CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: damat

Kualiti pelajaran & peperiksaan Malaysia

[Copy link]
Post time 6-4-2007 11:57 PM | Show all posts
Originally posted by lamka_13 at 6-4-2007 09:00 PM

btw, aku tertarik ngan sistem skolah YIK kt kelantan tu. Ajar agama dan akademik serentak. tapi bukan semua pelajar yang bole terima la. Biasanya diorang ni fokus pada satu2 stream je. Kalo yang terer agama kurang sket bab akademik. yang terer akademik kurang sket bab agama...


Saya rasa sistem ini juga membebankan pelajar2 dengan tambahan2 matapelajaran. Apa yang perlu dilakukan ialah tiada pemisahan antara nilai agama dengan subjek2 akademik tersebut. Saya berpendapat cukup beberapa saja subjek akademik mengikut potensi pelajar dan yang perlu dilakukan ialah menerapkan nilai-nilai agama didalamnya serta tambahan wajib pengetahuan agama seperti fardhu ain. Barulah ada pendidikan yang menyeluruh serta bersepadu dan dapat melahirkan insan professional yang menjiwai agama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-4-2007 09:28 AM | Show all posts

Reply #20 Gravedigger's post

Salam Gravedigger dan semua,

Jika kita renung kembali, dalam kebanyakkan hal sains(akedemik) dan agama tidak mampu bergerak selari. Kebanyakkan pemikir-pemikir mahupun yang Islam atau tidak yang berorientasikan sains(akedemik) kerapkali kali diketegorikan sebagai sesat oleh sistem agama mereka sendiri, contohnya Ibnu Sina, da Vinci dan Spinoza. Ini adalah kerana konsep pemikiran rasional dan logik bersandarkan data yang menjadi teras pemikiran sains(akedemik) tidak bersesuaian untuk diaplikasikan dalam agama.

Barat telah berjaya keluar dari zaman kegelapan mereka apabila mereka memisahkan agama dari politik, akedemik dsbnya. Negara Islam seharusnya mengambil pendekatan yang serupa agar dapat dengan segera menyaingi Barat atau setidak-tidaknya negara Cina dan India. Iran atau mana-mana negara Islam tidak boleh dianggap sebagai berjaya kerana masih belum mampu menjana ekonomi mereka dengan berasaskan sains dan teknologi. Kebanyakkan negara Islam - Malaysia terutamanya - bergantung kepada hasil bumi dan pelaburan asing dimana yang pertama itu akan berkurangan dari masa kesemasa dan yang keduanya pula bergantung kepada kestabilan politik, sumber insan dan polisi kerajaannya - risiko yang tinggi.

Pada pandangan saya, matapejaran agama sebaiknya diasingkan dari akedemik dan diajarkan disurau-surau atau dimasjid-masjid dengan sistem yang baik. Banyak peruntukan untuk surau-surau atau masjid-masjid yang tidak digunakan dengan sebaiknya boleh dipergunakan untuk mencapai matlamat ini. Banyak juga masjid dan surau yang dibina dengan gahnya gagal menarik generasi muda untuk mendekatinya dan menjadi kelab orang pencen sahaja - teringat kenyataan mufti Perlis.

Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.

Salam.

[ Last edited by  damat at 7-4-2007 09:30 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2007 02:53 AM | Show all posts
Bagaimana pun... cuba kita lihat...

senario dlm mendapatkan kelulusan master n Phd

rakyat malaysia berlumba2 pergi ke luar negara krn potensi utk lulus lebih mudah.  

bermaksud di Malaysia, kualiti pendidikan dlm program ini lebih tinggi drp sesetengah negara luar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2007 12:43 PM | Show all posts
Salam fleurzsa dan semua,

Originally posted by fleurzsa at 8-4-2007 02:53 AM
Bagaimana pun... cuba kita lihat...

senario dlm mendapatkan kelulusan master n Phd

rakyat malaysia berlumba2 pergi ke luar negara krn potensi utk lulus lebih mudah.  

bermaksud di Malays ...

