|
Kencing Berdiri..berdosakah?
salam..
benarkah kalau kita kencing berdiri, akan mendapat azab siksa semasa di alam kubur nanti?
..dan jatuh di dalam perbuatan yg berdosa?
jika sesiapa tahu tolong la bagi jawapan..kalau boleh jika ada hadis sahih boleh la diletak di sini..
TQ |
|
|
|
|
|
|
|
slalunye kalo kencing berdiri dikhuatiri airnya akan bersepah memercik kat kaki/seluar tanpa sedari.. tu yg sampai azab kubur tuh..
isk2 tapi bab kencing diri tu sendiri sy tak tau plak... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 a.ceCCo's post
bukan ke ada antara para sahabat yg meriwayatkan bahawa dia pernah nampak nabi Muhammad kencing berdiri. nape lak jadi makruh? |
|
|
|
|
|
|
|
jadi makruh la kalau saja saja suka nak kencing berdiri..
Kecualilah kalau terpaksa buat begitu atas sebab2 tertentu..
Itu lah maksud hadis2 yang aku dan korang pernah baca tu..
Tapi kalau rajin2 tu, bolehlah fikir2kan benda ni.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 cak!'s post
Sunnah Nabi membuang air kecil adalah sambil duduk. Confirm
Pernah terdengar kata2 yang mengatakan Nabi pernah kencing berdiri, dan dijadikan dalil untuk membolehkannya. Kalau ada orang boleh bagi hadithnya bagus juga. Apapun, kalau nak praktik yang ni, janganlah menganggap ini Sunnah dan harus. Paling kuat makruh dalam keadaan yang susah nak buang air sambil duduk.
Ulama' sepakat Sunnah (yang Nabi amalkan) adalah membuang air sambil duduk.
============================
Question
-----------
In the western toilets, you are not sure if there may be drops of impurity sticking on the toilet seat, and even if one puts a paper cover overthe seat, there is a good chance of the pants, etc, touching areas of the toilet. In a case like this is it ok to urinate standing up in public toilets?
Answer
--------
It is Makrooh (disliked) in Shari'ah for a person to stand and urinate without any valid excuse. In the situation mentioned herein, it is a question of doubt that you are not sure whether the seat is clean ornot. To eradicate the doubt, you may clean the toilet seat with toiletpaper.
and Allah Ta'ala Knows Best
Mufti Ebrahim Desai
FATWA DEPT.
http://www.askimam.org/fatwa/fatwa.php?askid=1c12fad45a5dc19dba82c4c633606632
[ Last edited by mnm77 at 4-6-2007 10:59 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nabi pernah kencing berdiri tu sbb dia takmau nnti kencing sambil duduk tu jd wajib sbb nabi x penah buat.
mcm solat terawih gak.. nabi ade gak tinggal.. tkt2 klau nnti ade org anggap solat terawih tu wajib plak.
wallahua'lam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by 316 at 4-6-2007 11:16 PM
nabi pernah kencing berdiri tu sbb dia takmau nnti kencing sambil duduk tu jd wajib sbb nabi x penah buat.
mcm solat terawih gak.. nabi ade gak tinggal.. tkt2 klau nnti ade org anggap solat tera ...
Betul ke ni....?
Ataupun Nabi elakkan berjemaah di masjid (tetapi meneruskan di rumah) takut2 umat anggap wajib tarawih berjemaah di masjid nanti....... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cak! at 4-6-2007 04:53 PM
salam..
benarkah kalau kita kencing berdiri, akan mendapat azab siksa semasa di alam kubur nanti?
..dan jatuh di dalam perbuatan yg berdosa?
jika sesiapa tahu tolong la bagi jawapan..kal ...
Tak nampak lak ..kencing berdiri tu mendapat azab tu ...
kalo kotor tu nampak logik ler...
rujuk pada thread ni ....
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=240685&extra=page%3D26
Terdapat riwayat dari Saidatina Aisyah r.ha yang mengatakan:
من حدثكم أن رسول الله صلى الله عليه وسلم بال قائما فلا تصدقوه
'Sesiapa yang memberitahu kamu bahawa Rasulullah Selawat kencing berdiri maka janganlah kamu benarkan.'
