CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jac_diehard_fan

DEBAT MnCm : Episod 2 [Faktor Artis Sabah kurang menonjol]

[Copy link]
 Author| Post time 3-6-2007 08:30 PM | Show all posts

Reply #20 harisbee's post

sah2 la dr malaysia.. klu tak mane bley masuk malaysian idol dek non
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2007 09:54 PM | Show all posts

Reply #21 jac_diehard_fan's post

mana aku tau...pinoe selalu cakap JAC dr Sri Lanka...   mana pi pinoe...balik philipine ker?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2007 11:10 PM | Show all posts

Mungkin lagu yang diorang dapat tak best
Dan imej diorang tak sesuai

Kalau dari rancangan realiti macam AF boleh la jugak dikenali
Kalau tetiba je muncul out of nowhere susah sikit la nak naik

Last-last balik kampung jer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2007 11:36 PM | Show all posts

Reply #22 harisbee's post

HAAH yerrr lame tanampak ponen pinoe
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 08:28 AM | Show all posts

Reply #20 harisbee's post

ko lain...

lain orang, lain pemikiran darling...

ko kata tak logik, aku kata logik pasal kat porum2 dah banyak aku jumpa forumers yang fikir camtuh...sejak zaman AF 2 lagik. keadaan ini mungkin berlaku pasal orang Semenanjung ini menyampah ngan Sabahans yang terlalu bersikap patriotik sampaikan semua la bebudak Sabah dia nak vote walaupun sore cam taik (tapi heran, masa AF jek taw mati2 vote. tapi program lain tak pon. Nikki awal jek kuar masa MI dolu2, hoh...padehal Nikki lagik bagus dari bebudak AF2 masa tu).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 11:34 AM | Show all posts
aku rasa benda ni takde kaitan dengan dialek ataupun tempat asal sesorang artis tu...kalau ikutkan dialek, penyanyi2 sabah ni takde lah teruk sgt pelat dorg sampai kita tak paham...lainlah kalau penyanyi Kelantan contohnya macam Nora/Misha/Idayu cakap dialek kelantan...memang orang x akan faham dan kita boleh gunakan faktor ini sbg penyebab yang mgkn mengakibatkan artis tu x meletop...mmg betul kdg2 maslh dialek ni buat orang menyampah pada seseorang artis tu kalau ia terlalu kerap digunakan..contohnya si pejal AF4 tu, kdg2 aku rasa nyampah betul bila tiap2 kali enterprem kat TV, mesti tak tinggal loghat2 terengganu tuh...for me, sabahan accent still acceptable, dan most of them takde yg teruk sangat pelatnya..

talking about quality and popularity, mmg diakui penyanyi sabah ni kebanyakannya mempunyai vokal yg bagus..dan most of them mmg ada pakej (rupa dan bakat)..contoh penyanyi2 yg berasal dr sabah: asha malik, martinie kamsah, azharina, naufara, pija, adam, marsha, petronella, velvet, rich... (sekadar menyebut nama)..mengapa mereka tak menonjol..perkara ni berbalik pada penerimaan peminat..apa yang mereka hendak dari seseorang artis tu...vokal sudah bagus, muka dah cantik.kalau ikutkan memang artis tu sepatutnya menonjol la kan??pd pandangan aku, setiap artis tu perlu keunikan..unik dari segala segi..vokal, penampilan, rupa paras...yang  plg penting vokal live kena power, penampilan kena tersendiri..sexy tak sexy tu belakang kira..contoh terbaik artis sabah adalah azharina...vokal live memang power (even kdg2 ada bunyik sengau skit), penampilan dia menarik, dia confident, berkarisma, tak hipokrit, vogue...lagu2 dia pun best (refer to 2nd album). macam Nikki pun not bad...

