hafizi This user has been deleted
|
Di dalam kejayaan material itulah orang-orang tua terbiar, kucing dan anjing lebih disayangi dari anak-anak, hubungan suami isteri longgar, berlaku krisis rumah tangga, krisis politik dan berbagai-bagai krisis lagi. Manusia gelisah, resah, kecewa, putus asa hingga ada yang membunuh diri. Sungguh aneh dan pelik, ganjil dan menghairankan. Dunia terbangun hingga menjadi syurga tetapi manusia hidup seperti dalam neraka.
Beginilah keadaan hidup manusia di seluruh dunia apabila tidak seimbang antara pembangunan material dengan pembangunan insaniah. Pembangunan material yang dikagumkan itu tidak ada erti apa-apa. Materialnya berjaya tetapi insaniahnya kecewa. Materialnya syurga tetapi insaniahnya neraka. Pembangunannya mencakar langit, akhlaknya menyapu bumi. Haiwan disayangi dan dilindungi, manusia dibenci.
Apa yang perlu difahami di sini, kunci kebahagiaan hidup manusia di dunia ini ialah apabila berlaku dan tercetus kemajuan material dan kemajuan insaniah serentak. Perlu ada pertemuan di antara tamadun lahiriah dan tamadun rohaniah di dalam satu masa. Barulah hidup di dunia dirasakan seperti syurga sebelum Syurga yang hakiki dan kekal abadi di Akhirat.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
syafiq96 This user has been deleted
|
ASM Hafizi,
teruskan usaha anda semuga lebih ramai yang mengetahui ....kerana manusia ini sifatnya MEMUSUHI apa yg mereka tidak tahu....cuma yg malangnya kalau manusia ini terus-terusan memusuhi tanpa memberi KEADILAN kepada diri masing -masing untuk melakukan sedikit kajian dan pembacaan....... |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
terimakasih Shafiq.... |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
MASYARAKAT HADHARI YANG DIIDAMKAN
Oleh kerana tajuk yang sedang diperkatakan ialah tentang Islam Hadhari, maka kita pinjam istilah Islam Hadhari ini bagi menerangkan Islam yang sebenar atau Islam Realiti dan Islam Hakiki. Apa yang dimaksudkan dengan Islam yang sebenar atau Islam Hadhari itu ialah Islam yang indah dan bersifat global. Semua aspek Islam terbawa dalam setiap tindakan.
Aqidah dan syariat terbawa dan berlaku dalam semua aspek dan tempat, sama ada dalam diri sendiri, rumahtangga, masyarakat, pejabat dan di bidang pentadbiran, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, pertanian, hiburan, perhubungan, hal-hal dalam negara dan hal-hal antarabangsa. Begitulah indah-nya Islam Hadhari.
Masyarakat Hadhari adalah idaman semua bangsa di dunia. Tetapi tidak semua bangsa mampu atau layak mencapainya. la adalah kurniaan Tuhan setelah semua tuntutan Tuhan lahir dan batin disempurnakan. Masyarakat Hadhari ialah masyarakat Islam yang maju dan bertamadun. la maju kerana fizikal dan rohani ahli-ahlinya dapat dibangunkan dan dimajukan berpaksikan iman atau aqidah. Rohani merangkumi akal, jiwa dan nafsu.
Akal mereka dapat dibangunkan dengan bermacam-macam ilmu yang memberi manfaat sama ada ilmu Akhirat mahupun ilmu dunia yang bermacam-macam cabangnya. Akal itu juga dipenuhi dengan berbagai-bagai pengalaman. Jiwa mereka dibangunkan dengan rasa tauhid dan bertuhan. Dihiasi hati-hati mereka dengan sifat ikhlas, kasih sayang, pemurah, berani, sabar, tawakal, lapang dada, bertolak ansur, redha, qanaah, zuhud dan sebagainya.
Nafsu mereka dapat dibersihkan daripada nafsu amarah (yang sangat mendorong kepada kejahatan). Dinaikkan nafsu itu ke peringkat lawwamah, seterusnya kepada mulhamah, mutmainnah, radhiah, mardhiah dan kamilah. Paling tidak, nafsu itu dapat dibangunkan hingga ke peringkat mulhamah iaitu peringkat yang sudah sampai ke tahap selamat.
