|
KUALA LUMPUR: ?Saya masih hidup dan mampu menjaga anak. Justeru, saya tidak memerlukan sesiapa untuk mengambil alih tugas saya sebagai ibu,? kata bekas isteri Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, Tengku Zawyah Tengku Izham.
Tengku Zawyah, 43, berkata demikian kerana terguris dengan Siti Nurhaliza yang pernah mengatakan kesanggupan menjaga semua anak hasil perkongsian hidup Datuk K dengan kerabat diraja itu selama 20 tahun.
Sehubungan itu, dia bersama tiga daripada empat anaknya berkemungkinan besar tidak berada di negara ini pada hari pertunangan dan pernikahan Datuk K dengan Siti, 21 Ogos dan persandingan mereka, 28 Ogos ini.
Menurutnya, rancangan untuk bercuti di Melbourne, Australia, bersama Mohamed Anas Zawawi, 19, Mohamed Adib, 16, dan Mohamed Aazief, 8, sudah dibuat sejak awal.
?Mungkin, Mohamed Asyraf, 14, seorang saja akan menghadiri majlis perkahwinan ayahnya,? katanya ditemui pada majlis pelancaran Kelab Warisan Wanita (Warista) di sini, semalam.
Tengku Zawyah berkata, kunjungannya ke negara kanggaru itu untuk menenangkan fikiran selepas kes tuntutan harta sepencarian antara dia dan Datuk K diselesaikan dengan baik pada 11 Ogos lalu.
Selain itu, dia mahu menghabiskan masa bersama anak sulungnya, Mohamed Anas yang belajar di Australia.
?Saya bukan bawa hati kerana Datuk sendiri sudah tahu hal ini. Lagipun, memang saya tidak mahu berada di sini sepanjang majlis perkahwinan mereka berlangsung.
?Kami akan berangkat ke Australia pada 19 Ogos dan pulang semula ke tanah air pada 7 September,? katanya.
Tengku Zawyah turut mengakui hubungannhya dengan Datuk K masih baik sehingga sekarang.
?Saya lakukan semua ini demi anak. Walaupun sudah bercerai, anak saya tetap perlukan kehadiran ayah mereka. Saya tidak pernah paksa atau cuba mempengaruhi mereka, bahkan anak saya berhak dan bebas buat pilihan.
?Lagipun semuanya sudah diselesaikan secara baik. Saya terima qada dan qadar Tuhan dengan hati yang reda. Kehidupan saya juga lebih gembira sekarang,? katanya
Berdasarkan perkembangan sekarang, dia mengharapkan dapat menjalani hidup dengan penuh ceria dan sentiasa berdoa semoga Allah memberinya kekuatan, malah impiannya hanya untuk melihat anak-anak berjaya.
Tengku Zawyah juga menganggap dirinya bertuah kerana semua anaknya dapat menerima situasi yang dihadapinya dan bekas suami.
?Alhamdulillah,anak-anak banyak memberi sokongan kepada saya. Mereka sedia mendengar luahan hati dan berkongsi apa saja, lebih-lebih lagi anak sulung saya,? katanya.
Tengku Zawyah menjelaskan tindakannya mendiamkan diri selama ini kerana mahu menjaga hati anak selepas pelbagai cerita dan beberapa kenyataan Datuk K disiarkan media.
?Pada masa sama, saya tidak mahu anak melihat saya lemah. Bagi saya, biar orang guris hati saya tetapi saya tidak akan mengguris perasaan orang,? katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Datuk K pada 1986, namun berpisah secara rasmi pada 12 Mac 2005.
Mengenali Siti pada 2004, Tengku Zawyah turut menafikan Siti pernah memanggilnya ?Mummy? manakala Datuk K, Daddy, sebagaimana dihebohkan.
?Dia (Siti) membahasakan saya sebagai Datin sementara bekas suami, sebagai Datuk. Kami berkenalan pada 2004 dan Siti antara kenalan rapat keluarga saya,? katanya.
Mengenai kontroversi gambar anak lelaki keduanya, Adib yang tersebar di internet bersama dua gadis jelita, Tengku Zawyah mengakui dia turut berada di tempat itu.
?Saya sendiri yang mengambil gambar mereka sempena sambutan Hari Ibu, baru-baru ini. Dua gadis yang dimaksudkan Eva dan Alissa, kawan baik anak saya.
?Sebenarnya ramai lagi kenalan kami berada di situ. Minuman yang dipegang anak saya bukan minuman keras, sebaliknya Magarita tanpa alkohol.
?Saya tidak mungkin membenarkan anak saya berbuat demikian (minum arak) kerana saya seorang yang tegas. Hisap rokok pun anak saya tidak pernah.
