|
winter.. kite tak larat nak scroll.. kite print buley yerrr... |
|
|
|
|
|
|
|
erk...
x sambung lagi ke?
x sabar nk bace next part |
|
|
|
|
|
|
|
:pompom::pompom::pompom::pompom::pompom:
nak lagi..nak lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
robab, yana_barb,chammy_girlaz and the rest,
Thanks cause sudi baca dan tak sabar nak tunggu seterusnya.
Bab yang keempat still dalam pembikinan. Lately bz sikit sampai tak sempat nak habiskan, dunt worry tinggal separuh bab lagi. Tungguuu.. |
|
|
|
|
|
|
|
ait ingatkan dah sambung tapi belum lagi cepatlah sambung |
|
|
|
|
|
|
|
tu laa.. tak sabau dah niii... huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
best.. sambung2 |
|
|
|
|
|
|
|
Ok sambungan........yang ni baru separuh. Sekejap lagi .. lagi separuh........ada gangguan sikit ni..
Bab 4
Pukul 7.00 pagi. Akma sibuk menyiapkan assignment Prof Siti walaupun dia tahu Prof Siti mungkin tidak akan menerimanya. Dia sungguhkan hatinya juga untuk mengumpul semula semua maklumat untuk tugasan tersebut. Seharian selepas habis sahaja kuliah, dia segera ke perpustakaan untuk mencari maklumat. Malam baru dia pulang, itupun setelah perpustakaan hampir tutup. Pulang dari perpustakaan, dia menyusun maklumat tersebut dan memasukkan ke dalam komputer pula. Kali ini, Akma membuat dua salinan pada 'floppy drive'. Dia tidak mahu kejadian yang sama berulang kembali. Akma berjanji pada diri sendiri untuk menyiapkan sebelum Jumaat dan menghantarnya walau apapun yang terjadi. Doanya, moga lembut hati Prof Siti untuk menerima hasil kerjanya.
Malam sebelumnya, Hani tidak pulang ke asrama. Mungkin masih marah lagi dengannya. Walaupun hatinya masih pedih, jauh sekali untuk membenci. Bahkan perasaan risau semakin menjadi-jadi. Dia berjaga sehingga ke 2 pagi semata-mata untuk menyiapkan nota kuliah dan menunggu kepulangan Hani. Tidur pun tidur ayam-ayam sahaja. Tetapi, sehinggalah keesokan paginya, Hani masih tidak juga pulang. Risaunya tidak terkira. Takut kalau jadi perkara yang tidak baik terhadapnya. Maklumlah anak dara.
Setelah berfikir sejenak, Akma mengambil keputusan untuk menelefon Alias. Manalah tahu kalau Hani ada memberitahu kemana dia pergi kepada teman lelakinya. Akma mendail nombor. Seketika kemudian telefon diangkat.
揌ello.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sambungannya...separuh lagi.....
*****
Setelah berkali-kali menghubungi Hani, Akma mula mengalah. Hani memang tidak mahu menjawab panggilannya. Walaupun dia masih mengambil berat akan Hani, perbuatan Hani terhadapnya masih tidak boleh dimaafkan. Masih lagi terbayang peristiwa semalam. Masih terbayang senyuman sinis Hani.
Perutnya mula berbunyi. Baru dia teringat yang dia tidak menjamah sebarang makanan semalaman. Dia terlalu leka menyiapkan tugasan Prof Siti sehingga terlupa untuk makan. Akma mengambil keputusan untuk singgah ke cafe 'Bakery Delight' untuk bersarapan pagi kerana sudah lama dia tidak menjamah donut.
Dalam perjalanan, dia bertembung lagi dengan Anuar dan kawan-kawannya. Seperti biasa, mereka membawa motor dengan laju seperti jalan raya mereka yang punya.
Aii..akhir-akhir ni selalu sangat terserempak dengan budak bertiga ni, kenapa ya? Terutama si Aprilia hitam ni, Fikir Akma sendirian.
Entah macam mana matanya merenung tidak lepas pada motor TZM merah. Seperti ada sesuatu yang menarik perhatiannya di situ. Tanpa disedari, dia mengekori motor tersebut. Fikirannya ligat berfikir. Siapakah gerangan pembonceng TZM merah? Macam pernah dilihatnya sebelum ini. Baju dan beg sandang itu....Bukankah itu kepunyaan Hani? Hani?! Takkan kot. Walaupun dia tidak percaya, dia masih juga mengekori motosikal tersebut untuk mendapat kepastian.
