CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eise

[MERGED]Medical Card/Insurance Kesihatan...... What U should know...

  [Copy link]
Post time 27-4-2006 12:51 PM | Show all posts
yg leceh kad perubatan ni .. every year kena bayar & kalau tak guna, akan ilang mcm tu je ... umur meningkat, kad perubatan nye premium pun meningkat.

Alangkah baiknya, kalau dibuat mcm insurance kad perubatan tu .....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


eise This user has been deleted
 Author| Post time 27-4-2006 03:57 PM | Show all posts
Originally posted by azaleena at 27-4-2006 12:51 PM
yg leceh kad perubatan ni .. every year kena bayar & kalau tak guna, akan ilang mcm tu je ... umur meningkat, kad perubatan nye premium pun meningkat.

Alangkah baiknya, kalau dibuat mcm insu ...


kalau nak benefit dia mesti la kena bayar kan,,kita jngan angap benda ni merugikan,,memenag tak nampak kepentingan tu sekarang sebab kita tak sakit atau kemalangan..tetapi kita akan bersyukur memiliki kad perubatan ini,,pabila tiba saat yang amat memerlukan...

memang kad perubatan ni insurans...insurans perubatan,,tax relief+ ins pendidikan LHDN RM 3000,,kos perubatan tinggi sekarang ni sebab tu insuran sperubatan agak mahal....ins boleh nak bagi yang berkongsepkan simpanan (contoh)...mungkin ins compny akan meletakkan triple premium dari premium sekarang ,,sbb nak masukkan dalam tabung simpanan..tolak campur sama je...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2006 04:17 PM | Show all posts
kalau keje gomen sampai mati pun kaber.... jadi perlu ke insurans nih??
Reply

Use magic Report

eise This user has been deleted
 Author| Post time 2-5-2006 08:41 AM | Show all posts
Nak berkongsi satu kisah benar..minggu lepas abang kepada seorang kawan saya terlibat dalam satu kemalangan..dia di bawa ke salah sebuah hospital di sungai buloh..ini satu kes kecemasan tetapi proses untuk di masukan ke wad ambil masa berjam2..keluarga begitu kecewa dengan perkhidmatan yang di berikan..selepas beberapa hari berada di wad keadaan pesakit semakin tenat tetapi hospital itu tidak mengambil tindakan yang sewajarnya,,keluarga pesakit itu mengambil keputusan supaya pesakit itu di bawa ke SJMC setiba nya di SJMC pemeriksaan terus di jalankan dan di dapati terdapat satu ketulan darah beku di kepala,,dan pembedahan terus di lakukan...walaubagaimanapun pembedahan tersebut menelam kos RM 10,000 dan pesakit tidak mempunyaai ins perubatan nasib baik lah syarikat tempat dia bekerja bermurah hati menanggung kos tersebut...apa yang saya ceritakan ini adalah kisah benar2 berlaku..pilihan di tangan anda tak kira walaupun anda kakitangan kerajaan ke swasta ke ada ada pilihan untuk memilih yang terbaik..kalau saya sendiri pun tak de simpanan RM 10,000 ,,,so sebagai langkah perlindungan saya miliki kad perubatan ..sediakan payung sebelum hujan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 09:05 PM | Show all posts
Originally posted by eise at 2-5-2006 08:41 AM
Nak berkongsi satu kisah benar..minggu lepas abang kepada seorang kawan saya terlibat dalam satu kemalangan..dia di bawa ke salah sebuah hospital di sungai buloh..ini satu kes kecemasan tetapi pros ...


emmm :hmm: btol jugak ko cakap tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2006 12:47 AM | Show all posts
doktor2 tgh belajar ramai kat govt hospital.. jadi mmgla ada learning curve sikit... bila dah terror depa pegi la private.. namun begitu ada guidelines dan ada pakar kat govt hospital.. cuma kalau nasib tak baik.. kurang memuaskan tu mesti akan ada...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2006 09:21 AM | Show all posts
Alhamdulillah company cover byk gak.. tapi still nak juga protection bila dah bersara.
Currently amik life ins AMassurance. Mcm tak cukup la coverage.
Reply

Use magic Report

eise This user has been deleted
 Author| Post time 4-5-2006 06:44 PM | Show all posts
Originally posted by mix_chinese at 4-5-2006 09:21 AM
Alhamdulillah company cover byk gak.. tapi still nak juga protection bila dah bersara.
Currently amik life ins AMassurance. Mcm tak cukup la coverage.



