|
Originally posted by i212 at 7-11-2006 03:48 PM
1) Tiada Tuhan Melainkan Allah dan juga Tiada sesiapa ataupun benda yang menyamai Allah.
2) Kita tidak boleh menggambarkan keadaan Allah atau rupanya atau fizikalnya?
3) Nabi Muhammad itu Pesuruh ...
Salam.................
Kalau tak bermazhab tak boleh ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by paranormal_85 at 9-11-2006 07:54 AM
Orang amerika buat cerita superman tu dia nk perlekeh orang Rohani² kita, bila kita tgk cam tu,
esk² anak kita dergar cerita tok kenali jalan atas air anak kita mula tak percaya d ...
Salam to para..............
ayat yang ke 28 tu cuba anda dedahkan disini
[ Last edited by ayyohpeen at 10-11-2006 01:39 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayyohpeen at 10-11-2006 12:30 AM
Salam.................
Kalau tak bermazhab tak boleh ke?
Tengah fikir nie...topik baru lak ker???:hmm:
Boleh...sebab Rasulullah SAW tak ada mazhab. Tinggal saja kita nak ikut yang mana satu bila semua fukaha yakin dengan ilmunya yang pelbagai dan aku bukan fukaha untuk nak mengandaikan Islam ikut perspektif aku sendiri. Lagipun ilmu tak der..:stp: |
|
|
|
|
|
|
|
As-Sajdah.........
Tak per lah,Biar saya pastekan terjemahan dari ayat yang awal sedikit iaitu ayat 23
Bismillahirrohmanirrohim
23.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah memberi kepada Nabi Musa Kitab Taurat , maka janganlah engkau ragu-ragu menyambut dan menerimanya; dan Kami jadikan Kitab Taurat itu hidayah penunjuk bagi kaum Bani Israil.
24.
Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.
25.
Sesungguhnya Tuhanmu sahajalah yang akan memutuskan hukumNya di antara mereka pada hari kiamat, mengenai apa yang mereka berselisihan padanya.
26.
Dan belumkah lagi ternyata kepada mereka: bahawa Kami telah binasakan berapa banyak dari kaum-kaum yang kufur ingkar dahulu daripada mereka, padahal mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya kebinasaan kaum-kaum itu mengandungi keterangan-keterangan; oleh itu tidakkah mereka mahu mendengar?
27.
Dan tidakkah mereka itu melihat bahawasanya Kami mengarahkan turunnya hujan ke bumi yang kering kontang, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman-tanaman, yang daripadanya dimakan oleh binatang-binatang ternak mereka dan mereka sendiri? Maka mengapa mereka tidak mahu memerhati?
28.
Dan mereka bertanya: "Bilakah datangnya hari Pembukaan Bicara yang dikatakan itu jika betul kamu orang-orang yang benar?"
29.
Katakanlah: "Pada hari Pembukaan Bicara itu, tidak ada gunanya lagi kepada orang-orang kafir kiranya mereka hendak beriman, dan mereka pula tidak akan diberi tempoh".
30.
Oleh itu, janganlah engkau hiraukan mereka, dan tunggulah, sesungguhnya mereka pun menunggu.
[ Last edited by ayyohpeen at 10-11-2006 01:41 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by vato at 10-11-2006 01:36 AM
Tengah fikir nie...topik baru lak ker???:hmm:
Boleh...sebab Rasulullah SAW tak ada mazhab. Tinggal saja kita nak ikut yang mana satu bila semua fukaha yakin dengan ilmunya yang pelbagai dan ak ...
Salam..............
Oleh itu hindarilah membuat andaian mahupun sangka-sangkaan.
Ilmu boleh dicari.
Fuqaha? Dia orangpun lahir macam kita lahir juga,
terlentang tanpa upaya
sebelum meniarap tersembam muka,
sebelum merangkak seperti kura,
sebelum bertatih seperti rang tua,
sebelum berlari seperti biasa
Namun mereka mengejar ilmu
Lalu kita menunggu ilmu
Dan mereka meningkat pengetahuan
Dan kita masih tak tahu haluan.........