Disebabkan pelajaran diperingkat rendah dan menengah yang berkualiti rendah, kebanyakkan rakyat Malaysia - orang Melayu terutamanya - gagal mencapai master dan PhD, lebih-lebih lagi dalam bidang kejuruteraan, walaupun potensi untuk lulus mudah. Apa sahaja perkara yang hendak dirancangkan, asasnya mestilah kuat dan pelajaran tidak terkecuali dari kenyataan ini.

Lihat sahaja bagaimana banyak projek-projek terbengkalai atau tidak mengikut spesifikasi suatu masa dahulu yang disebabkan oleh dasar kerajaan yang mengeluarkan lesen kelas 'F' dengan kelayakkan yang dibawah paras minima. Saya pernah menghadiri kursus seminggu untuk mendapatkan lesen ini dan saya yakin punca kegagalan projek-projek ini disebabkan oleh kurangnya ilmu-pengetahuan dan pengalaman. Kesan ini tidaklah buruk sangat kerana hanya membazirkan duit rakyat tetapi jika kualiti pelajaran juga berada dibawah paras minima kesannya amatlah besar - Melayu akan merempat didunianya sendiri dan lama-kelamaan hilang.

Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.

Salam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 11:28 PM | Show all posts
Originally posted by damat at 7-4-2007 09:28 AM
Jika kita renung kembali, dalam kebanyakkan hal sains(akedemik) dan agama tidak mampu bergerak selari. Kebanyakkan pemikir-pemikir mahupun yang Islam atau tidak yang berorientasikan sains(akedemik) kerapkali kali diketegorikan sebagai sesat oleh sistem agama mereka sendiri, contohnya Ibnu Sina, da Vinci dan Spinoza. Ini adalah kerana konsep pemikiran rasional dan logik bersandarkan data yang menjadi teras pemikiran sains(akedemik) tidak bersesuaian untuk diaplikasikan dalam agama.



Apabila dikaitkan dengan sains maka seharusnya kita tidak boleh menyamakan pandangan dari sudut Islam dan Keristian. Islam merupakan satu agama yang syumul dimana ia tidak menolak ilmu falsafah atau sains manakala keristian merupakan satu agama sekular dimana suatu ketika menolak pengetahuan sains.
Begitu juga sdr tidak sepatutnya memborong pendapat tokoh2 sains sebagai disesatkan oleh agama. Mungkin leornardo da Vinci atau Spinoza pernah disesatkan oleh anutan agama mereka sendiri tapi tidak tokoh2 Islam seperti Ibnu Sina. Ibn Sina diiktiraf bukan hanya sebagai ilmuan sains tapi juga sebagai seorang ahli agama yang mendalami al-quran dan hadis.
Kita kena akui hakikat bahawa dengan keilmuan sains yang selari dengan Islam lah yang membebaskan Barat dari kebekuan ilmu mereka yang suatu masa pernah berada di zaman kegelapan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 11:36 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 8-4-2007 02:53 AM
senario dlm mendapatkan kelulusan master n Phd

rakyat malaysia berlumba2 pergi ke luar negara krn potensi utk lulus lebih mudah.  

bermaksud di Malaysia, kualiti pendidikan dlm program ini lebih tinggi drp sesetengah negara luar





Susahnya nak dapat Ph.D dalam negara bukan bermakna kualiti pendidikan kita ini lebih tinggi tapi disebabkan oleh Prof. yang jadi penyelia itu sendiri. Mereka dapat di luar negara bukannya susah sangat tapi apabila dah balik mulalah mula ego dan kalau boleh tak mau ada yang melebihi ilmu mereka didalam negeri pulak. Tu sebab susah sangat nak luluskan proposal pelajarnya. Bukannya takder kualiti tapi eksen lebih!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2007 11:44 PM | Show all posts
Originally posted by damat at 8-4-2007 12:43 PM
Lihat sahaja bagaimana banyak projek-projek terbengkalai atau tidak mengikut spesifikasi suatu masa dahulu yang disebabkan oleh dasar kerajaan yang mengeluarkan lesen kelas 'F' dengan kelayakkan yang dibawah paras minima.


Ini bukan sebab kualiti pendidikan tapi anda sendiri yang mengakui akibat dasar kerajaan. Dasar kerajaan ini pula dibuat bukanlah disebabkan oleh kekurangan tenaga kemahiran tapi untuk kepentingan kroni mereka. Inilah kelemahannya apabila campurtangan kerajaan dalam bidang pendidikan mengakibatkan proses perlaksanaannya terganggu walaupun pada awalnya ia telah dirancang dengan baik.
Kerajaan yang tidak memisahkan agama dengan politik pasti melakukan ia juga dalam bidang yang lain juga.


