CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: billionaire

NIKAH MUTAAH - ( jawapan untuk always_typo)

[Copy link]
 Author| Post time 8-7-2005 06:13 PM | Show all posts
always_typo

Saya lihat hadith Ibn Abbas Volume 6, Book 60, Number 103 adalah yang paling hampir membincangkan ayat istimta' tapi ianya adalah berhubung dengan 4:19, bukan 4:24. Of course hadith-hadith lain dalam koleksi Bukhari itu antara nombor 97- 129 semuanya membincangkan surah 4.

Tafsir Ibn Kathir http://www.tafsir.com/default.asp?sid=2&tid=5170 menceritakan juga hubungan hadith Imran bin Hussain ini dengan 2:196 (ayat haji) bersama komentari pasal pendapat Saidina Umar tentang haji tamatu'.

Tetapi saya meminta maaf kerana saya tiada sebarang rujukan kepada Tafsir ats-Tsa抣abi, Tafsir ar-Razi, dan puluhan lagi lain-lain sumber yang puan quote. Sekadar yang saya mampu sahaja di atas. Mungkin rakan-rakan lain boleh membantu dalam hal ini.

Saya hargai jawapan puan tetapi melihat sumber-sumber yang saya mampu check di atas, bahan yg puan beri banyak yang mengelirukan dan kurang tepat, mungkin boleh dipertingkatkan pada masa akan datang. Ini untuk membantu pemahaman saya tentang hujah2 syiah yang telah berjaya meyakinkan mereka tentang halalnya nikah mut'ah sehingga mendorong mereka mempraktiskannya.

Semoga kita semua diberi hidayah Allah..semoga kita dilindungi Allah dari menjadi orang-orang yang rugi..
sekali lagi, sila rujuk:

al-Kabir oleh Tabari, 5/9
Tafsir ar-Razi, Mafatih al-Ghayb, 3/267
Tafsir al-Qurtubi, Jami
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-7-2005 06:15 PM | Show all posts
Saling pertentangan di antara hadis2 pengharaman mutaah

Ahamdulillah, dengan hadis dan ulasan2 yang A.Typpo bawakan di sini, persoalan tentang kehalalan mutaah (walaupun Sunni percaya ianya kemudian dimansuhkan) memang telah telah terbukti. Hanya sahaja A.Typpo masih sahaja mahu bepegang kepada pengharamnnya yang tidak konsisten itu, sesuai dengan pendapat mazhab yang dipegangnya.

Berikut adalah beberapa hadis yang sempat dipetik dari Sahih Muslim mengenai pengharaman mutaah. Walaupun ulama2 Sunni bermati2an membelanya, namun sebagai seorang yang berakal dan cerdik, serta adil, anda akan mampu unutk melihat percanggahannya yang amat ketara. Ini juga jawapan bagi 憇eseorang
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2005 10:23 PM | Show all posts
subhanallah..... tahniah kepada billionare... dapat gak jawapan yg hampir2 lengkap... tapi ada lagi lengkap... rasa2 ada tak saudara/i tertinggal..???
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2005 09:14 AM | Show all posts
Menarik sekali hujah2 Syiah yg bill bawakan. Saya rasa hujah2 bill ttg mutaah ni dah complete. Sekarang ni bolehlah netters dari ASWJ (yg berminat)kemukakan hujah balas.

Saya tgh mencari kitab al-'Allamah al-Hilli. Beliau ni seorang ulama' Syiah yg masyhur. Setahu saya beliau menolak Mutaah. Menarik juga kalau kita boleh tahu hujah2 beliau.

al-Khattabi kata, bukan semua Syiah terima mutaah, ada juga yg tolak. Yg tolak tu kita nak tahu apa hujah mereka sebab merekapun mewalikan Ali dan Ahlul Bait.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2005 09:17 AM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 2005-7-8 05:53 PM:
Berkenaan dgn rujukan2 ASWJ yg dimuatkan dlm artikel tu ada baiknya kita merujuk dahulu kpd kitabnya yg asal kalau boleh, supaya jelas apakah yg dimaksudkan. Sama juga dgn rujukan2 Syiah dlm artikel2 ASWJ, kalau boleh kita rujuk dulu, baru clear.