Al-Quran: KITAB YANG ESA DARI YANG MAHA ESA. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SALAM.................
BUKANKAH HARI PEMBUKA BICARA ITU IALAH:
-------------------------------------------------
BILA DIHADAPAN ALLAH SIJJIN DAN ILLIYIN DIHIDANG BERSAMA?
UNTUK KITA ALLAH TENTUKAN KEMANA
PADA HARI YANG SETERUSNYA
HIDUP KEKAL SEHINGGA BILA-BILA |
|
|
|
|
|
|
|
Puitis habis...:nerd:
Tinggal sahaja kita kena ingat gak..tanpa yang dahulu macamana nak ada yang kemudian? Nak ambil ilmu dari siapa?? Nak kena menuntut dengan siapa??
Persoalannya SIAPA??? Gantinama untuk manusia...
AlQuran memang kita baca...SIAPA yang nak tolong tafsir??
Tolong bagi solusi...:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by vato at 8-11-2006 10:32 PM
a)Bukan bodoh...orang bodoh tak tanya.:hatdown:
Banyak ayat dalam AlQuran menceritakan tentang Imam Mahdi:
#AsSajdah 32:24 - 30 dan seterusnya...renung-renungkan
b)Orang Amerika percaya ...
Boleh bagi semua reference ayat tentang Imam Mahdi?
Kalau boleh yang ada sebut nama Imam Mahdi.
[ Last edited by i212 at 10-11-2006 10:22 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by i212 at 10-11-2006 09:18 AM
Boleh bagi semua reference ayat tentang Imam Mahdi?
Kalau boleh yang ada sebut nama Imam Mahdi.
:nerd:Nama Imam Mahdi dalam ayat AlQuran??? Kau nie pernah baca alQuran ke tak???
Tentang nak reference ayat tu dapat ler carikan... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by vato at 13-11-2006 12:43 AM
:nerd:Nama Imam Mahdi dalam ayat AlQuran??? Kau nie pernah baca alQuran ke tak???
Tentang nak reference ayat tu dapat ler carikan...
Baru nak berjinak.
Aku baru mula membaca terjemahan Al-Quran. Baca Al-Quran tuh memang la penah. Cuma terjemahan je baru start. So.. aku nak mencari la ayat2 yang ada menyetuh mengenai orang yang dikatakan Imam Mahdi.
Kalau nama imam Mahdi tiada dalam Quran, then mana dapat nama tuh?
Kalu ko leh tolong, sila list kan... leh aku kaji.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by i212 at 14-11-2006 03:54 PM
Baru nak berjinak.
Aku baru mula membaca terjemahan Al-Quran. Baca Al-Quran tuh memang la penah. Cuma terjemahan je baru start. So.. aku nak mencari la ayat2 yang ada menyetuh mengenai orang y ...
Okey...Jawapan tu aku terpaksa terima jer.
Nak suruh aku list down tu yang tak larat tu...maaf lah yer sbb aku sendiri pun baru jer jinak :lebai:
dalam forum ni pun dah banyak tentang Hadis tentang Imam Mahd ni..selak2 ler.
Selamat dijinakkan ler...i |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm.. tak leh kongsi ke maklumat yang ada? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by vato at 10-11-2006 02:24 AM
Puitis habis...:nerd:
Tinggal sahaja kita kena ingat gak..tanpa yang dahulu macamana nak ada yang kemudian? Nak ambil ilmu dari siapa?? Nak kena menuntut dengan siapa??
Persoalannya SIAPA??? Gan ...
Salam vato dan lain-lain......