Fizikal mereka dapat dibangunkan berpandukan ilmu dan bertunjangkan iman. Segala keperluan hidup di dunia yang bersifat material dapat dibangunkan termasuk keperluan makan minum yang sebaik mungkin, tempat tinggal, tempat kerja, seperti pejabat, kilang, industri dan lain-lain yang secanggih mungkin. Dapat dibangunkan prasarana seperti jalan raya yang baik, kenderaan yang canggih dan alat-alat senjata yang moden untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanahair dari serangan musuh.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Dalam sebuah masyarakat yang Hadhari, hidup indah, selesa dan menyenangkan kerana di dalamnya terbina dua tuntutan manusia iaitu tuntutan rohani dan tuntutan lahiriah. Di sudut rohaniahnya, berlaku ukhuwah, kasih sayang, timbang rasa, rasa bersama, bekerjasama, bersatu padu, bertolak ansur, maaf-bermaafan, doa-mendoakan, bertolong bantu, pemurah, berdisiplin dan bersih daripada dosa dan noda.
Di sudut lahiriahnya pula, hidup aman damai, makmur, membangun, terdapat kemudahan dalam serba-serbi termasuk makan minum yang cukup, pakaian serba ada, tempat tinggal yang selesa dan perhubungan yang mudah. Wujud perniagaan dan industri, pertanian dan pendidikan. Semua orang ada kerja, tidak ada yang menganggur. Ahli masyarakat mudah mencari rezeki, mudah beragama dan mudah belajar. Hospital banyak dan menyenangkan. Maruah agama, bangsa dan negara terjaga. Hak asasi manusia terjamin, dijaga, dipertahankan dan diamalkan. Siapa yang mencerobohinya diadili dan dihukum setimpal dengan kesalahannya.
Manusia bebas membuat aktiviti. Namun di dalam kebebasan itu, tidak pula melanggar peraturan. Tidak merosakkan hak asasi manusia. Manusia aktif tetapi berdisiplin. Rajin tetapi tidak pula melanggar etika. Dalam maju, suasana tenang. Berlumba-lumba membuat kemajuan dan kebaikan tetapi tidak ada hasad dengki. Dalam kesibukan tidak ada pelanggaran. Manusia penuh sopan, rendah diri, tidak berlagak-lagak dan menunjuk-nunjuk, hormat-menghormati, Jaga-menjaga, ingat-mengingat, tegur-menegur dan sayang-menyayangi.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Juga dalam masyarakat yang hadhari, para pemimpinnya bertanggungjawab dan berlaku adil, melindungi dan menyayangi, berlemah lembut dan berakhlak tinggi, cerdik dan pandai tetapi tawadhuk dan merendah diri. Sesiapa yang bergaul dengan mereka senang dan berpuas hati.
Si kaya dan yang berharta tidak sombong, sangat pemurah dan tidak menunjuk-nunjuk dan tidak berbangga-bangga dengan kekayaan mereka. Mereka menjadi bank kepada masyarakat dan negara. Fakir miskin mendapat pembelaan dari mereka. Fakir miskin disayangi, tidak ada fakir miskin yang sakit hati terhadap orang kaya kecualilah yang hasad dengki.
Orang alim dan para ulama sentiasa menjadi obor penyuluh hidup setiap manusia ke jalan yang diredhai Tuhan. Belas kasihan kepada si jahil dan sering memberi mereka tunjuk ajar dan pendidikan. Mereka sangat membentuk peribadi mulia. Berlemah lembut kepada manusia. Kasih sayangnya amat ketara. Melihat sahaja muka mereka, teringat kepada Tuhan. Alim ulama sangat disayangi. Mereka tempat rujuk dan sandaran manusia.
Fakir miskin, para pekerja, petani dan yang kurang kemampuan, redha dan sabarnya ketara, tidak meminta-minta, jauh sekali menipu daya. Keluh-kesahnya tiada. Hidup mereka tenang dan menenangkan. Mereka tidak hasad dengki dan tidak iri hati kepada sesiapa pun. Orang ramai tidak perasan yang mereka adalah fakir miskin padahal mereka papa kedana kerana mereka tidak pernah meminta-minta dan menyusahkan orang.
Orang-orang tua dihormati kerana wibawanya tinggi. Semakin tua semakin dekat dengan Tuhan. Kata-katanya bak mutiara, sangat memberi pelajaran kepada manusia. Makin mereka tua, makin disayangi. Mereka tidak disia-siakan apatah lagi oleh anak-anak cucunya.
