|
[ 20 & 21 April ] ~ Konsert Tribute To Saloma & P.Ramlee, I.B
[Copy link]
|
|
nak jugak nak jugak tgk..hehe...harap2 menjadi kenyataan...kan kan kan... |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya!!nak gi..tapi takde member |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 mawar_pinky's post
jom mawar.....wizard sudi temankan...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 mawar_pinky's post
aku pun xder kawan....ko banje erkk...heheheheeheheh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #24 graxier06's post
GRAX belanja jay yer... |
|
|
|
|
|
|
|
Konsert sengsorang ker? Macam tribute sudirman dulu yerk...
Rasa nak pergi la...
mahal tak tiket dia? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #26 ColbyRaikkonen's post
nanti CT akan jemput artis jemputan jugak utk memeriahkannya...tentu dia ajak MAWI ahaks...Tp kalu jemput M Nasir ka ok gak |
|
|
|
|
|
|
|
tadi dlm paper bharian ada gambar dia......cantikkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Sean Ghazi terpaksa hampakan Siti Nurhaliza
23-03-2007 11:43:44 AM
Radin Sri Ghazali
Sean menolak tawaran untuk berduet bersama Siti Nurhaliza?
(Foto Koleksi peribadi Sean Ghazi)
Benarkah Sean Ghazi, penyanyi dan pelakon yang kini semakin popularitinya menolak lamaran untuk berduet bersama penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin?
Begitulah desas-desus yang kedengaran mengenai bekas penuntut Laine Theatre Arts, London, Sean Ghazi yang dikatakan menolak idea untuk berduet bersama penyanyi wanita nombor satu negara itu untuk Konsert Nostalgia Istana Cinta Tan Sri P.Ramlee dan Puan Sri Saloma anjuran Istana Budaya.
"Memang benar saya menolak tawaran untuk berduet bersama Datuk Siti Nurhaliza tetapi penolakan ini ada sebabnya.
"Jadual untuk Konsert Nostalgia Istana Cinta Tan Sri P.Ramlee dan Puan Sri Saloma dengan jadual persiapan untuk konsert sulung saya bercanggah.
"Oeh itu, saya terpaksa menolaknya," ujar Sean mengenai impian Istana Budaya untuk menggabungkan Sean serta Siti Nurhaliza di konsert yang bakal berlangsung di Istana Budaya.
Ketika diwawancara di majlis pelancaran albumnya, Semalam baru-baru ini bertempat di No Black Tie, ternyata jejaka kacukan Inggeris-Melayu itu agak kecewa kerana terpaksa melepaskan peluang keemasan tersebut.
"Sememangnya berat hati saya untuk menolak tawaran yang diberikan oleh pihak Istana Budaya.
"Siapa yang tidak mahu berduet bersama-sama dengan Datuk Siti Nurhaliza, yang merupakan antara penyanyi tersohor di rantau ini?," ujar jejaka yang berusia 37 tahun ini lagi mengenai kesempatan yag tidak dapat dikecapinya itu.
"Namun saya berharap kami akan berkoloberasi di masa yang akan datang tapi sebelum itu, saya mahu menghantar sejambak bunga dan sekeping kad kepada Datuk Siti kerana tidak dapat berduet bersamanya," ujar Sean lagi.
'Semalam' mengajar Sean erti berdikari
Album Semalam yang sudah berada di pasaran sejak November yang lalu memuatkan sebelas buah lagu lama dan baru termasuk Ku Impikan Bintang, Getaran Jiwa serta Jauh Jauh yang merupakan antara lagu hasil nukilan Jimmy Boyle yang belum pernah dirakamkan lagi.
"Saya amat berpuas hati dengan pencapaian album ini. Semalam merupakan hasil titik peluh saya bersama pengurus saya, Deborah Micheal.
"Bayangkan kami mengambil masa lebih daripada dua tahun untuk mengumpul lagu-lagu yang sesuai untuk dimuatkan ke dalam album ini," ujarnya yang turut membiayai album itu sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak.