Saya seorang yang cukup yakin dengan KUASA ALLAH, tambah-tambah mukjizatNya yang terbesar untuk manusia akhir zaman, iaitu Al-Quran. Memang saya belajar membaca Al-Quran dalam bahasa Arab Quraish melalui seorang guru kampung, namun mungkin kerana dia tidak mengambil sebarang upah tetap, hanya menerima sedekah ikhlas daripada keluarga yang menghantar anak untuk mengaji, maka mungkin kerana itulah apa yang diajarnya diberkati ALLAH dan melekat dalam kepala saya sehingga kini. Ini kerana ALLAH melarang sesiapa yang mengajar ugama untuk mengambil sebarang upah. Dan saya dua kali khatam pada masa itu, Alhamdulillah saya boleh membaca Al-Quran, cuma sekarang saya mengubah pendekatan dari sekadar membaca kepada memerhatikan sama terjemahan yang tertera, yang selama berpuluh-puluh tahun(rujuk diri saya) ada bersama-sama didalam Al-Quran, kemudiannya cuba memahami secara lebih meluas maksud sebenar yang ingin ALLAH kita buat, apa yang ALLAH perintah untuk dilakukan dan apa pula sebenarnya yang ALLAH larang, apa lagi isi kandungan yang tercatit didalam Al-Quran keseluruhannya.
Kerana saya sudah mengtahui terjemahan disamping huruf-huruf Arab Quraish,sementelahan lagi adanya alat pertolongan yang amat canggih, iaitu komputer yang membuktikan KEBESARAN ALLAH yang membolehkan kita dengan cepat menyelusuri maklumat berkaitan Al-Quran, maka kerana Janji ALLAH, janji yang ditepati, janji yang saya yakini bahawa tiada sebarang keraguan didalamnya, tiada sebarang kebengkokan pada Al-Quran itu, tiada walau sekecil zarahpun kelemahannya, ayat yang muhakamat adalah sebahagian besar dari AL-Quran itu, manakala hanya sebahagian kecil sahaja yang mutasyabihat, dan ALLAH tidak akan sekali-kali menzalimi orang yang mahu beriman dan betaqwa kepadaNya, maka atas hak saya sebagai hambaNya yang diberi aqal, seperti juga mereka-mereka yang lain yang mahu mempergunakan aqal untuk berani mentafsir, saya cuba untuk memahami samada bersendirian, mahupun berkumpulan seperti didalam forum ini, dengan sentiasa berdoa dengan penuh pengharapan agar ALLAH memberi pertunjukNya kepada saya dan yang lain-lain, sya yakin cara saya ini lebih afdal, kerana ALLAH berfirman bahawa diatas pundak kitalah dipetanggungjawabkan segala pebuatan kita. Jadi:
Vato: Nak ambil ilmu dari siapa??
Saya: Ilmu? Kalau ilmu mengenai ALLAH, terus dari Al-Quran, tiada sumber lain yang ALLAH jamin, kecuali Al-Quran.
Ilmu duniawi? Kejuruteraan? Perubatan? Penerbangan? Politik? Kewangan? Fizik? Biologi? etc etc..... ada didalam AL-Quran dan boleh juga dipelajari dari Ulama'.
Vato: Nak kena menuntut dengan siapa??
Saya: Saya menuntut terus dari ALLAH dan dari penglaman hidup(Firman ALLAH, Akulah yang mengajar Al-Quran).
Saya bergantung sepenuhnya dengan ALLAH SWT.
Saya diperintahkan
oleh ALLAH untuk menggunakan aqal yang dikurniakanNya,saya tunduk dan patuh kepada perintahNya. Kalau
sesamamanusia, biarlah hanya sekadar petimbangan. Tidak perlu institusi rasmi untuk mengenal ALLAH. Ilmu boleh dituntut dimana-mana.