Ye betul, kita kenal fikir long term selepas bersara kalau sekarang syarikat cover,,Life Insurance tak cover hospital kalau ada masuk rider pun PA dan penyakit kritikal,,,make sure you dah ad protection untuk hospital,, dengan memiliki medical kad,,kalau u tak de kad,,walaupun u ada insurans perubatan, u kena bayar sendiri dulu dan claim balik dengan insurans company, so kenapa nak memeningkan kepala nak wat claim,,pakai kad terus je ins company bayar ke hospital berkenaan..

[ Last edited by  eise at 4-5-2006 06:47 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2006 01:32 PM | Show all posts
Aku memang kena ambik medical insurance, sbb ofis tak cover. Bill klinik lebih RM50 pun bising. As a customer aku rasa perlu ada insurance. Sebab dah 2 kali aku hospitalized kat private, bayar sikit aje.

Mula2 rasa mcm tak perlu. Bila dah terkena, rasa bersyukur sebab ada.
Reply

Use magic Report

eise This user has been deleted
 Author| Post time 11-5-2006 11:09 AM | Show all posts

artikel penting

Pengenalan-----------------

3 hari lepas, di akhbar Kosmo!, seorang individu mengeluh pihak hospital swasta yang meminta deposit kemasukan sebanyak RM 10,000 untuk pembedahan jantungnya. Walaupun keadaan penyakitnya agak kritikal dan memerlukan pembedahan segera, walaupun majikan beliau ada menyediakan insurans perubatan untuk beliau, pihak hospital masih berdegil mahukan deposit RM 10,000 tunai!

Inilah masalah yang sering dihidapi oleh ramai orang - ketegasan pihak hospital yang enggan memberi khidmat tanpa bayaran deposit dan memilih insurans perubatan yang menyediakan khidmat terhad.

Walaupun berlambak insurans perubatan disediakan oleh beberapa syarikat insurans hayat dan am, kebanyakan orang tidak menyemak jenis faedah yang diberi dan sejauh mana skop perkhidmatan perubatan diberikan.

Jangan sangka, bila dapat beli insurans perubatan yang termurah, anda akan dapat khidmat kewangan yang cekap kerana yang termurah tidak semestinya yang terbaik! (rujuk artikel ringit & sen di dalam Mingguan Wanita minggu lepas). Bila beli yang termurah ini, sudah pasti kuantiti dan kualitinya akan dikurangkan.

Ini termasuklah insurans perubatan yang jenis 'bayar dulu, tuntut kemudian'. Bila nak masuk hospital susah, kena keluarkan duit sendiri yang banyak sebagai deposit dan perlu bayar bil perubatan dengan sendiri, kemudian baru boleh buat tuntutan dari sykt insurans, bukankah ini menimbulkan banyak masalah kepada diri anda sendiri?

Yang masuk hospital dengan caj kad kredit, kini terpaksa menanggung hutang dan interest yang tinggi. Yang terlalu bergantung kepada insurans majikan, tidak sedar jumlah perlindungannya terlalu kecil setakat RM 2,000 - RM 5,000 sahaja. Bila bil perubatan berpuluh ribu, mulalah pening kepala mana nak cari duit, nak tanggung baki selebihnya. Yang meninggal semasa di hospital pun ada, meninggalkan hutang bil perubatan yang banyak kepada pewaris-pewarisnya.

Saya percaya, anda pasti pening kepala, bila anda juga menghadapi dilemma yang serupa!  Ini semua masalah kewangan yang serius dan anda sebenarnya boleh mengelakkannya, dengan membuat persediaan lebih awal. Tapi persediaan awal yang macam mana?