untuk seseorang artis tu menonjol, mereka perlukan peminat..for me, perkara utama adalah vokal dan lagu seseorang penyanyi tu...bila lagu2 artis tu dah best, mestilah dia diterima ramai..tapi masalah peminat kat Malaysia ni, ramai yang jenis minat seorang artis je and suka dengar one hit song yang ada kat radio...mcm azharina, orang just tau dia punya lagu elegi sepi je, linda-jika kau kekasih, nikki-caramu.benda ni berlaku pada ramai artis bukan artis sabah jer...artis pun pening kepala apa jenis lagu yang aku nak buat supaya semua orang suka...padahal dorang dah masukkan macam2 jenis lagu dlm album..so, kalau vokal power sekali pun, tapi xde support dari pendengar music..seseorang artis tu mmg xkan jalan jauh ler...

sekian....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2007 03:11 PM | Show all posts

Faktor Artis Sabah kurang menonjol

Sebelum pergi lebih jauh, biar aku letakkan kayu ukur aku mengenai perkataan menonjol yang bakal dibincangkan di sini.

Menonjol pada aku ialah dari segi bakat dan mutu suara, kerana penyanyi pada dasarnya perlu diukur dari segi ini. Aku tidak melihat menonjol diukur dari segi populariti atau tahap glamour seperti yang sering diguna-pakai pada era Akademi Fantasia dan Malaysia Idol ini.

Bertolak dari sini, sebenarnya tajuk yang diberi sahaja sudah menjadi satu pernyataan bahawa penyanyi-penyanyi yang berasal dari Sabah memang menonjol berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Jika tidak masakan, tajuk sebegitu rupa dipilih? Mengapa tidak diberikan sahaja tajuk mengapa penyanyi berasal dari Terengganu tidak menonjol atau mengapa penyanyi berasal dari Melaka tidak menonjol atau mengapa penyanyi berasal dari Kedah tidak menonjol?

Sejak dari dulu lagi Sabah merupakan kilang mengeluarkan penyanyi.
Berbekalkan tone yang sedap dan lunak, mereka memang menonjol dari segi kemerduan suara berbanding penyanyi dari negeri-negeri lain.  

Pendek kata, Sabah tidak melahirkan penyanyi bersuara ala-ala Siti Nurhaliza  semata-mata tetapi yang bersuara lantang seperti yang ada pada Nikki, Velvet, Candy dan Linda Nanuwil.

Dan pada tahun 1970 an dan awal 80an, ketika semua penyanyi wanita inginkan suara ala-ala Sharifah Aini, Sabah melahirkan Fauziah Harun Al-Rashid yang dengan suara uniknya memecah penguasaan penyanyi wanita semananjung. Malah penyanyi yang menggunakan nama Uji Rashid dan dibimbing oleh Dato

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 03:20 PM | Show all posts
Nadia & Naufara tu mana menghilang ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2007 05:03 PM | Show all posts

Reply #27 Syd's post

wow sensasinya hujah..x sangka den Uji Rashid tu org sabah bah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2007 08:16 PM | Show all posts

Reply #27 Syd's post

aku rase org tatao kot uji rashid tu dr sabah.. aku pon baru tau neh
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 09:44 PM | Show all posts
Uji Rashid bkn org Brunei ke? Selamani aku ingat dia org Brunei.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 11:10 PM | Show all posts
aku pun selama ni ingat Uji Rashid asal Brunei.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 06:00 AM | Show all posts
Saya sebagai orang Sabah, berpendapat, artis Sabah kurang menonjol bukannya kerana loghat or sebab diorang berasal dari Sabah or kurang sambutan dari orang Semenanjung. Saya rasa semua ini tidak timbul kenapa artis Sabah kurang menonjol.