Nabi-nabi serta Rasul-rasul terdahulu tidak pernahpun adapun sekolah. Nabi muhammad SAW yang kita
hormatipun'ummiy' semasa mula-mula menerima wahyu, baginda sendiri tidak pernahpun menjejakkan kakinya
kemana-mana uni, hanya berserah sepenuhnya kepada Kuasa ALLAH SWT. Sahabat-sahabat Bagindapun serupa
juga, semua belajar memahami perintah ALLAH dan mengamalkan perintah tersebut juga hanya melalui Al-Quran
Vato: Persoalannya SIAPA??? Gantinama untuk manusia
Saya: Jawapannya ialah saya, kerana saya juga manusia
Vato: AlQuran memang kita baca...SIAPA yang nak tolong tafsir??
Saya: Memang saya membaca Al-Quran, saya faham terjemahan. Saya ada Hak untuk mentafsir dan AnyashaALLAH
doa sentiasa saya iringkan setiap kali membaca Al-Quran, saya gunakan hak saya sebagai mahkluk yang beraqal.
Aqal saya bukan makhluk yang cipta, sayapun tak mampu. ALLAH yang cipta aqal untuk makhluk istimewa yang
bernama manusia, dan saya sebagai manusia yang diberi aqal sentiasa sedar akan hakikat ini dan sebagai
satu fitrah kepada manusia itu.
Semoga jawapan dari saya tidak dislah tafsirkan sebagaimenyombong diri, saya menjawab seadanya sahaja, bertujuan sekadr untuk dipertimbangkan. Salam.........:hatdown: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by i212 at 10-11-2006 10:18 AM
Boleh bagi semua reference ayat tentang Imam Mahdi?
Kalau boleh yang ada sebut nama Imam Mahdi.
QUOTE: Originally posted by vato at 8-11-2006 10:32 PM a)Bukan bodoh...orang bodoh tak tanya. Banyak ayat dalam AlQuran menceritakan tentang Imam Mahdi: #AsSajdah 32:24 - 30 dan seterusnya...renung-renungkan b)Orang Amerika percaya ...
Salam vato dan semua
Sekadar untuk berintelektualisasi:
23.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah memberi kepada Nabi Musa Kitab Taurat , maka janganlah engkau ragu-ragu menyambut dan menerimanya; dan Kami jadikan Kitab Taurat itu hidayah penunjuk bagi kaum Bani Israil.
24.
Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.
Bagaimana saya katakan bahawa ayat 23 dan 24 berkaitan? Maksud dijadikan pemimpin dari kalangan mereka ialah manusia yang dipilih dari Bani Israil sendiri(bani Israil juga mempunyai beberapa puak atau kaum) Bagimana pula kalau saya katakan pemimpin yang ALLAH maksudkan itu ialah Rasul-rasul ALLAH. Dan ayat diatas ialah sebagai i'tibar untuk dijadikan sebagai panduan.
28.
Dan mereka bertanya: "Bilakah datangnya hari Pembukaan Bicara yang dikatakan itu jika betul kamu orang-orang yang benar?"
29.
Katakanlah: "Pada hari Pembukaan Bicara itu, tidak ada gunanya lagi kepada orang-orang kafir kiranya mereka hendak beriman, dan mereka pula tidak akan diberi tempoh".
30.
Oleh itu, janganlah engkau hiraukan mereka, dan tunggulah, sesungguhnya mereka pun menunggu.
Hari Pembukaan Bicara, Bagaimana kalau saya katakan itulah Hari dimana kita akan dibangkitkan dari tidur kita yang panjang dan ada yang amat panjang untuk diadili segala perbuatan kita semasa kita hidup. Itulah juga hari yang dikenali sebagai Hari Pengadilan, Hari Kebangkitan, hari untuk kita dihisab, dimana tidak ada gunanya lagi kepada orang-orang kafir kiranya mereka hendak beriman. Tempoh yang diberikan sudah expired. Kata-kata janganlah engkau hiraukan mereka ialah ALLAH tujukan kepada orang-orang yang beriman dan bertaqwa yang ALLAH janjikan syurga manakala dan tunggulah itu ialah sindiran kepada orang-orang yang terus dalam kekufuran, walaupun disindir begitu, mereka terus juga menunggu didalam kerana kebingungan dan tidak faham akan sindiran berkenaan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayyohpeen at 23-11-2006 12:19 AM
Salam vato dan semua
Sekadar untuk berintelektualisasi:
23.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah memberi kepada Nabi Musa Kitab Taurat , maka janganlah engkau ragu-ragu me ...