Bila saya baca artikel bill di atas, saya melihat ada beberapa perkara yg perlu disemak kembali. Utk menyemaknya saya rasa boleh kot saya ambil tanggungjawab tu sbb kat tmpt saya kerja ada library, kitab banyak, kitab Syiah pun ada. Insya Allah saya akan try setakat yg sempat dan dgn buku yg ada. Kalau tak ada tak boleh nak buat apa lah ...
__________________________________
Nahzalus
2005-6-30 01:00 AM
PENJELASAN TERHADAP FAHAMAN SYIAH
page 3


Dalam proses semakan. Beberapa kitab saya dah dapat di internet. Bila siap nanti saya postkan.

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2005 11:26 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by billionaire at 2005-7-8 06:03 PM:

'Kalau Umar tidak melarang mutaah, tentu tidak akan ada yang berzina kecuali orang yang celaka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2005 11:42 AM | Show all posts
always_typo:
Saya hargai jawapan puan tetapi melihat sumber-sumber yang saya mampu check di atas, bahan yg puan beri banyak yang mengelirukan dan kurang tepat, mungkin boleh dipertingkatkan pada masa akan datang. Ini untuk membantu pemahaman saya tentang hujah2 syiah yang telah berjaya meyakinkan mereka tentang halalnya nikah mut'ah sehingga mendorong mereka mempraktiskannya.
...


itu baru check sikit, kalau check semua tak tahulah mcm mana...

Pengalaman saya mengikuti debat Sunni-Syiah di forum2 internet, samada dlm negara atau di Teluk, ada byk kekeliruan dan kurang tepatnya sumber2 rujukan, samada belah Sunni atau belah Syiah.

Org Syiah apabila berhujah mereka akan quote apa yg ada dlm kitab Sunni utk membenarkan hujah mereka. Maka menjadi kewajipan atas kita menyemak dahulu sebelum menerimanya. Seperkara lagi, kitab2 yg dirujuk itu pula bukan kitab yg muktabar tapi kitab yg menghimpunkan segala riwayat atas nama amanah ilmu. Memetik dari kitab sebegini akan menimbulkan kekeliruan sekiranya tidak dijelaskan status riwayat/hadis tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2005 12:34 PM | Show all posts
Saya sebut satu contoh betapa perlunya kita menyemak dan mentahqiq apa yg disebut:

bill petik dari rujukannya:
[quote]Sehubungan dengan ini, Imam Malik mengatakan bahawa mutaah adalah harus kerana tidak ada 慸alil

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2005 02:18 PM | Show all posts
Khalid al Walid, dalam satu kes semasa perang, kononnya pernah berangkara dengan seorang wanita mangsa perang. Apakah atas dasar kahwin mut'ah atau zina?...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2005 09:09 PM | Show all posts
Originally posted by Keyboard at 12-7-2005 02:18 PM:
Khalid al Walid, dalam satu kes semasa perang, kononnya pernah berangkara dengan seorang wanita mangsa perang. Apakah atas dasar kahwin mut'ah atau zina?...



wah... post saudara/i tampak begitu menarik! bolehkah saudara/i meneruskan kisah dengan lebih panjang lebar? saya amat mengharapkan saudara/i....

terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2005 01:00 AM | Show all posts
Originally posted by Keyboard at 2005-7-12 02:18 PM:
Khalid al Walid, dalam satu kes semasa perang, kononnya pernah berangkara dengan seorang wanita mangsa perang. Apakah atas dasar kahwin mut'ah atau zina?...


Beliau r.anhu tidak buat angkara dgn mana2 perempuan. Tiada kahwin mutaah dan tidak berlaku zina. Beliau berkahwin secara sah dgn wanita tersebut.

Ini pandangan ASWJ.

Wallhua'lam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2005 07:44 PM | Show all posts
oh, terima kasih ustaz nahzaluz... kalau daripada pandangan mazhab2 lain plak... macam mana? how about syiah? wahabi...? antihadis..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2005 09:40 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 2005-7-11 11:26 AM:


Bill, boleh tak bagi rujukan riwayat kata2 S. Ali di atas dari kitab Syiah. Saya nak tgk sanadnya, sbb dari info yg saya dapat, kata2 S. Ali tu tak sabit di sisi Syiah.