Bagi saya, kebanyakkan artis2 dari Sabah nie kurang berusaha untuk meningkatkan nama mereka dalam industri muzik. Asyik-asyik nak harapkan orang Sabah support diorang. Kalau ada apa-apa, mesti nak balik Sabah. Kan bagus menetap jer dekat KL, aktifkan diri dalam aktiviti seni, masuk Muzik2x ker, join JomHeboh ker, apa2 saja asalkan mereka kerap muncul di TV, Majalah dan Radio. Kalau keluar album nanti, time nak promo, barulah datang Sabah, promo dekat KK pun sudah cukup. Then balik Semenanjung promo dekat KL, Johor, Pulau Pinang dll.

Saya setuju artis dari Sabah yang popular di Malaysia sekarang ini ialah Adam. Tapi tak sure plak kl yang perempuan...mungkin yang terdekat Nikki. Saya cukup sayang dengan bakat seperti Linda sebab beliau ada tone yang menarik, ada aura persona bintang, boleh compose lagu dan menghasilkan lirik. Tapi cuma sebab kontroversi yang melanda, beliau cepat putus asa. Cuba kita tengok Ning Baizura, beliau pernah jatuh satu ketika dulu tetapi lepas tue beliau bangkit balik. Kan bagus kalau artis2 Sabah mempunyai semangat juang seperti itu.

Apa2pun, bagi saya bukannya susah sangat nak belajar loghat KL tue, mungkin sebab banyak terdedah dengan filem2 melayu dan rancangan di TV. So, isu loghat ini tidak timbul, benda nie semua boleh belajar. Pasal mahu tak mahu saja. Kalau susah sangat, mix BM dengan BI. Nak dipendekkan cerita, isu nie berpunca daripada ARTIS2x SABAH itu sendiri. Setiap tahun saya mengharapkan artis2 Sabah akan bersinar especially yang dari AF, tapi diorang MALAS (I think thats the word) dan CEPAT BERPUTUS ASA dalam industri muzik nie. Dan lastly,  faktor LAGU jugak memainkan peranan, kalau lagu tak sedap tak ramai orang akan request lagu tersebut di radio dan tidak popular lah artis itu. Rasanya benda nie jugak berlaku dengan artis2 lain.

my 2 cents..

[ Last edited by  Rivendella at 5-6-2007 06:03 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 08:36 AM | Show all posts
Originally posted by jac_diehard_fan at 4-6-2007 08:16 PM
aku rase org tatao kot uji rashid tu dr sabah.. aku pon baru tau neh


Uji Rashid dulu ada kolum dalam URTV dan dia sendiri yang kata dalam kolum tuh, dia asal sabah keturunan suku brunei
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2007 09:01 AM | Show all posts

Reply #34 Syd's post

oo patutla tak pekat bm die agaknye mase tu aku tak lahir lg kot
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 09:07 AM | Show all posts

Reply #35 jac_diehard_fan's post

mungkin aku pung tak lahir lagi ataupun dah sekolah

tq kepada kawan2 wartawan @ bekas wartawan
yang selama hari nih
tak putus2 'mengajar' aku dan top up input info aku pasal artis

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2007 11:19 AM | Show all posts
m*Aduh         
Juara My Starz mungkin dari Sabah?
04-06-2007 11:48:42 AM
Oleh ZIEMAN

Istilah buta seni memang tidak sesuai diucapkan kepada peminat seni suara di Kota Kinabalu, Sabah. Ini jelas kelihatan ketika sesi ujibakat program realiti terbaru TV3, My Starz yang dijalankan di Kompleks Centrepoint Kota Kinabalu semalam.

Ketika My Starz melabuhkan tirainya dan menutup sesi ujibakat semalam, sambutan yang diberikan oleh warga Sabah cukup membanggakan.

Bukan saja peserta sesi ujibakat tampil hebat dan berkeyakinan dengan corak persembahan mereka, malah orang-orang Sabah sendiri cukup jujur ketika memberikan reaksi spontan apabila melihat peserta mereka beraksi.