Muda-mudinya berakhlak mulia. Malunya amat ketara. Lebih-lebih lagi pemudi-pemudi dan wanitanya. Pergaulan bebas tiada, rajin bekerja, gigih berjuang menegakkan kalimah Tuhan. Mereka tidak berfoya-foya. Masa lapang diisi dengan perkara yang sebaik-baiknya. Mereka sangat mem-pertahankan maruah agama, bangsa dan negara. Mereka laksana pagar dan bentengnya.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Ibu bapa sangat menjaga kerukunan dan keharmonian rumah tangga. Sangat bertanggung jawab dan berkasih sayang kepada anak-anak. Suami bertanggung jawab manakala isteri pula sentiasa taat.
Tidak berlaku maksiat dan kemungkaran secara terang-terangan dalam masyarakat. Jenayah tidak ada. Kalau ada pun sedikit dan sekali-sekala. Kerana manusia takut dengan Tuhannya dan sangat mencintai Akhirat. Barang-barang yang tercicir atau hilang akan dikembalikan.
Perempuan yang berjalan sekali pun berseorangan, tidak ada siapa yang berani mengganggu dan menodainya, bahkan keselamatan dan maruah mereka dijaga bersama, macam keluarga sendiri sekalipun mereka tidak dikenali.
Jiran sesama jiran sangat hormat-menghormati, beri-mem-beri, tolong-menolong, bantu-membantu, ziarah-menziarahi, apatah lagi diwaktu sakit. Masing-masing mengambil berat satu sama lain. Terutama di waktu jiran mendapat kesusahan. Orang susah, miskin dan orang yang ditimpa kemalangan, tidak ada yang terbiar. Berebut-rebut orang memberi per-tolongan dan bantuan. Orang susah dan miskin terasa terbela. Walaupun pada lahirnya mereka nampak susah, hakikatnya mereka tidak rasa susah kerana semua orang mengambil berat tentang mereka. Bahkan orang miskin itu lebih senang hidup-nya dari orang yang hidupnya sederhana.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Orang berdagang tidak merasa keseorangan. Ada sahaja kawan dan kenalan yang baru diperolehi. Ayatullah, syiar dan kebesaran Tuhan nampak atau ke-lihatan di mana-mana. Ke mana sahaja pergi, nampak orang beribadah, menutup aurat, memberi dan menjawab salam, membaca Al Quran, belajar agama, berbudi bahasa dan berbudaya mulia.
Para ulama, pemimpin, guru-guru, ibu bapa dan orang-orang tua dihormati dan dimuliakan. Kanak-kanak dikasihi. Suami isteri sayang-menyayangi. Berkawan setia, amanah dijaga, tanggung jawab ditunaikan, janji ditepati, keuzuran dimaafkan dan diterima.
Tidak kelihatan manusia berlepak-lepak membuang masa. Tidak ada manusia yang menganggur tidak ada kerja. Tidak ada manusia yang berfoya-foya. Masing-masing sibuk mem-buat kerja yang baik dan manfaat sama ada untuk Tuhannya ataupun untuk sesama manusia.
Masyarakatnya aktif membangun dan membuat kemajuan tetapi tidak berlaku kemungkaran. Tidak ada rasuah, tidak ada tipu-menipu, tidak ada penindasan, tidak ada kelalaian. Semakin maju dan membangun, manusianya semakin tawa-dhuk, pemurah, bersyukur dan semakin takut dengan Tuhan. Berjalan serentak kemajuan fizikal dan kemajuan rohani. Berganding bahu kemajuan lahir dan kemajuan batin. Berjalan seiring kemajuan jasmani dan kemajuan spiritual. Dunia Akhirat sama-sama terbangun. Tingginya tamadun, hebatnya kemajuan bukan lagi melambangkan keangkuhan manusia tetapi menggambarkan keagungan Tuhan, kekuasaan Tuhan dan limpahan nikmat dan rahmat dari Tuhan.
