CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pokcikgumber

Angkat Berat - Weight Lifting

[Copy link]
Post time 7-9-2006 12:43 AM | Show all posts
alahai....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2007 01:20 PM | Show all posts
pic faizal semasa sukan komanwel 06....

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2007 11:22 PM | Show all posts
Atlit angkat berat India terjebak lagi

NEW DELHI: Tiga atlit angkat berat India didapati positif kerana menggunakan dadah terlarang, dua hari selepas badan pentadbir dunia menarik semula pengharaman terhadap negara itu kerana kesalahan dadah.

Pegawai atlit angkat berat India, Balbir Bhatia mengesahkan laporan media yang menyebut tiga atlit yang tidak dinamakan itu gagal dalam satu ujian yang dilakukan sewaktu kejuaraan kebangsaan Disember lalu.

揃adan berkuasa Sukan India memberitahu kami mengenai ujian positif itu,
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 03:47 PM | Show all posts

Reply #23 dexa's post

hahaha tak kenal serik
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 03:52 PM | Show all posts
angkat simen pun berat nak mampus.....
baru 50 kilo....cissss
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 07:45 PM | Show all posts
Amirul ikuti latihan di China
Oleh Asrol Awang

TIADA yang paling menggembirakan buat bekas atlit angkat berat negara, Amirul Hamizan Ibrahim apabila dipanggil menyertai skuad negara dalam sesi latihan di China, Mac depan.

Berita gembira itu hadir ketika penggantungan dua tahun yang dihadapi Amirul pada Februari 2005 berakhir baru-baru ini yang memberi sinar baru untuk kembali pada landasan terbaik.

Bagi Amirul, dia menerima berita gembira itu daripada pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) sebelum sambutan Tahun Baru Cina lalu dan peluang yang diperoleh tidak akan dipersia-siakan.

揝aya amat berbesar hati dengan perhatian MSN yang masih sudi menerima sebagai atlit negara seterusnya mengikuti sesi latihan di China pada awal bulan depan.

揝ememangnya inilah saat paling indah yang dinikmati selepas terpaksa meminggirkan sukan angkat berat selama dua tahun disebabkan kesalahan dadah yang dihadapi pada Februari 2005.

揘amun, saya sudah sedia untuk kembali bagi mengembalikan kejayaan yang pernah dikecapi seperti kejohanan di peringkat antarabangsa dan Asia sebelum ini,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2007 05:10 PM | Show all posts
Kegagalan Doha rangsang Mohd Hidayat


KEGAGALAN di temasya Sukan Asia Doha tahun lalu memalit memori pahit sekali gus memberi perangsang kepada atlit angkat berat negara, Mohd Hidayat Hamidon bagi mencipta kejutan di Kejohanan Angkat Berat Dunia, September ini.


Walaupun sedar peluangnya meraih pingat di kejohanan itu agak sukar, namun berbekalkan semangat kental dalam menjalani latihan secara konsisten dan teratur, dia mampu sasarannya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk digapai.

揑ni kerana kejohanan itu akan turut disertai oleh atlit jaguh dunia dari China, Kazakhstan, Iran dan Indonesia selain atlit lain dari Eropah,
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2007 04:29 PM | Show all posts
suka gak sport nih....test your strenght...macho
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2007 10:17 AM | Show all posts
Raihan gah pecah rekod angkat berat kebangsaan
Oleh Hasnira Hassan


ATLIT Majlis Sukan Kelantan, Raihan Yusoff memecahkan rekod kebangsaan milik sendiri dalam kategori 53 kilogram (kg) clean dan jerk selepas berjaya mengangkat 90kg, sekali gus memastikan pingat emas dalam Sukan Wanita Kebangsaan kedua (SWK-2), semalam.

Remaja berusia 19 tahun itu sebelum ini mencipta rekod 80kg dalam Sukan Malaysia (Sukma) tahun lalu.

Malah, dalam acara yang berlangsung di pusat beli belah South City Plaza, Raihan memperoleh dua emas selepas menguasai kategori snatch apabila berjaya mengangkat 62kg.