Kesungguhan Sean untuk memastikan album pertamanya mempunyai kualiti yang tinggi terbukti apabila dia berjaya mendapat khidmat Guy Noble, konduktor terkenal dari Australia sebagai pengarah muzik untuk album tersebut.
"Kami bersyukur kerana Guy bersetuju untuk membabitkan diri dalam album ini. Ternyata usaha saya ke Australia tidak sia-sia kerana berjaya mendapatkannya," ujar Sean lagi yang turut merakamkan sebahagian daripada album tersebut di sana.
Minat Sean terhadap genre klasik Big Band dan Swing membuatkan penyanyi tersebut mengambil lagu-lagu lama seperti Getaran Jiwa, Sabar Menanti dan Hujan Di Tengahari untuk dinyanyikan semula dengan memberi nafas yang baru.
"Apa salahnya jika saya membawa lagu-lagu klasik yang penuh dengan nostalgia? Ternyata lagu-lagu begini merupakan lagu-lagu terbaik yang pernah diciptakan oleh seniman-seniman agung di negara kita.
"Saya bangga kerana berpeluang menyanyikannya semula dengan gaya saya tersendiri," ujar pelakon yang pernah membintangi filem Hollywood, Anna and the King ini lagi.
Sean turut mengambil lagu-lagu ciptaan Tan Sri P Ramlee dan Datuk Ahmad Nawab untuk dimuatkan ke dalam album Semalam.
Sayangnya beberapa stesen radio tempatan kurang memberi sokongan pada Sean dan enggan memutarkan lagu-lagunya di stesen mereka.
"Mereka kata lagu-lagu saya tidak menepati format mereka. Namun, saya percaya masyarakat kita kini lebih terbuka dan boleh menerima pelbagai jenis muzik," ujar Sean lagi yang tidak mudah menyerah kalah dengan senario ini.
"Kami akan tetap mencuba sehingga mereka memainkan lagu-lagu saya. Selalunya, benda baik memang mendapat tentangan. Saya mengambil semua ini sebagai cabaran dan menguatkan semangat saya untuk terus berjuang," tegasnya lagi.
Sean berdebar menanti konsert sulungnya nanti
(Foto Koleksi peribadi Sean Ghazi)
Walaupun album Sean sudahpun berada di pasaran sejak tiga bulan yang lalu, baru kini pihaknya mengadakan pelancaran album.
"Ramai yang tertanya-tanya kenapa baru sekarang pihak kami dan Sean mengadakan pelancaran album?
"Ini adalah disebabkan tarikh penutupan untuk penamaan calon-calon AIM adalah pada bulan November yang lalu," ujar Sandy Monteiro selaku Pengarah Urusan Universal Music Malaysia mengenai kelewatan pelancaran album Semalam.
"Untuk melayakkan album Sean ke AIM, kami harus memastikan ia siap daripada segi produksi sebelum bulan November.
"Oleh itu, kami tidak sempat mengadakan sesi pra dengar bersama pihak media atau membuat sebarang bentuk sidang akhbar untuk menguar-uarkan pasal album ini," ujarnya lagi.
Malah pihak Sandy meletak harapan yang tinggi untuk Sean mengecapi kejayaan yang besar pada malam anugerah tersebut yang bakal diadakan pada bulan April nanti.
"Album ini adalah antara album berkualiti album terbaik sejak pembikinan album Lagenda.
"Diharap album ini mampu meraih sekurang-kurangnya tiga anugerah di AIM," ujar Sandy lagi.
Konsert sulung bulan Mei ini
Bukan sahaja sibuk merangkakan promosi album pertamanya ke seluruh negeri termasuk negara-negar jiran seperti ndonesia dan Singapura, Sean juga turut sibuk membuat persediaan untuk melancarkan siri konsert pertamanya nanti.
"Saya akan mengadakan konsert dari 8 sehingga 13 Mei ini, " ujar Sean mengenai konsert yang bakal di adakan di Plenary Theater di Pusat Konvention Kuala Lumpur.
"Ini bagaikan sebuah mimpi yang akan menjadi kenyataan dan saya amat berterima kasih kepada pihak Astro yang sudi menolong menaja konsert ini," ujarnya lagi.