BIAR KAMI BANTU URUSKAN BIL PERUBATAN HOSPITAL ANDA!
---------------------------------------------

Sebelum saya mula bercerita - Kalau ada orang beri anda duit untuk tampung kos perubatan keluarga, anda suka tak? Duit deposit hospital, guarantee letter, duit bil perubatan hospital, Semuanya saya akan uruskan, anda suka tak?

Kalau anda suka, baguslah kerana itulah khidmat saya - khidmat kewangan untuk urusan kemasukan dan pembayaran bil hospital anda.

Berikut adalah bagaimana kami boleh membantu anda :-

1 - URUSAN KEMASUKAN HOSPITAL DIPERMUDAHKAN
Untuk memudahkan urusan kemasukan, anda akan diberi satu kad perubatan seperti kad VIP. Dengan adanya kad ini, anda akan dilayan seperti raja. Nak masuk hospital, rasa macam duduk hotel 5 bintang rasanya! Sebab kad saya ini menandakan ada orang yang akan tanggung bil perubatan hospital anda puluhan ribu kosnya.

2 - DEPOSIT HOSPITAL
Anda tak perlu pening kepala nak cari duit deposit, korek akaun bank atau pinjam sana sini, semata mata nak masuk hospital. Lagipun, bila dah perlu masuk hospital ni, bukan boleh tunggu lama. Pasti anda perlukan rawatan segera!  Dengan khidmat saya, anda sudah jimat masa!

3 - SURAT JAMINAN (Guarantee Letter)
Nak masuk hospital tengah malam ke, masa cuti raya ke, hujung minggu ke, anda tak perlu risau, khidmat saya 24 jam sehari, 365 hari setahun. Anda boleh hubungi khidmat kecemasan kami pada bila bila masa untuk dapatkan surat jaminan ini. Maklum sajalah, kadang kadang syarikat majikan tak kerja 24 jam sehari, 365 hari setahun. Dengan adanya khidmat saya, takde la anda pening pening kepala lagi.

4 - BAYARAN BIL TERUS KE HOSPITAL
Kalau bil dah berpuluh-puluh ribu ringgit, tak ke naya nak membayarnya?
Mana nak cari duit banyak tu? Orang yang ada simpanan ribu-ribu pun, sayang nak habiskan duit dia bayar bil hospital saja.

Dengan khidmat saya, duit anda tu simpan saja. Semua bil saya akan bayar terus pada hospital anda. Tak perlu pening kepala, tak perlu tuntut bil berbulan lamanya. Semuanya selesai di masa tu juga!

5 - RAWATAN PESAKIT LUAR UNTUK KANSER & BUAH PINGGANG
Sesetengah orang, bila dah hidap penyakit kanser atau kerosakan buah pinggang, mereka perlukan rawatan yang berpanjangan dari masa ke semasa. Selagi hidup, selagi itulah anda perlukan rawatan dan kos rawatannya pun boleh tahan mahalnya!  
Dengan bantuan saya, kos rawatan kanser dan buah pinggang ini, dapat dibiayai mengikut had pakej pilihan anda.

6 - TANGGUNGAN BIL HINGGA HARI TUA!
Penyakit sekarang menimpa, tak kenal usia. Ada yang sakit semasa muda, ada yang sakit semasa tua. Selagi umur anda belum mencecah usia 75 tahun, tanggungan bil perubatan akan diberikan hingga hari tua!

Dan insurans perubatan ini terjamin pembaharuannya (guaranteed renewal). Penyakit yang telah anda hidapi setelah membeli insurans perubatan ini, akan terus dilindungi sehingga umur 75 tahun atau selagi had seumur hidup belum habis.

MACAM MANA NAK DAPATKAN KHIDMAT SAYA?
----------------------------
Mudah saja caranya - anda hanya perlu menjadi pelanggan insurans perubatan saya!