揝aya memang berhasrat memecahkan rekod sejak awal tahun dan tidak berasa tertekan menyertai pertandingan ini,
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2007 02:44 PM | Show all posts
alamak badan aku kering je...
boleh ke nak angkat berat ni????
setakat 20kg boleh lagi la...
lebih2 tu sendiri mau ingat la
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 11:06 AM | Show all posts

Reply #30 akughi's post

oooh ko kena naikkan badan dulu tuh...

satu je nasihat aku

tukar saiz sudu ko ke yg lebih besar... dlm masa setahun lihatlah hasilnya
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 01:08 PM | Show all posts

Reply #31 ReuK's post

baik aku makan pakai sendok terus....
baru betul2 banyak.. sekali telan...
mau terbekik aku nanti hahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2007 01:41 PM | Show all posts
Amirul sasar ke Olimpik
Oleh Asrol Awang

PEMENANG pingat emas Sukan Komanwel Manchester 2002, Amirul Hamizan Ibrahim akan memastikan dirinya terpilih mewakili negara ke Sukan Olimpik Beijing 2008 bagi memberi saingan kepada atlit angkat berat terbaik dunia.

Bagi mencapai misi berkenaan, atlit kelahiran Kuala Rompin, Pahang itu sedang menjalani latihan intensif setiap hari di Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai persiapan awal terutama jumlah angkatan membanggakan.

Sebagai ujian awal, Amirul berkata, Sukan Sea Korat, Thailand yang berlangsung penghujung tahun ini, bakal menempatkan dirinya sebagai atlit angkat negara bagi kategori 62 kilogram.

揃agaimanapun, saya difahamkan, hanya seorang atlit bagi setiap kategori akan disenaraikan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) untuk mewakili negara di Sukan Sea Korat nanti.

Setakat ini, hanya saya dan Naharuddin Mahayuddin dan Roswadi Abdul Rashid dalam kategori 62kg yang memerlukan kami bersaing sesama sendiri untuk berada di Korat,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2007 09:46 PM | Show all posts
weight lifting /power lifting not a bad sport..bole layan
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2008 04:59 AM | Show all posts
Badang Malaysia baiki angkatan


Muhammad Hidayat Hamidon.

KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2008 06:24 AM | Show all posts
PABM ramal empat atlet layak ke Sukan Olimpik Beijing

Oleh DRAHMAN BAHARUN
[email protected]

EMPAT atlet elit angkat berat negara dilihat memiliki peluang cerah untuk beraksi pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China pada Ogos ini.

Setiausaha Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Suhaimi Khamis berkata, sasaran tersebut berdasarkan pencapaian semasa empat atlet terbabit dari segi jumlah angkatan yang mereka dilakukan.

Menurutnya, antara yang dilihat berpeluang ialah Amirul Hamizan Ibrahim bagi kategori 56 kg diikuti Naharuddin Mahayuddin (62kg), Mohd. Fairol Talib (69kg) dan Muhammad Hidayat Hamidon (69kg).

Begitupun mereka perlu membuktikannya pada Kejohanan Angkat Berat Asia yang juga kejohanan kelayakan ke Olimpik di Jepun pada 27 April depan.

Katanya, pihaknya turut menghantar atlet angkat berat elit dan pelapis untuk menyertai kejohanan tersebut bagi memburu tempat ke Olimpik.

"Antara yang turut menyertai kejohanan kelayakan Olimpik di Jepun April depan termasuk Zulkifli Che Ros, Abdul Azim Nazmi dan juga Zaira Zakaria.

"Kita tetap yakin atlet kita akan berjaya melayakkan diri meskipun saingan dijangka getir khususnya daripada negara China, Thailand, Iran, Indonesia dan sebagainya," katanya kepada Kosmo! semalam.

Suhaimi berkata, PABM turut menghantar empat atlet untuk menyertai latihan di Pulau Hainan, China sejak awal Mac lalu.

Mereka terdiri daripada Naharudin (62kg), Mohd. Fairol Talib (69kg), Zaira Zakaria (48kg) dan Raihan Yusof (53kg).

"Kita hanya menghantar empat atlet ke Hainan kerana hanya senarai nama tersebut yang diluluskan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

"Kami memang mahu menghantar lebih ramai atlet namun terpaksa akur dengan keputusan MSN.

"Mungkin mereka melihat penilaian semasa serta prospek atlet yang dihantar itu.