Walaupun masih berada di peringkat awal perancangan, Sean tetap menjanjikan sebuah persembahan yang gah dan konsert lain dari yang lain.
"Sudah semestinya konsert ini akan menjanjikan satu kelainan. Saya akan menyanyi dan menari.
"Persembahan saya juga akan diiringi orkestra yang terdiri daripada 22 orang pemain muzik dari Malaysia dan Australia," ujar Sean yang ternyata teruja dengan konsep persembahannya nanti.
Antara artis undangan yang turut melibatkan diri dalam konsert tersebut adalah Adibah Noor dan Deanna Yususf. |
|
|
|
|
|
|
|
Siti - Fazli jelmaan Saloma & P.Ramlee?
Siti - Fazli jelmaan Saloma & P.Ramlee?
23-03-2007 02:59:51 PM
Wahida Asrani |
Konsert Nostalgia Istana Cinta Tan Sri P. Ramlee & Puan Sri Saloma Bersama Datuk Siti Nurhaliza ... Projek terbaru Datuk Siti Nurhaliza
(Koleksi Datuk Siti Nurhaliza) Impiannya untuk mengadakan sebuah konsert penghargaan untuk Allahyarham Sudirman telah pun terlaksana beberapa tahun lalu.
Masih mengekalkan lokasi yang sama pada tahun ini iaitu di Istana Budaya, Siti kali ini kembali pula dengan konsert tribute untuk seniman dan seniwati tanahair, Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma.
Konsert Nostalgia Istana Cinta Tan Sri P. Ramlee & Puan Sri Saloma Bersama Datuk Siti Nurhaliza yang diadakan secara kerjasama antara Siti Nurhaliza Productions dan Istana Budaya ini merupakan konsert yang julung-julung kali diadakan bagi mengenang jasa dua lagenda seni itu.
"Pada awalnya Siti cadangkan pada IB untuk buat konsert khas untuk Saloma, kerana sehingga hari ini belum ada orang buat lagi tribute untuk dia. Tetapi, IB cadangkan pada saya agar buat sekali tribute untuk P.Ramlee.
"Siti tiada masalah dengan cadangan tersebut kerana lagipun kebanyakan lagu Saloma adalah ciptaan P.Ramlee sendiri.
"Siti sendiri pun sering menyanyikan lagu-lagu P.Ramlee di kebanyakan show. Bagi Siti, semua lagu P.Ramlee memang menghiburkan dan ada mesej tertentu," ujar diva tersebut pada sidang media konsert tersebut di Istana Budaya, semalam.
Menurut Siti, kerana itulah dia langsung tidak merasa tertekan untuk membuat persiapan sempena konsert tersebut walaupun persediaannya hanya tinggal lebih kurang sebulan saja lagi sebelum konsert itu dijalankan selama dua malam berturut-turut iaitu pada 20 dan 21 April depan.
"Apapun, Siti akan cuba bawa lagu-lagu tersebut dengan cara Siti sendiri tapi masih mengekalkan keindahan muzik P.Ramlee"
(Koleksi Datuk Siti Nurhaliza) "Siti sudah biasa sangat bawa lagu Allahyarham. Sebut saja lagu apa, Siti rasa Siti boleh nyanyikan. Mungkin Siti perlu buat homework sikit jika ada perubahan dari segi penyusunan muzik.
"Apapun, Siti akan cuba bawa lagu-lagu tersebut dengan cara Siti sendiri tapi masih mengekalkan keindahan muzik P.Ramlee. Siti akan pastikan keaslian muzik Allahyarham masih ada, cuma kita akan 'perindahkan' sedikit saja," katanya.
Pada konsert tersebut, Siti dijangka akan menyanyikan lebih 20 buah lagu termasuk secara duet dan medley, di mana pemilihan lagu dibuat bersama oleh Siti, pihak IB dan pengarah persembahan konsert tersebut, Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah.
Antara lagu-lagu yang akan dinyanyikan pada konsert itu adalah Engkau Laksana Bulan, Malamku Bermimpi, Dimanakan Ku Cari Ganti, Merak Kayangan, Dalam Air Ku Terbayang Wajah dan Berkorban Apa Saja.