Terima kasih.

salam
Tidak perlu anda membebankan kami untuk mencarinya bagi memenuhi kehendak anda apabila masalah tidak bertemu dengan hadis itu adalah masalah peribadi anda dan mungkin masalah mazhab anda secara khusus. Kami sedikitpun tidak tergugat dan tidak pula menjadikan ia sebagai satu2nya dalil di dalam pembenaran mutaah. Bagi kami, apa yang telah diajarkan oleh Ahlul Bait Nabi saaw telah lebih dari memadai. Kaum keluarga  Ali a.s lebih mengetahui tentang Ali a.s. Dan mereka adalah pewaris dan penjaga ilmu2 Nabi saaw, sedangkan ilmu2 Nabi saaw telah diwariskan kepada Amirul Mukminin Ali a.s.

Adalah lebih baik jika anda menyelesaikan kontradiksi yang terjadi di antara hadis2 Imam Ali a.s berkenaan mutaah di dalam mazhab anda sendiri barulah anda berpindah untuk mencampuri urusan mazhab lain.

[ Last edited by billionaire on 13-7-2005 at 10:19 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2005 09:43 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 2005-7-11 11:42 AM:
always_typo:


itu baru check sikit, kalau check semua tak tahulah mcm mana...

Pengalaman saya mengikuti debat Sunni-Syiah di forum2 internet, samada dlm negara atau di Teluk, ada byk kekelir ...


Tak menjadi masalah, rujuk dan semaklah dahulu. Lagipun memang sumber2 yang dipetik memang ada yang berasal dari Internet. Tapi janganlah pulak asyik nak menyemak aja. Bila dah logik jawapan dan akal pun tak mampu menolaknya, janganlah mazhab menjadi penghalang menerima kebenarannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2005 10:00 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 2005-7-11 12:34 PM:
Saya sebut satu contoh betapa perlunya kita menyemak dan mentahqiq apa yg disebut:

bill petik dari rujukannya:


Bila kita baca kenyataan di atas apa yg tergambar di fikiran kita? Saya pasti  . Saya pasti kita akan kata, ooo rupanya Imam Malik menghalal mutaah.

Betul ke beliau kata begitu sedangkan ulama ASWJ ijma' bahawa mutaah ni haram.

Bila kita check, kita dapati al-Sarkashi ni (pengarang kitab al-Mabsut) mazhab Hanafi. Begitu juga dgn kitab Kanz ad-Daqaiq. Kedua2 kitab ni boleh dibaca disini: http://www.islamweb.net/ver2/library/index.php

Jadi adakah betul apa yg dinukilkan oleh ulama' mazhab Hanafi ni?

واعلم أنه قال في الهداية قال مالك رحمة الله تعالى عليه : هو يعني نكاح المتعة جائز قال ابن الهمام نسبته إلى مالك غلط . وقال ابن دقيق العيد : ما حكاه بعض الحنفية عن مالك من الجواز خطأ ,

Ketahuilah bhw (pengarang kitab) al-Hidayah mengatakan bhw Imam Malik r.hm berkata nikat mutaah adalah harus. Ibnu al-Humam berkata: kata2 ini yg disandarkankan kepada Malik adalah salah. Ibnu Daqiq al-'Aid berkata: Apa yg diriwayatkan oleh sebahagian ulama' mazhab Hanafi bahawa Malik menghalakan mutaah harus adalah salah.
..

Syiah tidak salah dalam merujuk sumbernya, contohnya dalam masalah ini. Pendapat ulamak mazhab hanafi tersebut tentang pendapat Malik memang adalah authentic pendapat mereka. Ia adalah kembali kepada masalah Hanafi-Maliki. Sekiranya (sekiranya) mazhab menjadi penyebab tertolaknya pendapat mereka berhubung isu mengenai mazhab yang lain, maka sunni juga tidak boleh menghukum mazhab selain mereka seperti Syiah salah semata-mata syiah tidak sama dengan mereka. Namun begitu, Ibnu humman pasti mempunyai pendapatnya sendiri tentang itu, dan pastinya lebih dari masalah perbezaan mazhab.   