"Saya sudah membuat audition di beberapa tempat di Semenanjung tapi saya belum pernah melihat penonton yang sejujur dan sporting begini. Mereka akan memberikan respon yang spontan apabila peserta membuat persembahan sehinggakan kita sudah boleh agak siapa yang sebenarnya boleh menyanyi," ujar penerbit kreatif, Jafni Abu Bakar atau lebih mesra dengan panggilan Mat Jepp yang cukup sinonim dengan penerbitan program berkualiti di TV3.

Ratusan pengunjung dan peminat senisuara di Sabah telah menyaksikan kehebatan peserta kelahiran Sabah di Centrepoint Kota Kinabalu selama dua hari iaitu pada 2 dan 3 Jun.

Malah, peserta ujibakat dari Sabah juga merupakan peserta yang teramai memasuki ujibakat iaitu seramai 344 orang, selama program My Starz membuat sesi ujibakatnya di beberapa lokasi bulan ini.


Ebi antara bakat baru yang berasal dari negeri Sabah yang menyerlah dalam bidang nyanyian
(Foto fail The Star)

Melihat dari senario industri hiburan, ramai artis baru yang lahir dari negeri bawah bayu seperti Linda Nanuwil, Adam AF2, Lotter, Felix dan terbaru Ebi dari AF5.

"Tidak mustahil sekiranya Juara My Starz juga akan terbit dari sini melihat bakat yang saya lihat hari ini," jelas Jepp.

Menurut Jepp, penonton di Centrepoint tidak segan silu memberi sorakan dan bertempik sekiranya peserta mereka tidak menurut piawai yang mereka tetapkan.

"Sorakan dan jeritan yang mereka berikan pada peserta mereka bagaikan satu tekanan. Kalau yang bertanding itu bagus, mereka akan memberi semangat tapi kalau sebaliknya, tidak sampai satu rangkap lagu, mereka akan bersorak sampai perserta itu berhenti," jelas Jepp lagi.

Melihat senario yang pelik tapi benar itu, Jepp membuat rumusan bahawa peminat muzik di Sabah mempunyai citarasa yang cukup tinggi.

"Seolah-olah mereka malu kalau bakat yang datang dari negeri mereka tidak bagus. Mereka letak standard yang tinggi dan kesemua peserta terpaksa mencapai standard ini," jelas Jepp lagi mengenai semangat yang ditunjukkan oleh peminat di Sabah.  

Sebelum ini krew My Starz telah membuat audition di The Curve, Damansara, Pulau Pinang, Johor Baru, Kuantan, Kuching dan yang terakhir sekali ialah Kota Kinabalu.

Diminta mengulas bakat yang ada di Sabah, Pengetua My Starz Farihin Abdul Fattah melahirkan rasa kagumnya dengan mutu suara yang ditunjukkan.

"Bakat-bakat yang terdapat di sini cukup ramai dan luarbiasa sekali. Kesemua mereka yang hadir ujibakat boleh menyanyi dengan baik dan tahu apa genre muzik yang sesuai untuk mereka. Ini membuat kami kagum," jelas Farihin yang bertindak sebagai salah seorang juri bagi pemilihan pelajar My Starz.

Rata-rata lagu-lagu yang menjadi pilihan peserta di Sabah merangkumi berbagai lagu popular dan evergreen. Lagu Kian, nyanyian Mawi, Biar Bulan Bicara (Broery Marantika) dan beberapa lagu top masa kini nyanyian Samsons, Radja, Sheila On 7 merupakan lagu sandaran 'favourite' peserta dari negeri bawah bayu ini.

Disebabkan bakat yang begitu banyak di negeri Sabah, Farihin dan seorang lagi juri, komposer terkenal Aubrey Suwito menghadapi kesukaran membuat pemilihan the final 50 list bagi pusingan seterusnya.

Seramai 50 orang peserta My Starz akan dipanggil untuk mengikuti bengkel pembelajaran muzik selama 2 hari, iaitu pada 7 dan 8 Jun ini bertempat di Auditorium Dewan Bahasa & Pustaka. Dari situ, hanya 12 orang pelajar sahaja yang akan dipilih untuk mengikuti pembelajaran My Starz di LG House di mana mereka akan dilatih oleh sekumpulan pemuzik.