"Kali ini Siti akan cuba bawa banyak lagu-lagu mereka yang orang jarang dengar sebelum ini. Jika kita perhatikan sebenarnya banyak hasil karya P.Ramlee yang ada diantaranya kita sendiri tidak pernah dengar.
"Sebab itu Siti akan cuba ketengahkan lagu-lagu ini yang Siti rasakan mampu menghiburkan penonton pada dua malam tersebut," katanya lagi.
Fazli Zainal diamanahkan menjadi Tan Sri P Ramlee pada konsert tersebut
(Koleksi Datuk Siti Nurhaliza) Konsert yang bakal berlangsung selama sejam setengah itu akan dibahagi kepada beberapa segmen, termasuklah segmen lakonan oleh artis undangan Isketambola.
Persembahan pada malam itu akan diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dan selain Isketambola, turut dijemput membuat persembahan pada malam itu ialah Musly dan penyanyi baru yang sedang meningkat naik, Fazli Zainal.
Fazli akan turut bergandingan dengan Siti untuk beberapa buah lagu menerusi segmen duet.
Ditanya mengenai pemilihan artis jemputan, Siti berkata, pemilihan tersebut dibuat atas perbincangan semua pihak.
"Siti memang ingin cari muka-muka baru yang boleh diketengahkan lagi dalam industri ini, sebagai contoh, Fazli. Ini adalah satu platform yang baik untuk mereka ini tunjukkan bakat masing-masing agar boleh pergi lebih jauh dalam bidang ini," ujarnya.
Kata Siti lagi, dia meletakkan harapan yang tinggi pada konsert ini agar berjaya mengembalikan nostalgia dua lagenda seni tanahair itu.
"Ini bukan konsert Siti semata-mata, tetapi apa yang Siti harapkan ialah agar masyarakat dapat mengenang kembali dan hargai jasa P.Ramlee dan Saloma di persada seni ini. Siti akan cuba jadikan konsert ini satu konsert yang menghiburkan.
"Insyaallah, jika sambutannya menggalakkan, Siti tidak teragak-agak untuk sambung lagi konsert ini mungkin kepada tiga malam, bergantung kepada pihak IB," kata Siti.
Tiket-tiket berharga RM50, RM80, RM150, RM200 dan RM250 untuk konsert tersebut boleh didapati dengan menghubungi 03-40265558 atau dengan melayari laman web www.istanabudaya.gov.my
|
|
|
|
|
|
|
|
|
best ke sore sean ghazi ni... |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan fazli asmara ni ....mana best..yg ni best sikit kot..suara sodap. |
|
|
|
|
|
|
|
meletopz!!! penampilan Siti dengan fesyen ala2 zaman Saloma dulu memang cantik!
Harap yang terbaik untuk konsert tribute ni! Satu usaha yang patut dialu-alukan. Salute pada Siti! |
|
|
|
|
|
|
|
suka la siti pakai fesyen zaman saloma!!:love: mintak2 SNP buat DVD concert neh |
|
|
|
|
|
|
|
sape 2 yang bercadang nak pegi baik cepat bersedia beli tiket sebab 1 malam hanya muat 1200 orang sahaja...IB mengjangkakan tiket akan cepat habis...maksudnya 2 malam berturut2 hanya dihadir oleh 2400 penonton sahaja...bukankah ianya terlalu sedikit
oleh itu nanti kalau dah bukak kaunter tiket better beli awal2...lagipun dekat jer IB tu :pompom:
risau kot x sempat nak pegi |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu P Ramlee, Saloma melekat dalam jiwa Siti
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
Siti Nurhaliza rancang adakan konsert 憈ribute |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak p la...tp xder member na k p...memnber aku yg sekpala ngn aku psl siti tgh exam plak masa tu...huaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by JAY-Z at 29-3-2007 08:34 PM
ko duk uia pj kan? jom arr join aku..rm50 tu ko ler bayo sendiri yer..beli tiket paling murah jer
uia pj ke gombak |
|
|
|
|
|
|
| |
|