Intelektualisasi kalau menolak hadis sama seperti setanisasi. Intelek konon! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by BatuApi at 28-11-2006 02:44 PM
Intelektualisasi kalau menolak hadis sama seperti setanisasi. Intelek konon!
Salamun Alaikum,
Hadis mana yang tuan batu maksudkan?
Kalau Hadis ALLAH saya terima kerana diJAMIN ALLAH. Saya seorang Yang Tunduk dan Patuh kepada ALLAH. Saya tidak perlu untuk tunduk dan patuh kepada manusia seperti percaya manusia ini boleh menjanjikan ini, kerana mewakili ALLAH dalam sesuatu hal, seperti dapat menghindari siksaan kubur (yang ALLAH tidak sebutkanpun dalam Al-Quran) Nabi Muhmammad SAW sendiri tidak pernah begitu, apatah lagi manusia lain. Inilah bahayanya bila sesuatu perkara yang tiada didalam Al-Quran kemudiannya diada-adakan atas label Nabi SAW, lalu ramailah yang menumpang label yang dimanipulasi untuk kepentingan diri. Siapakah yang menyertai syaitan? Yang menambah sesuatu atau yang hanya mengajak kembali berIman dan bertaqwa sepenuhnya kepada ALLAH, bukan melobi untuk berbai'ah kepada manusia yang bercita-cita menjadi pemimpin yang mencari pengikut untuk dirinya sendiri dengan memakai perhiasan Ugama?
Kalau pesanan, nasihat dan panduan Nabi Muhammad SAW yang selari dengan Al-Quran yang juga menjadi panduna Baginda SAW dalam menyeru umat baginda ketika menjalankan seruan Da'wah saya ikut. Kalau bercanggah dari Al-Quran saya dengan tegas menolak. Buat apa ALLAH turunkan Al-Quran untuk Nabi Muhammad SAW dan umat akhir zaman jika Al-Quran itu tidak cukup lengkap, tidak cukup jitu untuk dibuat sesatunya PANDUAN yang diPERAKUKAN ALLAH. Hanya Al-Quran ALLAH JAMIN, Kitab ciptaan manusia ALLAH tidak pernah JAMIN apa-apa. Saya yakin ALLAH tidak akan sesatkan saya hanya kerana saya menurut perintahNya agar menggunakan Al-Quran sebagai panduan. Awat? mereka yang mewajibkan kita membaca Kitab mereka boleh menjamin kita sebagaimana JAMINAN ALLAH?
Apakah yang tidak setanisasi jika kita mengharapkan manusia lain untuk memperhebatkan 'power' kita? Power apa yang kita perlukan sangat untuk menentang musuh ALLAH? Apa didalam Al-Quran ALLAH tidak memberikan panduan bagaimana hendak menentang musuhNya yang juga musuh manusia berIman?
Kalau Tuan Batu tidak pernah melintasi ayat berkenaan, biarlah saya yang bentangkan ayat dari Al-quran:
Al-Baqoroh:[98]
Barang siapa yang menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mikail, maka sesungguhnya Allah adalah musuh orang-orang kafir.
Saya berlindung kepada ALLAH dari menjadi kafir!