Saya tak beri khidmat kewangan secara percuma, TETAPI saya beri KHIDMAT BAYARAN BIL PERUBATAN PADA KOS YANG JAUH LEBIH MURAH dari kos biasa!

HARGA BARU INDIVIDU (EFFECTIVE 10 FEB 2006)
---------------------
Bagi kanak-kanak (30 hari - 21 thn), caj insurans bermula dari RM 31.55 sebulan
Dewasa 22-29 tahun, dari RM 44.55 sebulan
Dewasa 30-39 tahun, dari RM 51.39 sebulan
Dewasa 40-49 tahun, dari RM 59.04 sebulan
Dewasa 50-54 tahun, dari RM 90.72 sebulan
Dewasa 55-59 tahun, dari RM 105.93 sebulan
Nota - Caj insurans akan naik mengikut lingkungan umur peserta.

MAHAL?
------
Cuba tanya kawan kawan sebelah anda. Dengan khidmat 24 jam sehari, penyediaan deposit semasa kemasukan dan pembayaran bil perubatan terus menerus ke 68 panel hospital, bolehkah mereka tanggung bil perubatan anda RM 50,000 dengan caj khidmat dari RM 33.55 sebulan?

Caj khidmat insurans di atas, antara yang termurah di pasaran (jika mengikut faedah-faedah yang diberikan). Kalau tak percaya, tanyalah kawan di sebelah anda, samada mereka mampu tanggung bil perubatan RM 50,000 dengan caj bayaran yang serupa?


SYARAT PERMOHONAN
-----------------
Warga negara Malaysia berumur 30 hari sehingga 59 tahun sahaja (dan boleh diperbaharui sehingga umur 74 tahun)

Sihat 100% dan tidak terlalu gemuk.
Jika anda pernah mengalami masalah kesihatan atau pernah dimasukkan ke hospital, peserta perlu beri laporan perubatan dari doktor terkahir yang merawat anda. Medical check-up hanya jika diperlukan sahaja.

Pembayaran secara tunai, cek atau kad kredit (Mastercard & Visa).
Kadar bayaran, secara bulanan, 3 bulan, 6 bulan atau tahunan.


SYARAT JAMINAN INSURANS
-----------------------

Penyakit sedia-ada tidak akan dilindungi. Jadi, jika peserta itu sudah ada darah tinggi, maka penyakit darah tinggi dan penyakit berkaitan seperti sakit jantung, kerosakan buah pinggang, strok dan sebagainya, tidak akan dilindungi.

Ini kerana, penyakit yang sudah ada, tidak boleh diinsuranskan. Sama seperti jika rumah sudah terbakar, tidak boleh diinsuranskan. Kereta sudah remuk, tak boleh nak insuranskan.

Kes kemalangan akan dilindungi serta-merta. Penyakit-penyakit lain yang baru menimpa seperti denggi, demam panas akan dilindungi selepas 30 hari. Penyakit tertentu seperti darah tinggi, kanser, kencing manis, ketumbuhan dan sebagainya, dilindungi selepas 4 bulan sahaja.

Khidmat urusan keluar masuk hospital dan pembayaran terus menerus, hanya akan berkuat-kuasa selepas 90 hari dari tarikh permohonan.


KELEBIHAN-KELEBIHAN
-------------------

1 - Jika tiada tuntutan selama 2 tahun berturut-turut, jumlah perlindungan seumur hidup akan dinaikkan 3 kali ganda. Contoh, dari RM 50,000 kepada RM 150,000.

2 - Lebih 68 panel hospital di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Antaranya Glen Eagles Ampang, Tawakal, SJMC, Pusrawi Jln Tun Razak, Sri Kota Medical Centre, Klang dan sebagainya.

3 - Khidmat kecemasan 24 jam 7 hari seminggu, termasuk hujung minggu, tengah malam dan cuti am. Boleh hubungi nombor kecemasan pada bila bila masa.

4 - Perlindungan perubatan meliputi seluruh dunia.

5 - Pelepasan Cukai Pendapatan sehingga RM 3,000 setahun. Daripada duit habis bayar cukai, lebih baik alihkan bayaran cukai kepada insurans perubatan! Cukai jimat, perlindungan perubatan pun dapat!

