CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: innova77

Kemusykilan Mengahwini Wanita Hamil

[Copy link]
Post time 20-4-2007 11:39 AM | Show all posts
saya pon confuse juge..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2007 10:22 PM | Show all posts
Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum
berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

ini aku setuju..

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia
mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

sebaik nya tunggu sehingga wanita tu melahirkan.. bersih dari nifas...

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak
bolehmengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah
kepada bayi yang dikandung itu.

ya sah jika mengikut syarak.. ada pengantin lelaki & wanita.. wali.. saksi & kadi yg bertauliah..

tapi perbuatan nya tu haram.. (wanita tu sedang hamil)

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk
memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu
sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah
mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.


tak perlu berpisah kerana nikah nya sah..

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan
itu tidak sah.

kalau dah nikah mengikut syarak tak lah berzina

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK
untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
benar.. tapi jika bapa dia dah wasiatkan, kira dapat lah

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada
anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak

perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

setuju.. malah jika si bapa tidak menikahi si ibu.. pabila si anak ni dewasa, sibapa boleh menikahi anak ni.. walaupun kita tahu itu bapa nya.. dasyat kan!!

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim
(atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan

yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu
sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

ni aku tak pasti tapi ada baik jugak tunggu wanita ni haid baru nikah.. sekiranya dia mengandung, confirm lah anak tu bukan luar nikah

wallahuallam


Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 10:27 PM | Show all posts
Originally posted by zerozone at 17-4-2007 06:52 PM
"Kalau dalam kes (2) Komen Balas bagi soalan 6 di atas, maka biological father tadi tidak diiktiraf sebagai bapa kandung SEKALIPUN dia mendakwa bahawa itu adalah anaknya. Oleh itu anak dan b ...

bukan mahram kerana anak tu di cipta sebelum bernikah.. kata kasar anak luar nikah..

wallahuallam
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2007 02:04 AM | Show all posts
Gadis yang hamil boleh dinikahi atau tidak, adalah khilaf(selisih pendapat) ulamak:-

Abu Hanifah dan Muhammad-boleh kahwin tapi tak boleh `bersama` sehingga lahir kandungan

Abu Yusuf dan Zufar-aliran malikiyah -tak sah nikah-malah Ulamak Maliki mensyaratkan perempuan tersebut mestilah beristibra`selama tiga kalii haid atau tiga bulan(mana yang berkaitan)-jika berlaku aqad sebelum istibra` aqad tersebut rosak dan kene fasakh nikah.

Ulamak Syafieyah-harus menikahi wanita tersebut .Tidak ada eddah dalam soal zina

Hanbali-tidak boleh melainkan settle dulu dua syarat-jika mengandung-maka kene tunggu eddahnya dengan lahirkan kandungan tu.

Kedua:perempuan itu mestilah bertaubat.

[ Last edited by  anwar66 at 21-4-2007 02:07 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2007 11:09 AM | Show all posts
kita perlu rujuk deret terus pada yg lebih arif bab2 ni
klu stakat copy paste dr tenet kdg2 ader yg tak betul
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2007 11:39 AM | Show all posts

Reply #24 anwar66's post

Eddah adalah untuk perempuan yg dah berkahwin dan bercerai. Untuk mereka yg belom pernah berkahwin...masalah eddah tak timbul.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2007 07:00 PM | Show all posts
Bab eddah wanita berzina ni-cuba panjangkan bacaan dalam mazhab Maliki dan Hanbali-seperti Kitab Dur alMukhtar ke Qasyaf al-qina ke-Mughni Ibnu Qudamah al-Hanbali ke-Bagi aliran hanafi dan Syafie mmg takdelah(lihat KItab sebut diatas)- nak Kitab Maliki-cuba tinjau al-Mudawwanah ,al-Taj dll.

[ Last edited by  anwar66 at 22-4-2007 12:56 AM ]
Reply

Use magic Report

atein This user has been deleted
Post time 22-5-2007 10:49 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua...

Permasalahan...

Seorang ibu telah berkahwin dengan A.Bagaimanapun si ibu telah menduakan suami nya,bersama B.Daripada hubungan bersama B,di dapati si ibu mengandung.A telah menceraikan si ibu setelah mengetahui si ibu mengandungkan anak B.

Si ibu telah melahirkan seorg anak perempuan.Bagaimanapun,anak perempuan itu ber BINTI kan A dengan mendapat pengesahan daripada Pihak Majlis Islam menyatakan bahawa anak perempuan itu adalah anak A kerana Si A menceraikan si ibu sewaktu mengandung.

Setelah beberapa tahun si ibu pun  berkahwin dengan B.Si anak tidak mengetahui bahawa B adalah 慳yah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2007 11:34 AM | Show all posts
Mungkin kena bawa bukti DNA utk mensahihkan bahawa si anak bukan anak A.

Walaupun demikian hubungan anak dengan lelaki B adalah anak-bapa tiri, walaupun DNA mengesahkan B adalah bapa kandung dia.



Fatwa terkumpul IKIM:

Mengahwini Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Luar Nikah
Perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pesaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya.

http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=60



[ Last edited by  ibnur at 23-5-2007 11:37 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2007 04:03 PM | Show all posts
.Adakah dengan andaian isteri tu melakukan zina lalu kandungan mutlak milik B?-baik buat pengesahan nasab.jangan main andaian je.Sebab pada dasarnya-anak adalah kepunyaan yg empunyai tilam(suami/siteri tu la)

A sepatutnya kalau meragui anaknya boleh menafikan anaknya(ketika kandungan dan/atau ketika baru lahir,begitu juga jika dia mahu berpisah dgn isterinya-prpse lian dilakukan.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.062548 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list