?Gambar itu tersebar kerana ada orang yang tidak bertanggungjawab mencurinya dari laman Friendster anak saya,? katanya yang sedih membaca buku,?Kalau Jodoh Tak Ke Mana, mengisahkan perkenalan Datuk K dengan Siti. |
|
|
|
|
|
|
YaNnIe This user has been deleted
|
Originally posted by peacefrog at 26-8-2006 05:50 PM
oh soriler haku tak tahu plak dah 2 tahun CT cakap dia berpacaran ngan DK
bila exactly 2 tahun tu yang dia cakap dia dah berkasih ngan DK ni? suwat kabar, majalah mana?
aku setuju cakap ko..:setuju::setuju::setuju: |
|
|
|
|
|
|
YaNnIe This user has been deleted
|
Originally posted by icelemontea at 28-8-2006 08:09 AM
ngenalin aja...tapi ada intention nak wat laki? ngok tul..
aa ah...ngok betul...
dah terang lagi nak besuluh orang tu yek...
nak tegang kan benang basah lahkatakan.....:pmuka::pmuka::pmuka: |
|
|
|
|
|
|
|
berlagak Lah CT aku tak dulik kalau dia niee memang senget tapi ngakunnn org baik tulah yang aku benci tuuuuuuuuu apalahhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
berita tu telah di edit....harap maklum..bukan 2 tahun tp setahun ajer |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by JAY-Z at 28-8-2006 06:11 PM
berita tu telah di edit....harap maklum..bukan 2 tahun tp setahun ajer
setahunjer MEMBOHONG!
elokler tu
bohong sunat....
pasni nak kuar plak statement sebulan jer (pas2 seminggu pas2 sehari last2 sesaat cuma)
and ketiak2 karatznyer will lap them up like a dog....... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by peacefrog at 28-8-2006 07:31 PM
setahunjer MEMBOHONG!
elokler tu
bohong sunat....
pasni nak kuar plak statement sebulan jer (pas2 seminggu pas2 sehari last2 sesaat cuma)
and ketiak2 karatznyer will lap them up like a ...
apa ko nie? setahun membohong? bukan ke CT kata dia mula rapat dgn DK lepas albert hall..tu tahun lepaslah deknon.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eddysheddy at 28-8-2006 07:34 PM
apa ko nie? setahun membohong? bukan ke CT kata dia mula rapat dgn DK lepas albert hall..tu tahun lepaslah deknon..
first of all macam ler haku nak percaya ngan statement setahun tu...tu biar ler rahsia ketiak2 karatznyer untuk percaya pada mulut tapi hangit di perut...
second kalau setakat kawan biasa remember KD still refer as PACARNYA.....
so bila kala tang suwat kabar and majalah mana yang dia declare DK tu pacarnya tahun lepaih tu..
still jangan mara dia still BOHONG sunat...... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by peacefrog at 28-8-2006 07:38 PM
first of all macam ler haku nak percaya ngan statement setahun tu...tu biar ler rahsia ketiak2 karatznyer untuk percaya pada mulut tapi hangit di perut...
second kalau setakat kawan biasa re ...
eh Royal Albert Hall tu bila hah? sori bagi haku tak penting sgt bende picisan nih dulu. tu pasal haku tak ingat....
ooo dia BARU kenal DK ni setahun lalu ajer ker? sebelom ni dia tak kenal lah yer?......
[ Last edited by peacefrog at 28-8-2006 07:43 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Menurut isteri Anang Hermansyah itu, sudah sejak dua tahun lalu ia menyuruh Siti segera menikah. 'Waktu itu dia sudah ngenalin pacarnya
- ayat nie just bermakna yg Siti dah kenal DK sejak 2 tahun lalu.....bukannya dah jadi pacarnya sejak dua tahun lalu...
pacarnya itu hanya sebagai reference pada DK...
-
Cth :
Sejak 5 tahun lalu, Minah sudah mengenali suaminya .
Adakah ayat nie bermakna, minah dah berkahwin 5 tahun lalu?
Ayat ini hanya bermakna 5 tahun dulu, minah dah kenal insan yg dulunya belum jadi suami, tapi kini dah jadi suami... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by peacefrog at 28-8-2006 07:41 PM
eh Royal Albert Hall tu bila hah? sori bagi haku tak penting sgt bende picisan nih dulu. tu pasal haku tak ingat....
ooo dia BARU kenal DK ni setahun lalu ajer ker? sebelom ni dia tak kena ...
dia mula rapatlah tahun lepas..bukan mula kenal deknon.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eddysheddy at 28-8-2006 07:47 PM
dia mula rapatlah tahun lepas..bukan mula kenal deknon..
ooo KD teman rapat CT tu pembohong besarler bila cakap NGENALIN pacarnyer tu, pasal ko gak ader kat situ untuk membetulkan. |
|
|
|
|
|
|
|
sejak 2 tahun dulu CT lijah sudah mengenali suaminya. amat berbeza ngan setelah 2 tahun dulu Ct lijah sudah mengenali boifrennye..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by peacefrog at 28-8-2006 07:41 PM
eh Royal Albert Hall tu bila hah? sori bagi haku tak penting sgt bende picisan nih dulu. tu pasal haku tak ingat....
ooo dia BARU kenal DK ni setahun lalu ajer ker? sebelom ni dia tak kena ...
kalau ko tak tahu albert hall tue 1 April 2005... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eddysheddy at 28-8-2006 07:53 PM
kalau ko tak tahu albert hall tue 1 April 2005...
oooh dah SETAHUN! sekarang nih berapa aribulan April?
ooo dia BARU kenal DK April lepaihler yer....? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by peacefrog at 28-8-2006 07:53 PM
sejak 2 tahun dulu CT lijah sudah mengenali suaminya. amat berbeza ngan setelah 2 tahun dulu Ct lijah sudah mengenali boifrennye.....
takde bezanyaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by peacefrog at 28-8-2006 07:55 PM
oooh dah SETAHUN! sekarang nih berapa aribulan April?
ooo dia BARU kenal DK April lepaihler yer....?
dah kenal sebelumnya lagi...
preparation nak pergi sana adalah sejak penghujung tahun 2004 lagik..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ColbyRaikkonen at 28-8-2006 08:00 PM
takde bezanyaaaa
ade bezanye.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|