[ Last edited by  Gravedigger at 11-4-2007 12:44 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2007 09:56 PM | Show all posts

Reply #25 Gravedigger's post

Salam Gravedigger,

Saya bukannya main borong dan kenyataan yang saya buat berlandaskan ilmu yang ada pada saya. Dalam biografi Ibnu Sina, dia dikatakan berpegang kepada ajaran mukta'zilah yang kurang disenangi oleh aliran-aliran Islam yang lain.

Saya akui keIslaman barat telah mengeluarkan mereka dari zaman kegelapan tetapi malangnya yang dahulunya Islam memeluk agama barat. Siapa sebenarnya yang Islam sekarang ni?

Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.

Salam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2007 10:10 PM | Show all posts
Salam Gravedigger,

Originally posted by Gravedigger at 10-4-2007 11:44 PM


Ini bukan sebab kualiti pendidikan tapi anda sendiri yang mengakui akibat dasar kerajaan. Dasar kerajaan ini pula dibuat bukanlah disebabkan oleh kekurangan tenaga kemahiran tapi untuk kepent ...

Saya hanya memberikan contoh kesan apabila kualiti sesuatu perkara itu dilonggarkan.


Menidakkan pembabitan kerajaan dalam pendidikan adalah perkara yang mustahil kerana kerajaan diperlukan untuk mengubal dasar dan undang-undang. Yang diperlukan adalah dasar dan undang-undang yang baik untuk memberikan pelajaran yang terbaik kepada semua lapisan masyarakat.

Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.

Salam.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2007 12:15 AM | Show all posts
Originally posted by damat at 12-4-2007 10:10 PM
Salam Gravedigger,


Saya hanya memberikan contoh kesan apabila kualiti sesuatu perkara itu dilonggarkan.

Menidakkan pembabitan kerajaan dalam pendidikan adalah perkara yang mustahil ker ...


Saya bukan hendak menafikan penglibatan kerajaan dalam sistem pendidikan kita ini tapi apa yang telah saya sebut sebelum ini ialah campurtangan yang berlebihan untuk tujuan politik. Kerajaan yang baik akan menyerahkan sepenuhnya kepada kepakaran golongan pendidik untuk menentukan halatuju sistem pendidikan kita ini ke arah mana. Jika sudah ada penetapan demikian maka berikanlah kuasa autonomi sepenuhnya untuk mereka melaksanakannya.
Apa yang berlaku suatu masa dulu Menteri Pelajaran yang tidak pernah pun ada pengalaman sebagai guru menunjuk ajar pula guru2 bagaimana nak mengajar dalam kelas dengan baik. Pulak tu memperkenalkan program2 baru yang mendatangkan keuntungan kepada kroni dan politiknya. Tak ker rosak jadinya??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2007 11:45 PM | Show all posts

Reply #30 Gravedigger's post

Salam Gravedigger dan semua,

Saya bersetuju dengan pandangan saudara Gravedigger. Penyalah-gunaan kuasa oleh menteri yang bertanggungjawab memang punca kepincangan kepada semua dasar yang telah digubah.

Rakyat pula tidak menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk mengubah keadaan ini dan terlalu selesa dengan kerajaan yang ada sekarang ini. Lagipun saluran untuk rakyat menyuarakan kritikan/pandangan terhadap kerajaan adalah terhad. Saluran yang ada sekarang ini pula mempunyai tapisan yang terlalu halus hingga maksud asalnya tidak sampai kepada pemimpin diperingkat atasan. Suara rakyat dipenjarakan. Mungkin umur Malaysia terlalu muda untuk menangani kesan kebebasan bersuara. Ditambah dengan mentaliti kaum majoritinya yang kurang rasional dan matang, berjedalah suara rakyat untuk satu jangkamasa yang panjang.


Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.