6 - Untuk pemohon yang sihat 100%, TIDAK ADA CO-INSURANCE (syarat pembayaran bersama). Untuk orang yang pernah menghidap penyakit atau kemalangan, mungkin ada pengecualian penyakit atau co-insurance ke atas penyakit tersebut.

[ Last edited by  eise at 11-5-2006 02:08 PM ]
Reply

Use magic Report

eise This user has been deleted
 Author| Post time 1-6-2006 09:21 AM | Show all posts
Memilih insurans rawatan, kesihatan

Pelbagai Jenis Polisi Buat Pilihan Orang Ramai


Di Malaysia, pemasaran polisi perubatan dan kesihatan mesti mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara.

Ini termasuk pendedahan sepenuh tentang maklumat jualan, perakuan kadar premium dan rizab oleh aktuari dan had komisen yang standard.

Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) telah menubuhkan satu jawatankuasa bersama untuk membentuk garis panduan pengunderaitan bagi mengawalselia perkembangan perniagaan insurans rawatan dan kesihatan supaya lebih teratur.

Di Malaysia, insurans rawatan dan kesihatan ditawarkan oleh syarikat insurans hayat dan am. Tetapi semenjak tahun 1997, jualan polisi rawatan dan kesihatan telah diperkemaskinikan.

Sebelum Akta Insurans 1996 dilaksanakan pada bulan Januari 1997, syarikat insurans hayat hanya menawarkan polisi rawatan dan kesihatan sebagai rider bagi polisi insurans hayat.

Tetapi sejak tahun 1997, syarikat insurans hayat dibenarkan menjual polisi insurans rawatan dan kesihatan secara bersendiri (stand alone). Ini bermakna pemegang polisi boleh membeli insurans rawatan dan kesihatan tanpa membeli polisi insurans hayat.

Usaha mengemaskinikan jualan polisi insurans rawatan dan kesihatan telah didorong oleh:

1. Bidang insurans rawatan dan penyakit mempunyai kaitan dengan morbiditi (risiko seseorang jatuh sakit) - satu aspek yang mana syarikat insurans hayat lebih berkemahiran dan berpengetahuan.

2. Terdapat permintaan daripada orang ramai untuk jenis polisi ini. Pada waktu yang sama, industri insurans hayat mempunyai seramai 80,000 ejen untuk memasarkan produk ini.

3. Pelepasan cukai sebanyak RM3,000 untuk premium polisi pendidikan atau rawatan bagi seseorang individu, isteri ataupun anak.

Syarikat insurans am lazimnya menjual polisi insurans rawatan dan kesihatan sebagai polisi bersendiri tetapi boleh diperbaharui setiap tahun. Ini bermakna anda perlu memperbaharui polisi tersebut setiap tahun. Syarikat insurans akan menghantar notis memperbaharui polisi kepada pemegang polisi mereka.

Premium bagi sesuatu polisi yang akan diperbaharui itu mungkin sama ataupun lebih tinggi. Ianya bergantung pada tahap dan kumpulan umur seseorang pemegang polisi.

Terdapat dua jenis rider insurans perubatan dan kesihatan yang ditawarkan oleh syarikat insurans hayat iaitu rider pembaharuan tahunan dan rider pembaharuan terjamin.

Polisi pembaharuan tahunan adalah untuk tempoh satu tahun. Pada akhir tempoh tersebut, polisi dibaharui dengan persetujuan bersama syarikat insurans dan orang yang diinsuranskan.

Bagi polisi pembaharuan terjamin, syarikat insurans hayat mesti memperbaharui polisi tersebut tetapi kadar premium mungkin dinaikkan.

Terdapat pelbagai jenis polisi insurans rawatan dan kesihatan yang membayar terus atau membayar semula kos yang telah dibelanjakan untuk merawat penyakit atau kecederaan. Polisi-polisi tersebut adalah:

1. Insurans hospital dan bedah. Polisi ini membayar semula segala perbelanjaan perubatan seseorang akibat daripada penyakit atau kemalangan di hospital yang berdaftar.