Di dalam Answering Ansar pula ada dimuatkan satu rujukan lain dari fathul Bari Ibnu Hajar mengenai pendapat Malik tentang kehalalan Mutaah ini. AA merujukkan kitab2 berikut (selain al-Hidaya)i :

http://www.answering-ansar.org/answers/mutah/en/chap7.php
-Fathul Bari Volume 9 p. 73 Dhikr Mut'ah
-Fatawi Qadhi Khan Volume 1 p 151

mungkin ustaz boleh komen sedikit dan kita boleh sama-sama memahaminya di sini. Sekiranya masih timbul masalah, kita sama2 pulangkan masalah ini kepada team AA agar mereka boleh menjawabnya. bill demi Allah, tidak sedikitpun mahu mengelat dan menipu dalam apa2 pun khususnya dalam perbincangan ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2005 10:18 PM | Show all posts
Originally posted by Keyboard at 2005-7-12 02:18 PM:
Khalid al Walid, dalam satu kes semasa perang, kononnya pernah berangkara dengan seorang wanita mangsa perang. Apakah atas dasar kahwin mut'ah atau zina?...


Syiah berpendapat adalah  benar Khalid telah membunuh Malik bin Nuwairah r.a tanpa haq dan telah 'menikahi' Laila isterinya pada malam pembunuhan Malik r.a. Tak tahulah kalau Khalid berijtihad iddah boleh selesai satu malam sahaja. Pasal membunuh sesama Islam ni bukanlah perkara baru bagi Khalid. Dulupun dia pernah bunuh kabilah Bani Juzaimah, kononnya tak faham ucapan mereka. Dalam kes Malik di atas, big boss (umar) pun melenting dan minta abu bakar merejam/menghukum Khalid sebab bunuh Malik, dan nikah Laila sebelum tamat iddah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-7-2005 10:33 PM | Show all posts
Originally posted by pipi at 2005-7-8 10:23 PM:
subhanallah..... tahniah kepada billionare... dapat gak jawapan yg hampir2 lengkap... tapi ada lagi lengkap... rasa2 ada tak saudara/i tertinggal..???


salam pipi.
sumber2nya mmg banyak di internet dan di buku2. Dicampur sedikit (sedikit sahaja) dengan olahan akal kita. Ucapan tahniah itu akhirnya pulang semula kepada Ahlul Bait a.s dan berterusan pula kepada Rasulullah saaw. Apapun terimaksih kerana membaca dan respon posting2 di atas. Apa yang tertinggal itu tentulah masih banyak kerana selective points (Khususnya dari laman web Answering Ansar dan Shia encyclopedia) sahaja yang telah diambil- agar tidak bertele2 dan tidak pula berkesempatan menterjemah dan mengulasnya lebih baik. (Lagipun, bill memang langsung tidak mampu mengolahnya lebih baik dari apa yang telah dihasilkan mereka). Dan semoga apa yang tertinggal (seperti posting pipi) bukanlah bersifat menyembunyikan point dan kebenaran. Amin. Dan harap anda membetulkan bill pada kesalahan2 yang tidak disengajakan. Semoga Allah merahmati anda!

rujukan

http://www.answering-ansar.org/index.php

http://www.al-islam.org/encyclopedia/

[ Last edited by billionaire on 13-7-2005 at 10:41 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2005 10:34 PM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 13-7-2005 10:18 PM:


Syiah berpendapat adalah  benar Khalid telah membunuh Malik bin Nuwairah r.a tanpa haq dan telah 'menikahi' Laila isterinya pada malam pembunuhan Malik r.a. Tak tahulah kalau Khalid berijtihad  ...


erk.. betul ye..? hrm... bill leh tolong kasi link tak.. mana2 buku sejarah.. hehehe (me nie tak pandai gile)... :D
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2005 10:40 PM | Show all posts
Originally posted by pipi at 2005-7-13 10:34 PM:


erk.. betul ye..? hrm... bill leh tolong kasi link tak.. mana2 buku sejarah.. hehehe (me nie tak pandai gile)... :D

pipi
ini dari sebuah laman web dan rujukannya semua dari kitab sejarah Sunni.

http://www.swordofallah.com/html/bookchapter15page2.htm

Nak tau juga bagaimana pembelaan sunni terhadap maula mereka Khalid ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2005 10:44 PM | Show all posts
thx... bill... hrmm... hope kebenaran dapat disingkap dengan lebih2 lagi....

insya'allah

jemput baca... :D

off topic : nak carik gurl buat wife... ada geng?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.085900 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list