CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: panglimapetai

Dato Maharajalela dan Dato Sagor

[Copy link]
Post time 8-3-2007 10:16 AM | Show all posts
Originally posted by zenslack at 23-2-2007 09:20 PM


titik peluh Tunku Abd Rahman dan jugak ihsan rakyat Empayar British yang menekan kerajaan Empayar British melepaskan tanah2 jajahan mereka di serata dunia ...

Tak ngaku aku slave trader se ...


masih ramai lagi pejuang kemerdekaan selain Tunku Abdul Rahman. cuma mereka ni kurang didedahkan kerana berhaluan kiri kerana mahu kemerdekaan yang tidak mengikut telunjuk british. mereka ini yg dihumban kedalam penjara,tinggalkan anak bini memperjuangkan tanah air, ini barulah dikatekan "berpeluh". kemerdekaan yg kita dapat pun hanyalah di atas satu kertas perjanjian tapi bangsa dan kita kita masih dijajah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2007 09:12 PM | Show all posts
...errmmm...krn Perak mula2 British masuk....patut ler ramai paling ramai org Punjabi/sikh adalah di Perak waris keturunan 'sepoi' askar2 British zaman dulu2 tu yer...&paling banyak Kg2 Baru Cina(org Perak panggei....camp/kem cine)....banyak gak bekas2 komunis yg dh merge ngan org awam.

....dr Teluk Intan nak ke Bota......singgah2 ler di Pulau Dato Sagor di Kg Gajah.....kalu lalu Sg Manik,terkenang kisah Perang sabil tahun 1945.  Dr Ayer Tawar nk ke Lumut....lalu ler kite pekan Setiawan,tempat Lahir commie Chin Peng.  Dr Ipoh ber'jalan lama' nk ke Tapah....lihat ler damai dusun kg Mesah Hilir...(pejuang2 PKMM ramai lahir di situ). Dr Bidor nk ke Tg Malim,singgah ler mnjengah Jln Ahmad Boestamam di Slim River.dr Taiping nk ke utara....jgn lupa Gunung Semanggol. Perak memang indah,bumi penuh sejarah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 11:36 AM | Show all posts
Originally posted by zenslack at 19-2-2007 06:39 PM
datuk maharajalela tak suka ingeris sebab dia ni simpan hamba abdi - SLave Trader , hamba abdi dia semua orang asli time tu ... british memang benar dengan mengharamkan perhambaan tu la m/lela ni ...



mana ada hamba abdi masa tu, kau ni mengarutlah
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 16-3-2007 12:45 PM | Show all posts

Reply #20 nice_72's post

suruh dia baca buku tengku menteri je nice_72...pastu baru mai cakap kat sini...ni cakap dok pikiq logik buat apa..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 02:29 PM | Show all posts
Originally posted by jerai at 13-3-2007 11:36 AM
mana ada hamba abdi masa tu, kau ni mengarutlah


Zaman tu le paling ramai hamba abdi. Orang-orang asli la yang paling ramai jadi hamba.Kampung2 diorang kene raid dengan saudagar2 hamba nih dan anak2 mereka dicuri dan dijadikan anak sendiri oleh couple yang takde anak. Bisnes hamba nih mmg bisnes Datak Maharajalela. Datuk Maharajalela bunuh birch bukan sbb sayangkan tanah air tapi sbb british sudah kacau dia punya poket. Lagipun Birch sendiri tak adil kerana orang lain diharamkan hamba tetapi beliau sindri simpan byk hamba pompuan kat umah (nak buat harem kot). Penghambaan berakhir lewat abad ke 19 itu pon pasal campur tangan British..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 11:20 AM | Show all posts

Reply #25 dCrook's post

aku tak puas hati ko ckp maharajalela peniaga hamba..sbb kalau dia peniaga hamba mengapa dia bermatian2 tentang british?..kenapa dia nak bunuh j.ww birch?...datok maharajalela mmg ler ketua pembunuhan j.w.w birch tuh..tp naper semua org setuju dgn tindakannya..naper dia kena buat mesyuarat nak bunuh j.ww birch dgn org2 kampung?..bunuh sendiri2 dahler..dan kalau dia pentingkan diri sendiri, naper dia sanggup digantung sampai mati, padahal dia nak kaya guna duit perniagaan hamba?..naper dia tak pakat baik2 dgn british dan jd sekutu british..bleh jd kaya , nyawa pun tak terancam..lagi satu, dia melancarkan pembunuhan j.w.w birch sbb antaranya arahan dari sultan abdullah...bukan suka2 hati jerks..so baca sejarah betul2..jgn pandai2 jer buat kesimpulan sendiri...org dulu2 pun dapat apa maklumat , apa akan jd bila british masuk..sbb diorg ader kontek dari kawan2 kat sumatera,acheh dan indon..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2007 02:55 PM | Show all posts