2. Insurans perubatan utama. Polisi ini dikhaskan untuk pembedahan utama dengan perlindungan insuran yang tinggi. Lazimnya, ia merupakan polisi tambahan kepada polisi asas insurans hospital dan bedah.

3. Insurans Klinik Pesakit Luar. Ini adalah faedah tambahan bagi polisi insurans hospital dan bedah yang ditawarkan sebagai insurans berkelompok. Ia membiayai kos perbelanjaan rawatan doktor di klinik pesakit luar.

4. Faedah Bersalin. Ini ditawarkan kepada pekerja wanita atau isteri pekerja lelaki di bawah insurans berkelompok. Polisi ini membayar semula perbelanjaan bersalin.

5. Faedah pergigian. Ia membayar semula perbelanjaan rawatan pergigian mengikut had yang ditetapkan.

6. Polisi pendapatan hospital. Polisi ini membayar satu amaun yang tertentu bagi setiap hari semasa orang yang diinsuranskan itu tinggal di hospital.

7. Insurans penyakit kritikal. Polisi ini membuat bayaran sekali gus jika salah satu penyakit kritikal yang tersenarai didiagnosiskan oleh doktor (buat masa ini senarai tersebut terhad pada 36 jenis penyakit).

Terdapat juga syarikat insurans hayat yang menawarkan polisi insurans rawatan dan kesihatan bersama-sama dengan polisi pendidikan. Ini adalah untuk memenuhi permintaan pelanggan semata-mata.

Pada masa sekarang, ibu bapa begitu mengambil berat tentang kesihatan dan keperluan pendidikan masa depan anak-anak mereka. Oleh itu, ada syarikat insurans hayat menawarkan produk kacukan yang menggabungkan kedua-dua polisi ini sebagai strategi pemasaran mereka.

Dengan berbuat demikian, syarikat insurans hayat juga membantu pemegang polisi mengambil kesempatan ke atas faedah cukai yang dilaksanakan sejak tahun 1996. Pemegang polisi kini boleh menuntut pelepasan cukai maksima sebanyak RM3,000 bagi premium pelan rawatan dan pendidikan.

Terdapat pelbagai jenis pelan insurans rawatan dan kesihatan untuk pilihan orang ramai.

Satu pelan yang menarik ialah kad rawatan yang ditawarkan kepada orang yang diinsuranskan. Kad ini memudahkan proses pendaftaran masuk dan keluar daripada hospital di samping menawarkan beberapa jenis perkhidmatan lain yang berkaitan.



*Rencana ini diterbitkan dengan kerjasama Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM). Rencana yang telah disiarkan boleh didapati melalui laman web LIAM www.liam.org.my.

[ Last edited by  eise at 1-6-2006 11:53 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2006 03:30 PM | Show all posts
Originally posted by ummy43 at 31-3-2006 07:40 PM
ari tu aku wat operation buang hempedu, the total cost is RM15,500.00.
Warded for 8 days. So cam ne, mahal kan,


...sis..yours was it laparoscopic surgery or open surgery??.

...eerrr...but memandangkan ko stay sampai 8 hari my guess was an open surgery huh???...i had mine done laparoscopically...emergency op..went into theatre at about 1am...back to ward at 4am...by 6am aku dah bley pi toilet sendiri...and during lunch time...dah bley jalan2 satu ward...duk spital cuma 3 hari jer...tu pon actually aku yang mintak extend my stay...saja nak lepak2 kat spital...wakakakaka!!...bill size pon ok gak lerr sebab company subsided...cuma deduct about $600 plus from aku pey medisave account...thats the advantage of laparoscopic surgery...pt doesnt have to stay long in hospital...thus cutting down their bill size too...