SAJAK 1
Alangkah indahnya hidup berjiran dianggap keluarga
Sesama jaga-menjaga, sesama bela-membela
Tengok-menengok, beri-memberi, dijaga kehormatannya
Berkawan sesama setia, dua hala
Bela-membela, hadiah-menghadiah, tanya-bertanya
Tetamu-tetamu yang datang macam kedatangan keluarga
Disambut dengan hormatnya, dihantar kepulangannya
Dijaga makan-minumnya dan dijaga dengan sempurna
Bergaul di dalam masyarakat hormat-menghormati
Beramah dan bermesra, senyum diberi, sama-sama menjaga budi-bahasa
Bersopan-santun, di dalam pergaulan setiap hari
Ziarah-menziarahi di waktu sakit dan di waktu mati
Ziarah-menziarahi di waktu lama tidak bersua
Supaya kasih sayang sentiasa berbunga
Persatuan dan perpaduan dapat dijaga
Boleh bersatu-padu, rasa bersama dan bekerjasama
Terhindarlah perbalahan, jahat sangka, kata-mengata
Hasad dengki tidak ada, khianat-mengkhianati apatah lagi
Aman damailah pergaulan, harmonilah di dalam kehidupan
Tidak ada ketakutan dan terhindarlah kebimbangan
Senanglah dan mudahlah menjalankan kehidupan
Itulah gambaran masyarakat Hadhari dan masyarakat yang berjaya
Itulah perjuangan kita, itulah cita-cita kita, moga-moga menjadi kenyataan
Kehidupan yang Hadhari seperti yang digambarkan tadi Tuhan suka
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
SAJAK 2
Alangkah indahnya hidup pemimpinnya adil
Ulama-ulamanya tawadhuk obor kehidupan
Cerdik pandai membangun kemajuan
Faedahnya dapat dirasa bersama-sama
Para pemuda-pemudi bersopan santun
Memberi tenaga dan jadi aset negara
Rajin bekerja kreatif pula
Kurang sangat gejala masyarakat di kalangan mereka
Orang-orang kaya menjadi bank masyarakatnya
Fakir miskin dan orang susah dibelanya
Orang miskin dan susah bersabar pula
Tidak pula menyusahkan kehidupan masyarakatnya
Masyarakat semua kaum dan bangsa bersatu-padu
Boleh bekerjasama dan rasa bersama
Sama-sama bertimbang rasa dan berperikemanusiaan
Tidak ada pergaduhan dan tidak ada perbalahan
Semua puak sama-sama menjaga kepentingan masyarakat
Rakyat dan negara aman selamat sentosa
Hidup berkasih sayang bekerjasama
Hidup harmoni dan aman bahagia
Alangkah bahagianya kehidupan masyarakat seperti
yang dinyata
Rahmat dan berkat dari Tuhan mencurah-curahnya
Itulah dia Isiam Hadhari yang dicita-cita
Moga-moga kita bersama-sama dapat membangunkannya
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
|
ini ke yg dikatakan Islam hadhari ?...barulah tati faham sikit...terima kasih, nampaknya tati pun dah tertarik nak teruskan baca kuliah Abuya ni ?...ini dari buku ke, atau kompilasi kuliah ?.....:stp: |
|
|
|
|
|
|
shah This user has been deleted
|
iye tati, kuliah Islam hadhari ni hasil dr minda abuya, sebnarnya semua ilmu abuya sampaikan secara lisan dgn pengikut2nya,sajak2 Islam hadhari pun dr minda abuya,cuma disusun dlm btk buku, klu nak detail lg dptkan buku ISLAM HADHARI menurut ustaz hj ashaari muhammad..:ah: |
|
|
|
|
|
|
|
ada kemungkinan seorang menggunakan beberapa nickname di sini.. mungkin je.. maaf la kalau tersilap.. |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
;)eh, patutlah palong anggap cam tu..ha,ha,ha,...
sayapun nak tahu sapa Shah ni, yg saya tahu Shah05 sahaja, kawan saya dari kuliah SZ tu...saya ni menyambung aje thread yg shah05 buka tu sebab dia sibuk dgn tugas dia....
apa-apapun, terimakasih pada Shah...your answer really surprised me..sebijik macam saya nak jawab....
well. once again...its really surprised me...did i know you ?...
apa-apapun terimakasih pada Tati dan Shah... |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
MANUSIA DAN TAMADUN
Watak manusia itu bertamadun.
Tuhan cipta manusia begitu. Oleh itu
adalah salah kalau watak itu dinafikan atau
dikorbankan. Salahlah kalau sifat Hadhari
(berkemajuan) manusia itu dihalang. Kalau
dihalang, ia satu penzaliman.
PERIHAL TAMADUN
Bila bercakap tentang Islam Hadhari, kita tidak dapat elak daripada memperkatakan tentang tamadun, seperti yang dibincangkan sebelum ini. Tamadun itu ada dua bentuk. Pertama tamadun rohaniah dan kedua ta-madun lahiriah. Dalam Islam Hadhari, tamadun rohaniah ada-lah tamadun yang asas yang perlu ditegakkan dahulu. Tamadun lahiriah adalah hasil dari tertegaknya tamadun rohaniah. Kalau tamadun lahiriah ditegakkan dahulu sebelum tamadun rohaniah, itu adalah tamadun yang rosak dan merosakkan. la tidak akan menepati kehendak Islam Hadhari.