Al-Anaam:[112]
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu setan-setan manusia dan jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu. Jika Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan
Saya tidak pernah mencipta perkataan indah-indah untuk menipu, mungkin anda pernah membaca puisi-puisi indah ciptaan manusia guna untuk menipu, tetapi saya hanya mengambil perkataan-perkataan yang ALLAH firmankan didalam Al-Quran untuk mengelakkan diri saya dari terjerumus kelembah penipuan seperti sesetengah pencipta-pencipta sajak dan perkataan-perkataan indah. Maka kerana ALLAH memerintahkan saya meninggalkan oang yang mengada-adakan perkataan itu dengan tujuan untuk menipu secara halus, maka saya ikut, say Tunduk dan Patuh. Siapa yang mensetanisasi dalam hal ini?
Al-Furqan:[31]
Dan seperti itulah, telah Kami adakan bagi tiap-tiap nabi, musuh dari orang-orang yang berdosa. Dan cukuplah Tuhanmu menjadi Pemberi petunjuk dan Penolong.
Menjadi musuh kepada Nabi yang menjadi penyampai Risalah ALLAH termasuk Al-Quran adalah berdosa. Pada saya saya yakin dengan sejitu-jitu keyakinan bahawa cukuplah hanya ALLAH yang memberi Petunjuk dan Memberi Pertolongan. Manusia tidak cukup keupayaan setanding Keupayaan ALLAH.
Al-Baqoroh:[208]
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu.
Jadi saya hanya hendak mengajak Tuan masuk kedalam Islam secara keseluruhannya, jika jalan lain yang kita ambil, bukan JalanNya yang Lurus lagi ESA, maka langkah itulah sebenarnya langkah setan, elok nampak difana, adzab menanti diAkhirat.
Mungkin selepas ini AnyashaALLAH, Tuan Batu akan tambah lagi ayat-ayat ALLAH dari Al-Quran berkenaan musuh dan setan sebagai penyambung intelektualisasi kita berbanding setanisasi ciptaan Tuan?
ALLAH AL-ALEEM
ALLAH AL-HAKEEM. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by BatuApi at 28-11-2006 02:44 PM
Intelektualisasi kalau menolak hadis sama seperti setanisasi. Intelek konon!
Salamun Alaikum,
Sekadar untuk pertimbangan..............
Sambungan:
2:99. Dan Kami menurunkan kepada kamu ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, dan tiada yang tidak percaya kepadanya melainkan orang-orang yang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).
Saya yakin dengan bukti-bukti yang jelas. Sementelahan bukti itu pula diJAMIN oleh ALLAH. Apa lagikah yang diJAMIN oleh ALLAH seperti firmanNya dalam Al-Quran?
Inilah sebenar tugas setan:
2:169. Ia hanya menyuruh kamu pada kejahatan, dan kesumbangan, dan supaya kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak tahu.
Saya hanya mengajak kita membaca Al-Quran dengan cara yang HAQ. Setanisasikah ini? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
apin... sekadar nak tahu, menurut anda siapakah yg mula2 menulis al quran dlm lembaran2? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kyas at 30-11-2006 09:01 AM
apin... sekadar nak tahu, menurut anda siapakah yg mula2 menulis al quran dlm lembaran2?
Apin tak mau jawap ker? Lama tunggu nie. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kyas at 30-11-2006 09:01 AM
apin... sekadar nak tahu, menurut anda siapakah yg mula2 menulis al quran dlm lembaran2?
SALMUN ALAIKUM............
Ma'af Sdr Kyas, baru sedar dan perasan mengenai topik ini, lama tak lalu.
Lagi sekali minta ma'af.........
Bagaimana soalan ini saya jawab dengan soalan juga?
Menurut anda Siapakah yang Memandu, Memantau dan Menghidayahkan [size=-1]siapa yang mula-mula menulis Al-Quran dalam lembaran-lembaran tu?
Saya dah bertanyakan sdr oranggunung dalam topik yang lain kalau tidak salah saya. Kalau salah ma'afkan saya, mungkin orang lain.........
[ Last edited by ayyohpeen at 2-12-2006 02:52 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|