CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Misteri: Beting Beras Basah

[Copy link]
Post time 10-11-2010 05:14 PM | Show all posts
Ntah la..aku masuk sana ok jer...siap mandi lagi..2 orang kawan aku balik demam jer tetiba....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2010 12:58 PM | Show all posts
Aku lupa lak nak ceritakan satu kejadian anih....1st time aku masuk kat beting beras basah, aku g jalan2 sampai kat ujung pantai...aku g ngan kawan aku....masa kawan aku turun kat tepi pantai tu..dia nampak ada botol masuk bawah kolong tu...ntah macam mana, masa aku turun, botol tu boleh kejar aku!!!!..samapi jer tepi gigi air tu, siap boleh tukar posisi..ala2 konar baring gitu..punya nak kejar aku....aku buat derk jer laa....pastu masa jalan2..kawan aku siap berpeluh2...dan bau bangkai..aku lak dingin giler..dan tak der bau apa2 pun....

aku tanya dia kenapa, dia jawab..panas betul sampai peluh2....dia tanya akau tak rasa apa2 ker..aku jawab..aku ok jer.....

Then 2nd time aku pegi ngan kawan lain lak...masa tu banyak beruk..besau-besau...tapi tak lah menganggu aku..cume mase balik ada satu ekor tu macam marah kat aku....tapi dia x kejar la.....aku buat derk gak...tapi dalam hati tu memang seramm gilerr.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 08:43 PM | Show all posts
Aiyoo..menakotkan..
Rasenye mmg ade "sesuatu" lah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 03:57 PM | Show all posts
Ada Jin ngan Hantu jer la.....sapa lagi yang dok sana tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2015 08:01 AM | Show all posts
Edited by Syd at 15-5-2015 08:03 AM

Istiadat ziarah Beting Beras Basah

Oleh AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI- dan SAHLIZAH
MOHAMED
[email protected]



Sultan NAZRIN (kiri) mengaminkan doa yang dibaca oleh Muhammad Afifi (dua dari kiri) ketika Istiadat Mencecah Kaki di Beting Beras Basah, Muara Sungai Perak, Bagan Datoh semalam

BAGAN DATOH – Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyempurnakan Istiadat Mencecah Kaki di Be-ting Beras Basah di Muara Sungai Perak di sini semalam sempena pertabalan baginda sebagai Sultan Perak ke-35.


Istiadat itu diadakan bagi memperingati tempat persinggahan yang pernah dijejak oleh Sultan Perak pertama, Almarhum Sultan Mudzaffar Shah ketika baginda tiba di negeri ini pada tahun 1528.


Sultan Nazrin berangkat tiba di Jeti Bagan Datoh pada pukul 6.45 pagi dengan disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Menteri Dalam Ne-geri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama rakyat jelata.


Sebelum baginda dan ahli rombongan menaiki sebuah bot milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menuju ke Be-ting Beras Basah, Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan, Datuk Dr. Muhammad Afifi Al-Akiti me-mimpin bacaan doa.


Bot yang membawa Sultan Nazrin dan rombo-ngannya berlepas dari jeti pada pukul 6.55 pagi dan tiba di Beting Beras Basah pada pukul 7.15 pagi untuk menyempurnakan istiadat berkenaan.


Perjalanan dari jeti ke Beting Beras Basah mengambil masa 20 minit dengan jarak sejauh 1.5 batu nautika.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2015 08:04 AM | Show all posts
ini link tentang penjaga jin beting basah;

http://mforum.cari.com.my/forum. ... ight=beting%2Bbasah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2015 12:51 PM | Show all posts
Aku minggu lps pegi beting beras bsh ni lps 2 kali nk pegi asyik terlepas je jln msk .. Pegi time senja lak tu tp ada la org dgn pekerja yg buat toilet ke apa tu ..

Suami & ank2 ada la basuh kaki guna air perigi .. Aku je x trn perigi tu .. Mlm tu bdn dh x sihat esoknya demam .. Ntah la ada kena mengena ke x .. Tp mmg batuk teruk gak smgu .. Ank2 ok je cuma tgn laki ku mcm kna gatal2 merah2 bsr .. X tau knp kiri kanan plak tu ...

X tau la nk ckp ada kena mengena x dgn bbb ni ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2015 12:59 PM | Show all posts
Syd replied at 15-5-2015 08:04 AM
ini link tentang penjaga jin beting basah;

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid ...

La nape nk buka link ni hang plak ipad ni ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2015 02:51 PM | Show all posts
macam khurafat aja
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2015 03:05 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2015 09:52 PM | Show all posts
Edited by leenaz at 16-5-2015 09:58 PM

napa tak timbul BBB tu
aku pernah baca x ingat mana

katanya masa pertabalan sultan
BBB tu timbul macam pulau
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2015 12:11 PM | Show all posts
Ingatkan Namanya cuma Beting Basah.Rupanya ada perkataan Beras.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2015 11:39 AM | Show all posts
Baru Majalah 3 siarkan masa pertabalan Sultan Nazrin.. tgkla dia turun kat BBB nie sebagai istiadat terakhir tuk pertabalan. cam khurafat sgt rasa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2015 06:03 PM | Show all posts
ninjago replied at 19-5-2015 11:39 AM
Baru Majalah 3 siarkan masa pertabalan Sultan Nazrin.. tgkla dia turun kat BBB nie sebagai istiadat  ...