...tapi...kalau dah tak bley nak lakukan secara lap...then...no choice lerrr...kena bukak jugak lah...heh...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2006 10:26 PM | Show all posts
anak lecturer aku berkhatan kena sampai rm5000!
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2006 11:45 PM | Show all posts
ada tak yg cover buat rawatan di klinik2? so tak yah bayo bil klinik? mcm HLA ada..

kalau apply maa ni, bape bulan2 nak kene bayo?
pastuh duit kite bayo tu bulan2, boleh jadi simpanan ke?
org tak keje boleh apply?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 12:32 AM | Show all posts
Originally posted by naiza at 24-4-2006 06:16 PM

hehehe....aku pun buat kolisistitis iaitu pembuangan hempedu, buat kt hospital kerajaan RM75 saahaja. duk 3 hari dh boleh baikkkkk....


i pulak buang tiub falopian sebelah kiri sbb atopic pregnancy (pregnant luar). kosnya sama mcm u, duk 3 hari 2 mlm je. layanan lbh kurang sama je dgn private.

mula2 i gi private gak. doktor tu ckp nak tebuk kiri dan kanan bhg bwh perut (kat rahim la kot). my husband tanya kosnya brape, dia ckp RM3K utk operation saja. mana la nak cekau duit sebyk tu sehari sblm raya. bajet dah abis beli kain baju kueh muih utk raya.

then i terus gi emergency wad spital gomen, bawak surat rujukan dari doktor private tadi. masuk wad, lps doktor cek semua....dia ckp nak kena operate mcm biasa (bkn laporascopy la- betul ke ayat tu?). sib baik tak buat kat spital private tu. doktor gomen ckp kulit i byk lemak, nak tebuk2 mmg tak jamin blh buat. i akur je la. nyawa dah 50-50. 1/2 jam lps doktor ckp kena operate, i terus demam. mmg sah...Penakut!

masa thn 1999 dulu operate tonsil, takde lak demam2. hepi je time tu sbb doktor pun lawak2 sket. bayo RM4K pun tak nyesal sgt sbb layanan tip top.

cuma yg tak bestnya, bila diusung masuk ke bilik bedah tu...dah rasa mcm masuk kat bilik mayat la pulak. sejuk giler!
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 09:57 AM | Show all posts

Reply #31 eise's post

eise,

Which company yg you buat nih? Never heard abt adernyer coverage for maternity? Was it just for Group Medical Policy or applies for Individual?

One more thing, please do not promote SJMC...this is one blardy hell stupid and arrogant Medical centre I ever been. Medical card tak laku di sini....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


eise This user has been deleted
 Author| Post time 6-6-2006 10:49 AM | Show all posts
Originally posted by miss_comel at 5-6-2006 11:45 PM
ada tak yg cover buat rawatan di klinik2? so tak yah bayo bil klinik? mcm HLA ada..

kalau apply maa ni, bape bulan2 nak kene bayo?
pastuh duit kite bayo tu bulan2, boleh jadi simpanan ke?
org  ...



Medical kad MAA tak de cover klinik, hanya cover kos perubatan hospital dan di wadkan ,,termasuk pre & post examination sebelum masuk wad...

Tujuan utama amik kad perubatan adalah untuk melindungi kurugian dari kos perubatan yang besar,,stakat sakit luar demam ke apa ke,,20-50 ringgit boleh byar sendiri kan..kita bimbang yang menelan kos berpuluh2 ribu..

Insurans perubatan x de yang berunsur simpanan, mana2 syarikat  insurans skalipun just perlindungan sahaja..cover sehingga umur 75 dan tak de nilai tunai..

bayaran premium bulan2 ada dlm post sya sebelum ini..
Reply

Use magic Report

eise This user has been deleted
 Author| Post time 6-6-2006 10:57 AM | Show all posts
Originally posted by sapubersih at 6-6-2006 09:57 AM
eise,

Which company yg you buat nih? Never heard abt adernyer coverage for maternity? Was it just for Group Medical Policy or applies for Individual?

One more thing, please do not promote SJM ...