Dan terdapat juga riwayat dari para sahabat r.hum yang mengatakan bahawa Nabi Selawat kencing berdiri. Bagaimanakah kita menyesuaikan antara keduanya?
Jawab:
Penyesuaian antara hadith Aisyah r.ha dan hadith-hadith sahih bahawa Nabi Selawat kencing berdiri, dan terdapat beberapa para sahabat r.hum berbuat demikian; bahawasanya Aisyah r.ha menceritakan apa yang berlaku di rumah, dan beliau tidak melihat Rasulullah Selawat kencing berdiri. Ini tidaklah menafikan yang Rasulullah Selawat kencing berdiri luar dari rumah kerana Aisyah r.ha tidak nampak hal itu, dan beberapa para sahabat r.hum melihatnya.
Kencing berdiri itu tidaklah dimakruhkan jika seseorang dapat memastikan ia tidak terpercik pada baju dan badan dgn sbb pergerakan angin dsb. Khususnya jika seseorang tidak dapat duduk atas sbb cedera/luka atau tiada tempat utk duduk atau tidak mungkin baginya menyembunyikan auratnya jika dia kencing duduk, atau sbb2 lain.
Sesetengah ulama' berpendapat bahawa qaul yg mengatakan kencing berdiri ini telah dibatalkan. Pendapat ini tidak sahih kerana qaul yg dinasakhkan adalah tidak boleh jika adanya persetujuan dan penyesuaian antara nas.
Berkata Imam al-Albani:
Adapun hadith "لا تبل قائما ", itu adalah hadith dha'if dan tidak mengapa kencing berdiri jika tidak terpercik. Berkata Ibn Hajar dalam fath al-Bari: Tidak thabit dari Nabi Selawat sebarang larangan kencing berdiri.
Dari Nafi' dari Ibn Umar dari Umar radhiallah berkata:
ما بلت قائما منذ أسلمت
'Aku tidak kencing berdiri sejak aku memeluk Islam.' [Isnadnya sahih]
Dari jalan yang lain, Zaid berkata:
رأيت عمر بال قائما
'Aku nampak Umar radhiallah kencing berdiri.' [Isnadnya juga sahih]
Diharapkan kenyataan Zaid itu tadi adalah adalah selepas dari kenyataan Umar radhiallah dan selepas diterangkan padanya tidak mengapa kencing berdiri.
Dari Huzaifah radhiallah:
أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم سباطة (مكان مرتفع يستتر به قوم ‏فبال قائما ثم دعا بماء فمسح على ‏خفيه ، فذهبت أتباعد فدعاني حتى كنت عند عقبه
'Rasulullah Selawat datang di kebun suatu kaum dan Baginda Selawat kencing berdiri. Kemudian Baginda Selawat meminta air dan dia menyapu ke atas khufnya, aku menjauhkan diri darinya, Baginda Selawat memanggilku sehingga aku berada di belakangnya.' [Riwayat Bukhari]
Adapun diriwayatkan dari Aisyah r.ha:
من حدثكم أن رسول الله صلى الله عليه وسلم بال قائما فلا تصدقوه
'Sesiapa yang memberitahu kamu bahawa Rasulullah Selawat kencing berdiri maka janganlah kamu benarkan.' [Riwayat perawi yang lima kecuali Abu Daud dan isnadnya sahih]
Hadith ini adalah penafian, manakala hadith Huzaifah :radia adalah muthbit (menetapkan). Seperti yg kita tahu, muthbit mendahului nafi kerana hadith yg muthbit itu disertai dgn pengetahuan mengenai suatu keadaan itu. Maka kedua-duanya adalah dibolehkan dan wajib utk menjaga supaya air kencing tidak terpercik.
