azazil This user has been deleted
|
Kerajaan beli 30 pesawat Pilatus PC-7 MKII
ALOR STAR 15 Mei - Kerajaan bersetuju membeli 30 buah pesawat Pilatus PC-7 MKII bernilai RM203.4 juta bagi menggantikan pesawat model Pilatus PC-7 yang digunakan dalam latihan penerbangan Kolej Tentera Udara (KTU) Kepala Batas di sini, dalam tempoh dua tahun lagi.
Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Nik Ismail Nik Mohamed berkata, kerajaan baru-baru ini menandatangani kontrak perjanjian dengan syarikat pengeluar pesawat buatan Switzerland itu yang dianggap lebih berkuasa dan canggih untuk kegunaan latihan asas penerbangan di rantau ini.
Katanya, selain Pilatus PC-7 MKII, kerajaan juga sedang meneliti beberapa model pesawat antaranya Aermacchi MB 339A buatan Itali dan Skyhawk untuk latihan pesawat pejuang.
``Meskipun model pesawat berkenaan (MKII) terlibat dalam nahas yang berlaku di Kampung Hujung Padang, Hutan Kampung, Khamis lalu kami yakin ia merupakan pesawat latihan terbaik dan juga paling popular di Thailand, Australia, Eropah dan Myanmar.
``Kami sedang menunggu keputusan lembaga penyiasatan berhubung kejadian yang berlaku, sekiranya ia melibatkan masalah pada model itu syarikat pengeluar pesawat berkenaan akan mencadangkan supaya semua Pilatus PC-7 MKII diubah suai,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menyampaikan Sayap Penerbangan TUDM kepada 34 pelatih KTU yang mengikuti Kursus Asas Penerbangan Kelas 2004, Kursus Asas Helikopter Siri 1247 dan Kursus Asas Jurumalim Siri 05/04 di Kolej Tentera Udara Kepala Batas di sini.
Pada 11 Mei lalu, sebuah pesawat latihan Pilatus PC-7 MKII yang digunakan sejak tahun 1997 mendarat cemas dalam sawah selepas dipercayai mengalami kerosakan enjin di Kampung Hujung Padang, Jalan Hutan Kampung, di sini.
Bagaimanapun, dalam kejadian itu dua juruterbangnya, Leftenan Kolonel Mutalib Abdul Wahab, 46, dan Mejar Thian Khim, 34, terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Nik Ismail berkata, ekoran kejadian itu 30 buah pesawat Pilatus PC-7 dan MKII yang digunakan untuk latihan penerbangan terpaksa digantung sekurang-kurangnya selama dua minggu sehingga punca kejadian dapat diketahui.
Menurutnya, setakat ini lembaga penyiasatan mendapati ia mungkin disebabkan masalah teknikal kerana enjin pesawat jenis Pratt Whitney itu tiba-tiba terhenti menyebabkan juruterbangnya gagal berpusing balik ke landasan terbang KTU.
Kata beliau, pihaknya turut membuat kajian terhadap minyak yang digunakan di dalam enjin berkenaan untuk mengesan kewujudan air, saluran minyak tidak bersih, tersumbat dan tidak sampai ke enjin. |
|
|
|
|
|
|
azazil This user has been deleted
|
enjin problem kawan..
takkan semua crash disbbkn human error...takkan kebanyakan trainee x bole tahan ngan g-force, tetiba je bole pitam.
takkan la tudm bodo sangat pegi recruit org yg x capable jd pilot |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 azazil's post
heheheheh...
wa pon buleh cakap semua pilatus tu crash disbbkn engine problem. .takkan kebanyakan enjin x bole tahan ngan g-force, tetiba je bole tersedak dan padam.
takkan la tudm bodo sangat pegi recruit org yg x capable jd juruteknik dan tak pandai baiki enjin
paling penting, pegi la periksa fakta dulu betul-betul brader. jangan terus terkam je. lu salah terkam kalu, malu lu. yang cakap tu bukan sembarangan orang. they know what they are talking about.
I don't know where you're coming from but I suggest you keep your cool. and if you're coming from some eksklusive forum, here the rules are different. so take your time to watch and learn. be courteous ok? I'm sure we all learn some manners . this is not a highway or even a federal road.
having said that, I bid you welcome hope you'll enjoy your stay here. |
|
|
|
|
|
|
azazil This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #24 azazil's post
Wei rileks ler bro... apsal tetiba melenting baran hangin satu badan nie... org lain dok lama sini tadak hal pun .. forumner sini tak biasa lagi dengan kao dan style kao.. tapi diorg semua nie dengar pendapat sesapa pun walau radikal sama sekali, so stay cool ler..... peace! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #24 azazil's post
rilek la mat zil, wa rasa lu kena belajar expand ur scope and mind and read between the lines of any publications regarding the military and armed forces. statement yg lu amik bulat2 dari newspaper cutting sepatutnya lu tapis dengan sumber2 sahih dari pihak2 berkenaan, broaden ur spectrum mat zil, then u can see the world true colors... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by azazil at 27-7-2007 05:22 PM
enjin problem kawan..
takkan semua crash disbbkn human error...takkan kebanyakan trainee x bole tahan ngan g-force, tetiba je bole pitam.
takkan la tudm bodo sangat pegi recruit org yg x capabl ...