Reply #26 remizati's post

Macam mana nak jadi hero pembebasan sedangkan beliau sendiri dapat duit dengan membelenggu orang lain?. Sbb tu la dekat sekolah kita diajar tentang keheroan beliau tanpa melihat latar belakang beliau yang sebenar. Tapi mungkin dalam buku teks sekolah ada bagi hint sikit. Tak salah aku salah satu sbb Birch dibunuh (ikut buku teks)  adalah sbb dia campur tangan dengan hal-ehwal orang melayu. Penghambaan leh tergolong dalam hal nih gak sbb mmg diketahui dekat Perak waktu tu mmg berlakunya penghambaan. Pembunuhan nih pun bukan konspritasi di antara dia dan sultan tapi diantara dia dan pedagang hamba yang lain jugak. Slavery kat nusantara abad ke-19 mmg terjadi,tak perlu dipertikaikan.

[ Last edited by  dCrook at 6-9-2007 03:15 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 03:16 PM | Show all posts
Kat bawah nih petikan yang aku amik kat website http://members.tripod.com/xfile_my/mainpage.htm , nota sejarah bdak2 form 2


Perjuangan Dato' Maharaja Lela di Perak

Nama sebenarnya ialah Pandak Lam. Beliau  menyokong pemerintahan Sultan Abdullah. Mengikut Perjanjian Pangkor 1874, Sultan Abdullah diiktirafkan sebagai Sultan Perak yang sah dengan seorang Residen British sebagai penasihat. Sultan Abdullah menerima  J.W.W. Birch  sebagai Residen British Perak tetapi Birch terlalu banyak mencampuri hal ehwal adat istiadat orang Melayu.
Birch memulakan tugasnya dengan memperkenalkan banyak pembaharuan secara mendadak tanpa mempertimbangkan perasaan orang Melayu Perak. Beliau turut mencampuri adat resam orang Melayu berikutan tindakannya yang telah menamatkan hak Sultan dan pembesar-pembesar Melayu mengutip cukai  tanpa bayaran ganti rugi. Birch juga menamatkan amalan pengabdian dan memberi perlindungan kepada hamba-hamba yang melarikan diri. Tindakannya membangkitkan kemarahan pembesar -pembesar Melayu kerana adat hamba hutang ini merupakan adat resam Melayu lama.
Memungut cukai merupakan amalan tradisional pembesar-pembesar Melayu Perak tetapi tindakan Birch menyerahkan hak memungut cukai kepada pembesar-pembesar British menimbulkan kemarahan pembesar-pembesar Melayu. Pembaharuan-pembaharuan Birch melemahkan kedudukan Sultan dan para pembesar. Hubungan Birch dengan  Sultan Abdullah menjadi tegang. Pembesar-pembesar yang menyokong Sultan  Abdullah mendapati kuasa dan hak mereka semakin berkurangan.
Pada Oktober 1875, Sultan Abdullah dipaksa menandatangani surat perisytiharan yang mengandungi persetujuan baginda menyerahkan kuasa pentadbiran kepada British. Perkara ini semakin memuncakkan lagi kemarahan orang-orang Melayu.

Kebangkitan di Perak 1875

Sultan dan pembesar-pembesar Hilir Perak berkomplot untuk membunuh Birch dan mengusir British dari Perak. Sultan Abdullah memerintahkan Dato' Maharaja Lela membunuh Birch. Baginda dan Raja Ismail menyediakan alat-alat senjata untuk mengusir British dari Perak.