"Bagi mereka yang tidak menyertai latihan di China mereka tetap berlatih seperti biasa di MSN Bukit Jalil di bawah jurulatih masing-masing," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2008 06:39 AM | Show all posts
Masih ada peluang ke Beijing

WALAUPUN gagal menempah kedudukan selesa pada Kejohanan Angkat Berat Asia di Jepun semalam, atlet angkat berat negara, Amirul Hamizam Ibrahim dan Mohd. Faerul Talib masih berpeluang untuk bertanding pada Sukan Olimpik di Beijing, Ogos nanti.

Semalam, Mohd Faerul berjaya mengangkat bebanan seberat 132kg bagi acara snatch sekali gus mengatasi rekod kebangsaan seberat 110 kilogram.

Amirul turut mencipta rekod baru dalam kategori 56kg snatch dengan angkatan 121kg, mengatasi rekod lama seberat 117.5kg.

Setiausaha Kehormat Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Suhaimi Khamis berkata beliau percaya kedua-dua atlet ini masih lagi mempunyai harapan untuk layak ke Olimpik namun keputusan hanya akan diketahui secara rasmi selepas mesyuarat jawatankuasa pengadilan dan teknikal pertandingan diadakan.

"Jika dinilai dari sudut angkatan individu, saya yakin bahawa Amirul dan Mohd Faerul boleh layak ke temasya yang paling berprestij itu," katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya keputusan akan dibuat oleh jawatankuasa tersebut selepas tamat kejohanan pada 1 Mei ini.

Suhaimi juga agak terkilan kerana Muhammad Hidayat Hamidon tidak membuat sebarang angkatan dalam kejohanan itu.

"Saya rasa dia gagal untuk membuat angkatan kerana mengalami masalah berat badan," katanya.

Sebelum masuk pertandingan, setiap atlet angkat berat perlu ditimbang untuk memastikan bahawa berat badan mereka tidak melebihi had berat kategori yang disertai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2008 10:16 PM | Show all posts
26 Julai, 2008
Lima Atlet Pelapis Angkat Berat Sertai Kejohanan Komanwel Remaja Di India

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Lima atlet pelapis angkat berat akan menggalas cabaran negara pada kejohanan Komanwel Remaja kali ketiga yang akan berlangsung selama enam hari mulai 12 Oktober di Pune, Maharashtra, In
dia.

Setiausaha Kehormat Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Lt Komander Suhaimi Khamis berkata, bagaimanapun calon yang akan dihantar bergantung kepada keputusan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

PABM telah menyenarai pendek nama lima atlet angkat berat, iaitu dua lelaki dan tiga wanita, yang mempunyai potensi untuk beraksi di kejohanan yang membabitkan negara-negara komanwel itu, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya persatuan itu telah meletakkan sasaran tiga pingat, tanpa mengira warna, berdasarkan pada kejohanan yang sama di Australia empat tahun lepas, atlet angkat berat negara membawa pulang satu emas dan dua perak.

"Saya percaya atlet remaja yang terpilih nanti mampu membawa pulang pingat untuk negara dan kejohanan ini akan menjadi medan terbaik kepada mereka untuk mencari pengalaman sebelum diserapkan ke skuad elit," katanya.

Malaysia dijangka menghantar 53 atlet yang akan mengambil bahagian dalam lapan acara sukan pada kejohanan itu.

Semasa kejohanan di Australia empat tahun lepas, Malaysia secara keseluruhan berjaya membawa pulang enam emas, sembilan perak dan tiga gangsa dan menduduki tempat keenam daripada 18 pasukan yang bertanding.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 03:11 AM | Show all posts
Originally posted by amazed at 28-2-2008 04:59 AM
dulu aku try gak sukan ni konon2nya mcm aku kuat ler sgt .. sampai nakterkencing aku dok angkat berat.. leh leh aku tau mmg aku bukan buildnak angkat benda2 ni.. setakat less than 20lb okay lagi... 10lb eachhand.. bicep aku okay la gak.


20lbs baru +- 10kg.....
hihihi


Chow
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2008 06:59 PM | Show all posts
Originally posted by batabaka at 4-8-2008 03:11 AM


20lbs baru +- 10kg.....
hihihi


Chow



hehhe..tak ler berat mana yek..

weightlifting nih angkat beban yg bebetul berat...100++kg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.088698 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list