MAA..medical kad x de cover menternity,,tu penyakit cari sendiri:nerd: ,,tetapi kalau insurans wanita ada bayar elaun menternity..

boleh ..Individu, Fmiy and company ( individual premium)

May be u ada bad experiance dangan SJMC,,buat ramai my friend kata ok je SJMC,,btw depend kepada pengalaman org tu..u kata medical kad tak laku di SJMC ,,mcm mna tu??

munkin ada beberapa sebab..

-Kad tak aktif
-terlebih tempoh ehsan untuk byar premium
-insurans company tak de service time kad holder nak masuk wad, so hospital tak kan terima kad tersebut..make sure syarikat tu offer services 24 jan & 365 hari per yr termasuk cuti umum,
- penyakit tu penyakit sedia ada

Kalau semua perkara di atas tak berlaku,,insyaallah kad boleh di gunakan ..takde mslah
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2006 12:47 PM | Show all posts

Reply #38 eise's post

Unlike your frens punyer experience, most of my fren told me not to go to SJMC. But memandangkan at that time SJMC has the best Pediatric specialist, I pegi gak....

bukan masalah medical kad but the admission.

My current medical card entitles me for a Single bed when it cost abt RM 198, my plan covers upto RM 250 per day. I have told them I want single bad..but ofcourse when I am not working my attire is as simple as it looks like I could not afford it. The clerk ask me 3 times whether my medical card entitles me for a single bed....I 3 times said yes in 3 different languages...

Instead of taking my card they advise me to pay a deposit of RM 1,500 for speedy admission. I said no. this is a cashless medical policy, why do I need to pay? She said wait 1 hours to clear the status of the card...blardy hell, the card is covered by a reputable company n sorry to say much more reputable than MAA.

Then I waited for 2 hours still they couldn't admit me coz they want a black n white confirmation from the company the card I flashed. then 3 hours later I got fed up, called up my agent and he finds out that the confirmation has been faxed to them some 2 hours ago. I asked the lady and she said they haven't received it. So, I said alright then I pay for the deposit. After I pay the deposit and all, she got the guts to tell me there is no room available....fark shit...I wasted 3 hours in that stupid hospital just to know there is no room available. If they would have told me earlier I could have gone to another hospital isn't it.

So, I gave them a scare of their life, I shouted at the manager flashed my business card and showed her all my credentials and told her to fark off...I demand my money back and left the hospital and went to another hospital.

So, unlike your frens, my frens even my agent have asked me not to go to SJMC.

That will be my first n last to go there.

Unlike your reasoning, the card is very active n usable....it is just SJMC.

For your info, I am not a sengkek fella....only when I am not working my attire is abit low down and looks cam apek jual ikan...hahahahahahaha....but I love to kill off people perception towards people who dressed down....hahahahaha...
Reply

Use magic Report

eise This user has been deleted
 Author| Post time 6-6-2006 05:03 PM | Show all posts
Originally posted by sapubersih at 6-6-2006 12:47 PM
Unlike your frens punyer experience, most of my fren told me not to go to SJMC. But memandangkan at that time SJMC has the best Pediatric specialist, I pegi gak....

bukan masalah medical kad but ...


Benda macam ni subjektif, last month salah seorg abng kepada kwn saya masuk senang je, x sampai 2 jam terus wat operation,,salah satu sebab nya atitude staff hosp tu sendiri, maklum la makan gaji..

I respect cara saudara low profile base on kadar bilik yang saudara miliki tu sekurang2 plan 3/4,, kad tak aktif tu hanya contoh saya tak tujukan kepada sesiapa.tu based on normal situation,,keadaan mcm saudara alami ni tidak musatahil boleh terjadi,,kita ada pilihan hospital yang banyak,tindakan yang u ambil adalah satu tindakan yang betul cari je hospital lain,yang paling dekat Sunway medical..

Reputable or not insurans company tersebut x menjadi soal, asalkan benda yang nak claim tu menepati perkara yang terkandung dalam polisi..kalau nak claim benda yang tak di lindungi dalam polisi se reputable mana pun isurans co tu,,sure tak leh claim..

[ Last edited by  eise at 6-6-2006 05:09 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.230384 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list