Pada November 1875, Birch dibunuh oleh dua orang upahan Dato' Maharaja Lela di Pasir  Salak. Tentera British berjaya mengawal kebangkitan orang Melayu di Perak dan menawan Pasir Salak pada 15 November 1875. Semua orang yang terlibat dalam pembunuhan Birch ditangkap. Dato' Maharaja Lela dan Tok Sagor dijatuhkan hukuman gantung di Matang . Sultan Abdullah, Orang Kaya-kaya Menteri  dan Ngah Ibrahim pula dibuang negeri ke Pulau  Seychelles.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2007 11:26 AM | Show all posts

Reply #27 dCrook's post

ait, dah nama pun org pembesar perak..mestilah dia ada tanggungjawab amik cukai..alah cam LHDN ler..takkan nak kasi british yg kutip cukai plak..kutip cukai tuh ibarat gaji kepada pembesar lah..sama jer macam sistem skrg..pegawai2 kerajaan dapat gaji dari cukai yg dibayar oleh rakyat...napa org yg jauh beribu batu , suka2 hati jerks nak peras hasil negeri perak..cthler..kalau projek negeri perak, takkan nak kasi orang jerman plak bukak tender 100%..mestilah ada pengelibatan pihak tempatan..pasal hamba plak..apa kah takrifan hamba yg sebenarnya????..nak tau sgt?...adakah org gaji tuh hamba?..adakah bodyguard tuh hamba?..adakah pekerja tapak binaan (buat keje buat rumah,bangunan tinggi masa mana ada) hamba?..perniagaan maharaja lela nieh cam...agen pembantu rumah,agen pekerja binaan...kira dia amik komisen ler..yg keje nyer org lain..bukan cam omputih buat kat org kulit hitam tuh...kena kurung dan makan pun kena catu..duit pun tak dapat...aku tak nafikan mungkin bila baca tulisan omputih yg menyama tarafkan layanan org melayu (pembesar melayu) ke atas org asli (org dayak) dgn bangsa diorg...jd kalau maharaja lela memperdagangkan hamba, maka agen2 pekerjaan skrg pun sama jer lah tarapnyer...jd biasalah omputih, suka puta belitkan fakta...kalau tak dapat dalam relaliti pundalam buku ngan filem pun dah cukup baik...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 12:35 PM | Show all posts

Reply #29 remizati's post

Hamba adalah seseorang manusia yang hilang kebebasannya yang dipaksa menjalankan kerja dan dan dilayan bagaikan satu harta/property cthnya boleh dijual beli.

Apa yang british buat tu mmg dah terang-terang salah.. tapi tindakan diorang mengharamkan penghambaan pun boleh dikira salah ke? Ya, dato maharajalela mmg berjuang menentang british tapi bisnes dia tidak bermoral. Semua orang mempunyai hak utk merdeka.

kalaulah orang gaji tu hamba,tak tau la plak aku yang agen2 pembantu rumah tu dapat komisen dengan menangkap orang indonesia tanpa kehendak mereka (tgh diorang dok piknik skali kene ambush lak) dan kemudian dapat komisen dengan menjual orang indon kat orang mesia sebagai pembantu rumah. Sungguh mulia kerja itu.

[ Last edited by  dCrook at 7-9-2007 12:40 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 03:32 PM | Show all posts
Kan best klau kita ada kelebihan istimewa utk mengetahui PERKARA SEBENAR di setiap titipan sejarah sekeliling kita kan..????

Hmm....Sejarah buku teks, propaganda nasional dgn sejarah HAKIKI sgt berbeza..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2007 09:25 PM | Show all posts

Reply #31 edmundo's post

memang tak salah british menamatkan amalan penghambaan abdi di perak..tapi perlu diingat.. amalan tu memang tradisi dan telah dimulakan sejak kesultanan melayu melaka lagi.. aku pun kurang setuju dgn amalan penghambaan abdi macam tu..
tapi bila aku pikir2 balik..apa yang dato maharajalela buat tu jugak betul.. beliau cuba untuk menunjukkan kepada british supaya jangan campor sesuka hati hal ehwal kerajaan perak masa tu..mmang dato maharajalela bukan orang yan baik 100% perfect sangat.. tapi perjuangannya menentang british harus diakui sebagai yan tebaik dalam sejarah penentangan brisitih di tanah melayu.. beliau tahu apa akibatnya apabila membunuh jww birch dan kerana beliau tahu le beliau sanggup mengadai nyawanya demi bumi pasir salak ketika tu..