Islam Hadhari ertinya mengamalkan Islam sebenar yang mana pembangunan rohaniah (insaniah) atau akhlak dan pembangunan lahiriah (material) berjalan seiring dan serentak. Di dalam Islam Hadhari, tidak ada umat Islam yang hanya menerima Islam dalam aspek tertentu sahaja lantas mengabaikan aspek-aspek yang lain. Atau tidak berlaku juga umat Islam yang salah faham tentang ajaran Islam yang amat luas itu.
Sebagai contoh, tidak berlaku golongan yang tertumpu kepada aspek ibadah khususiah semata-mata dan mengabaikan tamadun material dan tidak juga berlaku golongan yang bertungkus-lumus membangunkan material tetapi mengabaikan aspek rohaniah dan akhlak.
Untuk seluruh dunia pula, Islam Hadhari membawa mesej kasih sayang sejagat dan kedamaian secara global. Perhubungan antarabangsa bukan setakat perkongsian teknologi, komunikasi dan perdagangan semata-mata tetapi lebih dari itu. la perkongsian perasaan, kasih sayang dan saling rasa terhutang budi dan jasa.
Islam Hadhari bakal menghapuskan berbagai label negatif yang selama ini dilemparkan kepada umat Islam seperti militan, ganas, jumud, mundur, miskin, buta huruf dan se-bagainya.
BERSAMBUNG
|
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
DI ANTARA DUA TAMADUN
Tuhan jadikan bumi dan manusia dan diberi-Nya manusia itu dua peranan. Satu sebagai hamba kepada Tuhan dan satu lagi sebagai khalifah Tuhan di muka bumi. Dengan wujudnya bumi dan manusia, Tuhan mahu laksanakan dua program untuk mengimarahkan bumi ini. Tuhan suruh manusia membuat dua pembangunan iaitu:
1. Pembangunan insaniah
2. Pembangunan material
Pembangunan insaniah adalah untuk membina sifat hamba pada diri manusia agar manusia bahagia di Akhirat. Pembangunan material adalah tugas manusia sebagai khalifah untuk kebahagiaan dan kesenangan manusia di dunia. Inilah dua peranan manusia.
Untuk membangunkan material, siapa pun boleh buat. Orang jahat, orang baik, orang kafir atau orang Islam, semua-nya boleh bangunkan material. Cuma mahu atau tidak sahaja. Mahu atau tidak mahu berusaha mencari ilmunya.
Tetapi untuk membangunkan insaniah, tidak ada siapa yang boleh buat kecuali orang yang Allah tunjuk iaitu para nabi para rasul. Kalau tidak ada nabi dan rasul maka para mujaddid. Kalau tidak ada mujaddid, paling tidak pemimpin yang bertaqwa. Yang penting orang itu mestilah pemimpin. Nabi, rasul dan mujaddid itu, sudah tentulah mereka pemimpin. Kalau setakat bertaqwa sahaja tetapi bukan pemimpin, dia hanya boleh bangunkan insaniah dirinya sendiri sahaja. Dia tidak mampu membangunkan insaniah orang lain. Kalau bukan pemimpin, walaupun bertaqwa, dia tidak mampu bangunkan insaniah manusia secara umum. Itu sebab, orang yang hendak membangunkan insaniah manusia ini paling tidak mestilah seorang pemimpin yang bertaqwa.
Alangkah indahnya kalau kedua-dua pembangunan insaniah dan material ini dapat dicetuskan serentak. Kalau dapat, itu-lah yang dinamakan Islam Hadhari. Islam Hadhari itu ialah pembangunan insaniah dan material yang berlaku seiring. Namun, kalau keadaan tidak mengizinkan untuk kita mence-tuskan pembangunan material kerana sesuatu sebab, mungkin kerana masanya tidak baik atau tempatnya tidak kena atau situasinya tidak sesuai atau dihalang oleh berbagai kesulitan yang lain, maka pembangunan insaniahlah yang perlu di-utamakan. Tidak apalah kalau kita susah di dunia asalkan kita bahagia di Akhirat daripada kita bahagia di dunia tetapi terseksa di Akhriat. Tetapi, kalau boleh, biarlah kita dapat kedua-duanya sekali. Itulah yang hebat. Itulah yang dikatakan Islam Hadhari. Itulah yang dikatakan:
Maksudnya:
"Negara yang aman, makmur dan men-dapat keampunan Tuhan." (As Saba': 15)
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
shah This user has been deleted
|
kenapa palong kata org yg sama, tp gunakan nick yg lain2?