Seketika kemudian, mereka tiba di 'Bakery Delight'. 'Bakery Delight' memang terkenal di kampus kerana keenakan pastry yang dijual. Lagipun harganya murah daripada kedai biasa. Macam tahu-tahu aje aku nak ke sini, kata Akma sambil tersenyum. Tak sabar rasanya untuk menjamah donut bersalut gula dan coklat. Dia memakir motosikalnya di kawasan yang terlindung sedikit sambil matanya tidak lepas memandang ke arah tiga anak muda gilaan ramai itu.
Dia dapat melihat Suffian turun dari motosikal dan menolong membuka topi keledar pembonceng. Jantungnya berdegup laju bila didapati memang betul jangkaannya. Memang Hani pemboncengnya. Adakah Suffian boyfriend baru Hani? Bertubi-tubi persoalan itu bermain dibenaknya. Kini Akma faham kenapa Hani memutuskan hubungan dengan Alias secara tiba-tiba. Rupa-rupanya dia telah dapat cinta yang dicari-cari selama ini.
Mereka duduk di meja yang berhadapan dengan aliran sungai. Setelah berbincang sesama sendiri, Anuar dan Mike masuk ke dalam cafe membeli makanan. Tinggallah Hani dan Suffian di situ. Hani kelihatan begitu gembira disamping Suffian. Memang agak berbeza sedikit cara layanannya terhadap Suffian. Suffian dibiarkan bermain-main dengan rambut dan pipinya. Kemudian memeluk bahunya dan mengelus lembut tangannya pula. Akma memejamkan mata seketika. Tak sanggup melihat adegan itu. Geli!
Hani pula seperti mengada-ngada. Sesekali melentokkan kepalanya pada Suffian. Wajah kedua-duanya seperti hendak berlaga. Menggigil kaki Akma melihatnya. Dia sempat menyumpah perbuatan tersebut.
Ko tahu tak Hani? Lelaki memang suka kalau dapat perempuan macam ni. Dah dapat apa yang dia nak, ditinggalkan pulak. Ko nak jadi mangsa pula ke? Bukanke Suffian ramai girlfriend? Ko tak kisah langsung ke? Ko sanggup dimadukan ke nanti? Dulu dengan Alias tak ada pun macam ni. Dahlah tu setia pulak orangnya. Sayang giler dengan ko. Yang seorang ni tentunya dapat membahagiakan ko. Mengapa Suffian juga yang ko pilih? Jerit Akma dengan kuatnya. Tetapi di dalam hati aje.
Akma tidak dapat bertahan lagi lantas menuju ke arah Hani.
揌ani! Apa ko buat ni? |
|
|
|
|
|
|
|
ala..............
Sambungan please........... |
|
|
|
|
|
|
|
alaaa
letihnye bace tersekat2 |
|
|
|
|
|
|
|
cepat lah sambung......
tak sabar dah ni....
hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
cik winter sayang...
buat lah byk2 sket sambungannye... kitorg ni dahtak sabar2 nak baca.. hehe..
p/s: bila akma dgn anuar yg ego tu nak bercinta? ke tak bercinta? kalau bercinta ko buat la anuar tu yg beria2 nak mengorat akma tu ek? hehee.. ( macam aku lak director). sorii... |
|
|
|
|
|
|
|
aduh tergantung lagi :kant: cepatlah sambung nak tahu jugak apa terjadi seterus yer :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
kowang igt senang ke nak jadi penulis nih... kena perah otak tau!
shian kat cik winter kiter tu.... terkulat-kulat dia nak carik idea...
takpe cik winter... daku setia menunggu cite seterusnya dgn skert kembang ku.. lalalalala.. |
|
|
|
|
|
|
|
best citer ni...jalan citer macam best gitu..gud luck!! |
|
|
|
|
|
|
|
ala siannya korang erkk....
skert_kembang,
thanks bagi semangat pada saya..
jikuuke,
selamat membaca ok!
oklah pada korang2 semua..maybe saya akan updatekan cerita ni lambat sikit..sebab nak post panjang2 ..puas sikit baca kan.. so far saya dah tulis hampir 10 muka surat..kalau dah rasa ok sket saya post kat sini..ok? trimas |
|
|
|
|
|
|
|
ok.. kami semua setia menunggu
hehe.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|