Tiada unsur khurafat – Harussani09 Mei 2015 2:21 AM


IPOH 8 Mei – Dakwaan pihak tertentu, khususnya di laman sosial bahawa istiadat Pertabalan Sultan Perak mempunyai unsur-unsur khurafat adalah tidak benar.

Harussani Zakaria

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menafikan dakwaan itu dan menjelaskan bahawa ramai orang tidak boleh membezakan adab dan juga adat.

Kata Harussani, khurafat merupakan perkara atau amalan yang bertentangan dengan syarak, sebaliknya istiadat Pertabalan Sultan Perak merupakan adat memperingati sejarah.

“Istiadat memijak Beting Beras Basah bertujuan memperingati sejarah Sultan Perak yang pertama. Kapal baginda tersekat di Beting Beras Basah, baginda turun dan berpijak di situ, kemudian air naik sehingga membolehkan kapal masuk ke Sungai Perak, itu yang dikenang.

“Istiadat Siram Tabal menggunakan air dari tujuh kuala sungai di Perak juga tiada unsur khurafat. Dulu tiada pembahagian daerah, jadi tujuh sungai dijadikan sebagai sempadan daerah di Perak.

“Siram Tabal atau mandi menggunakan air dari tujuh kuala sungai ini sebagai simbolik kuasa sultan ke atas tujuh daerah di negeri ini. Tiada khurafat,’’ katanya ketika ditemui selepas menunaikan sembahyang Jumaat bersama-sama Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Masjid Sultan Azlan Shah, di sini hari ini.

Mengulas tentang istiadat Tabal Pusaka pula, Harussani memberitahu, istiadat itu adalah semata-mata untuk menyerahkan hak-hak raja terdahulu yang dianggap pusaka kepada sultan yang ditabalkan.

Katanya, penyerahan itu dibuat dengan cara dipalu nobat sebagai adat kebesaran raja dan direnjis dengan air mawar serta tepung tawar, sebelum diserahkan kepada sultan.

“Tiada mantera. Tiada Tabal Jin, itu dulu, sudah habis, saya tidak benarkan Tabal Jin, sebab raja itu manusia, bukan jin.

“Itu yang kita buat, tetapi orang kita tidak faham apa itu adat, apa itu adab. Kita menyembah raja itu adab orang Melayu sejak dulu, menghormati raja tidak salah, hormat manusia tidak salah, asalkan jangan sujud dan rukuk depan raja, itu haram,’’ katanya.

Menyentuh tentang istiadat menziarah makam-makam sultan terdahulu, Harussani berkata, menziarahi kubur sememangnya merupakan sunnah nabi yang dituntut.

“Ada 34 makam sultan-sultan terdahulu. Ziarah kubur atau makam ini untuk memperingati keluarga diraja dan semasa ziarah kita buat tahlil, itu sahaja,’’ katanya.

Dalam pada itu, menurut Harussani, pihaknya bermesyuarat terlebih dahulu untuk membincangkan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa istiadat Pertabalan Sultan Perak.

“Contohnya seperti ketika Toh Seri Nara Diraja serahkan pusaka Mestika Embun dan satu pesanan supaya seorang raja harus bersifat adil terhadap rakyat yang dilakukan dengan cara beradat dan beradab.

“Orang kita tidak tahu apa, sejarah Melayu pun sudah hilang, di sekolah tiada sejarah Raja Melayu,’’ kata beliau.


Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 06:52 PM | Show all posts
Syd replied at 21-5-2015 05:03 PM
Tiada unsur khurafat – Harussani09 Mei 2015 2:21 AM

I just hope apa yg Sultan Nazrin buat tu merupakan adat simbolik semata2 and tak bersandarkan pada Jin yg konon kasi daulat pada Sultan2 Perak.. kalau baca this blog, www.de-matrix.blogspot.com , banyak dia kupaskan psl bangsa Miim (and many more eye opening findings).. yg mana sepatutnya Sultan2 nie kalau ikutkan, memang dari jurai kenabian and dorgla pewaris2 Haqq (or bole kata Daulat kt sini). Haqq pulak bermaksud ilmu2 yg diajarkan kepada Nabi2 yg kalau hari nie, akan dianggap di luar normal or magik or whatever synonyms. Tapi Haqq boleh hilang kalau dah terlalu banyak percampuran berlaku dlm keturunan tu and banyak benda2 yang tak patut dibuat, dibuat..benda yg patut dibuat tak dibuat.. and then, comes this thread yg cite pasal daulat yg berpaksikan Jin sebab daulat tu dah tawar or hilang. And aku skeptikal gak because of this, mungkin ada istiadat pertabalan yang dibuat tuk bagi penghormatan kat Jin tu.. well, I hope yg istiadat2 nie semua memang simbolik semata2..

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2015 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Insya allah, Aku yakin dengan Ustaz Harussani Yg lebih arif..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2015 05:08 PM | Show all posts
ice98 replied at 24-5-2015 11:17 AM
Insya allah, Aku yakin dengan Ustaz Harussani Yg lebih arif..

Saya sokong .

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 10:26 AM | Show all posts
leenaz replied at 16-5-2015 09:52 PM
napa tak timbul BBB tu
aku pernah baca x ingat mana

dikatakan ... time ayahanda nyer dulu pun tak timbul juga ...

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 05:17 PM | Show all posts
Good Info

X pernah tahu cerita ni
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.071356 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list