|
|
|
wah...ni panduan untuk owang bujang nie...bagilah sikit tips bagi kawan kawan kita yang nak berpoligami tu :lol |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kuppit at 18-10-2004 10:18 AM:
wah...ni panduan untuk owang bujang nie...bagilah sikit tips bagi kawan kawan kita yang nak berpoligami tu :lol
Ok boss...:ah: |
|
|
|
|
|
|
|
Nikah
Nikah ialah, "Suatu Akad yg menghalalkan pergaulan atr seorg lelaki dan perempuan yg bukan Muhrim dan menimbulkan hak dan kewajiban atr keduanya."
Hukum Nikah:
1. Jaiz (boleh) asal hukumnya.
2. Sunat - bg mereka yg berkehendak dan mempunyai kemampuan.
3. Wajib - bg mereka yg berkehendak dan mempunyai kemampuan dan dikhuatiri terjerumus ke dlm perzinaan.
4. Makruh - bg pasangan yg tidak mampu memberi nafkah.
5. Haram - bg yg hendak menyakiti perempuan yg dinikahinya.
Rukun Nikah
1. Pengantin lelaki
2. Pengantin perempuan
3. Wali
4. 2 org saksi
5. Ijab dan kabul
Syarat Pengantin Lelaki
1. Tidak dipaksa/ terpaksa
2. Tidak dlm Ihram Haji dan Umrah
3. Islam ( apabila berkahwin dgn perempuan yg bukan Islam)
Syarat Pengantin Perempuan
1. Bukan perempuan yg dlm idah
2. Tidak dlm ikatan perkahwinan dgn org lain
3. Atr lelaki dan perempuan tersebut bukan muhrim
4. Tidak dlm keadaan Ihram Haji atau Umrah
5. Bukan perempuan Musyrik |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hal2 Yg Memutuskan Perkahwinan
1. Krn suami atau salah seorg isteri meninggal
2. Krn Talak
3. Krn Fasakh
4. Krn Khuluk
5. Krn Li'an
6. Krn Ilak
Talak
Melepaskan ikatan nikah dr pihak suami dgn mengucapkan lafaz yg tertentu.
Rukun Talak
1. Suami yg mentalak dgn syarat baligh, berakal, kehendak sendiri.
2. Isteri yg ditalak
3. Ucapan yg digunakan utk mentalak
1. Sharih
Ucapan yg tegas maksudnya utk mentalak. Talak jatuh jika seorg tlh mengucapkan dgn sengaja, walau pun tanpa niat.
Lafaz Sharih:
a) Talak ertinya mencerai
b) Firaq ertinya memisahkan diri
c) Sarah ertinya lepas
2. Ucapan Kinayah
Ucapan yg tidak jelas maksudnya, mungkin ucapan itu bermaksud lain. Talak ini memerlukan niat.
a) Pulang engkau kpd ibubapa engkau
b) Kahwinlah engkau dgn org lain
c) Saya sudah tidak ada hajat lagi kpd kamu.
3. Ta'lik Talak
Menggantung talak dgn sesuatu
a) Engkau bertalak jika pergi dr rumah ini tanpa izin aku.
b) Jika engkau balik ke rumah ibu mu esok, jatuhlah talak.
c) Jika kamu beli juga barang itu...jatuh talak
* Semua ta'lik dr suami yg diengkari isteri, jatuh talak
[ Last edited by fleurzsa on 1-11-2004 at 09:30 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fleurzsa at 24-10-04 01:42 PM:
Nikah ialah, "Suatu Akad yg menghalalkan pergaulan atr seorg lelaki dan perempuan yg bukan Muhrim dan menimbulkan hak dan kewajiban atr keduanya."
Hukum Nikah:
1. Jaiz (bole ...
thanks fleurzsa.... satu info yang baik untuk aku yang bakal menjadi suami nanti.... tu pun kalu mampu... :cak: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by medangtamang at 4-11-2004 12:36 PM:
thanks fleurzsa.... satu info yang baik untuk aku yang bakal menjadi suami nanti.... tu pun kalu mampu... :cak:
Pemuda zaman sekarang sema mampu nak bernikah. Cuma berbeza hidup bahagia ngan idak je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Fasakh
Ertinya rosak atau putus. Bermaksud perceraian dgn merosak atau merombak hubungan nikah suami isteri. Perceraian melalui Fasakh tidak boleh dirujuk melainkan dgn akad nikah yg baru.
Sebab2 fasakh
1- krn ada cacat
2- krn tidak mendpt nafkah
3- krn tidak mematuhi janji
Khuluk
Ialah perceraian yg berlaku atas kemahuan isteri dgn membayar 'Iwadh' (tebus talak) kpd suami sebagaimana yg dipersetujui oleh ke dua pihak. Perceraian cara ini tidak boleh rujuk dan tidak boleh talak sewaktu idah, hanya dibolehkan kahwin dgn akad baru.