perlu juga diketahui.. yang ramainya hamba abdi tu ialah orang asli.. seperti si puntum.. beliau ditugaskan membunuh jww birch bukan dgn paksaan tetapi dgn rela hatinya. itu baru hamba abdi sahabatt.. bukan orang lain

kita lihatlah perjuangannya menentang penjajah ketika itu.. jangan melihat benda lain.. dato maharajalela cuba memberi isyarat kepada british sebelum memijak bumi pasir salak.. langkah mayat pendekar2 melayu pasir salak dahulu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 10:15 PM | Show all posts
kami dari zuriat pejuang2 pasir salak tetap berbangga dgn perjuangan datuk nenek kami.. biar lah ape pun anggapan masyarakat sekarang (khususnya org luar dari pasir salak dan perak) terhadap sejarah datuk nenek kami, kerana bagi kami perjuangan berdarah mereka tetap boleh dibanggakan oleh generasi seterusnya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2007 06:00 PM | Show all posts

Reply #33 goldraja's post

Dato maharajalela adalah pejuang sejati.. tak takut mati demi bumi pasir salak..
tabikkk springggggggggggggggggg

walupun dia menentang british kerana british menamatkan amalan penghambaan abdi.. tapi aku tetap sanjung dan tabik springgggggggg kat dia.. manusia berani mati.. tak macam orang sekarang ni.. penakut terutama yang suka menentang dan membangkan tu.. cuba hantar makluk2 ni kat pelastin suruh berperang dgn israel kat sana.. israel baru tembak sedas peluru dah terkencing-kencing dalam seluar.. sembang je deraihhhh.. kencing kemasssssss..

prfhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2010 01:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 05:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by waris at 23-8-2010 05:47

maaf tuan puan waris nak tumpang sembang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2010 05:22 PM | Show all posts
Masa ayah aku kecik dlm family dia ada hamba...budak suruhan...biasanya dr keluarga susah2... X kan nak biarkan budak tu hidup melarat..dan x kan nak suh ia duduk percuma kan...

Tapi yg peliknya depa ada anak angkat...anak angkat ni bukan hamba...biasanya dari keturunan Cina...sebab Cina zaman dulu x mo anak pompuan..terutama Cina Bagan nu..tu pun kene wat keje gak ar...x bleh melwan sgt...

Yg paling best jadik anak kandung ar...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 05:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by waris at 23-8-2010 05:48

Polis dunia ni memang nak jd superman.tengok apa nasip orang hebat pasir salak?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 05:55 PM | Show all posts
"dato sagor dato maharajalela,
gugur mempertahankan bangsa."

ada pulak kata dato maharajalela pedagang hamba.

pembunuhan birch.
orang melayu pemerintah ketika itu.
British datang campurtangan. marah la pemerintah.
jangan memain dengan orang Perak.
hasil mesyuarat durian sebatang.
tumpo JWW Birch di tangan Si Puntum.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 10:34 PM | Show all posts
aduhai en. waris, skali thread lame hidup kembali kerana dikau...

disbbkan aku yang mempertikaikan datok maharajalela, meh leh aku gitau yang kebanyakkan hamba2 yang diorang dok perdagangkan adalah orang2 asli yang diculik tanpa kemahuan mereka. Org melayu takde anak, diorang culik anak org asli. Now you know siapa siputum tu sebenarnya, hamba dari golongan orang asli. En waris ada cakap datok maharajalela ni keturunan bugis. jawapan aku : patot la pon, sbb orang bugis masa kurun ke 19 ni mmg terkenal sbg pedagang hamba. berdagang hamba dari filipina hingga ke malaya nih. Tak percaya boleh rujuk Hikayat Abdullah Munshi. Skang ada kluar novel berkenaan perang antara orang melayu dan orang asli dari PTS, ianya berdasarkan sejarah sebenar kes penghambaan bertajuk Perang Sangkil.

Sbb itu lah kadang2 aku benci sejarah yang ditulis oleh org2 kerajaan ni, banyak fakta disembunyikan untuk tutup malu kesalahan silam. Korang tak pelik ke kenapa buku teks sejarah tak pernah sebut orang asli sbg mangsa penghambaan? Datuk maharajalela sengaja diangkat sbg hero kerana nak menunjukkan 'penentangan' org melayu terhadap british sedangkan beliau sebenarnya berjuang untuk poket sendiri. Tetapi hal ini ditutup, penghambaan disenyapkan..

Aku rasa mungkin disbbkan inilah kenapa Dato' Onn amat prihatin terhadap nasib mereka sampai Sultan Ibrahim pon ditegur beliau kerana mengabaikan mereka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.823234 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list