Adapun hadith:
من الخطأ أن يبول الرجل قائما
'Antara kesalahan seseorang adalah kencing berdiri.' Ia adalah mauquf dan tidak sah sbg marfu'. (Lihat al-Irwa' dan Silsilah as-Sahihah)
Dari kitab Faidh al-Qadir, syarah al-Jami' as-Saghir oleh Imam Manawi:
"Larangan Rasulullah Selawat kencing berdiri menunjukkan ia makruh tanzih dan tidak haram. Adapun Baginda kencing berdiri itu menunjukkan keharusannya atau kerana tiadanya tempat yg sesuai utk duduk atau Baginda berdiri utk tidak memungkinkan keluarnya bunyi kerana Baginda berada berdekatan dgn manusia atau kerana org Arab mengubati penyakit hati dgn cara ini atau kerana kecederaan dsb yg tidak memungkinkan Baginda Selawat utk duduk. Sesungguhnya kencing berdiri itu telah dimansukhkan dgn apa yg diriwayatkan oleh Aisyah r.ha:
ما بال قائماً منذ أنزل عليه القرآن
'Baginda Selawat tidak kencing berdiri sejak diturunkan al-Quran kepadanya.'
Dan lagi..
من حدثكم أن رسول الله صلى الله عليه وسلم بال قائما فلا تصدقوه
'Sesiapa yang memberitahu kamu bahawa Rasulullah Selawat kencing berdiri maka janganlah kamu benarkan.' [Riwayat perawi yang lima kecuali Abu Daud dan isnadnya sahih]"
Tetapi Imam Ibn Hajar berkata dalam Fath al-Bari:-
Yang tepatnya ia tidaklah dimansukhkan dan Aisyah r.ha hanya mengetahui apa yang berlaku di rumah, dan tekah thabit dari para sahabat r.hum, di antaranya Umar radhiallah dan Ali radhiallah kencing berdiri. Ini menunjukkan keharusan kencing berdiri tanpa makruh jika ia dapat dijaga dari terpercik dan tidak thabit larangan dari Nabi Selawat. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ooo..dah ada topik ni..TQ!
maknanya kencing berdiri x haram la..
tapi ade hadis kata dikenakan azab kubur kalau kencing berdiri..
macam mana plak ye? hadis tersebut seperti di bawah :-
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-
1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri
(Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mahathirGX at 5-6-2007 07:10 AM
Dari Huzaifah radhiallah:
أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم سباطة (مكان مرتفع يستتر به قوم ‏فبالقائما ثم دعا بماء فمسح على ‏خفيه ، فذهبت أتباعد فدعاني حتى كنت عند عقبه
'Rasulullah Selawat datang di kebun suatu kaum dan Baginda Selawatkencing berdiri. Kemudian Baginda Selawat meminta air dan dia menyapuke atas khufnya, aku menjauhkan diri darinya, Baginda Selawatmemanggilku sehingga aku berada di belakangnya.' [Riwayat Bukhari]
Cuma nak check kat kitab Bukhari. Boleh bagi tau bab mana dalam kitab tu?
Sekarang bab ni ada yang kata makruh dan harus. Berbeza pendapat sebab tu terbaik rujuk Ulama'.
Bukan apa, kalau semua perkara kita cari dalil untuk memudahkan, dikhuatiri amalan kita termasuk dalam amalan2 yang meringan-ringankan. Maksud saya bukan tak boleh untuk cari jalan mudah, cuma bila susah maka ada cara2nya.
Makruh tak maksud berdosa. Kalau kata harus, semua orang nanti pakat dok kencing berdiri: sebab: harus
walhal ada juga hadith yang melarang. Di sinilah peranan Ulama'. Kalau kita yang buat kesimpulan sendiri maka kita bertangjungjawab sepenuhnya atas apa yang kita pilih
Wallahu a'lam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bukankah yg utama tu ialah pastikan air tidak percik kat pakaian....kerana itu yg menyebabkan semayang kita bermasalah sekaligus mendatangkan azab....
jika dapat dipastikan air tidak terpercik ke pakaian, maka tak kisahlah berdiri atau duduk....
cuma duduk lebih sesuai kerana ia lebih selamat...