Ilak
Ertinya suami bersumpah tidak mencampuri isterinya selama 4 bulan atau lebih atau dlm masa yg tidak ditentukan. Bersumpah dan jika disalahi maka suami wajib membayar denda (kifarat) shj.
Zihar
Iaitu merupakan isterinya dgn ibunya, spt katanya, "Belakang engkau spt belakang ibu aku". Apabila seorg suami mengatakan demikian, maka wajib bgnya membayar kifarat dan tidak boleh mencampuri isterinya selagi kifarat belum dibayar.
Kifarat Zihar
1- Memerdekakan hamba
2- Jika tidak mampu, berpuasa 2 bulan terus menerus
3- Kalau tidak mampu, memberi makan 60 org miskin, tiap2 seorg 5/6 liter.
Li'ah
Iaitu menuduh isteri melakukan zina dgn alasan menolak anak. Suami mesti mendatangkan 4 org saksi lelaki yg mensabitkan zina berlaku. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by BeeBuzz at 20-11-2004 04:05 PM:
Thanks zsa.....
He he he Not at all, BeeBuzz...rasanya u lama tak online...:hmm:
Happy online...:lol |
|
|
|
|
|
|
|
Iddah
Iddah ialah masa tertentu utk tidak boleh kahwin bg perempuan yg diceraikan oleh suami. Iddah juga bermaksud utk menentukan hamil atau tidak bg isteri yg diceraikan dan iddah juga memberi peluang kpd pasangan bercerai utk rujuk.
Masa Iddah
1- Perempuan yg hamil sehingga melahirkan anak.
2- Perempuan kematian suami - 4 bulan sepuluh hari.
3- Cerai talak Raj'i - 3 kali suci.
Rujuk
Rujuk ialah suami kembali kpd isterinya setelah berlaku penceraian.
Lafaz rujuk.
1- Sharih
"Aku kembalikan engkau kpd nikahku yg asal".
"Aku rujuk engkau"
"Aku terima kembali engkau"
2- Kinayah
"Aku nikahi engkau"
"Aku pegang engkau" |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pemilihan Calon Isteri/Suami
Pepatah Melayu ada menyebut jodoh pertemuan di tangan Tuhan, kita akui kebenaran kata2 itu, krn jodoh seseorg itu tlh pun ditetapkan oleh Allah swt. Cuma kita tidak mengetahui siapa dan di mana jodoh kita itu.
Ini tidak bererti yg kita harus menyerah bulat2 kpd Allah swt utk mempertemukan jodoh kita, kita dikehendaki supaya berikhtiar dan berusaha utk menemui jodoh yg tlh ditetapkan oleh Allah swt. Bila mana kita tlh bertemu dgn seseorg dan diijab qabulkan sbg suami isteri yg sah, maka itulah sebenarnya jodoh kita yg tlh ditentukan oleh Allah swt. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Takrif Jodoh
Jodoh mengikut bahasa ialah pasangan atau regu.
Dlm konsep perkahwinan diertikan sbg pasangan hidup (suami isteri).
Jodoh bg lelaki adalah perempuan dan jodoh bg perempuan adalah lelaki. Yg selain drp itu bukan jodoh tapi bodoh he he he (gurau je)
Dlm ertikata lain, pertemuan atr lelaki dan perempuan yg menghasilkan ikatan perkahwinan yg sah mengikut hukum syarak. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mencari/Memilih Jodoh
Islam menyuruh umatnya memilih jodoh yg baik, bukan hanya menerima siapa shj yg masuk meminang atau terus meminang mana mana perempuan yg ditemui. Jgn tangkap muat ek...
Cinta pandang pertama, tidak boleh dijadikan sbg asas utk mendirikan rumahtangga.
Diberi masa yg secukupnya kpd pehak lelaki dan perempuan utk mempastikan bhw pasangan yg akan dikahwini itu benar2 layak dan sesuai. Sebab itu disyariatkan konsep pertunangan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tenkiu fleurzsa... tulih la lagii |
|
|
|
|
|
|
|
nak cari sorang pon susah...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Matlamat Pertunangan
1. Supaya perempuan yg bertunang itu tidak boleh lagi dipinang oleh lelaki lain kecuali setelah pertunangan itu tlh diputuskan.
2. Utk mendptkan kesempatan yg secukupnya semasa dlm pertunangan utk masing2 mengkaji dan menyelidik siapakah sebenarnya bakal pasangannya itu.
Ini supaya tidak timbul penyesalan di belakang hari, tidak akan kedengaran keluhan mengatakan pemilihan tidak menepati. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|