Salam.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2007 02:33 PM | Show all posts
aku tak pasti sistem pendidikan sekarang , yg aku ingat masa najib jadi menteri pendidikan , aku dapati pendidikan agar longgar dimana kawan aku merupakan cikgu sandaran disekolah convent . mereka menganjurkan proram keagamaan pada sebelah mlm. aku lupa program apa,.  
semasa sembahyang subuh semasa sujud member aku dah bangun dari sujud dan buat tahyihat akhir dan beri salam, tetapi pelajar2 convent berkenaan masih tidak bangun dari sujud, member aku heran , lama pulak tu.
akhirnya mereka bangun dari sujud dan menangis.. kenapa menangis member aku tanya .. rupa2nya mereka tak tau sembahyang ...
itu baru satu contoh sistem pendidikan kita., tapi mungkin sistem pendidikan sekarang dah berubah kot. aku tak tau mcm mana sebab aku bukan cikgu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2007 03:59 PM | Show all posts

Reply #32 speedo's post

Salam speedo dan semua,

Saya berpendapat ilmu keagamaan biarlah dikendalikan oleh pihak pengurusan masjid atau surau agar lebih fokus mengadakan aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan pengetahuan pelajar tentang agama mereka. Kemudahan yang terdapat dikebanyakkan masjid dan surau yang ditaja oleh kerajaan adalah mencukupi dan tidak pula digunakan sepenuhnya. Lagipun pelajaran matapelajaran agama bukanlah matapelajaran utama dalam sistem pendidikan sekarang ini. Daripada dilayan seperti matapelajaran tambahan lebih baik diberikan kepada mereka yang lebih komited untuk menguruskannya.

Ini juga dapat memberikan pilihan kepada ibubapa untuk memilih untuk menghantar anak mereka kepada ustaz atau ustazah yang sesuai dengan pegangan mereka. Misalnya, ibubapa sunni boleh pilih ustaz atau ustazah sunni, begitulah pula dengan syiah, qaddariyah, muktazilah dsb.nya.


Dengan ini sekolah boleh menumpukan sepenuhnya kepada pelajaran akedemik semata-mata.


Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.

Salam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 01:03 AM | Show all posts
Originally posted by damat at 15-4-2007 03:59 PM

Saya berpendapat ilmu keagamaan biarlah dikendalikan oleh pihak pengurusan masjid atau surau agar lebih fokus mengadakan aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan pengetahua ...


Saya tidak setuju dengan pandangan sdr ini yang memisahkan agama dari pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sdr mungkin melihat agama itu dari sudut yang sempit dimana ia tiada kaitan dengan pengetahuan ilmu2 yang didedahkan di sekolah. Kita menyentuh agama itu bukan hanya dari sudut ritual amalan peribadi seseorang tapi melihat kesyumulan agama itu yang mampu melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak mulia melalui penerapan nilai-nilai murni yang hanya terdapat dalam agama. Bukankah dalam falsafah pendidikan negara sendiri sudah tercatat matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dari sudut Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Hanya melalui penyerapan dan penerapan agama lah yang mampu melahirkan insan2 yang berkualiti dunia dan akhirat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 02:20 AM | Show all posts
ASM.
Saya rasa sekolah memang satu tempat yang "strategik" untuk membentuk peribadi luhur dan seimbang. Saya juga rasa sekolah ni banyak yang dia boleh sumbang sebenarnya tetapi balik kepada teras, sama ada falsafah pendidikan negara tu cikgu-cikgu pun ada semangat untuk realisasikan...

ikut pengalaman sayalah, cikgu-cikgu pun ada pembawakan masing-masing. Ada yang mengajar sebab kerja dia mengajar, ada yang mengajar sebab nak cari makan, ada juga yang mengajar sebab memang dia minat jadi cikgu. golongan ketiga ni saya tengoklah, ada potensi lahirkan murid-murid yang bermutu tinggi malah budak-budak sampai beranak pinak, masih keep in touch dengan cikgu!

Sekolah ni satu institusi Ilmu. Paling penting sekali, peranan sekolah adalah untuk membentuk manusia jadi baik...bukan untuk melahirkan seramai mana budak-budak yang score A dalam peperiksaan...sekarang ni peranan asal sekolah macam orang pun dah lupa, sebab nak mengejar anak-anak score A sebanyak mungkin...tapi dalam masa yang sama, anak kecik-kecik dah hisap rokok...otak dah kelabu biru keliru, dan akhlak pun tak berapa nak elok... masalah disiplin di sekolah makin teruk, tak perlu saya nak hurai, tuan-tuan tentu faham maksud saya. Hal ini akan dibawa oleh golongan seperti ini ke universiti. Perhatikan cara pakaian, pertuturan, pergaulan dan cara berfikir anak-anak kita di Universiti sekarang. Kadang tu, kita naik lif sama dengan dia pun seriau...