kalo berdiri dan air tidak terpercik maka takpa(pandai2 la adjust seidiri)...
tapi kalo berdiri tapi air terpercik kat seluar, pastu semayang jugak ngan seluar yg sama,
maka kalo diazab nanti kena tanggung lah... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 cak!'s post
Pada hadis yang telah engkau nyatakan itu, dikenakan azab kubur kerana tidak menjaga kebersihan ketika membuang air kecil. Jika kita kencing berdiri berkemungkinan besar air akan terpercik pada seluar yang di pakai. Ianya akan terjadi tanpa kita menyedarinya dengan sangkaan ianya tidak berlaku. Lantas kita pun membawa najis itu kesana kemari. Mungkin akan membawanya di dalam ibadat2 kita.
Maka hadis itu menyuruh kita 'bersucilah kamu semua dari kencing' bukan larangan kencing berdiri... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dalam Sahih al-Bukhari Bab Wudu-begitu juga dalam Kitab Hadis yg lain-ada cerita bab kencing berdiri dan duduk ni.
lebih AFDHOL kencing secara duduk, kerana perbuatan ini yang biasanya di lakukan oleh Nabi s.a.w...."
Kedua-dua hadith ini(tgk kat tulisan yg di copy paste tu) tidak bertentangan kerana Nabi s.a.w. kencing berdiri di tempat yang tidak memungkinkan baginda duduk. Atau baginda melakukan perbuatan tersebut untuk menjelaskan kepada umatnya bahawasanya kencing berdiri itu bukanlah satu perbuatan yang haram. Namun begitu tidak dinafikan pada asalnya SUNAT untuk kencing secara duduk sepertimana yang disebut oleh 'A-isyah r.'anha ianya bukanlah wajib. Manakala kencing berdiri pula BUKANLAH perbuatan yang HARAM.WA
_________________ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hishh buruk betul kencing bediri...air kencing orang yang berdiri ni ialah penawar untuk syaitan2 yang patah riok semasa larikan diri pabila azan kedengaran..... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada keterangan dari Hadis Sohih ttg hukum kencing berdiri dan ada huraian ulamak mengenainya,masih ada pandangan yg takde sandaran dibawa.Dah tu perbuatan nabi yg diceritakan perihal kencing berdiri tu pehal?dari Sahih Bukhari lak tu.Takde lah pulak dengar yg pertikai perawi hadis ni. isk isk isk. |
|
|
|
|
|
|
|
yg aku tau...pompuan dilarang sama sekali kencing berdiri...
org laki aku tak pasti...
yg pasti jgn kencing sambil berlari...
buruk rupanye :lol |
|
|
|
|
|
|
|
Terdapat dalam sahih bukhari dari abu hurairah r.a. yang nampak rasulullah s.a.w. kencing berdiri di tempat buang sampah. berlawanan dengan hadith dari aisha r.a. yang kata tak pernah. sebab nya adalah aisha r.a. tak ikut semua ekspedisi rasulullah. mungkin dia tak pernah nampak. dan kencing berdiri dilakukan dalam keadaan terpaksa. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 ibnur's post
Setuju...kencing berdiri dibolehkan dalam keadaan terpaksa (sukar untuk duduk). Nabi secara kebiasaannya kencing duduk.
tapi rasanya hadith bukhari pasal kencing berdiri tu riwayat Hudhaifa (R.A) kalau tak silap... bukan riwayat Abu Hurairah (R.A) |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak mintak penjelasan sikit la bab kencing berdiri ni.
Hari tu aku ada dengar talk Datuk Dr.Fadzilah Kamsah, dia bersungguh2 kata org lelaki jgn kencing berdiri, nanti tak boleh jadik imam solat. hmmm.. Aku blh terima kalau maksud dia, takut air kencing tu terpercik. tapi katalah lelaki tu memang jenis kencing berdiri dan dapat pastikan seluar dia kekal bersih dan ehem2 dia pun dicuci bersih.. masih jatuh ke hukum lelaki tu tak boleh mengimamkan solat? |
|
|
|
|
|
|
| |
|