sebenarnya sy sendiri pun tak kenal dgn forumer2 dlm ni.tp dgn 'ikatan hati' menyebabkan seolah2 mengenali antara satu sama lain & saling bantu membantu..
sbb tu cara sy jwb seolah2 mcm sdr hafizi jwb.
klu sdr hafizi nak kenal sy,pm lah sy ye..
wassalam.
[ Last edited by shah on 7-1-2005 at 12:17 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shah at 7-1-2005 12:05 PM:
kenapa palong kata org yg sama, tp gunakan nick yg lain2?
sebenarnya sy sendiri pun tak kenal dgn forumer2 dlm ni.tp dgn 'ikatan hati' menyebabkan seolah2 mengenali antara satu sama lain & sal ...
mungkin saje.. sbb cara tulisan mcm sama... dan ramai pulak yg newbies... :hmm:
pasal Abuya ni den tanak campur yer.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by palong at 7-1-2005 02:13 PM:
mungkin saje.. sbb cara tulisan mcm sama... dan ramai pulak yg newbies... :hmm:
pasal Abuya ni den tanak campur yer....
Biasak lah palong......akan muncul banyak lagi. Mungkinkah jin-jin belaan ataupun kita ni semua bodoh belaka. :lol |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Originally posted by shah at 7-1-2005 12:05 PM:
kenapa palong kata org yg sama, tp gunakan nick yg lain2?
sebenarnya sy sendiri pun tak kenal dgn forumer2 dlm ni.tp dgn 'ikatan hati' menyebabkan seolah2 mengenali antara satu sama lain & sal ...
Saya setuju..itulah yang dinamakan '' ikatan hati "...itulah jawapan yang paling tepat...
tak pernah kenal, tetapi ada ikatan hati...
siapakah yang mengikat hati-hati manusia ?..
mari kita lihat firman Allah SWT di bawah ini...kita renungi bersama-sama untuk kita jadikan iktibar ...
Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Surah Al Anfaal ayat 63).
ps : saya dah PM kat shah..harap lepas ni kita boleh kenal lebih rapat.... |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Untuk membangunkan insaniah, ahli fikir, ahli falsafah, ahli sains atau para cerdik pandai tidak boleh buat. Hanya orang Tuhan sahaja yang boleh melakukannya. Orang Tuhan adalah para rasul, para nabi dan para mujaddid. Paling tidak, seorang pemimpin yang bertaqwa. Itupun sudah dikira lemah-Tetapi kalau hendak membangunkan material, cukuplah dengan ahli fikir, ahli sains, cerdik pandai atau ahli dan pakar-pakar di berbagai bidang walaupun dia itu jahat, zalim, tidak kenal Tuhan dan mazmumah atau sifat keji penuh bersarang di hatinya.
Kedua-dua pembangunan ini bukan mudah. Ada halangan-halangannya. Tidak ada pembangunan yang tidak ada ha-langan sama ada pembangunan material mahupun pem-bangunan insaniah. Hanya bentuk halangan dan cara untuk mengatasi halangan-halangan itu yang tidak sama.
Mari kita bincang tentang halangan pembangunan material terlebih dahulu sebab ianya lebih mudah dilihat, didengar dan dirasa. Bagi pembangunan material, halangan-halangannya lebih banyak berbentuk lahiriah seperti hutan, gunung, sungai, laut, paya, padang pasir dan sebagainya. Dengan adanya halangan-halangan dunia ini, hidup manusia jadi susah. Tempat tinggal susah, hendak berjalan pun susah sebab dihalang oleh gunung, hutan, paya, laut dan sungai. Tambahan pada itu, ada pula binatang buas dan ganas seperti buaya, singa, harimau, gajah, ular dan sebagainya. Bila pembangunan hendak dibuat, binatang-binatang ini mengancam kita. Kalau jiwa tidak kuat dan ilmunya tidak dicari sungguh-sungguh, maka manusia tidak akan mampu berbuat apa-apa. Gunung akan tinggal gunung, hutan akan tinggal hutan, sungai akan tinggal sungai, paya akan tinggal paya dan laut akan tinggal laut.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
| |
|