Peserta akan diadili daripada pelbagai sudut... Tegas Aubrey selaku pengarah muzik
(Fail Foto The Star)

Selain Farihin sebagai Pengetua, Aubrey sendiri akan menjadi Pengarah Muzik untuk musim pertama My Starz yang akan ke udara untuk pertama kalinya di TV3 pada 17 Jun dari jam 6 petang hingga 7 petang.

Bagi Farihin dan Aubrey, mereka sudah sedia ada kriteria tertentu yang mereka kehendakki dan bakat macam mana yang mereka ingin ketengahkan.

"Walaupun bakat yang paling fundamental sekali, pakej juga perlu dilihat dari beberapa sudut," jelas Farihin yang sudah banyak menaikkan nama ramai artis Malaysia.

Menurut Aubrey pula, "Setelah menghadiri kesemua ujibakat yang diadakan barulah saya sedar, rupa-rupanya bukan senang untuk mendapat penyanyi yang ada pakej lengkap seperti Siti Nurhaliza, Sheila Majid, Ning Baizura, Anuar Zain dan sebagainya.

"Perkara macam ini adalah satu perkara yang komposer seperti saya take for granted sehinggalah saya terpaksa membuat pilihan sendiri," jelas Aubrey yang juga merupakan komposer bagi lagu popular Gemilang (nyanyian Jac) dan lagu tema Akademi Fantasia, Menuju Puncak.

Farihin, Aubrey, Jepp dan dua orang lagi team produksi telah pun membuat seleksi 50 peserta My Starz yang akan mara ke saringan seterusnya pada hari Khamis dan Jumaat ini.

Ketiga-tiga mereka terpaksa bersengkang mata sehingga jam 3 pagi untuk memastikan hanya mereka yang betul-betul layak diberi peluang sekali lagi untuk menunjukkan bakat mereka.

"Kami melihat balik the recorded version persembahan kesemua pelajar yang telah diberi 1, 2 dan 3 bintang oleh para juri. Dari sini kita akan melihat dan menilai balik dari berbagai aspek sebelum kami memanggil mereka untuk pusingan seterusnya," jelas Jepp lagi.

Bagi Aubrey, "Agak mengelirukan apabila mereka kedengaran bagus ketika membuat persembahan tetapi apabila dilihat balik pita rakaman, mereka kurang menyerlah. Begitu juga ketrampilan mereka di kaca TV. Ada yang tidak photogenic dan sebagainya. Semua ini perlu diambil kira.

"Kita mencari bintang berbakat, yang akan disayangi ramai sebab itu kami agak cerewet dalam membuat seleksi."

Yang pasti pemilihan 50 pelajar My Starz akan memberi tamparan hebat kepada bakat-bakat yang sedia ada. Malah beberapa nama yang akan muncul pasti akan membuat peminat muzik di Malaysia ternanti-nanti kemunculan My Starz nanti.

"Kami dah jumpa apa yang kami cari. Ada beberapa butir permata yang bakal menyinari industri kita tidak lama lagi," ujar Jepp penuh yakin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2007 09:49 PM | Show all posts

Reply #36 Syd's post

hekhek.. yela tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 01:34 AM | Show all posts
susahnye topik.. mak baca jelah nok
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 01:38 AM | Show all posts
Originally posted by refleCtion at 4-6-2007 11:34 AM
aku rasa benda ni takde kaitan dengan dialek ataupun tempat asal sesorang artis tu...kalau ikutkan dialek, penyanyi2 sabah ni takde lah teruk sgt pelat dorg sampai kita tak paham...lainlah kalau  ...




heheheheheh hidup sabah bah.......... tapi aku urang Kedah hehehehe.......... i suka adam ngan azarina jer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.070140 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list