Satu lagi yang kita perlu juga fikirkan ialah peranan Ibu Bapa Islam dalam mendidik anak-anak supaya jadi manusia bermanafaat. Kalau kita kajilah peratusan masa yang Ibu bapa habiskan dengan anak-anak untuk membentuk anak jadi manusia ni...saya rasa harus peratusannya kecil sekali. Mungkin ini hanya pendapat saya, saya serahkan pada tuan-tuan untuk menilai nya dan melihat tidak jauh,...ke dalam keluarga kita dan keluarga sekitar kita...mungkin kalau tidak banyak, sedikit dari apa yang saya cuba nyatakan ada juga benarnya...

Sekarang sudah menjadi satu trend, Ibu Bapa menyerahkan peranan membentuk peribadi mulia anak-anak ni, ke tangan orang lain... kalau nak mengajar mengaji contohnya, hantar kepada "ustaz" atau "ustazah" atau masukkan ke sekolah agama. Kalau ingin cemerlang dalam peperiksaan, hantarkan ke pusat tuisyen atau "pusat kecemerlangan akademik". Kalau anak-anak ada masalah, "suruh saja dia refer ke internet", maklumat ada di sana... jadi peranan sebenar Ibu Bapa sebagai nukleus kecemerlangan bagi anak-anak sudah tidak dipandang lagi. Anak-anak hilang rasa hormat dan kagum pada Ibu Bapa dan secara perlahan, Idolanya beralih pada rakan, sahabat, guru atau orang lain di luar keluarga...lebih buruk lagi jika dia tiada siapa yang hadir dalam hatinya sebagai "the figure". Anak ini akan jadi rakus, memberontak dan akhirnya, lahirlah golongan anak muda yang kehilangan punca seperti sekarang...sayang sekali, hal begini tidak sepatutnya terjadi di Negara yang ramai kita, adalah orang Islam...

Saya minta maaf jika tulisan saya ini seolah keluar dari tajuk yang dibincang, namun harus juga ada manafaatnya.

salam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2007 09:26 AM | Show all posts

Reply #34 Gravedigger's post

Salam Gravedigger dan semua,

Saya sebenarnya melihat agama yang diajarkan disekolah-sekolah dari perspektif seseorang yang tidak berpegang kepada pegangan yang asaskan oleh kementerian pendidikan atau pegangan agama ala kerajaan Malaysia.

Membentuk insan yang berakhlak mulia yang bersesuaian dengan Al-Quran bukanlah tanggungjawab sekolah atau guru tetapi menjadi tanggungjawab ibubapa, terutamanya bapa sebagai ketua keluarga. Sebab itulah Allah menyuruh kita untuk menyelamatkan diri sendiri dan keluarga dari api neraka. Allah tidak mempertanggungjawabkan sekolah atau guru untuk melaksanakan tugas ini. Jika benarlah pembelajaran agama disekolah mampu membentuk peribadi mulia, mengapakah pula kadar keruntuhan akhlak dikalangan remaja semakin meningkat? Mungkin ada yang menyalahkan kemajuan atau sekularism, tetapi yang nyata remaja tidak memiliki daya-tahan untuk menghalang akhlak mereka dari runtuh atau diruntuhkan. Adakah ini salah sekolah atau salah ibubapa?

Sekianlah dulu. Insyaallah, semoga bertemu lagi.

Salam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2007 11:06 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 22-3-2007 09:44 PM


Sistem pendidikan di negara kita ini tak sama seperti sistem pendidikan di negara maju. Walaupun sistem kita lebih baik sedikit daripada negara2 mundur namun masih kedapatan campurtangan pol ...


10% utk lulus Add MAths?....huhuhuhu....

jika cam tu, aku rasa tk perlu ckp apa2 ler pasal kualiti....buang masa...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.319139 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list