Pilatus mendarat cemas, dua selamat
Oleh YUSRI SAHAT dan DIYANA ROSE KAMALUDDEEN
ALORSTAR 11 Mei - Sebuah pesawat latihan Pilatus PC7 milik Tentera UdaraDiraja Malaysia (TUDM) mendarat cemas dalam sawah selepas dipercayaimengalami kerosakan enjin di Kampung Hujung Padang, Jalan Hutan Kampungdi sini hari ini.
Bagaimanapun, dalam kejadian pada pukul 7.40 pagiitu, dua juruterbangnya, Leftenan Kolonel Mutalib Abdul Wahab, 46, danMejar Thian Khim, 34, terselamat dan tidak mengalami sebarangkecederaan.
Pegawai Perhubungan Awam TUDM, Kapten Zulkiflee AbdulLatif berkata, pesawat tersebut yang sedang dalam misi latihanpenerbangan biasa, dikatakan baru berlepas dari Lapangan Terbang TUDM,Kepala Batas dekat sini.
Menurut beliau, masalah enjin mungkinmerupakan punca pesawat tersebut terpaksa melakukan pendaratan cemas disawah yang terletak kira-kira dua kilometer dari lapangan terbangtersebut.
``Dua juruterbang terbabit disahkan selamat dan kinisedang mendapat rawatan di Pusat Perubatan Kolej Tentera Udara (KTU)Kepala Batas,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sinihari ini.
Zulkiflee memberitahu, TUDM akan menubuhkan satu badan penyiasat bagi menyiasat punca kejadian tersebut.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kemalangan itu.
UtusanMalaysia difahamkan kemungkinan kemalangan itu berlaku akibat kegagalanfungsi engin selepas berlepas atau dikenali sebagai EFATO.
Beberapasaksi yang terdiri daripada pesawah yang melihat kejadian itu mendakwadua juruterbang terbabit dibawa ke Pusat Perubatan KTU denganmenggunakan sebuah helikopter jenis Alloutte kira-kira pukul 7.50 pagi.
Sementaraitu, Ketua Polis Kota Star, Asisten Komisioner Zainal Abidin Kasimketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubungkemalangan itu kira-kira 8.05 pagi.
Menurut beliau, seramai 20 anggota polis dikejarkan ke tempat kejadian sejurus selepas menerima laporan.
``Kami telah bergegas ke tempat kejadian untuk mengawal keadaan selain melakukan siasatan bersama pegawai penyiasat TUDM.
``Setakatini kami mendapati kemalangan itu tidak mengakibatkan kecederaan kepadamangsa dan siasatan masih lagi diteruskan untuk membantu pihak TUDM,''katanya.
Zainal Abidin memberitahu, tiga jentera bomba, dua dariJabatan Bomba dan Penyelamat Kedah dan sebuah dari Malaysia AirportsBerhad (MAB), Kepala Batas turut bergegas ke tempat kejadian.
Pada15 Disember 2004, seorang jurulatih penerbangan TUDM bersama pelatihnyaterbunuh selepas pesawat Pilatus PC7 yang sedang dalam latihanterhempas di dalam sawah di Kampung Titi Besi, Kepala Batas, dekat sini.
Merekayang terkorban ialah Mejar Alias Bakar, 36, dari Pekan, Pahang danpelatihnya, Leftenan Amnart a/l Sumnok, 23, rakyat Malaysia keturunanSiam dari Kampung Baru Naka, Padang Terap.
Pada 27 Mei 2004, seorangpelatih KTU, Lt. Mualimin Jasid, 23, terkorban apabila pesawat jenisyang sama yang dinaikinya terhempas berhampiran sawah di Kampung PadangGelanggang, Sanglang.
The best fact i can search just for u, I agree with u it (crash) is because engine failure, but It was not PC 7 MK II la my pren..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by superhornet at 27-7-2007 17:01
Ehh ven gambo tu betul ker .. aku tgk dier ader satu seat jer ..
setahu aku jenis nie memang 2 seat ..
yup, tuh gambar betul... sorang jerk terbangkan (seat ada 2)... nih geng2 taming sari... |
|
|
|
|
|
|
|
ada jugak orang yg hangin satu badan... kalah menstrual punya bad mood.
[fly] [/fly] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #28 venez's post
Bekas geng tamingsari.... ....ada lagi ke PC 7 taming sari loreng tu ha?.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #31 venez's post
ni pilatus 7 mk 1milik RMAF ker? fuyoo, 1st time gua tengok with his kind of camo.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #31 venez's post
Yup....tp ni gambar lama... ..gambar terbaru? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by spiderweb6969 at 29-7-2007 21:12
ni pilatus 7 mk 1milik RMAF ker? fuyoo, 1st time gua tengok with his kind of camo....
tuh actually camo utk PC-7 Light Attack Squadron.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #35 venez's post
Dah x de dah....transfer alor setar kot? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #34 venez's post
Ader lagi diorang nie .. cayalah cantik gak eik cammo dier ..gambor tu bila eik .. Just wondering ... |
|
|
|
|
|
|
mat_toro This user has been deleted
|
pc7 jerung dah coccoon laaa... ada kat hangar alor setar... siap balut plastik lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #39 mat_toro's post
dok ada lagi ka color tuh? simpan buat jeruk ek? wa ingat dah cat color baru.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|